Monday, June 13, 2011

`Masail` penggunaan `handphone` siri 2 dan 3



sambungan dari `Masail` penggunaan `handphone` siri 1.

siri 2

Soalan :

Bolehkah menerangkan perbezaan di antara `amaal e-qaleel` dan `amaal e-katheer`?

Jawapan:

Para fuqaha e- kiraam telah adanya kihlaf (berbeza pendapat) di dalam menterjemahkan maksud `amaal e-qaleel` dan `amaal e-katheer`. Pendapat yang diambil oleh sebahagian besar ulama-e-kiraam ialah mana perbuatan/tindakan yang mana memberi kesan kepada orang yang berada di sekitar yang tidak di dalam solat ialah `amaal e-katheer` manakala perbuatan/tindakan yan tidak begitu mengambil perhatian/kesan ialah `amaal e-qaleel`.


Siri 3

Soalan :

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya `handphone`nya terus berbunyi berulang-ulang kali di dalam solah?selepas menekan batal panggilan pada `handphone`,bolehkah dia menekan batal panggilan pada `handphone` untuk kali yang kedua jika `handphone` terus berbunyi?

Jawapan:

Seseorang boleh menekan batal panggilan pada `handphone` secara berulangan dan ini termasuk dalam `amaal e-qaleel`. Apabila suatu perbuatan/tindakan menekan batal panggilan pada `handphone` secara berulangan menjadi pergerakan yang jelas dapat dilihat orang yang berada di sekitar yang tidak di dalam solat dan merasakan orang yang di dalam solat itu tidak berada di dalam solat maka solat orang itu menajdi hukumnya batal.

Rujukan :

`Masail –e-mobile`
Karangan Mufti Muhammad Salmaan Mansurpuri
(beliau telah merujuk pada gurunya, Maulana Mufti Irtidaa Ul-Haq Hassan Saheb dan Darul Ifta,majlis fatwa dari Darul Uloom Deoband)
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

No comments:

Post a Comment