Monday, June 13, 2011
Bahagian keempat :Pergi ke masjid/surau dengan kenderaan atau berjalan kaki?(Nasihat berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T)
Bahagian keempat :Pergi ke masjid/surau dengan kenderaan atau berjalan kaki?
Pergi ke masjid/surau dengan kenderaan atau berjalan kaki?
Kita menggunakan anggota yang ada pada tubuh badan kita dan atas penggunaan setiap anggota badan kita yang digunakan untuk kerja agama ini,Allah S.W.T akan memberi ganjaran pada kita.Pada hari ini, kita telah menyerahkan tugas anggota badan yang ada pada kita pada mesin-mesin. Keyakinan kita telah jauh merosot sampai pada tahap seperti ini;dimana saya (Hazrat Maulana Zeyad Danka) sedang berjalan kaki menuju masjid dan seorang hamba Allah telah memberi cadangan dan mengajak saya untuk menaiki kereta. Saya (Hazrat Maulana Zeyad Danka) menjawab,” apakah kesalahan/dosa yang telah dilakukan oleh tayar dan kereta? Kaki kita telah banyak kali melakukan dosa.Apabila kita berjalan kaki ke masjid, dosa anggota kaki kita akan diampun oleh Allah S.W.T.”
Kepada saudara yang dimuliakan,
Kesukaran dan menjalani kesusahan ialah tujuan utama usaha atas agama ini. Dengan kita menjauhkan diri dari mengharap pada mahluk dan kesenangan serta keselesaan ini, kita akan mendapat inspirasi dari susah payah yang telah dibuat oleh orang-orang terdahulu sebelum kita untuk agama Allah S.W.T dan dibimbing serta belajar di dalam usaha atas agama ini. Kita akan mendapat ilham dan bantuan dari Allah S.W.T di dalam menjalankan usaha atas agama dan setanding serta dekat dengan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Akhirnya, kita akan dapat membuat usaha atas agama ini dengan usaha da`wah dan tabligh dan secara automatik kita semakin dekat dengan amalan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Semasa Turun perintah Solah,Nabi S.A.W meminta pendapat dan pandangan dari para Sahabat R.Anhum.Namun, Rasulullah S.A.W tidak menerima antara idea yang dikemukakan iaitu dengan menyalakan api besar di atas bukit, meniup trumpet, memalu gendang dan sebagainya untuk memberitahu dan memanggil orang islam untuk solah apabila masuk waktu solah. Para Sahabat R.Anhum semua pulang dan mencari idea lain.Hazrat Abdullah Ibn Zaid Ibn Abdi Rabbih R.Anhu sangat mengambil perhatian dan di dalam fikirannya, dan kerahan akal fikirannya dengan serius memikirkan sampai beliau tertidur. Dalam tidurnya,Allah S.W.T telah mengajarkan azan serta kalimahnya kepada beliau dengan perantaraan malaikat. Apabila dia bangun dari tidurnya,dia terus segera pergi berjumpa Nabi S.A.W.Apabila beliau membaca dan memberitahu azan di depan Baginda,dengan pantas,Baginda menjawab,”ini datang daripada Allah,ianya benar.”Baginda kemudian mengarahkan Hazrat Bilal R.Anhu untuk melaungkan azan.
Dari peristiwa ini,satu pekara penting perlu kita ambil perhatian. Tidak seharusnya seseorang itu,yang mana dia memberi pendapat, dialah orang yang boleh dipertanggunjawabkan untuk membuat seuatu kerja itu. Kerana fikir Hazrat Abdullah Ibn Zaid Ibn Abdi Rabbih R.Anhu,Allah S.W.T telah memberi ilham dan mengajar azan kepada beliau di dalam mimpi dengan perantaraan malaikat. Dan pada Hazrat Bilal R.Anhu, kerana kesulitan dan kesusahan yang telah dialami oleh beliau sejak dari mengucap kalimah syahadah lagi, dia mengalami penderitaan hanya untuk percaya dan yakin tiada Tuhan selain Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memuliakan beliau untuk menjadi muazzin yang pertama melaungkan azan. Kerana itulah, orang yang menghadapi kesulitan,kesusahan dan pengorbanan yang tinggi untuk usaha atas agama ini diterima Allah S.W.T.
Kepada saudara yang dimuliakan,
Sama juga seperti Azaan, Mesyuarah juga satu amal yang besar. Perkara-perkara penting yang perlu dibincang dan dibawa ke dalam mesyuarah ialah:
i-apakah tugas yang belum diselesaikan lagi,adakah keperluan agama yang diperlukan tuntuk perkara yang akan datang?(takaza agama)
ii-siapa yang harus ambil tanggungjawab?
iii- bagaimana tugas itu hendak dilaksanakan?
Setiap orang harus bekerjasama di dalam membuat dan melaksanakan tanggungjawab ini.
rujukan:
1. Hayatus Sahabah (lives of companions of Nabi S.A.W)
By Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahmatullahi Ala`ih.
2.“priceless advices for all workers of deen”/"deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"
By Hazrat Maulana Zeyad Danka(D.B).,under the guidance of Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B).
Darul Mazed,Camperdown,
South Africa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment