Monday, June 13, 2011
`Masail` penggunaan `handphone` siri 6 dan 7
*Siri ini agak penting kerana penggunaan `handphone` canggih,berwarna dan berteknologi tinggi agak meluas di Malaysia.jadi penggunaan ringtone perlulah berhati-hati di dalam kehidupan seharian kita,insyaAllah.*
Siri 6
Soalan :
Adakah perintah/digalakkan berkaitan untuk menggunakan Azan atau mana-mana ayat dari Al-Quran sebagai `ringtone` pada `handphone`?
Jawapan:
Tujuan penggunaan `ringtone` pada `handphone` ialah untuk memaklumkan kita bahawa ada orang ingin bercakap dan menghubungi kita. Ia adalah seperti orang yang mengetuk pintu rumah kita. Untuk menggunakan Azan atau ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan memaklumkan kita adanya panggilan ialah tidak tepat dan tidak sesuai. Ianya ialah salah satu perbuatan yang kurang beradab/tidak sopan untuk menggunakan kalimah yang suci itu dengan cara ini. Inilah sebabnya para fuqaha dan ulama e-kiraam melarang penggunaan kalimah-kalimah yang suci ini untuk tujuan seperti `ringtone` dan yang kurang sesuai dengannya. Kerana itu,adalah salah untuk `download` Azan,Naat,Qasidah,Zikir dan ayat-ayat Al-Quran sebagai `ringtone.`
Dengan lebih terperinci lagi,kadang-kadang, `handphone` seseorang secara tiba-tiba berbunyi semasa dia di dalam tandas. Natijahnya, `ringtone` yang digunakan iaitu Naat,Qasidah,Zikir dan ayat-ayat Al-Quran berkumandang di dalam tandas. Ini ialah seolah-olah tidak menghormati dan biadab dengan kalimah-kalimah tersebut. Kerana itu,setiap orang perlu melatih dan mengingatkan dirinya bahawa tidak menggunakan Azan,Naat,Qasidah,Zikir dan ayat-ayat Al-Quran sebagai `ringtone.` gunakanlah hanya `ringtone` yang normal sahaja.
Siri 7
Soalan :
Adakah dibenarkan untuk mengguna `ringtone` yang berbentuk hiburan/nyanyian/musik?
Jawapan:
Ianya tidak dibenarkan dan ianya adalah dosa yang berat untuk menggunakan `ringtone` yang berbentuk hiburan/nyanyian/music pada `handpone` seseorang.
Rujukan :
`Masail –e-mobile`
Karangan Mufti Muhammad Salmaan Mansurpuri
(beliau telah merujuk pada gurunya, Maulana Mufti Irtidaa Ul-Haq Hassan Saheb dan Darul Ifta,majlis fatwa dari Darul Uloom Deoband)
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment