Monday, June 13, 2011

perkara yang perlu dilakukan apabila sifat kemarahan tiba.



perkara yang perlu dilakukan apabila sifat kemarahan tiba.

Alhamdulillah,sifat marah adalah salah satu sifat yang samada boleh menjadi munafaat atau mudarat,bergantung kepada dimana kita menggunakannya.di sini saya lampirkan apa yang perlu dilakukan yang dipetik dari kitab "Ilaj-ul-Ghazab" oleh Hadhrat Maulana Shah Hakeem Muhammad Akhtar Sahab Damaat Barakaatuh.

kita semua harus mengingati perkara-perkara dibawah supaya kita dapat bertindak semasa kita ditimpa sifat kemarahan:

1. membaca penuh Bismillah, yang dimulai dengan “A’uzubillah”.

2.mengambil wudhu`

3. duduk apabila ada orang di sekeliling kita berdiri,jika orang di sekeliling berdiri,maka baringkan diri.

4. pergi dan menjauhkan diri dari orang yang kita marah buat sementara waktu.

5. pergi duduk di sebelah orang-orang yang alim.

6. untuk mengingatkan seseorang kepada Allah S.W.T,bacalah Durood Shareef,yakni berselawat ke atas Nabi S.A.W.

7. menahan diri dari bercakapa buat sementara untuk menggelakkan sifat marah tadi makin menjadi.

8. renung sebentar bahawa sifat amarah ini bleh menghancurkan iman kita kerana pelbagai perkara dan keyakinan yang boleh berubah.

9. merenungkan perkara ini seperti berikut: seseorang itu telah melanggar perintah Allah S.W.T apabila dia marah yang tidak bermunafaat yang berdasarkan nafsu semata-mata dan jika dia memohon ampun pada Allah S.W.T,maka pasti Allah S.W.T akan mengampuni dosanya.begitu juga situasi antara satu individu dengan individu yang lain,maka maafkanlah kesalahan orang lain.renungkan betapa kasihnya Allah S.W.T kepada kita dengan mengompankun dosa kita yang terlampau banyak ini.

10.apabila perbuatan seseorang islam itu tidak berkaitan denga perkara di atas semasa mereka marah,maka dermakanlah(infak) sedikit dari sekecil-kecil 10 sen (perumpamaan nilai mata wang di m`sia)sehingalah ke nilai yang kita mampu apabila kita terlupa membuat perkara-perkara di atas semasa kita marah.dan jika masih tidak berkesan,lakukanlah solat Nafilah sebanyak 4 rakaat.

rujukan:

"Ilaj-ul-Ghazab" oleh Hadhrat Maulana Shah Hakeem Muhammad Akhtar Sahab Damaat Barakaatuh,Kutub Khana Mazahri,Karachi,Pakistan.

No comments:

Post a Comment