Monday, June 13, 2011
`Masail` penggunaan `handphone` siri 4 dan 5
sambungan dari `Masail` penggunaan `handphone` siri 2 dan 3.
Siri 4
Soalan :
Berapa banyakkah seseorang boleh menekan batal panggilan pada `handphone` dalam gerakan yang sama?berapa kali seseorang boleh menekan batal panggilan pada `handphone` sepanjang di dalam solah dan apakah posisi solah seseorang jika dia menekan batal panggilan pada `handphone` sebanyak 3 kali di dalam gerakan yang sama?
Jawapan:
Sebenarnya seseorang dibolehkan untuk menekan batal panggilan pada `handphone` sebanyak 3 kali dengan syarat ianya ialah pergerakan yang minimum (`amaal e-qaleel`).solahnya masih sah samada gerakan itu dibuat samada didalam gerakan yang sama atau lebih dari satu pergerakan.
Nota:
1- 3 pergerakan itu tidak boleh secara berturut-turut.
2- 3 pergerakan itu sekurang-kurangnya harus dijarakkan untuk masa di mana seseorang boleh membaca “Subhana Rabbial A`laa” lebih dari 3 kali. Jika 3 pergerakan itu semuanya dibuat dalam jarak waktu yang sama dalam membaca 3 tasbih atau kurang, dan menurut satu pandangan ini ialah `amaal e-katheer` yang mana ia boleh membatalkan solah.Oleh kerana itu, langkah berhati-hati perlu diambil.
Siri 5
Soalan :
Seseorang itu tidak mampu menekan batal panggilan pada `handphone` dengan perbuatan (`amaal e-qaleel`).jika seseorang itu membiarkan ia berbunyi,solahnya dan solah jemaah lain akan terganggu.dalam kes ini,bolehkah dia mufarakah (keluar) dari solahnya dan mematikan `handphone`nya, supaya solah disambung/diteruskan dengan tenang?
Jawapan:
Jika seseorang itu tidak mampu menekan batal panggilan pada `handphone` dengan perbuatan `amaal e-qaleel`,maka walaupun ada gangguan dari bunyi `handphone`,dia tidak boleh mufarakah (keluar) dari solahnya. mufarakah (keluar) dari solah ilah bergantung pada keadaan-keadaan yang tertentu. Gangguan di dalam solah adalah tidak sah didalam shar`ee untuk mufarakah (keluar) dari solahnya.(namun,seseorang itu bersalah kerana menganggu solah berjemaah. Kerana itu,setiap orang perlu memastikan setiap `handphone`nya telah di `off`kan sebelum bermulanya solah.)
Rujukan :
`Masail –e-mobile`
Karangan Mufti Muhammad Salmaan Mansurpuri
(beliau telah merujuk pada gurunya, Maulana Mufti Irtidaa Ul-Haq Hassan Saheb dan Darul Ifta,majlis fatwa dari Darul Uloom Deoband)
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment