banyak usaha perlu dilakukan supaya ummah blh menerima dn mngambil usaha dakwah dan tabligh sebagai amanah mereka..orang2 yg sudah menjalankan usaha perlu lebih menjaga akhlak,tutur kata,gerak-geri dn hikmah di marhalah tempatan dan semasa keluar di luar kawasan dan perlunya bina hubungan dengan orang tempatan..kajian oleh Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial ,Universiti Teknologi Malaysia,kajian pd tahun 2006. di johor bahru,kulai,skudai,pasir gudang.mungkin sekarang sudah meningkat,insyaAllah.
bertajuk:
PEMETAAN DAKWAH DI NEGERI JOHOR: KAJIAN LOKASI,
METODOLOGI & PENGAPLIKASIANNYA DI SKUDAI, KULAI, PASIR
GUDANG DAN JOHOR BAHRU

Jadual 4.31 di atas menunjukkan tentang keselesaan responden terhadap pendekatan dakwah yang digunakan oleh Jemaah Dakwah dan Tabligh. Bagi kawasan Skudai, 20 orang (8.1%) responden tidak bersetuju, 68 orang (27.6%) kurang setuju, majoriti kecil seramai 96 orang (39.0%) bersetuju, 48 orang (19.5%) sangat setuju manakala baki seramai 14 orang (5.7%) lagi tidak pasti dengan item di atas. Min bagi item di atas ialah 2.87. Bagi kawasan Kulai, hanya 4 orang (6.7%) responden tidak bersetuju, 20 orang (33.3%) kurang setuju, 18 orang (30.0%) bersetuju, 16 orang (26.7%) lagi sangat
bersetuju manakala baki 2 orang (3.3%)lagi tidak pasti dengan item di atas. Min bagi item di tersebut ialah 2.87.
Bagi kawasan Pasir Gudang, hanya 4 orang (3.6%) responden tidak bersetuju, 11 orang
(10.0%) kurang bersetuju, majoriti seramai 60 orang (54.5%) bersetuju, 27 orang (24.5%) sangat bersetuju manakala baki 8 orang (7.3%) lagi tidak pasti dengan item diatas. Min bagi item tersebut ialah 2.91. Bagi kawasan Johor Bahru, hanya seorang (0.9%) responden tidak bersetuju, 26 orang (22.6%) kurang setuju, majoriti seramai 66 orang (57.4%) sekadar bersetuju, 12 orang (10.4%) sangat bersetuju manakala baki 10 orang (8.7%) lagi tidak pasti dengannya. Min bagi item di atas ialah 2.67.
Pandangan dan cadangan responden di kawasan Skudai terhadap program dakwah
Saya merasa selesa dengan pendekatan dakwah yang
dilakukan oleh Jemaah Dakwah dan Tabligh
2.87 Setuju
Secara umumnya, empat item yang mendapat min tertinggi mencapai tahap
sangat setuju ialah “para pendakwah perlu berdakwah dengan bijaksana supaya
dakwahnya lebih berkesan” (3.72), “pentadbiran bahagian dakwah perlu
dipertingkatkan” (3.62), “semua aktiviti dakwah perlu diadakan dalam waktu yang
sesuai” (3.59) dan “setiap pemakluman mengenai program perlu jelas” (3.53).
Terdapat juga beberapa item yang rendah hingga mencapai tahap kurang setuju,
antaranya ialah “saya merasa selesa dengan pendekatan dakwah yang dilakukan oleh
Jemaah Dakwah dan Tabligh” (2.87), “banyak program dakwah yang disediakan khas
untuk remaja di tempat saya” (2.48) dan “banyak program dakwah yang disediakan khas
untuk kanak-kanak di tempat saya” (2.35).
Pandangan dan cadangan responden di kawasan Kulai terhadap program dakwah
Saya merasa selesa dengan pendekatan dakwah yang
dilakukan oleh Jemaah Dakwah dan Tabligh
2.87
Setuju
Bagi kawasan Kulai, empat item yang mendapat min tertinggi yang membawa
kepada respons sangat setuju dan setuju ialah “para pendakwah perlu berdakwah dengan
bijaksana supaya dakwahnya lebih berkesan” (3.70), “penganjur perlu memilih masa,
tempat dan penceramah yang sesuai bagi setiap program dakwah” (3.63), “pentadbiran 166 bahagian dakwah perlu dipertingkatkan” (3.43) dan “setiap pemakluman mengenai
program perlu jelas” (3.35).
Manakala tiga item terendah bagi bagi kawasan Kulai ialah “saya merasa selesa
dengan pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Jemaah Dakwah dan Tabligh (2.87),
“banyak program dakwah yang disediakan khas untuk remaja di tempat saya” (2.55) dan
“banyak program dakwah yang disediakan khas untuk kanak-kanak di tempat saya” (2.43).
Pandangan dan cadangan responden di kawasan Pasir Gudang terhadap program dakwah
Saya merasa selesa dengan pendekatan dakwah yang
dilakukan oleh Jemaah Dakwah dan Tabligh
2.91 Setuju
Empat item yang mempunyai min tertinggi di kawasan Pasir Gudang ialah “para
pendakwah perlu berdakwah dengan bijaksana supaya dakwahnya lebih berkesan”
(3.73), “program dakwah di sini perlu dipelbagaikan pendekatannya” (3.73), “setiap
pemakluman mengenai program perlu jelas” (3.63) dan “pentadbiran bahagian dakwah
perlu dipertingkatkan” (3.60).
Walaupun masih berada pada tahap setuju, namun tiga item terendah di kawasan
Pasir Gudang ini masih dikategorikan sebagai item yang bermasalah. Ketiga-tiga item
tersebut ialah “saya merasa selesa dengan pendekatan dakwah yang dilakukan oleh
Jemaah Dakwah dan Tabligh” (2.91), “banyak program dakwah yang disediakan khas
untuk remaja di tempat saya” (2.85) dan “banyak program dakwah yang disediakan khas
untuk kanak-kanak di tempat saya” (2.76).
Pandangan dan cadangan responden di kawasan Johor Bahru terhadap program dakwah
Saya merasa selesa dengan pendekatan dakwah yang
dilakukan oleh Jemaah Dakwah dan Tabligh
2.67 Setuju
Bagi kawasan Johor Bahru, empat item yang dikenal pasti sebagai item tertinggi
bagi kawasan ini ialah “para pendakwah perlu berdakwah dengan bijaksana supaya
dakwahnya lebih berkesan” (3.75), “penganjur perlu memilih masa, tempat dan
penceramah yang sesuai bagi setiap program dakwah” (3.70 ), “program dakwah di sini
dapat mengurangkan masalah sosial masyarakat dewasa di tempat saya” (3.67) dan
“pentadbiran bahagian dakwah perlu dipertingkatkan” (3.63).
Satu item yang mempunyai tahap persetujuan terendah ialah “saya merasa selesa
dengan pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Jemaah Dakwah dan Tabligh” (2.67)
manakala dua lagi item terendah yang mencapai tahap kurang setuju ialah “banyak
program dakwah yang disediakan khas untuk remaja di tempat saya” (2.50) dan “banyak
program dakwah yang disediakan khas untuk kanak-kanak di tempat saya” (2.46).
kajian ini boleh dibaca secara lengkap di:
http://eprints.utm.my/2769/1/75203.pdf
No comments:
Post a Comment