Monday, June 13, 2011

Bekerjasama (Ja`amiyyat),(Nasihat berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T)




Bahagian kelima:Bekerjasama (Ja`amiyyat)

Da`wah dan Tabligh (menyampaikan agama),Taa`lem (mempelajari ilmu) dan Tasawwuf(kerohanian) ialah sesuatu yang aman dan harmoni.

Kita seharusnya memahami bahawa semua aspek yang ada di dalam orang yang bekerja untuk agama Allah S.W.T.kualiti istimewa yang ada di dalam orang yang bekerja untuk agama Allah S.W.T ialah Bekerjasama (Ja`amiyyat) dengan maksud untuk menyatukan semua pekerja agama Allah S.W.T ini yang berada di seluruh dunia,dan walau dari bahagian/aliran mana sekalipun. Inilah aspek yang terbaik, penting dan ianya adalah kualiti yang ada di dalam orang yang bekerja untuk agama Allah S.W.T.

Kami (Para Awwalin,Akkabir dan ulama e-kiraam dalam usaha da`wah dan tabligh) benar,ikhlas di dalam hati dan pemikiran kami tiada sedikitpun bantahan ataupun tentangan apa sahaja usaha untuk agama islam ini. Kita perlulah berhati-hati di dalam ucapan dan pertuturan kita.

Kepada saudara yang dimuliakan,

Kita sama sekali tidak berhak apapun untuk merendahkan,meremehkan, dan memberi hukum serta menolak usaha agama yang lain yang mana ianya memberi munafaat pada ummah yamg mana ia dilaksanakan samada melalui ucapan atau pemikiran kita. Ini ialah sesuatu yang akan membawa perpecahan baik di hati-hati orang islam,jemaah-jemaah islam dan ummah khususnya. Kita berada di sini adalah untuk bekerjasama, membantu antara satu dengan yang lain dan membawa semua orang bersama-sama. Kita sama sekali tidak ada asas,hak untuk bersangka buruk dan merendahkan apa sahaja usaha untuk agama Allah S.W.T.

Perlulah kita memahami bahawa Da`wah dan Tabligh (menyampaikan agama),Taa`lem (mempelajari ilmu) dan Tasawwuf(kerohanian) ialah sesuatu yang aman dan harmoni dan ianya adalah kerja Nubuwwah. Hanya orang yang kurang bijak sahaja yang berfikir untuk mempertimbangkan salah satu aspek di dalam kerja Nubuwwah ini sebagai konflik,pesaing,atau penentang pada kerja Nubuwwah yang lain.

Pada pendapat saya, (Hazrat Maulana Zeyad Danka D.B) saya tidak melihat perbuatan yang kurang bijak daripada ini,iaitu berfikir untuk mempertimbangkan salah satu aspek di dalam kerja Nubuwwah ini sebagai konflik,pesaing,atau penentang pada kerja Nubuwwah yang lain. (ianya benar-benar sesuatu perkara yang kurang baik).

rujukan:


1.“priceless advices for all workers of deen”/"deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"
By Hazrat Maulana Zeyad Danka(D.B).
,under the guidance of Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B).
Darul Mazed,Camperdown,
South Africa.

No comments:

Post a Comment