Monday, June 13, 2011

`Masail` penggunaan `handphone` siri 1



`Masail` penggunaan `handphone`

nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..

mulai posting blog ini,siri masail penggunaan `handphone`akan di posting ke blog ini dari semasa ke semasa,dengan sebagai permulaan,tentang mematikan `handphone` di dalam solat.semoga terjemahan kitab ini memberi kita munafaat di dalam kehidupan seharian kita.masail penggunaan handphone ini akan diteruskan postingya dari semasa ke semasa.

jazakaAllahu Khair.

Muhammad_efendie

siri 1

1. Mematikan `handphone` ketika didalam solat

Soalan :

jika satu `handphone` berbunyi semasa solat,apa yang perlu dilakukan?perlukah kita mufarakah (keluar) dari solat? Patutkah kita mematikan `handphone` handset di dalam solat apabila ia berbunyi atau meneruskan solatnya dan membiarkan `handphone` terus berbunyi?

Jawapan:

Perkara pertama sekali, kita mestilah menjadikan mematikan `handphone` sebelum solat menjadi amalan kita. Apabila seseorang lupa melakukannya dan `handphone` itu berbunyi,dengan pergerakan yang minimum (amaal e-qaleel), dia seharusnya menekan batal panggilan pada `handphone` sebagai contoh, seseorang membatalkan panggilan pada `handphone` dengan menggerakkan tangannya pada poket seluar.dan solatnya itu masih sah. Tidak perlu untuk seseorang itu mufarakah (keluar) dari solatnya. Apabila seseorang membiarkan handphone` terus berbunyi,solatnya tetap sah.walau bagaimanapun, seseorang itu dikira berdosa kerana menganggu orang lain yang sedang di dalam solat.

Rujukan :

`Masail –e-mobile`

Karangan Mufti Muhammad Salmaan Mansurpuri
(beliau telah merujuk pada gurunya, Maulana Mufti Irtidaa Ul-Haq Hassan Saheb dan Darul Ifta,majlis fatwa dari Darul Uloom Deoband)
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

No comments:

Post a Comment