
bahagian ketujuh:Berfikiran luas dan terbuka dan berkasih-sayang walaupun berlainan fikrah.
(Nasihat berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T)
Di dalam usaha atas agama ini,kita perlu menjadi seorang da`ie yang berpandangan luas dan berfikiran terbuka.dengan inilah kerja agama kita akan ada peningkatan.kita tidak boleh berfikiran sempit kerana pemikiran seperti ini di dalam usaha agama akan membuka jalan kepada ketidaksefahaman dan perpecahan di dalam ummah.
Kami, ( Para Awwalin,Akkabir dalam usaha da`wah dan tabligh) menerangkan perkara ini dengan satu contoh yang ringkas.ada satu rakan seusaha kita memiliki sebuah kedai menjual perkakasan (hardware),seorang pelanggan telah datang ingin membeli papan kayu dan bertanya pada pemilik kedai yakni rakan seusaha kita dan bertanya,”berapakah harga satu meter papan kayu?dan dia pun berkata,”satu meter 100 rupee.”dan pelanggan bertanya,”boleh saya minta kurang harganya?” dan dibalas dengan perkataan “tidak” oleh pemilik kedai.pemilik kedai yakni rakan seusaha kita kemudian meneliti pelanggan itu dan baru dia perasaan bahawa dia telah khuruj fisabilillah selama 40 hari besama pelanggan itu,dan kemudian dia berkata,”oh,jemaah@karkun rupanya.”dan dengan segera dia menjawab,”boleh,kamu boleh dapat semter papan kayu dengan harga 50 rupee.”dan pelanggan itu beli dan pulang dengan senang hati.
Tidak lama kemudian pelanggan lain pula datang ke kedainya.dan pelanggan ini juga terlibat dengan usaha agama tetapi berlainan fikrah dan dikenali ramai.dia juga datang untuk membeli barang yang sama dengan pelanggan sebelum ini dan pemilik kedai berkata,” satu meter 100 rupee.” dan pelanggan bertanya,”boleh saya minta kurang harganya?” dan dibalas dengan perkataan “tidak,saya tidak akan memberi sebarang pengurangan harga pada tuan.” Oleh pemilik kedai.
Perniagaan yang dijalankan seperti ini ialah salah. Ini adalah kerana sepatutnya rakan seusaha@pemilik kedai tersebut seharusnya bersifat serta memaparkan kebaikan dan bertimbang rasa kepada para pelanggannya walau dari mana fikrah@fahaman apa sekalipun. Di dalam perniagaan,di samping kita mematuhi syariat di dalam perniagaan,kita juga mestilah belajar dan mengamalkan sifat ehsan (berbuat sesuatu perkara dengan cara yang terbaik).
Kepada pembaca yang dihormati,perkara seperti inilah yang akan menimbulkan perkataan dan pemikiran puak “jemaah tabligh” dan sebagainya.dan ini akan menyebabkan ummah pecah hati dan tidak bersatu.
Kepada pembaca yang dimuliakan,apabila seseorang yang kita jumpa tidak terlibat dengan usaha da`wah dan tabligh malah tidak mengetahuinya,kita seharusnya menunjukkan kebaikan dan bertimbang rasa supaya dengan orang itu lebih rapat,mengenali dan insyaAllah akan membuat usaha agama juga.Apabila kita bersama orang yang terlibat dan membuat usaha atas agama,untuk menjaga hubungan diri kita dan mereka,maka kita berurusan dengan mereka dengan adil dan sama rata.dan dalam perkara ini,keadaan kedua iaitu,hubungan sesama rakan seusaha,sifat ehsan tidak diperlukan kerana apabila kita berurusan sesama rakan seusaha dengan adil dan sama rata, hubungan kita dengan mereka terjaga,dan manakala pekara pertama,iaitu berurusan dengan orang yang tidak terlibat dan tidak mengenali usaha da`wah dan tabligh,sifat ehsan sangat diperlukan supaya hubungan silaturrahim terbina dan mereka akan terlibat dengan usaha da`wah dan tabligh suatu hari nanti,insyaAllah.
Telah dinyatakan di dalam satu hadith bahawa Nabi S.A.W bersabda,
” Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
(Riwayat Ahmad)
Oleh itu, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku iaitu dimana apabila kita berjumpa dengan rakan seusaha dan kenalan rapat kita, kita memberi salam dan menegur mereka,sebaliknya,apabila kita berjumpa orang yang tidak kita kenali, kita tidak memberi salam malah menegur mereka sekalipun.
Nasihat dan muzakarah ini,yang mana kita sedang membaca ini, dan sayangnya, sebahagian besar kita lupa untuk mengingati dan ingat perkara-perkara ini.kita hendaklah memberi nasihat dan peringatan antara satu sama lain. Perkara-perkara seperti yang kita baca di dalam bahagian ini adalah sebenarnya untuk diri kita sendiri,terutamanya melibatkan dalaman kita dan islah (pembaikan) diri kita sendiri. Penambaikan dan kesatuan di dalam usaha atas agama ialah dengan menjaga kualiti secara ijtima`i` (beramai-ramai),ja`amiyaat (bekerjasama) dan sebagainya. Dan perkara-perkara asas ini adalah penting di dalam menyatukan ummah dan membentuk ummah secara keseluruhannya.
Usaha atas agama ini ialah usaha atas ummah secara keseluruhannya,bukanlah hak milik mutlak jemaah tertentu,fikrah tertentu,kumpulan tertentu dan persatuan tertentu.perpecahan dan ketidakesatuan hati akan menjauhkan nusrah (bantuan) dari Allah S.W.T untuk ummah ini.
rujukan:
1.“priceless advices for all workers of deen”/"deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"
By Hazrat Maulana Zeyad Danka(D.B).,under the guidance of Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B).
Darul Mazed,Camperdown,
South Africa.
No comments:
Post a Comment