Monday, June 13, 2011
1432 tahun dahulu: Perang Badar.
lokasi Badar,Arab Saudi.
1432 tahun dahulu: Perang Badar
Perang Badar adalah salah satu peperangan yang terpenting di dalam sejarah islam kerana ia menentukan hala tuju dan nasib orang islam dan agama islam itu sendiri samada mara atau terhenti di sekerat jalan.dan ianya kejayaan yang besar untuk orang islam pada masa itu.Perang Badar berlaku pada Sabtu, 13 Mac, 624 AD(After Decade)atau (17 Ramadhan, 2 AH(After Hijrah)
Yang mana dimenangi oleh orang islam dengan nusrah(bantuan) Allah S.W.T di dalam bulan yang diberkati,Ramadhan.2AH(After Hijrah).
Kehidupan di kota Mekah telah tidak dapat ditahan penderitannya oleh orang islam.orang musyrikin menghalang mereka dari beribadah dan menyeksa mereka. Nabi S.A.W, mengambil keputusan untuk berhijrah dengan para Sahabat R.Anhum ke Madinah untuk mengelakkan kaum muslimin dari diseksa lebih teruk oleh musyrikin Mekah. Orang-orang islam meninggalkan kota Mekah dengan senyap-senyap dan meninggalkan harta benda mereka.
Orang-orang kafir Mekah tidak berpuas hati dengan kejayaan penghijrahan ini.musyrikin mekah telah merampas semua harta benda orang islam yang ditinggalkan dan menggunakannya untuk berniaga dan menghantar rombongan perniagaan ke syam.(Syria)
Di Madinah,orang islam mencari idea bagaimana untuk mendapatkan kembali harta benda mereka. Seorang Sahabat R.Anhum berkata ”kita tidak boleh menerima ketidakadilan, kita mesti mendapatkan kembali harta benda kita dengan apa cara sekalipun.”Salah seorang Sahabat R.Anhum yang lain pula berkata,”mari kita mengangggu dan merampas salah satu dari rombongan perniagaan mereka dan mendapatkan harta benda kita.”
Walaubagaimanapun,semasa itu orang islam berada di dalam keadaan lemah,dan tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk berperang dengan musyrikin Mekah. Lagi pula,Nabi S.A.W,tidak akan mengambil sebarang tindakan kecuali dengan perintah Allah S.W.T. dan kemudian pada satu hari,Baginda menerima wahyu dari Allah S.W.T,iaitu :
“diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).”
(Al-Hajj:39)
Apabila Nabi S.A.W mendengar khabar bahawa rombongan perniagaaan musyrikin Mekah pergi ke Syam dengan penuh muantan harta benda,dan barang yang diniagakan.Baginda menunjukkan arah Mekah dan berkata kepada para Sahabat.R.Anhum”ini adalah rombongan perniagaan dari musyrikin Mekah.pergi dan menahan mereka kerana Allah S.W.T,semoga Allah S.W.T menganti kembali harta-benda kamu.”
Pada 8 Ramadhan,orang islam membentuk tentera yang terdiri dari 313 orang,dengan 70 ekor unta dan 2 ekor kuda. Nabi S.A.W dan para Sahabat R.Anhum kemudian menuju ke tempat bernama Badar yang mana kebanyakan rombongan perniagaan akan berhenti sebentar di Badar yang terletak di tengah-tengah antara Mekah dan Madinah.terdapat juga sebuah perigi dan mereka juga merehatkan haiwan-haiwan yang membawa barang dagangan.
Abu Sufyan,ketua rombongan perniagaan ini,telah diberitahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W dan Sahabat R.Anhum telah membentuk tentera untuk menganggu dan merampas barang perniagaan rombongan ini.kemudian Abu Sufyan telah menghantar utusan ke Mekah untuk memberitahu perkara ini.Sebelum masuk ke Mekah,utusan ini telah mengoyakkan bajunya, mencederakan untanya dan kemudian masuk ke Mekah dan berteriak,”rombongan perniagaan,rombongan perniagaan! Harta benda kamu bersama Abu Sufyan telah dirampas oleh Muhammad dan Sahabatnya.mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkannya,tolong,tolong!”.
Berita ini telah heboh di seluruh Mekah dan ia mengejutkan mereka.dengan segera,mereka telah membentuk tentera yang terdiri dari 1300 orang,dengan 100 ekor kuda dan unta yang secukupnya yang dibekalkan dari setiap suku yang tinggal di Mekah. Mereka menju ke Badar dengan kemarahan yang membara.
Sementara itu,Abu Sufyan,telah sampai di sekitar Badar.Kemudian dia terjumpa seorang badwi dan bertanya samada ternampak tentera yang bergerak.Badwi itu menjawab,”saya tidak menjumpai sesiapapun kecuali 2 penunggang kedua di bukit yang berhampiran.”Abu sufyan dengan segera pergi ke tempat itu dan terjumpa saki baki makanan haiwan ternakan dan dia memerhati dengan teliti.kemudian beliau berkata,”demi Allah!ini ialah makanan yang diberi oleh orang Madinah kepada haiwan ternakan dan tunggangan mereka.” Dia tahu bahawa orang islam berada tidak jauh dari sini.dengan segera dia kembali kepada rombongan perniagaan mereka dan menyambung perjalanan tetapi mengubah arah ke barat,di tepi pantai untuk melarikan diri dari tentera islam.
Apabila dia telah pasti bahawa rombongan ini telah selamat dari gangguan dan serangan dari orang islam,dia telah menghantar utusan kepada tentera musyrikin mekah yang dia tidak memerlukan pertolongan lagi dan rombongan perniagaan ini telah selamat.
Walaubagaimanapun,Abu Jahal,musuh sejati Nabi S.A.W,tidak mahu berpatah balik ke Mekah dan mencadangkan tentera ini meneruskan ke badar dan berperang dengan orang islam. Dia berkata dengan nada angkuh,”kita tidak akan patah balik sehingga kita tiba di Badar.kita akan berkhemah disana selama 3 hari,sembelih binatang kita,mengadakan pesta,minum arak dan mengadakan wanita muda menari untuk kita.seluruh tanah arab akan tahu dan dengar bahawa gerakan kita,kekuatan kita dan selepas ini akan menghormati kita.mari kita terukan perjalanan.”
Tentera musyrikin Mekah yang bergerak ini adalah yang terbesar dibentuk di tanah Arab. Abu jahal Nampak inilah peluang keemasan untuk menghinakan orang islam. Dan apabila mereka berperang,dapat membunuh dan memusnahkan Muhammad dan Sahabatnya serta menghancurkan agama islam sekaligus.
Pada 16 Ramadhan,Nabi S.AW dan Sahabat R.Anhum telah tiba di perigi badar dan mendirikan khemah di sana.salah seorang dari Sahabat,pakar di dalam peperangan, Hazrat Al-Hubab Ibn Al-munthir R.Anhu telah mencadangkan kepada Nabi S.A.W,”kita teruskan bergerak dan kita menawan punca bekalan air musuh yang terletak berdekatan khemah musuh.kita bertahan di sana dan kita memusnahkan perigi-perigi lain dan kita korek tempat simpanan air berdekatan perigi yang tinggal untuk bekalan air tentera kita.”Nabi S.A.W telah menerima cadangan Hazrat Al-Hubab dan mendirikan khemah di tempat yang telah dicadangkan. Kemudian Hazrat Saad Ibn Muath R.Anhu membina sebuah benteng yang tinggi unutk tempat Nabi S.A.W dapat membimbing orang-orang islam semasa peperangan.
Telaga air Badar
Nabi S.A.W sendiri memastikan setiap orang di dalam tentera yang dibentuk ini benar-benar bersedia untuk berperang. Baginda memberi arahan bahawa mereka tidak harus memulakan perang dahulu. Kedua-dua pihak tentera mara ke arah hadapan dan bertentangan antara satu sama lain.situasi itu sangat serius dan bayangan kematian membayangi setiap orang.Nabi S.A.W tahu bahawa peperangan ini menentukan hala tuju orang islam dan agama islam.Baginda kemudian berlutut dan berdoa kepada Allah S.W.T.”ya Allah,jika kumpulan orang islam ini binasa,maka tidak akan ada lagi yang tinggal untuk agamaMu.”
Antara orang pertama yang mara ke medan pertempuran ialah Hazrat Hamza ibn Abdil Muttalib R.Anhu.Pak cik kepada Nabi S.A.W. beliau membunuh musuh yang cuba memusnahkan dan sampai kepada tangki simpanan air. Itulah permulaan kepada perang Badar.3 orang antara pahlawan Quraisy yang terbaik telah mara ke depan dari tentera musyrikin dan mencabar 3 tentera muslim untuk bertarung. Hazrat Hamza ibn Abdil Muttalib R.Anhu, Hazrat Ali ibn Abi Taleb R.Anhu and Hazrat Ubaidah ibn al-Harith R.Anhu mara ke depan di antara tentera islam.
lokasi pertempuran Badar.
Hazrat Saidinia Hazmah R.Anhu dan Hazrat Saidina Ali R.Anhu dapat membunuh mush mereka,manakala Hazrat Ubaidah ibn al-Harith R.Anhu syahid terkorban bersama musuhnya akibat kecedaraan yang teruk. Malu dengan kekalahan ini,tentera musyrikin telah melepaskan anak panah kepada tentera islam. Dan merempuh tentera islam dengan pedang mereka.
Mereka menyerang dalam hilang banyak orang-orangmereka,tetapi mereka masih tidak dapat menembusi benteng tentera islam. Dalam keadaan bertahan,tentera islam menunggu sampai kekuatan musuh mereka berkurangan.Dan tentera islam membalas serangan dengan pantas secara bergilir-gilir sebelum musuh sempat membalas serangan.Nabi S.A.W mengetuai tentera islam, bertarung dengan berani di barisan hadapan dan sambil membaca ayat-ayat Quran.
Menghadapi kekurangan tentera yang banyak,tentera musyrikin bertempiaran melarikan diri sebelum dan orang islam mengejar mereka dan mendapat tahanan perang.tetapi Abu jahal tidak boleh menerima kekalahan itu. Ia cuba membetulkan kedudukan tentera musyrikin,tetapi mereka semuanya bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing meninggalkan pasukan pemanah untuk melindungi mereka. Tetapi ini tidak sedikitpun menakutkan Hazrat Muath ibn Amr R.Anhu dari mendapatkan dan mengejar Abu jahal dan beliau memukul Abu jahal dengan pedangnya,kemudian salah seorang dari Sahabat R.Anhum yang lain melempar tombak dan ia menembusi badan dan ia membunuh Abu jahal.
Ianya kekalahan yang sangat memalukan dan teruk kepada musyrikin.mereka hilang 70 orang pahlawan terbaik mereka,temasuk 20 darinya ketua pasukan tentera.70 yang lain telah menjadi tahanan perang.40 orang islam terkorban di dalam peperangan ini.berita tentang kemenangan tentera islam telah sampai ke pengetahuan penduduk madinah dan mereka sangat gembira mendengar khabar ini.dan Mereka hampir terkejut dan tidak percaya bahawa pada 23 Ramadhan,mereka melihat Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat R.Anhum memasuki kota Madinah beserta kemenangan dan 70 tawanan perang.
40 nama Sahabat R.Anhum yang syahid di Badar (Ahlul Badar) dicatitkan di Badar.
Inilah yang terjadi pada perang Badar,yang terjadi di dalam Bulan Ramadhan. Petempuran ini menentukan masa depan orang islam dan agama islam itu sendiri. Sebelum peperangan ini,orang islam lemah dan dihina secara berterusan oleh kuffar/musyrikin Mekah. Selepas peperangan Badar, orang islam bangkit sebagai satu agama dan negeri yang kuat serta dikenali,semuanya dengan izin Allah S.W.T. yang membolehkan apa sahaja perkara terjadi.
Rujukan:
-Sahih Bukhari jilid 4,hadith no. 274, 359,
-Sahih Bukhari jilid 5,hadith no. 286,287,367,358.
-Sahih Muslim ,hadith no 4394.
-Sunan Abu Daud hadith ke 2658 & 2659.
- Majalah Al-Jum`uah jilid 10 isu 8 dan 9.(United States edition)
- The Holy Qur'an: Text, Translation & Commentary by Sheikh Abdullah Yusuf Ali (1987).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment