Monday, June 13, 2011
kenapa tiada tulisan dan bacaan Bismillah di permulaan Surah At-Taubah.
Penerangan dibawah telah diberi oleh Faqihul Ummah Hazrat Maulana Mufti Muhammad Gangohi Rahmatullahi A`laih.
Semasa Hazrat Saidina Usman R.Anhu ditanya tentang kenapa tiada bacaan Bismillah di permulaan Surah At-Taubah,yang mana ia tidak seperti surah yang lain yang dibacakan Bismillah di permulaan surah,Beliau menjawab perkara ini terdapat khilaf (berbeza pendapat) yang mana ia menjadi surah yang berasingan. Ini adalah kerana Nabi S.A.W telah wafat tanpa sempat menerangkan apa pun tentang berkenaan perkara ini. Inilah kenapa tidak ditulis dan dibaca Bismillah pada permulaan Surah At-Taubah.
Walaubagaimanapun,perkara ini adalah berkaitan dan sama dengan surah Al-Anfal dimana ia adalah surah sebelum At-Taubah yang mana Bismillah telah diletakkan selepas surah ini dan terdapat ruang telah disimpan@ditutup. Dan perkara ini boleh jadi ini adalah surah yang berasingan.
(Shamaail Al-Tirmidhi ,jilid ke -2,muka surat 139)
Di dalam sahih Bukhari (jilid ke-2,mukasurat 271),ianya telah dinyatakan bahawa surah ini diturunkan untuk membatalkan perjanjian damai antara orang islam dan musyrikin. Di dalam surah ini adanya perintah untuk membunuh musyrikin dan kemurkaan Allah S.W.T pada mereka. Oleh kerana itu, Bismillah tidak ditulis dan dibaca di permulaan Surah At-Taubah yang mana maksud Bismillah itu sendiri bermaksud kepada keamnan dan belas kasihan.
Terdapat di dalam kitab Shaatbi bahawa bismillah tidak ada pada awal surah At-Taubah kerana ianya diturunkan berkaitan dengan peperangan.ini bukanah perkara utama walaupun perkara ini boleh dipertimbangkan. Sebab utama turunnya surah ini adalah sama seperti yang telah diriwayatkan oleh Hazrat Saidinia Usman R.Anhu.
(Bayaa`nul Quran,jilid ke-4,muka surat 95)
Rujukan:
1.Shamaail Al-Tirmidhi terjemahan bahasa inggeris oleh Hazrat Asy-Sheikh Muhammad ibn Abdul Rahman Ebrahim Damaat barakaatuh.
2. Sahih al-Bukhari terjemahan bahasa inggeris oleh Sheikh Muhammad Muhsin Khan Damaat barakaatuh.
3. Bayaa`nul Quran oleh Maulana Muhammad Ali Damaat barakaatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment