Monday, June 13, 2011
ummat yang diselamatkan oleh Allah dari Neraka, Iaitu golongan yang ber’Dakwah’ di India dan yang bersama Isa a.s
nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..
kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..
Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda : “Dua gulongan ummatku yang diselamatkan oleh Allah dari Neraka, Iaitu gulongan yang ber’Dakwah’ di Hind(India Pakistan dan Bangladesh )dan gulongan yang bersama Isa a.s” (Riwayat Nasai dan Ahmad)
Targhib
Jadi jika usaha dakwah dan tabligh membuat ‘tasykil’ (mengajak) berdakwah ke India ,Pakistan dan Bangladesh, maka jangan lansung kita mengatakan tidak berkait dengan hadis atau pun mengatakan taksub dengan India kerana masih ianya bersabit dari hadis Nabi saw. Perlu diingatkan bahawa asal ketiga-tiga negara itu ( India, Pakistan dan Bangladesh ) adalah ‘Benua India’ atau ‘Hind’. Hanya selepas dijajah oleh British barulah dipecahkan menjadi tiga negara.
rujukan:
‘Nuzuulu Isa Ibn maryama Aakhiraz Zaman’
by Imam As-Sauyuthi Rahmatullahi Alaih.
Al-Marqaah jilid 5,muka surat 658
by Allamah Ali Al-Qari Rahmatullahi Alaih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment