Monday, June 13, 2011
Makan duduk di kerusi dan hidangan di atas meja
Makan duduk di kerusi dan hidangan di atas meja
Hazrat Maulana Mufti Muhammad Taqi Usmani Damaat Barakaatuh mengaitkan Makan duduk di kerusi dan hidangan di atas meja dengan peristiwa ini:
Pernah sekali Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanvi Rahmatullahi A`laih telah berada di dalam keadaaan makan duduk di kerusi dan hidangan di atas meja kerana menerima jemputan orang kenamaan.Hazrat mengakui bahawa Makan duduk di kerusi dan hidangan di atas meja tidak menyalahi undang-undang, tetapi ianya bukanlah amalan Nabi S.A.W dan Sahabat R.Anhum,dan cara makan ini memang dipengaruhi dan berasal dari amalan orang inggeris. Untuk menggelakkan daripada memakan cara inggeris,maka Hazrat makan tetapi kakinya bersila pada kerusi.dengan cara ini hazrat dapat mengelak daripada makan dengan cara yang sama dengan cara makan orang inggeris yang bukan islam.
Walaubagaimanapun, Makan duduk di kerusi dan hidangan di atas meja sebenarnya tidak salah dan tidak ada dosa yang berkait dengannya. Namun,seharusnya kita sebagai orang islam harus merujuk kepada Quran dan Sunnah di dalam kehidupan seharian kita.lebih banyak keberkatan di dalam perbuatan seharian kita mengikuti amalan Nabi S.A.W.tidak baik sebenarnya untuk menjadikan Makan duduk di kerusi dan hidangan di atas meja sebagai amalan seharian kita.adalah lebih baik sebenarnya makan di lantai sebaik yang mungkin.
Makan duduk di kerusi dan hidangan di atas meja hanyalah perlu jika kita menghormati tetamu yang kurang pengetahuan tentang Sunnah yang menjemput kita makan di rumah mereka dan samada kita ada tetamu yang tidak biasa makan di lantai.
Satu perkara yang perlu diambil berat bahawa kita seharusnya tidak bersandar semasa makan samada makan di kerusi ataupun di lantai. Kita harus membongkok sedikit kehadapan smasa menikmati hidangan.
Nabi S.A.W telah bersabda bahawa sebuah gaya yang sombong untuk mengambil makanan sambil menyokong kembali terhadap sesuatu.perbuatan ini harus dielakkan.
(Hadith riwayat Abu Daud (no.3770) dan Ibnu Majjah (no.244)).
Rujukan
1. lecture by Hazrat Maulana Mufti Muhammad Taqi Usmani Damaat Barakaatuh at Jamiah Masjid Baitul Mukarram,South Yorkshire,london,United Kingdom at 22nd July, 1993
2.Sunan Abu Daud hadith no.3770 & Sunan Ibnu Majjah ( hadith no.244)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment