Monday, June 13, 2011
Usaha Da`wah,,tulang belakang pada agama.(Nasihat berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T)
Bahagian keenam:Usaha Da`wah,,tulang belakang pada agama.
(Nasihat berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T)
Ya ,setiap bahagian dan aliran di dalam agama akan dihidupkan dan diamalkan dengan perantaraan usaha da`wah. Dalam realiti kehidupan ini,ianya adalah perkara yang benar (haq) dan kita tidak boleh menafikan kesan menghidupkan dan mengamalkan agama dengan usaha da`wah.
Kepada pembaca yang dimuliakan,sekarang kita hendaklah fahami perkara ini dengan baik. Tujuan/objektif kerja ini (usaha da`wah) ialah untuk mengeluarkan hasil,iaitu menghidupkan dan mengamalkan agama. Jadi,bagaimana dan kenapa usaha da`wah iaitu kerja para Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam ini boleh menghalang dan berlaku ketidak sefahaman (konflik) dengan cabang-cabang dan aliran-aliran yang ada di dalam agama islam?
Kami,(Para Awwalin,Akkabir dalam usaha da`wah dan tabligh) menerangkan di sini dengan jelas dan terbuka,bahawa,kita hendaklah memahami bahawa untuk menolak atau merendah-rendahkan usaha agama dari aliran dan cabang yang berbeza di dalam agama,ialah satu perkara dimana kita tidak ada kebeanran (ijazat), hak malah menafikannya.
Dan sebenarnya,kita harus menjauhkan diri kita daripada berkata-kata tentang perkara yang berlawanan dari agama dan kebatilan (menyimpang jauh dari agama) dalam masa yang sama.Allah S.W.T berfirman:
"dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan."
(Al-An`am :108)
Ada sekali Nabi S.AW. mengarahkan para Sahabat R.Anhum dengan berkata:”janganlah kamu bersumpah atas kedua orang tua kamu.” Dan Para Sahabat R.Anhum memberikan respon pada Nabi S.A.W,”ya Rasulullah,siapalah yang akan menghina orang tuanya sendiri dengan melakukan perbuatan itu.”.Nabi S.AW menjawab dengan berkata,” Apabila kamu bersumpah atas kedua orang tua seseorang yang lain,tetapi sebenarnya dalam masa yang sama kamu sendiri telah menghina kedua orang tua kamu sendiri.” Jadi apabila kita menghina atau merendah-rendahkan orang tua seseorang,kita sebenarnya dalam masa yang sama telah menghina orang tua kita sendiri. Inilah petunjuk(hidayah) yang diberikan pada kita dari Al-Quran.
rujukan:
1. Hayatus Sahabah (lives of companions of Nabi S.A.W)
By Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahmatullahi Ala`ih.
2.“priceless advices for all workers of deen”/"deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"
By Hazrat Maulana Zeyad Danka(D.B).,under the guidance of Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B).
Darul Mazed,Camperdown,
South Africa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment