Monday, June 13, 2011
azan berkumandang,biasa kita mendengar,dan tuntutan dan mafhum azan..
nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..
kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..
“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)
“Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.”
(Riwayat Bukhari)
Di atas muka bumi ini,kita mendapati bahawa hari ini manusia sibuk mencari keperluan mereka..dan nau`zubillah, ada yang sampai terlepas pandang perintah Allah SW.T.
di atas muka bumi ini,di tempat di serata dunia,berkumandang azan sebanyak 5 kali sehari..bagi yang memahami,segala pekerjaan mereka mereka akan tangguhkan sebentar,dan di dalam azan bukan sahaja terletak waktu untuk solat,tetapi sebenarnya,satu pengumuman (announcement) dari kalimah azan bahawa:
الله أكبر
Allahu Akbar 4x
(Allah is greater than any description)
;tiada perkara yang lebih besar dari perintah Allah,segala 4 unsur asas untuk semua benda,air,api,angin dan tanah kecil,kereta kecil,rumah banglo kecil,duit kecil..yang BESAR IALAH ALLAH. Semua benda selain Allah ialah mahluk.
أشهد أن لا اله إلا الل
Ash-had an la ilaha illa llah 2x
(I testify that there is no deity except for Allah)
;satu pengakuan dari setiap orang islam dan beriman bahawa tiada Tuhan selain Allah..di sini secara umum,hak kalimah ini ialah kita ingin mengeluarkan apa yang tersimpan dalam hati kita ni yang selama ni besar hendak dinganti dengan kebesaran Allah.
inilah amalan Ambiyaa` Alaihi mussolatu wassalam,Nabi S.A.W dan Sahabat R.Anhum..mereka menunaikan hak kalimah iaitu percakapan yang membesarkan Allah,walaupun iman mereka telah diitiraf oleh Allah,tetapi mereka masih berusaha memperbaharui iman mereka dengan percakapan yang membesarkan Allah dan mengecilkan mahluk. dan perintah Allah ialah sumber kejayaan bagi perkara keperluan yang lain.
أشهد أن محمدا رسول الل
Ash-hadu anna Muħammadan rasulullah 2x
(I testify that Muhammad is a Messenger of Allah)
;satu pengakuan dari setiap orang islam bahawa Muhammad S.A.W ialah pesuruh Allah
di sini secara umum,hak kalimah ini ialah kita ingin menafikan bahawa hanya jalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W akan bawa kita kejayaan dunia dan akhirat kita. Sahabat R.Anhum ialah goongan yang telah mencintai Nabi S.A.W sepenuhnya dan menjadikan kehidupan Nabi S.A.W,dari segala aspek termasuk zahir,batin,amalan,ara hidup dan fikiran baginda..mereka menunaikan hak kalimah iaitu membawa cara Nabi S.A.W di dalam kehidupan mereka,dan sampai masanya kitia mesti mengikuti jalan Nabi S.A.W yang telah diamalkan yang telah ditunjukkan oleh Sahabat R.Anhum.
حي على الصلاة
Hayya 'ala-salatt 2x
(The time for prayer has come)
;satu pengumuman bahawa ketika ini PERINTAH ALLAH ialah yang paling besar kita kena laksanakan.dan perintah UTAMA ialah solat.sesiapa yang tidak menyambut perintah Allah pada masa ini termasuk di dalam kalangan orang2 yang rugi.dan datang tunaikan perintah Allah di rumah Allah..iaitu masjid.
حي على الفلاح
Hayya 'ala 'l-falah 2x
(let go and get the success)
;satu pengumuman untuk orang yang beriman,sesiapa yang nak berjaya,besarkan Allah dari segala-galanya,amalkan Sunnah Nabi S.A.W dan tunaikan solah.datanglah ke rumah Allah.satu iklan dari Allah,sesiapa nak berjaya,datanglah tunaikanlah solat di tempat azan dilaungkan.
الله أكبر
Allahu Akbar 2x
(Allah is greater than any description)
;Allah ingatkan bahawa peintahNya ialah paling besar.masa ini perintah solat paling besar.peringatan semua (reminder)
لا إله إلا الله
La ilaha illallah 1x
(There is no deity except for Allah)
;tiada tuhan selain Allah,kita sebarkan mafhum kalimah dengan menyampaikan kalimah dan sebarkan ke searata alam.inilah maksud Ambiyaa` Alaihi mussolatu wassalam,Nabi S.A.W dan Sahabat R.Anhum dihantar untuk sebarkan agama Allah S.W.T dan sudah tiba masanya giliran kita untuk ambil dan sambung tanggungjawab dan amana ini kerana Nabi tidak akan dihantar selepas penutup segala Nabi,Muhammad S.A.W,Sahabat R.Anhum,Tabii`,Tabieen telah tunaikan tanggungjawab mereka,sekarang tiba masa untuk kita..
"Invite (mankind) to the way of your Lord with wisdom and beautiful preaching and reason with them in the best manners possible." [al Nahl 16/125]
kepada orang islam dan beriman yang mahu berjaya dunia dan akhirat,sambutlah takaza(keperluan agama) ini,tunaikan perintah solat waktu azan dilaungkan,tinggalkan sebentar pekerjaan/keperluan kita.
semoga Allah beri kita peluang dan hidayah untuk kita ambil iktibar amalkan dan sampaikan..
JazakaAllahu Khair.
diterjemah oleh :
muhammad_efendie
http://ghostridermujahid.blogspot.com/
dari sumber/source from :
- lecture of Maulana Muhammad Patel,Walthamstow,London,England. (english)
- CallToMuslimsTBecomeAnUmmah by Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahamatullah Ala`ih. (english and urdu)
- An easy formula for islah by Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahamatullah Ala`ih. (arab dan urdu)
- Al-Fiqh al-Manhaji Kitab Fiqh Mazhab Syafie, Jilid 1, Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd., Karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji. (melayu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment