Monday, June 13, 2011
Bahagian ketiga :realiti kesusahan dalam hidayah dan Kesabaran sehinggalah di dalam perkuburan.(Nasihat berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T)
Bahagian ketiga :realiti kesusahan dalam hidayah dan Kesabaran sehinggalah di dalam perkuburan.
realiti kesusahan dalam hidayah
Salah satu prinsip asas yang perlu kita ketahui ialah,walau apapun kesusahan dan kesulitan yang kita hadapi sekarang dan masa akan datang di dalam jalan ini, Allah S.W.T telah menetapkan bahawa ianya sebagai petunjuk dan rahmat (hidayah) untuk ummah. Kerana, jika seseorang itu berkehendakkan hidayah untuk ummah, maka ia tidak boleh walau sekalipun membenci, mengeluh serta bersangka buruk pada Allah S.W.T di dalam menghadapi kesusahan dan kesulitan di dalam berkerja untuk agama Allah S.W.T.
Ini bukanlah jalan untuk bersenang-lenang dan bermudah dalam sesuatu perkara.Apabila kita hendak menjadi mudah untuk diterima orang, dan hendak dihormati serta dipandang tinggi,maka kita akan menjdi orang yang diajak,bukan yang mengajak. Sesiapa yang bekerja untuk agama Allah S.W.T iaitu jalan ini,dia akan menghadapi kesusahan dan kesulitan, dan nanti, dia juga akan perlu mengabaikan, memaafkan,mengatasi dan mencari kemaafan,untuk dirinya sendiri dan juga orang lain.
Perkara inilah yang kita akan jumpa lagi dan lagi di dalam kitab Hayatus Sahabah karangan Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahamtullahi A`laih. Inilah kenapa sebahagian pembacaan kita secara persendirian (infra`di muta`alah) ialah dengan penuh konsentrasi,dalam pembelajaran, yang mana kita harus membaca beberapa peristiwa yang ada di dalam kitab Hayatus Sahabah. Apabila ktia tidak membaca kitab ini, maka usaha agama kita akan menjadi sangat terbatas dan terhad. Kita akan terlibat dengan beberapa aspek di dalam agama dan kita menyangka bahawa kita telah membuat usaha da`wah dan tabligh. Inilah kenapa Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahamtullahi A`laih pernah berkata,” Tujuan usaha atas agama bukanlah kerana melibatkan sebahagian aspek dan golongan di dalam agama untuk menyebarkannya, tetapi tujuan utama dalam usaha atas agama ialah di dalam keseluruhan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan pengamalan para Sahabat R.Anhum di bangkitkan semula dan ianya berkembang.”
Kesabaran sehinggalah di dalam perkuburan.
Di dalam menjadi pekerja agama Allah S.W.T,kita biasa dengar dari para Akkabir dan Awwalin di dalam usaha da`wah dan tabligh bahawa,”perkuburan atau medan usaha di dalam seorang da`ie ialah sifat kesabaran.Kita haruslah mempertahankan dan bertahan sampai ke tahap ini,walaupun kita ditakdirkan syahid di dalam mempertahankan agama Allah S.W.T. Semasa Nabi Muhammad S.A.W meninggal dunia, perisai dan baju dirah besi Baginda telah ditukarkan sebagai bayaran pinjaman dinar yang telah dibuat Baginda semasa Baginda hidup. Kerananya, Nabi Muhammad S.A.W meninggal dunia dengan keadaan berhutang.
Kesusahan dan kesulitan seperti inilah telah dialami supaya Ummah dapat mempelajari bahawa dengan menjalani kesusahan,ini akan membawa kepada kesempurnaan dalam sifat dan rohani kita. Penjagaan diri kita bermula dari perkara ini.
rujukan:
1. Hayatus Sahabah (lives of companions of Nabi S.A.W)
By Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahmatullahi Ala`ih.
2.“priceless advices for all workers of deen”/"deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"
By Hazrat Maulana Zeyad Danka(D.B).,under the guidance of Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B).
Darul Mazed,Camperdown,
South Africa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment