Monday, June 13, 2011

Nasihat dari Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi dan Maulana Sheikh Abu Hassan An-Nadwi kepada Hassan Al-Banna.



sekitar pemandangan di Darul Uloom Deoband,india..

Nasihat dari Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi dan Maulana Sheikh Abu Hassan An-Nadwi kepada Hassan Al-Banna..


nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..

“... Oleh itu, semasa duduk beliau (Hadratji Maulana In'amul-Hassan Sahib rah.alaih) berkata, “Maulana Muhammad Yusuf Sahib rah.alaih pernah memberi pandangan kepada Shaikh Hassan AlBanna agar memelihara kerja (agama)nya dari terlibat dengan politik dan menasihatinya agar jangan berselisih dengan kerajaan. Tetapi beliau tidak menerima (nasihat tersebut)*. Didalam masa yang lain, saya juga pernah mencadangkan perkara yang sama kepada Sayyid Ibrahim Izzat** dan menasihatinya agar membuat kerja yang positif sahaja dan jangan mengkedepankan aspek negatif. Beliau menerima pandangan saya dan bertindak menurutinya.”

Nota kaki:

*Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi rah.alaih menulis didalam Karwan-e-Zindagi, “Telah menjadi fakta bahawa sekiranya Ikhwan tidak mengambil bahagian secara aktif didalam politik untuk beberapa tempoh masa lagi dan tidak terperangkap didalam politik (secara) praktikal, dan meneruskan kerja pengislahan dan dakwah dengan penuh tumpuan, akan berlaku revolusi Islam di dunia Arab dan kehidapan baru akan muncul. Saya telah mengetahui dari pelbagai otoriti dan sumber yang terpercaya bahawa di hujung kehidupan beliau, Syaikh Hassan AlBanna sendiri berasa amat menyesal dan berkata bahawa beliau telah masuk secara pra matang didalam arena politik dan kemudiannya berhadapan dengan masalah. Beliau mempunyai keinginan yang besar, sekiranya diberi peluang, untuk beliau sekali lagi membuat kerja (atas) daawah dan hidayah secara eksklusif supaya beliau dapat menyemai kemampuan, didalam parti secara khususnya dan kaum Muslimin secara umumnya, sesuai didalam memenuhi segala tanggungjawab dan melepasi segala ujian dan rintangan. .(Karwan-e-Zindagi, Vol.1, p. 382).

** Seorang ulama’ tersohor, pemidato yang bersemangat dan rakan karib didalam perbincangan agama, dari Mesir. Beliau meninggal dunia pada 7 Syawal 1403H (18 Julai 1987) semasa perjalanan dari Mesir ke Mekah didalam keadaan berihram. Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas beliau.

Sumber rujukan:

[ Terjemahan bebas, Syed Mohammad Shahid Saharanpuri, Insight into Dawat and Its Understanding & Cognition, Maktaba Yaadgaar-e-Shaikh : Saharanpur, India, 2001, pg 156-157 ]

No comments:

Post a Comment