Monday, June 13, 2011

kisah orang lama mewat bayan di hadapan seluruh ulama-ulama dari india..



nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..

kisah ini terjadi semasa ijtima bhopal,india pada tahun 1940-an..Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi,Amir jemaah semasa itu,telah memutuskan seorang (meiji) yang buat usaha dakwah tabigh dari mewat untuk bayan (penerangan) maghrib semasa ijtima bhopal.

Beliau telah berjumpa kembali Maulana Ilyas dan memberitahu beliau tidak bersedia kerana memikirkan beliau ialah orang awam,sedangkan orang yang duduk di dalam majlis ialah ulama-ulama dari seluruh india.maka Maulana Ilyas telah berkata,"ini pilihan Allah,buat kerana Allah..".

Maka selepas solat maghrib,beliau telah solat hajat 2 rakaat meminta pada Allah,agar diberi hidayah dan kalam untuk tunaikan takaza bayan ini..setelah selesai solat,badan beliau mengigil2 dan berpeluh..

Apabila tiba masa untuk beliau bayan,maka beliau telah duduk di kerusi yang disediakan dan beliau menangis2 kerana apa yang mahu diucapkan dihadapan para2 ulama dari seluruh india yang datang ke ijtima.

Setelah memuji Allah dan berselawat ke atas RasulNya,Muhammad S.A.W...

beliau berkata,"Tuan-tuan,kita perhatikan keadaan di dalam sebuah keluarga..seorang ibu menyuruh anak-anaknya yang terdiri dari abang dan adik untuk mengangkat cawan yang berisi minuman untuk tetamu ke ruang tamu.Maka abang dan adik ini mengangkat dan tanpa disengajakan,adik telah terjatuhkan cawan tersebut.

dari segi logik akal,ibu mesti memarahi adik tersebut,TETAPI,ibu memarahi abangnya kerana tidak mengajar dan memberi panduan kepada adiknya cara-cara untuk mengangkat cawan dengan selamat.

Begitulah juga dengan Tuan-tuan,pada hari Akhirat kelak,Allah akan mencari dahulu para ulama,kerana mereka orang yang lebih berilmu dan berpengetahuan.orang awam orang yang kurang pengetahuannya akan diadili kemudian..dan Allah akan murka jika kita (para ulama) tidak menjalankan dakwah."

beliau juga berkata,"tuan-tuan (para ulama),mengajar di tempat pengajian satu amanah,begitu juga dakwah,ia juga satu amanah yang diwariskan dari ambiyaa` Alaihi Musollatu Wassalam.jika kita orang yang lebihberpengetahuanini tidak membuat dakwah dengan cara Nabi S.A.W,rumah ke rumah,pintu ke pintu berjumpa setiap saudara kita,bagaimana orang awam hendak membuat usaha dakwah jika kita tidak mulakan dahulu?
dan bagaimana kita hendak mengajar jika kefahaman Quran dan Hadith kita kurang kerana kita tidak membuat dakah seperti para Sahabat?Para Sahabat mudah memahami kehendak Quran dan Hadith kerana asbab pengorbanan dan susah payah mereka untuk agama ini..begitu juga dengan kita,tuan-tuan..
Allah tidak akan mencari orang awam dahulu di hari akhirat kelak kerana tidak membuat dakwah,tetapi Allah mencari kita dahulu,tuan-tuan(para ulama)..

Pada masa ini semua ulama dari seluruh india yang duduk di dalam majlis menangis teresak-esak tidak berhenti..kemudian beliau berkata,"siapa di kalangan tuan-tuan (para ulama) yang sedia untuk tunaikan amanah dakwah ini dengan keluar di jalan Allah berjumpa orang-orang awam untuk sebarkan dakwah agama ini?maka hampir keseluruhan para ulama yang duduk di dalam majlis memberi nama dan azam kepada jemaah pencatat(jemaah tasykil) dan selepas ijtima,kesemua para ulama dari seluruh india telah bertebaran ke seluruh india untuk keluar berdakwah..

bayan meiji tersebut ringkas,tetapi memberi makna yang mendalam dan menusuk kalbu hati para ulama yang duduk di dalam majlis...

semoga Allah beri kita peluang dan hidayah untuk kita ambil iktibar amalkan dan sampaikan..

kisah ini diceritakan pada saya oleh brother muhammad akhtar,dari Rai Bareily,uttar pradesh india daripada Meiji Mehrab semasa saya khuruj fisabilillah d sana.

No comments:

Post a Comment