Monday, June 13, 2011

mati,hendaklah selalu berada di dalam ingatan setiap muslim



mati,hendaklah selalu berada di dalam ingatan setiap muslim

Mengingati mati

Hazrat Ibnu Umar R.Anhu berkata ,”saya adalah di antara 10 orang yang datang berjumpa dengan Nabi S.A.W. satu orang ansari bangun dan bertanya pada baginda “siapakah orang yang paling bijak dan berhati-hati ya Rasulullah?” Nabi S.A.W menjawab,”orang-orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuknya.orang-orang seperti inilah yang memiliki keunggulan dan bangsawan di dunia dan di kehidupan selepasnya.”

(dilaporkan oleh Ibn Abu Dunyaa dan Tabraani di dalam kitab Jamius Sagheer dengan riwayat rantaian yang jelas dan baik. Ibn Majah juga telah melaporkan dengan secara terperinci dengan riwayat rantaian hadith yang baik seperti yang ditulis dalam Targhib)

Keterangan:

Banyak hadith di dalam pelbagai topik telah diriwayatkan dari Nabi S.A.W berkenaan mengingati mati. Sesetengah hadith yang mana ianya telah pun dinyatakan di dalam hadith tentang bahagian putus harapan dan mengharap rahmat. Di antara perkara yangdiberitahu oleh Nabi S.A.W telah dinyatakan di dalam riwayat yang berlainan bahawa harus kita untuk mengingati perkara yang memutuskan kesenangan berlebihan,iaitu mati.perkara ini saya nyatakan secar berasingan kerana pentingnya pekrara yang diberitahu dan diingatkan oleh Nabi S.A.W .berlebihan mengingati mati ialah dengan maksud bahawa :

- putus harapan pada Allah S.W.T

- membuat perssiapan untuk mati.

- tidak berlebih-lebihan di dalam perkara keduniaan.

- menggelakkan mengumpul harta yang tidak perlu dan melebihi keperluan.

- membantu untuk mencari amal untuk bekalan kehidupan seterusnya.

- perkara yang menggalakkan seseorang untuk tidak membuat dosa yang sama secara berulangan.

- pencegahan dari menindas dan mengambil hak orang lain.

dalam perkara yang ringkas ia termasuk di dalam diri kita sendiri yang ada banyak manfaat dan hak pada diri kita. Atas perkara inilah paraMasyaikh di dalam bidang tariqat akan bersuluk (bersunyi diri) pada murid-murid mereka untuk mengingati mati dan istighfar atasnya.

Di dalam satu hadith dinyatakan bahawa ada budak kecil bangun di dalam satu majlis Nabi S.A.W dan berkata,”ya Rasulullah.siapakah yang paling bijak di antara muslim? Nabi S.A.W menjawab,” orang-orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuknya.

(Ittihaf)

Sekali Nabi S.A.W membacakan ayat:



Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Hak milik siapakah Segala Yang ada di langit dan di bumi?" katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. ia telah menetapkan atas dirinya memberi rahmat. Demi Sesungguhnya ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat Yang tidak ada sebarang syak padanya". orang-orang Yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab Yang tersebut) tidak beriman.

(Al-An`am:12)

Rujukan:

1. Remembrance of death by Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.

2.Ittihaf al-Murtaqi bi Tarajim Shuyukh al-Baihaqi by Mahmud Bin Abdul Al- Fattah Al-Nahhal.

3. Tafsir Quran Syaamil Al-Quran.

No comments:

Post a Comment