Monday, June 13, 2011
Cara kehidupan bersosial di dalam lingkungan Sunnah Nabi S.A.W.
Cara kehidupan bersosial di dalam lingkungan Sunnah Nabi S.A.W.
nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..
kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..
posting kali ni saya akan lamirkan rujukan bagaimana sebenarnya kita mengaplikasikan kehidupan bersosial di dalam komuniti dan masyarakat yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita,Muhammad S.A.W kerana baginda ialah contoh terbaik dan contoh yang bagus dan baik untuk mengikuti Nabi S.A.W ialah dengan mengikuti juga para Sahabat R.Anhum kerana mereka menerima,melihat dan mengamalkanserta mengaplikasikan Sunnah Nabi S.A.W di dalam kehidupan mereka.
semoga saya dan kita semua dapat amal dan sampaikan.dan kita biasakan dan ringankan mulut kita untuk memberi salam,insyaAllah.
1. Memberi salam semasa bertemu muslim yang lain ialah satu Sunnah yang hebat bagi orang islam.Rasulullah S.A.W banyak memberi penekanan pada perkara ini.ia meningkatkan perasaan kasih pada saudara seagama kita.salam harus diberi kepadasetiap orang islam samada kita mengenalinya ataupun tidak.Salam ialah hak islam dan untuk mengenali dan mengetahui seseorang ialah bukan keperluan.
(petikan hadith ini ada di dalam sahih bukhari )
2. telah disebutkan di dalam hadith Sahih Bukhari dan Muslim bahawa Nabi S.A.W telah melalui sekumpulan kanak-kanak dan Baginda mengucapkan salam kepada mereka.Di sini kita simpulkan bahawa adalah Sunnah juga untuk memberi salam kepada kanak-kanak.
(Sahih Muslim,jilid ke-2,muka surat 214)
3. Sunnah di dalam cara memberi salam ialah seseorang harus mengucapkan dengan nada yang sederhana perkataan Assalamualaikum.untuk memberi/menjawab salam yang disertakan dengan lambaian atau isyarat tangan,anggukkan kepala atau menggerakkan jari ataupun menjawab salam dengan cara sebegini adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi S.A.W.
(Mishkat ,jilid ke-2,muka surat 399,riwayat Tirmizi)
4. Apabila berjumpa sesama muslim,adalah Sunnah untuk bersalaman setelah memberi salam.Lelaki bersalaman sesama lelaki dan wanita sesama wanita.
(Mishkat jilid ke-2,muka surat 401,dari Bar`aa Ibn A`azib)
5. apabila memasuki sesuatu majlis,seseorang itu harus mencari tempat dimana ada tempat untuk duduk.membuatkan orang lain bangun untuk memberi laluan pada kita dan duduk tempat mereka adalah makruh dan berdosa
(petikan hadith ini ada di dalam sahih bukhari dan muslim)
6. ketika seseorang datang untuk berjumpa kita,berganjaklah sedikti dari tempat duduk sedikit walaupun temapt itu luas.ini juga adalah Sunnah dan dengan perbuatan ini,maka orang yang tiba dan datang berjumpa kita itu rasa sepeti dihormati.
(Zaadut Talibeen,hadith ini riwayat Imam Baihaqi Rah.)
7. Apabila ada 3 orang bersama,adalah tidak dibernarkan dan digalakkan untuk 2 orang dari kalangan mereka terlibat dalam perbualan apapun secara berasingan tanpa orang yang ketiga dapat mendengar.orang yang ketiga akan berasa curiga dan terasa hati.menyakiti hati mana-mana orang islam adalah berdosa.
(Sahih Muslim,jilid ke-2,muka surat 219)
8. Apabila seseorang pergi ke rumah orang lain dia harus meminta izin sebelum masuk ke dalam rumah.
(Mishkat jilid ke-2,muka surat 401)
9. Apabila kita menguap, adalah sunnah untuk menggelakkan sejauh mungkin.jika mulut tidak dapat ditutup walaupun kita telah berusaha untuk menutupnya,maka letakkan tangan yang satu lagi melapik semasa kita menutup mulut semasa menguap.semasa menguap,jangan membuat bunyi adalah tidak dibernarkan dan ia dinyatakan dalam hadith.
(sahih bukhari jilid ke-2,muka surat 919,Sahih muslim jilid ke-2,muka surat 412, dan 413)
10.mendengar nama dan panggilan yang baik adalah satu petanda yang baik dan untuk menjadi senang dan gembira dengan perkara ini juga adalah sunnah.menganggap sesuatu sebagai petanda buruk adalah dilarang.sebagai contoh,apabila seseorang bersin adalah petanda bahawa kerja yang kita lakukan tidak akan berjaya.menganggap nasib buruk akan datang apabila burung gagak melalui kita dan melihat monyet dan burung hantu berbunyi sebagai satu tanda perkara yang tidak baik akan berlaku dan ini adalah tidak berasas sama sekali dan ini akan menghasilkan keyakinan yang salah serta salah faham.dalam masa yang sama menganggap seseorang sebagai pembawa sial/nasib tidak baik dan menganggap sesuatu hari itu tidak baik adalah satu perbuatan yang dipengaruhi dan mirip-mirip syaitan.
(Mirqaat,jilid ke-9,muka surat 2 dan 6)
mengambil keputusan serta beritndak mengamalkan Sunnah Rasulullah S.A.W,maka kita akan disayangi oleh Allah S.W.T dan Sunnah ini diaplikasian dan diamalkan sesuai dengan waktu dan masanya.
rujukan
1. Beautiful Sunnah of Nabi S.A.W by Hazrat Maulana Shah Hakim Muhammad Akhtar Sahab Damaat Barakaatuh,Kutub Khana Mazahri,Karachi,Pakistan.
2. Mishkat Al Masabih by Muḥammad ibn ʻAbd Allāh Khatib Al-Tabrizi Rahmatullahi A`laih.
3. Sahih Muslim versi terjemahan ke bahasa inggeris oleh Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Abdul Hamid Siddiqui Damaat barakaatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment