Monday, May 10, 2010

satu kisah pada johr tahun 90-an...


Mengenai perkara ini ingin saya bawakan satu kisah benar di tahun 90an.

Satu masa, di sekitar tahun 90an diadakan satu johr (perhimpunan) untuk mengeluarkan jemaah dakwah. Maka dengan izin Allah datanglah seorang ‘Alim’ bersama jemaahnya dari luar negara untuk menyertai johr itu serta memberi bayan/ceramah/nasihat di perjumpaan tersebut. Oleh kerana beliau seorang alim, maka dibawalah berjumpa (khususi) seorang mufti kita di salah sebuah negeri. Beliau dibawa oleh seorang jemaah tempatan yang kenal dengan mufti berkenaan.

Kebiasaan jemaah Tabligh, kita tidak akan memperkenalkan kepada orang, siapa diri kita sebagaimana jemaah2 lain memperkenalkan , Ini sipolan, jawatannya sekian2, pangkatnya sekian2 kerana jemaah Tabligh tidak mahu menarik perhatian orang kepada makhluk/pangkat darjat dan seumpamanya. Jadi jemaah yang membawa orang ‘Alim’ tadi sekadar memberitahu mufti beliau seorang ‘alim’ dari negara sekian.

Maka Mufti tadi agaknya dengan merasa kedudukannya yang tinggi maka mulalah beliau bersyarah. Antaranya tabligh buat bidaah, sesat dan menyesatkan, tinggalkan tanggungjawab atas anak isteri dan sebagainya. Orang ‘alim’ tadi hanya mendengar dan menangis mengenangkan seorang mufti berpendapat sebegitu rupa. Setelah habis mufti tadi bersyarah, maka orang ‘alim’ tadi pun meminta diri tanpa menjawab atau membalas serangan dari mufti tersebut. Kedua2nya pulang ke tempat johr.

Jemaah tempatan yang membawa orang ‘alim’ tadi tidak berpuas hati, lalu kembali berjumpa dengan mufti tersebut.
Beliau bertanya, “Kenapa tuan cakap macam tu”.
Mufti itu pun menambah lagi hujah2nya dan membantah kenapa jemaah tadi ikut2 buat Tabligh.
Jemaah tadi tidak menjawab tetapi bertanya lagi pada mufti, “Tuan tahu tak siapa ahli Fatwa Mekah?”
Mufti jawab, “Tahu”.
Jemaah kata, “Boleh tuan sebutkan namanya satu persatu?”.
Maka Mufti tadi pun menyebut nama2 ahli Fatwa Mekah seramai 7 orang (kalau tak salah ingatan saya). Salah satu nama yang disebut ialah “Mufti Zainal Abidin dari Pakistan”.
Lantas jemaah tadi menyampuk, “kalau tuan nak tahu, yang saya bawa jumpa tuan tadi itulah (Mufti Zainal Abidin dari Pakistan.)” *
Apalagi!!! Terkejut beruklah mufti tu. Kerana beliau tahu taraf orang ‘alim’ lebih alim dari beliau. Lantas dia dengan perasaan apa nak kata pun tak tahu minta dibawakan beliau untuk berjumpa orang ‘Alim’ tadi. Maka mufti itu pun dibawa berjumpa Mufti Zainal Abidin dan beria2lah beliau meminta maaf. Tetapi Hadrat Mufti Zainal Abidin menganggap seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku. Seterusnya mufti tadi pun bersama2 dalam johr itu selama 3 hari.

Selepas itu mufti kita mengikut jemaah keluar 3 hari. Diputuskan jemaah yang disertai mufti tadi keluar di sebuah mesjid dimana mufti itu selalu memberi ceramah. Namun apabila jemaah tadi sampai dimesjid tersebut, jemaah itu telah dihalauoleh ajk mesjid berkenaan. Mereka tak peduli pun ada mufti dalam jemaah itu, kata mereka, “Saper2 yang ikut jemaah tabligh keluar, mufti tak mufti”. Mufti berkenaan menangis dan berkata, “ Baru hari ini saya merasa bagaimana Nabi SAW membuat usaha dakwah. Selalu saya datang disambut, dijamu tetapi hari ini kerana nak hidupkan sunnah Nabi SAW saya dihalau”.

(*Seorang yang menjadi mufti dalam Mazhab Hanafi kena mahir dan alim dalam 4 mazhab.)

Saya bawakan kisah ini untuk renungan kita bersama terutama saudara dan mereka2 yang satu fikir dengannya. Janganlah kita jadi ahli fatwa yang menyalahkan orang lain hanya dengan kefahaman kita yang sedikit, kerana apa yang kita buat belum tentu betul kalau tidak ada nas dan hadithnya yang soheh. Saya ingin bertanya kepada saudara Wafi, bukankah anugerah akal itu untuk kita menilai, memikir, setelah melihat, lalu kita buat keputusan?

Saya telah yakin bahawa usaha Tabligh ini adalah usaha yang paling mirip usaha Nabi SAW adakah saya nak tinggalkan usaha tersebut dan mengikuti usaha2 yang tidak jelas malah tidak ada kaitan langsung dengan usaha Nabi SAW?

Sebenarnya saudara Wafi tersasar amat jauh apabila mengatakan matlamat usaha Tabligh adalah menyeru orang untuk masuk Islam.

Sebenarnya usaha Tabligh adalah usaha untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkatkan yakin bahawa kejayaan kita dunia dan akhirat hanya dalam mentaati Allah SWT mengikut Sunnah Baginda SAW sehingga kita mendapat Iman yang sempurna. Hanya caranya kita kena banyakkan percakapan mengenai ‘Lailaha illallah’ kerana Nabi SAW beritahu kepada sahabat2 yang hebat2 “Perbaharuilah Iman kamu” Sahabat bertanya,“Bagaimana kami nak perbaharui iman kami ya Rasululloh SAW” Nabi SAW menjawab, “Perbanyakkanlah ucapan- Lailaha illallah”. Ulama’ mentafsirkan perbanyakkan ucapan bermaksud perbanyakkan percakapan mengenai Lailaha illallah, itu (Allah Maha berkuasa, Makhluk langsung tak ada kuasa).
Jadi matlamatnya usaha Tabligh adalah supaya setiap umat Islam kembali menerapkan sifat2 unggul yang ada dalam diri para sahabat Nabi SAW dengan mengusahakan 6 perkara yang telah saya sebutkan dalam artikel yang lalu. Apabila setiap umat Islam hari ini mempunyai sifat2 tersebut, insyaAllah segala perkara akan dapat diperbaiki.

Saya bertemu jemaah dari Palestin, mereka memberitahu. Rahib2 yahudi menunggu dihadapan mesjid di sana ketika masuk waktu subuh, apabila ditanya kenapa, kata rahib2 tu berkata, “Kebangkitan Islam masih jauh lagi. Selagi orang yang datang solat subuh tidak seperti sembahyang jumaat, Islam tidak akan bangkit”.

Perlu diingat, kebangkitan Islam hanya akan berlaku apabila hubungan kita dengan Allah SWT sempurna. Memang benar Nabi SAW membina sistem sosial, ekonomi, politik, perundangan dan sebagainya. Tetapi perkara tersebut berlaku setelah Iman para sahabat sempurna. Hari ini minta saudara Wafi tunjukkan seorang yang mempunyai sifat2 sebagaimana yang dimiliki oleh para sahabat Nabi SAW. Kalau tidak ada, kita kena usaha supaya setiap umat Islam ada Kualiti yang dikehendaki oleh Allah SWT sebagaimana yang saudara sebutkan.

Bila iman tidak betul diberikuasa akan menyalahgunakan kuasa, di beri ekonomi akan menyalahgunakan kuasa ekonomi/korupsi, begitu juga dalam bidang2 yang lain. Kerana itu Allah SWT menguji umat islam hari ini sebab keimanan mereka tidak mengikut kehendak Allah SWT cara Nabi SAW malah yakin lebih kepada makhluk dari yakin kepada Khaliq. Inilah Doktrain Tabligh yang ditakuti oleh saudara iaitu supaya “Setiap umat hari ini dapat mentaati Allah SWT dengan Cara Baginda SAW”.

Tuesday, May 4, 2010

suasana markas `centralized` dan ujian bagi diriku...





Astaghfirullahal-Aziim...kali ini x dapat aku keluar bermujahadah 40 hari...dengan keadaan kesihatanku yang tidak berapa mengizinkan..selain dari terkena denggi..dan sakit rahsia yang diletak pada jasadku sebagai ujian...

aku tengah masih dalam suasana `final exam`..dengan keadaan sebegini..semoga `result` menaik @ `maintain`..dengan ihsanmu ya Allah...

kat sini aku `embedd` suasana dan keadaan di markas di nizammuddin,Delhi, India dengan markas Raiwind, Lahore,Pakistan..semoga mana yg belum pergi belajar mujahadah 4 bulan IPB dpt inspirasi dari video ni..tingkatkan pergorbanan dan doa,serta amal,kepada rakan seusaha yang membaca,doakan aku dapat sembuh supaya mudah dan diberi keizinan untuk buat usaha dengan keberkatan susah payah utk agama dan doa kamu semua...sebut namaku,mohd efendie..maaf aku x dapat habis taip lagi sambungan bayan masa ijtima tongi 2010..keadaan zahirku x mengizinkan...

markas nizammuddin,delhi,India





markas raiwind,Lahore,pakistan


Saturday, April 24, 2010

Abg Syed Anwar-Samudera..40 days julai-ogos 2008..





Alhamdulillah..teringat masa keluar 40 hari pada julai-ogos 2008...termasuk satu jemaah terdri dari Ustaz Zawardi, Ustaz Mahmud dari Kelantan, 2 Pelajar Tahfiz,Syed Abu Bakar, Syed Bilal,pak aziz dan pak long, pesara askar dan orang awam yg juga amir saab, iaitu muhammad serta salah seorang darinya Syed Anwar-bekas gitarist kumpulan samudera yang popular dengan lagu salam sejahtera..kami keluar 40 hari di kawasan sg,besar,selangor sampai bagan datoh ,perak..dah 2 tahun x jumpa dia..semoga Allah terima pengorbanan beliau..
Amiin...masa keluar 40 hari sebelum pergi 4 bulan IPB...:-)

Wednesday, April 21, 2010

Biografi Maulana In'aamul Hasan Khandahlawi Rahmatullah Alai`h


Pengaruh Keturunan


1. Orang-orang yang arif pernah menyatakan bahawa apabila Allah Ta'ala menyukai seseorang, Dia menyembunyikan kelebihan-kelebihan orang itu semasa dia hidup

2. Orang-orang yang arif menyatakan bahawa terdapat dua peranan penting terhadap personaliti seseorang.

a. Kerana tradisi dan kelebihan keluarga akan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain.

b. Nabi Muhammad (saw) dan sekelian para-para anbiya (as) dilahirkan di kalangan salsilah keluarga yang mulia. Hadis Bukhari memberitahu kaisar Rom juga percaya anbiya mesti di kalangan keluarga yang mulia.

4. Hadrat Maulana In'amul Hasan (rah) telah dianugerahkan kedua-dua martabat ini.

5. Allah Ta'ala telah memilih beliau daripada kalangan keluarga Siddiq, silsilah Hadrat Abu Bakr as Siddiq(ra), teman baik Rasulullah (saw) yang mulia dan dirahmati.

Keterangan Sayyid Abul Hasan an-Nadwi Rahmatullah Alaih

1. Hadrat Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi (rah) pernah mengatakan tentang keluarga Hadrat Maulana In'amul Hasan (rah), termasuk wanita adalah contoh-contoh ketaqwaan dan kesolehan.

2. Hadrat Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi (rah) adalah ulama yang ternama dan adalah guru kepada Almarhum Ustadz Fadzil Nor, bekas presiden parti PAS (Parti Islam Semalaysia).

3. Mereka sentiasa sibuk dengan pengabdian, zikir dan tilawah siang dan malam sebagai rutin harian hidup mereka.

4. Di sepanjang bulan Ramadan, suasana di rumah mereka menjadi lebih hebat dengan sepanjang hari, siang dan malam dengan tilawah Quran.

5. Mereka terlalu khusyu' bersolah hingga tidak sedar apa yang berlaku di sekitar rumah mereka. (Kitab Maulana Ilyas dan Da'wah)

Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)

1. Hadrat Qazi Ziyaa'uddin Sanami (rah), seorang anak murid Hadrat Khwaaja Nizaamuddin Awliya (rah) adalah moyang kepada Hadratji.

2. Seorang alim yang terkenal dan dihormati oleh ulama dizamannya, yang kaya dengan karomah, ilmu, taqwa dan makrifah; iaitu Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi juga moyang kepada Hadratji.

3. Seorang alim yang besar, Allama Abdul Hakim Sialkoti yang tidak percaya terhadap seorang yang kudus (suci), tetapi berubah pendapat apabila bertemu dengan Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah).

Perjalanan ruhani Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)


1. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi telah keluar mencari seorang murshid (pembimbing ruhani), dan bertemu dengan seorang buzrug tasawwuf daripada Qadiriyyah.

2. Beliau amat kagum dengan apa yang telah dia nampak dan dengar.

3. Beliau telah berbai'ah, dan telah menyibukkan diri dengan wirid, wazaa'if, zikir, azkar dan mujahadah.

4. Selepas dua tahun, murshid itu telah menyuruhnya mencari seorang buzrug yang lain.

5. Setelah beberapa lama, buzrug itu memberitahu yang Maulana Muhammad Hakim telah mencapai tahap terakhir di dalam tasawwuf.

6. Beliau telah disuruh agar kembali ke tempat asalnya dan dinasihatkan sama ada dia mengistiharkan tahap keruhaniannya atau menyembunyikan.

a. Jika beliau mengistiharkan tahap keruhaniannya, dia perlu mengambil bai'ah dan memberi pedoman kepada masyarakat di tempat asalnya.

b. Jika beliau menyembunyikan, dia perlu menyibukkan diri dengan mengajar ilmu agama.

7. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi menjawab yang beliau memilih untuk mengabdikan diri kepada ilmu syar'iyyah.

8. Akhirnya buzrug itu telah mendoakan beliau dengan ilmu zahir di dalam syar'iyyah kepada beliau dan keluarganya.

9. Selepas menerima khilafah (pengiktirafan keruhanian), beliau kembali ke tempat asalnya dan telah menyibukkan dirinya di dalam menyampaikan ilmu syar'iyyah kepada masyarakatnya.

Anak-anak Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)

1. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi mempunyai dua anak lelaki,

a. Maulana Muhammad Shareef yang mengikuti jejak langkah ayahnya di dalam ilmu, fadl dan ma'arif

b. Abdul Muqtadir.

2. Doa murshid itu dibuktikan dengan keelokan peribadi Maulana Muhammad Shareef, dan basyarah untuk keluarganya ini kekal hingga ke hari ini, iaitu generasi yang kesebelas.

3. Insya'Allah ilmu syar'iyyah ini akan kekal di dalam generasi keluarganya hingga ke hari akhir.

Maulana Hakim Muhammad Shareef (rah)

1. Maulana Hakim Muhammad Shareef mempunyai dua anak lelaki,

a. Maulana Muhammad Faiz yang tinggal di Zinzana, dan daripada keluarganya pula lahir nasab-nasab,

i. Maulana Isma'eel Khandlawi

ii. Maulana Muhammad Yahya Kandalwi dan anaknya Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria

iii. Maulana Muhammad Ilyaas dan anaknya Maulana Muhammad Yusuf Kandalwi

b. Maulana Hakim Abdul Qadir yang tinggal di Kandhala, dan daripada keluarganya pula lahir nasab-nasab,

i. Mufti Ilaahi Bakhsh Kandhlawi

ii. Maulana Mufti Muzaffar Husain Kandalwi

iii. Maulana In'aamul Hasan

Maulana Mufti Ilaahi Bakhsh (rah)

1. Maulana Mufti Ilaahi Bakhsh, ulama tersohor dizamannya adalah anak murid Shah Abdul Aziz Dehelvi (rah) dan amat gemar menulis.

2. Anaknya-anaknya adalah

a. Noorul Hasan juga seorang alim dan guru kepada Sir Sayyed Ahmed Khan, pengasas kolej Aligarh yang terkenal di India.

b. Zahurul Hasan juga seorang ulama

c. Hakim Riyazul Hasan juga seorang ulama dan pernah belajar hadith daripada Maulana Rashid Ahmed Gangohi (rah).

d. Maulana Ikramul Hasan

Maulana Ikramul Hasan (rah)

1. Maulana Ikramul Hasan adalah anak saudara kepada Maulana Ilyaas (rah) juga seorang ulama dan telah mendapat ijazah B.A. and L.L.B. daripada Aligarh university.

2. Beliau kemudiannya telah berkhidmat di dalam profesion guaman di mahkamah Kerala.

3. Selepas beberapa lama, beliau berhenti dan mulai berkhidmat dengan Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria (rah) di Madrasah Mazahir Ulum.

4. Maulana Muhammad Ilyaas amat menyayangi beliau dan beliau telah berkhidmat untuk Maulana Muhammad Ilyaas (rah) pada detik-detik akhir kehidupannya.

5. Maulana In'aamul Hasan adalah anak beliau.

Hadrat Moulana In'aamul Hasan (rah)

1. Hadrat Moulana In'aamul Hasan Saheb (rah) dilahirkan di pekan Kandhla, daerah Muzaffar Nagar, U.P., India

a. pada 18 Jamadil Akhir 1336, bersamaan

b. 20 Februari 1918.

2. Hafez Mangtu mengajarkan beliau Hifzul Quraan.

3. Beliau mempelajari bahasa Parsi sehingga kepada tahap Bustaan Sheikh Saadi (rah) daripada datuk saudara beliau Abdul Hamid.

4. Pelajaran bahasa Arab daripada tahap Mizan-Munshaeb kepada SharehJami daripada Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah) di Nizaamuddin Kaashiful Uloom.


Hadrat Moulana In'aamul Hasan (rah) dan Hadrat Maulana Yusuf (rah)


1. Apabila Muhammad Ilyaas pergi menunaikan fardhu haji pada 1451, beliau dan Maulana Yusuf telah dimasukkan belajar di Madressa Mazaahirul Uloom, Saharanpur.

2. Beliau belajar Hidaya daripada Maulana Zakaria RA. dan Mebzi daripada Maulana Jameel Ahmed Thanvi.

3. Apabila Maulana Ilyaas kembali daripada fardhu haji, Moulana In'aamul Hasan kembali ke Basti Hadrat Nizaamuddin untuk belajar

a. Mishkaat daripada Maulana Ilyaas [rah] dan

b. Jalaalain daripada Moulana Ihtisaamul Hasan Kandhalwi [rah].

4. Beliau dan Maulana Yusuf adalah teman sepengajian.

5. Beliau kembali belajar di Mazzahir Uloom, Saharanpur di mana,

a. Maulana Abdul Latif mengajarnya Bukhari Sharif,

b. Maulana A. Rahmaan Kamilpuri mengajarnya Tirmidhi Sharif,

c. Maulana Manzoor Ahmed mengajarnya Muslim Sharif dan

d. Maulana Muhammad Zakaria mengajarnya Abu Dawood.

6. Mereka berdua bergilir-gilir berjaga malam untuk mentelaah ilmu, selang sehari berjaga malam. (sejarah hidup Hadrat Maulana Yusuf (rah) mukasurat 170, 171).

7. Sebelum beliau menghabiskan pengajiannya, beliau terpaksa meninggalkan Mazaahir Uloom dan kembali ke to Basti Hazrat Nizaamuddeen kerana penyakit yang dialami oleh Maulana Yusuf.

8. Dia mengakhiri pembelajarannya dengan mempelajari,

a. Kitab Ibn Majah daripada Maulana Ilyaas (rah),

b. Kitab Nasa'ee daripada Maulana Ilyaas (rah),

c. Kitab Tahawi daripada Maulana Ilyaas (rah),

d. Mustadrake Haakim (kitab kompilasi Hadith) daripada Maulana Ilyaas (rah).

Perkahwinan Hadrat In'aamul Hasan (rah)

1. Pada 3 Muharram 1354, jalsa (perhimpunan) tahunan Mazaahirul Uloom telah diadakan.

2. Maulana Ilyaas (rah) meluahkan perasaannya kepada Shaikhul Hadith agar pernikahan Moulana Yusuf dan Moulana In'aamul Hasan diadakan pada Jalsa walaupun tiada persediaan

3. Shaikhul Hadith Saheb telah menerima lamaran, dan telah menerangkan hasrat Maulana Ilyaas (rah) kepada isterinya.

4. Pernikahannya adalah,
a. Hadrat In'aamul Hasan (rah) dikahwinkan dengan anak kedua Shaykhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria RA. dan

b. Maulana Yusuf dikahwinkan pula dengan anak pertama Hadrat Shaikhul Hadith.

5. Hadrat Shaikhul Islam Maulana Sayyed Hussain Ahmed Madani (rah) telah menikahi mereka yang kehadiran para-para ulama besar benua Hind

Pemergian untuk Fardhu Haji

1. Maulana In'aamul Hasan (rah) telah melaksanakan fardhu haji daripada Karachi dengan menaiki kapal pada 1356 Hijri bersama,

a. Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah)

b. Maulana Yusuf (rah) dan

c. Maulana Ihtisaamul Hasan (rah).

2. Di sepanjang perjalanan, mereka telah melakukan Tabligh.
3. Orang-orang Arab memuji usaha-usaha mereka dan berjanji akan membantu mereka.

4. Mereka mendapat beberapa basyaarat berkenaan dengan kerja Tabligh di dalam perjalanan ini.

5. Selepas kembali ke rumah, Maulana In'aamul Hasan telah jatuh sakit untuk tempoh yang lama dan kembali ke Kandhla sepanjang tempoh sakitnya.

Maulana Muhammad Ilyaas (rah) kembali ke rahmatuLlah

1. Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah) meninggal dunia pada pagi Khamis 21 Rajab 1363, bersamaan 23 Julai 1944.

2. Dua hari sebelum kewafatannya, dia telah menamakan enam orang yang istimewa untuk menjadi khalifahnya, termasuk Hadrat Maulana In'aamul Hasan.

3. Selepas kewafatan Maulana Muhammad Ilyaas, Maulana Yusuf Saheb telah diputuskan untuk menjadi Amir Jama'ah Tabligh oleh mesyuarat antaranya,

a. Maulana Shah Abdul Qadir Raipuri,

b. Maulana Fakhruddin Saheb dan

c. Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria.

4. Hadrat Maulana In'aamul Hasan Saheb sentiasa membantu Maulana Yusuf Saheb dan dikenali sebagai orang kanan Maulana Yusuf

5. Beliau telah mengambil tanggungjawab sebagai Mohtamim untuk Madrasah Kaashiful Uloom dan beliau telah mengajar Bukhari Sharif untuk beberapa tahun.

Peribadi Maulana In'aamul Hasan Saheb (rah)

1. Maulana In'aamul Hasan Saheb mempunyai sifat yang suka menyendiri.

2. Beliau menjauhkan diri daripada percakapan yang sia-sia.

3. Beliau tidak akan berjumpa dengan sesiapa kecuali hal-hal yang penting.

4. Beliau amat teliti di dalam rutin hariannya.

5. Apabila perlu, beliau akan menjawab soalan-soalan dengan amat berkesan sekali.

6. Beliau amat berhati-hati dan mengelak daripada sebarang perselisihan

7. Beliau berpakaian bersih dan kemas.

8. Makanan beliau terhad dan sekadar yang perlu sahaja.

9. Beliau banyak menghabiskan dengan membaca.

10. Apabila Hadrat Moulana Yusuf (rah) menulis Hayaatus-Sahaba dan Amanil-Ahbar,

a. Apabila beliau tidak dapat mencari sesuatu, Maulana Abdullah Taariq akan dihantar kepada Maulana In'aamul Hasan

b. Maulana Abdullah Taariq berkata selalunya Maulana In'aamul Hasan akan buka satu buku atau hafalannya dan menunjukkan maklumat yang dicari

c. Beliau akan bangun, mengambil buku daripada almarinya dan membuka lembaran tertentu dan berkata, 'Pergi dan tunjukkan kepada Maulana Yusuf.'

11. Salah seorang daripada Khaadim khasnya memberitahu yang Maulana In'aamul Hasan Saheb mempelajari seluruh jilid kitab "Fatwa Alamgiri" dua kali.

12. Daripada sini kita dapat melihat usaha-usaha beliau yang gigih dan mendalam terhadap ilmu.

13. Beliau telah menulis beberapa nota penerangan di dalam pengkajian kitab "Tarajimul Abwab" daripada Bukhari Sharif.

14. Ini juga menunjukkan keilmuan dan kecenderungan terhadap sunnah-sunnah Nabi Muhammad (saw).

Pemergian Maulana Yusuf Saheb (rah)

1. Maulana Yusuf Saheb (rah) meninggal dunia pada hari jumaat, 29 Zilqaedah 1384, bersamaan 2 April 1965 di Lahore, Pakistan.

2. Maulana In'aamul Hasan Saheb adalah pilihan utama kerana keakrabannya dengan Maulana Yusuf (rah) sejak dari kecil.

3. Maulana In'aamul Hasan Saheb juga seorang Aalim yang mempunyai reputasi dan personaliti yang tinggi.

4. Beliau dianggap seorang yang amanah oleh Maulana Muhammad Ilyaas (rah)

5. Maulana Yusuf (rah) selalu meminta nasihat-nasihat beliau.

6. Hadrat Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria membuat mesyuarat dan memutuskan Maulana In'aamul Hasan sebagai Amir Jama'ah Tablighi sebagai pengganti Maulana Yusuf (rah)

Perlantikan Amir yang baru

1. Moulana Fakhrul Hasan, seorang ustadz Darul Uloom mengistiharkannya perlantikan Maulana In'aamul Hasan Saheb di hadapan ribuan orang.

2. Semuanya berpuas hati dan lega, sambil memberi kepercayaan dan kerjasama.

3. Sejak dari hari itu hingga ke hembusan nafas Maulana In'aamul Hasan yang terakhir selama 31 tahun

4. Beliau telah melaksanakan tugasnya sebagai Amir dengan berpandangan jauh dan dengan penuh keberanian.

5. Di bawah pimpinannya, kerja-kerja Jama'ah Tabligh telah berkembang di seluruh pelosok dunia.

Sikap suka mendiamkan diri

1. Beliau bukan seorang orator (penceramah), tetapi berkata-kata dengan ringkas tetapi padat.

2. Selepas beberapa tahun beliau mulai memberi ceramah yang lebih panjang.

3. Kita perlu faham yang da'wah dan tabligh bukanlah di bawah nama ceramah, bahkan lebih daripada itu.

4. Tetapi apabila ada perhimpunan besar (ijtima), beliau akan memberi panduan yang ringkas tetapi padat dan diakhiri dengan doa oleh beliau sendiri.

5. Beliau mempunyai sifat yang menyendiri dan ini membolehkan beliau untuk membuat aktiviti lain yang lebih penting.

6. Jika seseorang bertanya sesuatu yang jawapannya boleh menimbulkan fitnah, beliau akan berdiam diri.

7. Sayyidina Umar Ibne-Khattaab (rah), khalifah yang kedua pernah berkata, 'diamkan diri dan musnahkan kebatilan.'

8. Maulana In'aamul Hasan Saheb mahir di dalam seni mendiamkan diri.

9. Disebabkan beliau tidak suka percakapan yang tidak perlu, orang ramai tidak cuba untuk mendampingi beliau, dan ini menjimatkan masa semua orang

10. Beliau mengagihkan kerja dan menghantar orang kepada orang yang dipertanggungjawabkan untuk sesuatu kerja.

11. Dia tidak mengganggu aktiviti yang ditanggungjawabkan kepada orang lain.

Hembusan nafas yang terakhir

1. Beliau jatuh sakit dan berdiam diri di katil pada beberapa tahun akhir hayatnya.

2. Ziarah yang khas dilakukan seminima yang mungkin.

3. Beliau tetap menyelia setiap aktiviti dan memantau setiap ehwal markaz, di dalam atau di luar negara.

4. Pada 10 malam, 9 Jun 1995, beliau, dengan berkerusi roda, telah dihantar ke hospital.

5. Hembusan nafas terakhirnya terhenti pada umur 70 tahun pada hari sabtu 1.25 petang, 10 Muharram 1416H, bersamaan 10 Jun 1995.

6. Beliau meninggalkan seorang anak lelaki, Maulana Zubairul Hasan dan seorang anak perempuan.

7. Berita sedih ini telah dimaklumkan ke seluruh dunia sepantas kilat.

8. Solah janazahnya telah diadakan pada 6 petang dengan dihadiri ratusan ribu hadirin, hingga sepanjang jalan menuju ke basti hadrat Nizaamuddin ditutup agar orang dapat turut serta.

9. Janazah beliau telah dihadiri oleh setengah juta hadirin, dengan penuh beradab.

10. Selepas Solah Maghrib, janazah beliau direhatkan di sebelah Hadrat Maulana Yusuf.

Sunday, April 11, 2010

(sambungan) petikan ringkasan bayan Asar oleh Maulana Muhammad Zubair-Ul Hassan Khandahlawi Ucapan dari Para ulama usaha dakwah pada ijtima tongi,



petikan ringkasan bayan Asar

oleh Maulana Muhammad Zubair-Ul Hassan Khandahlawi

Bertarikh 22 januari 2010.

Nah maduhu Wanusolli mu ala Rasulihil Kariim...
Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..

Seluruh kehidupan kita perlu ikut cara Nabi S.A.W samada amalan itu kecil atau besar. Setiap amalan yang dilakukan jika mengikut cara yang ditujunkkan oleh Nabi S.A.W,amalan itu diterima oleh Allah S.W.T dan amalan itu dianggap sebagai amalan agama dan diberi pahala oleh Allah S.W.T.Jika amalan yang dilakukan tidak mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W maka amalan itu tidak berharga disisi Allah S.W.T. Agama ialah seluruh kehidupan kita mengikut perintah Allah S.W.T dan cara perlaksanaannya berlandaskan cara yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. Apa pun amalan kita,makan,minum,pernikahan,Perjumpaan keluarga,kita perlu tahu apakah kehendak agama,apakah perintah Allah S.W.T,bagaimanakah cara melaksanakannya iaiatu mengikut cara Nabi S.A.W,maka itulah dinamakan agama.oleh kerana sekarang terlalu banyak cinta dunia masuk dalam hati maka sebab itulah cinta pada agama telah tercabut dari hati kita.oleh kerana cinta dunia tleha penuh dalam hati,maka dunia tleah menjadi matlamat hidup dan dia mencari jalannya sendiri.

Dunia mungkin membuatkan dia maju dalam kehidupannya,kemuliannya membuatkan dia dikenali dan dihormati tetapi apabila dia mati,dunia tidak akan ikut,dunia akan lepaskan dia.Berbeza dengan agama,apabila kita usaha atas agama,ikut perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi S.A.W,kita warnakan kehidupan kita mengikut cara Nabi S.A.W,maka ini adalah perkara yang bergarga di sisi Allah S.W.T. Apabila ktia mati,agama ini akan mengikuti kita dan menyebabkan kita mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

Masalah kita bukan kehidupan dunia,masalah kita ialah kehidupan akhirat,inilah masalah utama kita dan inilah kita perlu fikirkan.Kehidupan akhirat yang amat dahsyat dimana setiap orang akan melaluinya.Dunia adalah kehidupan sementara samada ia hidup seang atau susah,satu masa akan ditinggalkan juga,Kehidupan yang sempurna ialah kehidupan akhirat.

Semasa di dunia kita kena usaha untuk kehidupan akhirat. Ikut segala perintah Allah mengikut car Nabi S.A.W dan jika kita amalkan cara ini tanpa disedari Allah akan membentuk kehidupan dunianya.,dia akan bahagia id dunia dan di akhirat selamanya. Tetapi jika di duia dia jadikan dunia sebagai keutamaan hidupnya dan akhirat diletakkan di belakang maka di dunia dia akan rugi dan di akhirat dia akan menanggung kerugian yang amat besar. Kehidupan di dunia inilah yang membentuk kehidupan akhirat di dunia,maka dengan sendirinya kehidupan dunia akan terbentuk. Bekalan akhirat bukanlah ebnda-benda dunia kerana dunia tiada harga disisi Allah S.W.T. Nabi S.A.W pernah bersabda,”kalaulah dunia ini berharga di sisi Allah S.W.T walau sebesar sayap nyamuk.Nescaya Allah tidak berikan orang kafir walaupun seteguk air.”jika kita jadikan agama sebagai maksud hidup kita,kita akan disayangi oleh Alah S.W.T.

Asas agama ialah iman,iman akan terbentuk apabila kita banyakkan bercakap kebesaran Allah S.W.T,kehebatan Allah,kudarat dan kekuasaan Allah. Perkara inilah kita cakapkan berulang kali. Apabila seseorang bercakap sesuatu perkara dan dia sanggup korbankan dirinya untuk perkara itu bermakna ia telah yakin dalam haitnya tentang perkara itu. Begitu juga bila kita bercakap berulang-ulang tentang sifat Allah S.W.T, kebesaran Allah akan masuk dalam hati kita dan cinta terhadapNya akan wujud. Oleh sebab itu kita kena bercakap berkali-kali, berulang-ulang kehebatan dan kebesaran Allah S.W.T. Apabila kita cakap kebesaran Allah, iman akan masuk dalam hati, apabila dalam hati telah masuk iman,telah masuk cinta terhadap kebesaran Allah S.W.T ,maka anggota badannya dengan sendirinya akan ptauh dengan perintah Allah S.W.T, segala kebaikan akan wujud dan dunia akan dipenuhi keamanan dan kebahagiaan. Jika dalam hati tidak ada cinta terhadap Allah S.W.T, maka hatinya berpenyakit, maka dia akan merosakkan anggota-anggotabadan cinta dunia, maka dia akan berusaha untuk hasilkan dunia.mereka melakukan kerosakan seluruh dunia.sebab itu semua kerosakan,musibah, yang berlaku di dunia adalah kesan dari amalan buruk manusia. Apabila aalan buruk manusia naik ke langit, maka keadaan buruk juga diturunkan olehAllah S.W.T. Jika amalan yang baik naik kelangit,Allah akan buat keputusan yang baik untuk manusia.

Allah S.W.T tidak menjadikan kemajuan dunia sebagai ukuran untuk kemajuan manusia, untuk keamanan dunia, bahkan keamanan dunia terletak pada amalan-amalan baik manusia. Kita tidak perlu menuding jari kepada orang lain,kita kena lihat diri sendiri. Ini baharu kehidupan dunia,bayangkan kehidupan yang akan datangselepas mati, hanya Allah yang maha mengetahui. Peluang hanya sekali sahaja,apa yang kita usahakan di dunia itulah yang bawa kita ke akhirat. Allah dengan kasih sayangNya telah member kita satu jalan yang mudahiaitu usaha dakwah.kita jumpa manusiadan beritahu manusia,”Tuan,kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya,keidupan di dunia ini adalah persiapan kehidupan akhirat.” Inilah dakwah perlu kitaberikan pada manusia. Berimanlah pada kekuasaan dan kehebatan Allah S.W.T,begitu juga dakwah Nabi pada manusiam”wahai manusia,jangan kamu tetipu dengan dunia ini,dunia adalah benda yang menipukan,dunia ini menipu kamu,janganlah kamu tanam dalam hati kau cinta terhadap dunia.kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan akhirat.” Kita membawa kebaikan pada diri kita dna melibatkan orang lain untuk kehidupan akhirat.sesiapa yang memebuat usaha atas agama ini, di dunia,dia akan Berjaya dan di akhirat pun dia akan Berjaya.sesiapa yang meninggalkan usaha ini di dunia dia akan gagal dan di akhirat pun dia akan gagal.kita kena banyak bertaubat pada Allah,”wahai Allah,engkau hantar kami ke muka bumi ini untuk melakukan kerja yang telah Engkau beri tetapi kami tidak melakukannya,ampunkanlah dosa kami kerana telah tinggalkan Usaha ini dan ampunkanlah kami kerana telah menjadikan dunia sebagai tujuan hidup kami,kami telah hancurkan hidup kami,maka ambillah kami ya Allah untuk membuat usaha ini.”

(Maulana Muhammad Zubair meminta semua yang hadir bertaubat pada Allah,beristighfar memohon ampun pada Allah dan mohon keamanan pada Allah S.W.T, kerana kita telah bersalah meninggalkan usaha ini,usaha yang telah diberikan kepada kita. Kita tidak lakukan sepertimana yang dikehendaki Allah S.W.T,di samping itu,kita berdoa denga hati yang tulus, dan menangis-nangis semoga Allah terima kita sehingga kita mati dalam usaha yang suci murni ini.Allah S.W.T amat suka hambaNya yang berdoa tulus aripada hati sambil menangis-nangis. Dengan tasbihat,selawat dan istighfar memohon hidayat pada Allah,mohon Allah sebarkan hidayat keseluruhan permukaan bumi ini.Amiin..

Thursday, March 11, 2010

(sambungan) bayan subuh oleh Meiji Azimat..Ucapan dari Para ulama usaha dakwah pada ijtima tonggi,Bangladesh 2010.



petikan ringkasan bayan subuh

oleh Meiji Azimat (orang lama dalam usaha dakwah/ penduduk awal mewat,tempat permulaan usaha di tempat Maulana Ilyas Khandahlawi Rah. tinngal,mewat,new delhi,india)

Bertarikh 22 januari 2010.


Nah maduhu Wanusolli mu ala Rasulihil Kariim...
Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..

Allah S.W.T ciptakan semua mahluk dengan kudratNya. Dari Arasy hingga kebumi,tiada siapa yang boleh melakukan kecuali Allah .S.W.T.apa yang tleha berlaku,yang akan berlaku,yang akan berlaku dan sedang berlaku adalah dengan kehendak Allah S.W.T.Allah hendakkan daripada kita daripada berusaha atas ghairullah kepada berusaha atas Allah.untuk dapatkan Allah,Allah beri kita kalimah Lailahaillallah..Alah yang jadikan semua mahluk dari arasy hingga kepada malaikat jibril,Allah yang membuat segala-galanya.Allah S.W.T pelihara kita,selamatkan kita daripada usaha atas mahluk dengan memberi perintah-perintah dengan cara Nabi S.A.W supaya kita dapat faedah dari kudrat Allah S.W.untuk dapat faedah dari Allah,hendaklah ikut perintah Allah dengan cara Nabi S.A.W. semuanya ditangan Allah.yang mencipta seua mahluk adalah Allah.Tiada sesiapa yang dapat menunaikan hajat mahluk selain Allah. Oleh kerana itu perkara asas yang perlu masuk dalam hait kita bahawa hajat kita tidak ada hbununga dengan bumi,dengan langit,jin,malaikat,hajat kita hanya ada hubungan dengan Allah S.W.T.bila kita faham bahawa segala hajat kita hanya bergantung kepada Allah S.W.T,kita akan faham segala perintah Allah S.W.T dan cara Nabi .S.A.W,jadi manusia perlu bebaskan dirinya daripada menjadi hamba kepada ciptaan Allah tetapi menjadi hamba Allah S.W.T.jika perkara ini kita amalkan Allah akan tunaikan segala hajat kita.

Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..

Terdapat 2 jalan unutk selesaikan masalah.satu bergantung kepada Allah dan satu lagi bergantung kepada asbab.bila manusia yakin dengan kudrat Allah,dengan perintah Allah dengan cara Nabi S.A.W,maka mereka akan beroleh kejayaan dan segala hajat Allah akan tunaikan.tetapi bila manusia yakin pada asbab untuk selesaiakn masalah mereka,mereka akan jauh dari 3 perkara,jauh dari kudrat Allah,perintah Allah,dan cara Nabi S.A.W.bila manusia bergantung kepada asbab dia rasa jalan itu mudah untuk capaikan hajat mereka dan merasa jalan mengikut perintah Allah dan cara Nabi S.A.W adalah susah.mereka yang bergantung kepada asbab telah mensyirikkan Allah.bila manusia yakin dengan perintah Allah dan cara Nabi S.A.W,dalam usaha untuk mendapatkan hajatnya mereka akan dapat munafaat dari Allah S.W.T.

Sebenarnya untuk mendapat munafaat dari Allah,adalah mudah iaitu dengan yakin kepada kudrat Allah,yakin dengan perintah-perintah Allah, dan yakin kepada cara Nabi S.A.W.oleh kerama manusia terlalu yakin dengan mahluk maka mereka rasa jalan inilah yang mudah untuk menyelesaikan masalah mereka.hati mereka telah menjadi gelap,telah buta dan tidak Nampak kebesaran Allah,dan tidak Nampak kejayaan adalah dengan tunaikan perintah Allah, dengan jalan yang mudah,iaitu dengan cara Rasulullah S.A.W.kejayaan manusia adalah dengan :

i. Yakin pada kudrat Allah,kekuasaan Allah

ii. Badan kitaikut perintah-perintah Allah

iii. Amalan kita tunaikan dengan cara Rasulullah S.A.W

Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rah pernah berkata,asbab untuk kejayaan ada dalam manusia dan asbab kegagalan manusia juga ada di dalam diri manusia itu sendiri.asbab kejayaan mereka tidak ada di luar diri mereka,tidak ada di langit,bulan,lautan tetapi kejayaan manusia ada pada diri manusia diri sendiri.kalau hati mereka betul dan jalan amalkan yang betul,Allah S.W.T akan beri mereka kejayaan tanpa bantuan apa-apa.tanpa harta,Allah beri kejayaan,tetapi kalau yakin mereka pada mahluk dan jalan diamalkan salah,maka mereka akan rugi/gagal.apa amalan yang oleh manusia di dunia samada baik tau buruk,amalan itulah yang akan naik ke langit.

Jika amalan yang naik itu diuskai Allah,Allah akan membuat keputusan yang kita suka,tetapi amalan yang naik itu menyebabkan Allah murka,maka Allah akan buat keputusan yang kita tidak suka.oleh itu kejayaan atau kegagalan kita terletak pada diri kita sendiri.betulkan yakin kita,dalam hati kita hanya Alla yang membuat segala-galanya dan tunaikan degna cara Nabi S.A.W,dengan cara inilah kita mendapat kejayaan,jika yakin kita kepada mahluk dan amalan kita tidak ikut cara Rasulullah S.A.W maka kita akan dapat kegagalan.

Nabi Musa A.S. adalah hamba Allah dan firaun pun hamaba Allah,tetapi yang membezakan mereka ialah amal.firaun amalannya bertentangan dengan kehendak Allah,maka Allah telah tenggelamkan mereka dalam laut tetapi Nabi Musa dan Bani Israel amalannnya mengikut kehendak Allah,keputusannya mereka diselamatkan,Allah buka lorong-lorong dalam laut sebanyak 12 untuk mereka menyeberang.siapa yang mengikut perintah Allah,Allah akan beri kejayaan dan saiapa yang melanggar perintah Allah,Allah beri mereka kegagalan.kaedah atau peraturan ini tidak akan berubah sehingga hari kiamat.Qarun telah simpan semua hartanya dalam bumi.Allah telah perintahkan bumi menelan Qarun,bumi pun tidak ada kuasa untuk menyelamatkan Qarun.Qarun tertimbus dalam bumi bukan disebabkan bumi menelan dia tetapi sebab dia ingkar perintah Allah.begitu juga firaun bukan air yang menenggelamkan firaun tetapi ia ingkar perintah Allah.perintah Allah lebih bahaya daripada pecahnya 7 petala langit dan 7 petala bumi.pada langit atau bumi tidak ada kekuatan,kekuatan adalah perintah Allah,misalnya kapal yang dinaiki Nabi Nuh A.S dan pengikutnya selamat dari banjir besar kerana mereka ikut perintah Allah,sedangkan pengikut Nabi Nuh yang ingkar Allah tenggelamkan dalam air.oleh itu kebinasaan manusia ialah kerana melanggar perintah Allah.

Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou fikir karnaa..

Mahluk ada kekuatan atau perintah Allah ada ekuatan.air tiada kekuatan untuk menenggelamkan firaun ,bumi tiada kekuatan untuk menimbus pengikut Nabi Nuh yang ingkar.semua ini berlaku dengan kudrat dan perintah Allah S.W.T.apa yang berlaku sekarang ini adalah sama.Kalau Allah perintah bumi menelan semua manusia,bumi akan terbelah dan menelan semua manusia,kalau Allah perintahkan laut tenggelamkn semua manusia di muka bumi ini,air laut akan naik dan tenggelamkan semua manusia.semua ini berlaku dengan perintah Allah.mahluk tidak kekuatan atau kuasa apa-apa.bila kita patuh perintah Allah,Allah akan bersama kita tetapi jika ingkar perintah Allah kita akan sentiasa bertentangan dengan Allah dan seluruh manusia tidak dapat selamatkan kita.oleh itu kita perlu faham,bahawa Allah hantar kita ke dunia hanya untuk tunaikan perintah Allah,Allah jadikan kita sebagai mahluk sahaja yang tidak ada ekekuatan.Jika Allah bersama kita,tidak ada satu kuasa/kekuatan yang dapat binasakan kitakecuali dengan izin Allah/bila berlaku gerhana matahari,matahari tidak ada kekuatan untuk elakkan berlaku gerhana ini,kerana semuanya berlaku dengan kehendak Allah.sebab itu bila berlaku gerhana,Allah perintah suapaya solat dan doa selesaikan masalah matahari.bila hujan tidak turun dan kalau hujan turun berlebihan,Allah perintahkan manusia solat dan doa mohon Allah berhentikan hujan.dengan amal manusia dapat membantu mahluk.

Oleh itu kekuatan yang paling besar ialah dalam perintah Allah S.W.T dengan cara Rasulullah S.A.W.jika kita tidak usaha atas kudrat Allah,maka kita tidak akan faham apa kekuatan dalam kudrat Allah,Allah hantar Nabi S.A.W,ketua segala Nabi untuk ajar semua manusia kenal Allah,tahu kekuatan yang ada dalam perintah Allah buka kekuatan yang ada pada bumi,langit ,pada malaikat.Allah jadikan kita untuk faham apa itu kudrat Allah,bagaimana untuk dapat munafaat dari kudrat Allah,iaitu dengan tunaikan perintah Allah dengan cara Rasulullah S.A.Wuntuk inilah Allah jadikan kita.tetapi sekarang ini semua telah hilang.Allah S.W.T telah jadikan bumi,langit dan semua yang ada di langit dan bumi untuk manusia,bukan jadikan manusia untuk langit dan bumi.tetapi sekarang manusia telah tertakluk dengan perkara-perkara ini,bukan tertakluk dengan perintah-perintah Allah.sebab itulah nusrah Allah,bantuan Allah bergantung kepada keadaaan mahluk yang menentukannya.

Manusia dijadikan untuk Allah,dan Allah jadikan mahluk-mahluk lain untuk manusia
mendapat hajatnya. .manusia kena tertumpu pada Allah untuk mendapat apa yang dihajatkan ,bila manusia sibuk berusaha atas mahluk yang diciptakan Allah,maka nusrah dan bantuan Allah tidak datang. Semua mahluk dari semut hinga ke malaikat Jibril di langit Allah jadikan Dengan kudratNya.Tetapi Allah S.W.T menafikan Lilallaha`,semua tidak boleh berbuat apa-apa kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. Mula-mula Allah beri kita faham iaitu kudratNya,kemudian Allah beri kita perintah dan cara menunaikan.

Allah menjadikan langit,bumi dan mahluk-mahluk lain untuk dapat faedah dari kudrat Allah,kemudia Allah beri kita perintah-perintahNyamdan Allah hantar Nabi S.A.W untuk tunjukkan cara menunaikan perintah.

Masalah kita yang sebenar ialah selepas mati.Masalah dunia semua orang dapat,orang yang tidak taat perintah Allah pun Allah bagi. Kalau kita yakin dengan kudrat Allah,tunaikan segala perintah Allah ikut cara Nabi S.A.W maka kita mati dalam iman,dimana Allah akan selamatkan kita daripada azab kubur,titian sirat,mahsyar,neraka dan masukkan ke dalam syurga untuk selama-lamanya. Ganjaran dari apa yang kita amalkan akan dapat selepas mati. Janji-janji Allah bukan ada pada mahluk tetapi janji-janji Allah bersama dengan perintah-perintah Allah. Allah berjanji,”bila kamu tunaikan perintah Ku dengan cara Nabi S.A.Wkamu pasti ber ganjaran melalui Rasulullah S.A.W iaitu membuat kerja Nabi. Allah bantu Nabi-Nabi kerana kerja mereka,Allah bantu Sahabat kerana mereka membuat kerja Nabi. Kita kena faham dengan kerja inilah Allah akan bantu kita. Oleh itu,kita kena buat kerja Nabi, barulah kita mendapat bantuan Allah.

Orang yang membuat usaha agama Allah akan beri kefahamanNabi-Nabi buat usaha agama dan mereka mendapat bantuan Allah. Nabi Ibrahim A.S, Allah selamatkan daripada api dengan kudrat Allah. Bila nabi Ibrahim korbankan Nabi Ismail,Allah gantikan dengan kipas,bila Nabi Ibrahim tinggalkan isterinya,Siti Hajar, dan anaknya di padang pasir,Allah keluarkan air dari bumi. Jadi apabila kita tinggalkan buat usaha atas agama,Allah akan tutup pintu bantuan.Sahabat buat usaha agama,Allah telan bumi dan keluarkan air. Allah beri kejayaan kepada Shaabat kerana mereka buat usaha agama. Allah campakkan dari laut kerana mereka membuatu usaha agama.bantuan Allah terltak pada usaha agama, Usaha ini atau kerja ini Allah begitu suka.sebab itu bila kita buat usaha seperti Nabi buat usaha,Allah akan bantu kita seperti Allah bantu Nabi-Nabi. Oleh kerana kita telah tinggalkan usaha agama,bantuan Allah tidak turun.kita tidak Nampak pentingnnya usaha ini.kita kena fikir bagaimana setiap orang dapat menjadikan kerja Nabi sebagai kerja mereka.Setiap kena risau bagaimana hendak bawa semua orang yang datang perhimpunan ini balik membuat keputusan untuk membuat usaha ini. Allah akan buat keputusan bukan keran bayan tetapi kerana risau dan bimbang kita. Selepas bayan,semua orang kena tasykil antara satu sama lain.


Kekuatan amal akan zahir dengan kudrat Allah.orang-orang kafir tleha berkata kepada Nabi,”kalau Tuhan kamu boleh belah bulan,kami akan terima Allah sebagai Rabb dan kamu sebagai Nabi.” Dengan perintah Allah, dan dengan satu jari ditunjukkan oleh Nabi ke arah bulan,bulan telah terbelah kepada dua.kalau dengan seluruh amalan badan Nabi,berapa banyak Allah beri kekuatan.dengan satu jari yng zahirkan amalan kekuatan amalan Nai S.A.W hanya tunjuk jari tetapi Allah yang membelah bulan. Seperti Umar R.Anhu menulis surat kepada sungai nil,Allah yang alirkan sungai. Allah perintahkan manusia buat amal, pentadbirannya Allah yang mengendalikan. Allah gunakan kudrat bersama hambaNya apabila Nabi Ibrahm A.S dicampak ke dalam api. Allah perintahkan api menjafi sejuk dan sejahtera. Nabi Ibrahim hanya berdoa dan yakin dengan kekuasaan Allah. Allah yang memberi kita kemampuan untuk tunaikan perintah Allah. Allah yang zahirkan kudratNya,manusia perlu berusaha untuk dapat yakin dengan kudrat Allah,faham apa kekuatan dalam perintah Allah S.W.T. Allah gunakan kudratNya untuk manusia, Allah tidak gunakan kudratNya untuk malaikat,atau binatang. Allah zahirkan kudratNya kerana manusia. Jadi,seluruh kekuatan ada pada manusia bila di dalam hati manusia mempunyai yakin yang betul,tunaikan perintah Allah dengan cara Nabi. Dengan cara ini,seluruh kekuatan Allah bersama manusia.Allah akan jadikan semua mahluk bantu manusia,seperti Allah jadikan Musa A.S, Allah telah belah bumi untuk beri air pada Nabi Ismail A.S,apa yang Allah jadikan pun tidak boleh buat apa-apa melainkan dengan izin Allah,inikan pula manusia yang hasilkan.

Bantuan Allah hanya akan turun dengan berkat usaha Nabi S.A.W. Para Sahabat R.Anhum apabila mereka keluar di jalan Allah, Allah bantu mereka dengan mereka jalan atas air seperti mereka jalan atas tanah. Sahabat dapat bantuan kerana mereka buat usaha Nabi S.A.W,mereka tunaikan perintah Allah mengikut cara Nabi S.A.W. utnuk dapatkan bantuan seperti para Nabi dapat, Sahabat-sahabat dapat,kita kena buat kerja Nabi. Bantuan Allah tidak akan datang dengan usaha atas asbab tetapi bantuan Allah datang dengan usaha Nabi. Bila kita buat usaha,barulah kita akan faham agama,dan faham usaha atas agama.bila kita faham kita akan jadikan kerjaNabi ini sebagai kerja kita. Bantuan Allah akan bersama kita.tidak ada satu mahluk boleh memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah.kita kena faham kerja ini dan tunaikan kerja ini,usaha bawa orang lain buat kerja ini,bantuan Alllah akan bersama kita.bila kita tinggalkan asbab dan buat usaha ini,kita akan faham bagaimana hendak mendapatkan munafaat dari kudrat Allah.cara untuk mendapatkan kudrat adalah mudah iaitu mengikut perintah Allah dan cara Nabi,untuk mendapat faedah dari asbab adalah susah.

Untuk ini,tuan-tuan kena niat untuk membuat usaha Nabi.kerja kita bukan sebagai petani,peniaga,pemerintah, tetapi kerja kita adalah kerja Nabi,jalan kita ialah jalan Rasulullah S.A.W,bila kita datang kepada kerja Nabi,semua kita akan faham.InsyaAllah kita semua usahakan. Kita mewarisi harta pusaka Nabi .S.A.W.

Wednesday, March 3, 2010

Ucapan dari Para ulama usaha dakwah pada ijtima tonggi,Bangladesh 2010.


Ucapan dari Para ulama usaha dakwah pada ijtima tonggi,dhaka,Bangladesh 2010.
Assalamualaikum..di sini ku meletakkan bayan-bayan satu pada setiap post,jadi ia akan bersambung..

Untuk permulaan ni,,ku lampirkan:

petikan ringkasan bayan maghrib
oleh Maulana Ahmed Lat An-Nadwi
Bertarikh 21 januari 2010.

Nah maduhu Wanusolli mu ala Rasulihil Kariim...
Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..
Apabila dalam diri kita ada iman,kita akan tahu apa itu batil dan apa itu hak dan ia menggerakkan hati kita untuk bertaubat daripada segala kemungkaran.Dengan itu akan datang kebenaran.Untuk membezakan yang baik dan yang buruk pun perlu ada iman. Kalau ada iman dalam hati kita akan sentiasa ingin membuat kebaikan. Pada hari ini,kita kurang bercakap tentang kebesaran Allah,kita banyak bercakap tentang Ghairullah. Sesungguhnya Allah akan membuat sesuatu dengan kudratNya, Allah S.W.T memeberi kemuliaan dan kehinaan dengan kudratNya. Allah tidak bergantung kepada mana-mana kuasa,tidak bergantung kepada apa rupa bentuk pun, Allah jadikan semuanya dengan kehendakNya.Walaupun langit menjadi emas,gunung menjadi tembaga,setitik air pun tidak ada,satu pokok tidak tumbuh,kita masih perlu yakin bahawa Allah S.W.T berkuasa memberi rezeki kepada semua mahluknya. Apa yang berlaku antara langit dan bumi dari dahulu hingga ke hari ini semuanya Allah telah beritahu dalam Quran,dan apa yang berlaku di dunia sekarang in ip un ada diberitahu dalam quran.Dalam al-Quran telah diberitahu bahawa semua manusia samada dari kampung,dari Bandar,dari benua,semuanya dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan bertaqwa. Bagi mereka yang beriman dan taqwa Allah akan buka pintu-pintu keberkatan dari langit dan bumi. Siapakah yang lebih benar daripada Allah? Jika kita percaya maka kita beriman, jika kita tidak percaya maka kita tidak ada iman.

Seluruh dunia hari ini dalam kebimbangan. Nyawa tidak selamat,kehormatan tidak selamat. Jika semua manusia hidup dlama beriman,hakikat iman akan wujud,kehidupan menajdi aman dan dunia akan menjadi seperti syurga kerana di dalma syurga tidak ada satu nyawa pun dlaam bahaya,keselamatan dan kehormatan tidak dalam bahaya.hidup dengan penuh kasih sayang.inilah yang perlu kita usahakan.

Hakkikat iman jika masuk dalam hati kita ilaah setiap anggota kita beriman,maka kita beriman,telinga kita beriman,muut kita beriman,malah roh kita juga beriman.muamalat kita beriman,muasyarah kita berman,dan akhlak kita juga beriman.bila datang iman,ribuna kebaikan akan datang.semoga Allah beri kita iman. Iman tidak datang dengan hanya bercakap dan dengar tetapi iman akan masuk ke dalam hati dengan susah payah dan berkorban bergerak di jalan Allah.bila semua orang ada iman yang teguh di dalam hati,hidup akan berkasih sayang antara satu sama lain. Mahkamah tidak diperlukan lagi kerana dalam al-Quran telah dinyatakan semua penyelesaian dalam semua masalah.manusia ada masalah tentang rezeki perlu rujuk pada Quran. Kalau inginkan kejayaan,maka bawalah kehidupan kamu dengan iman.kalau kamu peniaga,,ini cara perniagaan,kalau kamu petani,ini cara pertanian.kalau kamu kaya,itu datang dari Allah,dan akalu kamu miskin jugai tu datang dari Allah,walau apa pun keadaan,lelaki,wanita,kanak-kanak,orang tua,orang muda,semua orang perlukan iman dan hidayat.

Apakah hidayat ?hidayat adalah nur dlam hati.sepertimana cahaya matahari,cahaya lampu,cahaya bulan,dan cahaya daripada mata/pandangan manusia.dia akan nampak segala kebaikan dan keburukan.dengan cahay,nur dalam hati manusia akan tahu mana yang baik dan mana yang buruk.atau salah.dengan melakukan amalan yang Allah redha dan amalan yang mana Allah akan murka.dengan amalan ini akan memberi kesan pada rezeki,kepada kehidupan. Dengan nur hidayat manusia akan nampak kesan setiap perbuatan manusia. Dalam Quran ada menyebutkan,kalau kamu mahu hidayat,kamu datang kepada 3 asas:



i. Imanbil ghaib ( Allah beritahu berulang kali dalam Quran).Apa yang kamu Nampak dengan mata kamu seperti bumi itu besar,matahari besar,bulan besar, lautan yang begitu hebat,timbunan emas,perak semua yang kita Nampak,semua itu adalah tipu daya. Hakikatnya ialah perkara yang kamu tidak Nampak.Nabi S.A.W telah beritahu kita berulang-ulang kali, “wahai manusia,jika kamu mahu kejayaan,mahu jaan yang benar,kalau kamu mahu hidayat,tahu membezakan baik dan buruk,apa kebaikan jikak mau amanah,apa kerugian kamu jika kamu khianat,apa munafaat jika kamu tunaikan hak.kaalau kamu ikut jalan ini,kamu akan Berjaya.”semua mahluk dalam genggaman Allah, segalanya Allah yang cipta,kitap erlu yakin dengan Allah walaupun kita tidak Nampak Allah, walaupun ktia tidak Nampak malaikat,zab dalam kubur,nabi-nabi,rasul-rasul, tetapi ktia yakin semua itu dalah benar.syurga itu benar,neraka itu benar,apahala benar,hari kiaamat dalah benar,.”wahai manusia takutlah kamu kepada Rabb kamu kerana hari kiamat itu hari yang sangat dahsyat,semua ciptaan Allah akan hancur,hanya zat Allah akan kekal.

Bagaiman kita boleh yakin dengan apa yang kita Nampak,begitu juga kita Perlu yakin dengan apa yang diberitahu Allah dan Rasulullah walaupun kita tidak Nampak.Inilah sifat sahabat yang utama dimana kita jadikan contoh siffat sahabat,-sahabat ini dalam kehidupan kita. Para sahabat hati mereka bersih,suci,kehidupan mereka amat mudah dan sederhana,pandangan mereka sentiasa kepada Allah sebab itu rahmat sentiasa turun pada mereka.mekera kata,mereka belajar iman dahulu kemudian baharu belajar al-Quran, untuk mendapat yakin ini kita perlu cakap lagi dan lagi tentang perkara-perkara ghaib ini,tentang kebesaran Allah ,tentang sifat-sifat Allah, sehingga ia meresap dalam hati kita sehingga kita betul-betul yakin dengan perkara-perkara ini melebihi daripada apa yang kita yakin perkara yag kita lihat,kadang-kadang apa yang kita lihat, pun tidak betul tetapi apa yang diberitahu oleh Allah S.W.T dalam Quran dan yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W adalah benar,dan pasti benar,sedikit pun tidka ada syak.


Untuk jaga iman,hati jangan buta.hati ini tersembunyi di dalam tubuh kita,bila hati kita menjadi buta maka kita tidak kenal mana yang baik dan mana yang buruk. Bila hati buta,amalan menajdi buruk,kehidupan kita berlawanan dengan syariat.apa yang kita lakukan mengikut kehendak nafsu kita.jika perkara ini berlaku kemampuna kita untuk menerima segalak ebaikan amat sukar,suka menipu,merampas hak orang lain,hati menjadi begitu gelap.tidak mahu menerima firman-firman Allah dan sabdaan Nabi .S.A.W.manusia jadi syirik. Allah boleh mengampunkan semua dosa kecuali syirik. Untuk jaga iman,kita perlu usaha, cakap tentang kebesaran Allah,kekuasaan Allah,kudrat Allah, sifat-sifat Allah lagi dan lagi. Semua benda yang kita lihat akan berubah tetapi perkataan Allah tidak akan berubah.kita perlu bina iman yang mantap yang tidak ada sedikit pun walau sebesar zarah syirik kepada Allah. Allah yabg buat segala-galanya.mulut bercakap Allah yang buat,telinga mendengar Allah yang buat,dan segalanya tentang kehidupan kita.Selain daripada Allah tidak boleh berbuat apa-apa.

Inilah sebahagian daripada iman,binalah iman supaya keamanan wujud di dunia ini. Untuk dapatkan kejayaan tidak ada jalan lain melainkan IMAN. Untuk dapat keamanan,,hanya dengan iman dalam hati.samada Allah redha atau murka dengan kehidupan manusia di dunia ini,kita dapat ihat. Bila Allah murka,akan berlaku pelbagai kerosakan,kampung-kampung, Bandar-bandara akan rosak.,berlaku pergaduhan,perpecahan,berlaku kebuluran,kemiskinan. Bila Allah redha maka akan wujud kasih –sayang,keamanan,kemakmuran,barang-barang makanan mencukupi,tidka berlaku fitnah-memfitnah,kehidupan manusia mengikut sunnah Nabi S.A.W.
Siapa yang boleh selamat dari ketentuan Allah? Firaun bunuh semua bayi yang lahir kerana takut kekuasaannya dirampas tetapi dengan kehendak Allah,Nabi Musa yang baru lahir disembunyikan dalam istana firaun. Allah memberitahu ibu Nabi Musa yakinlah dengan janji-janji Allah. Dengan iman yang ada pada Nabi Musa,firaun pun merasa takut tetapi isterinya Asiah oleh kerana ia ada iman,ia tidak merasa gementar. Oleh itu ,binalah iman,binalah taqwa untuk kejayaan,keselamatan dan kemakmuran di dunia dan akhirat. Dengan iman dan amal yang osleh, Allah akan beri kejayaan.yakinlah dengan janji-janji Allah. Dengan iman semua masalah boleh diselesaikan. Semoga Allah beri saya dan tuan-tuan kefahaman.


Sahabat sentiasa menjaga iman dengan selalu mendakwahkan Lailahaillallah dan hidup mengikut syariat Nabi S.A.W.segala yang berlaku dengan kehendak Allah S.W.T. air pasang dan surut bukan dengan kehendaknya sendiri tetapi dengan perintah Allah S.W.T.begitu juga dengan air yang mengalir,mengalir bukan disebabkan tarikan gravity bumi tetapi dengan perintah Allah S.W.T.Iman Sahabat R.Anhum seratus peratus yakin pada Allah. Umar R.Anhu amat takut dengan Allah S.W.T sehingga nabi pernah berkata kalau ada nabi selepas aku, umar R.Anhu layak menajdi Nabi. Sahabat apabila membuat kesilapan,segera mohon ampun dengan Allah,mereka sentiasa Ishtigfar,Allah akan selesaikan masalah kita.Nabi S.A.W bersabda,”aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara yang mana jika kamu mengamalkannya,kamu tidak akan sesat iaitu jalan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

Kita perlu sebarkan kalimah ini ke seluruh alam.apa yang kita Nampak,kita perlu masukkan di dalam hati,”sesungguhnya semuanya itu Allah memebuatnya.”segala masalah hanya dapat dieselsaikan dengan iman.segala masalah yang datang hanya diselesaikan oleh Allah.Allah Maha Besar.mereka berjuang di jalan Allah.segala-galanya kerana Allah. ,mereka yakin dengan membantu agama Allah,Allah akan membantu mereka.yang member manfaat dan mudarat adalah dari Allah. Yang telah rosak,boleh dibinamyang dibina bolejh jadi rosak.semuanya adalah ketentuan Allah. Mereka yakin jika keyakinan mereka rosak,mereka akan terputus dari bantuan Allah.
Iman akan mejadi mantap dengan membuat kerjaNabi,bergerak di jalan Allah S.W.Tpergi dari rumah ke rumah,pintu kep into,kampung ke kampung,Bandar ke Bandar,bergerak ke seluruh dunia bercakap kebenaran iman.bila iman datang dalam diri,Allah akan wujudkan kasih saying,Allah akan turunkan bantuan.

ii. Selepas iman,perintah Allah yang utama ialah solat.Bagaimana dalam solat
kita taat perintah Allah begitu juga di luar solat,kita 24 jam taat dengan perintah Allah S.W.T.

iii. Selepas iman dan amal ialah akhirat.untuk kita ke syurga,asasnya ialah iman dan amal.iman dibina dan amal kehidupan cara Nabi S.A.W,maka akan trbina kehidupan akhira.Sahabat setiap mereka lakukan adalah untuk membina kehidupan akhirat mereka,Shaahbat R.Anhum telah amalkan seluruh kehidupan Anbi,ibadat Nabi,fikir Nabi, dan kemudian disebarkan ke seluruh alam.itu tanggungjawab mereka.iman dan amal menuju akhirat.

Setiap orang perlu bina iman.setiap orang perlu bina amal dan bawa kedua-dua perkara ini kepada kehidupan akhirat,barulah dapat hidayat. Allah beri kita iman,kita perlu selamatkan iman,dengan kita sebarkan kepada orang lain.Hidupkan masjid dengan amal.semua orang perlu bina akhirat kita dengan sebarkan kepada manusia di seluruh alam.dimana-mana kita pergi kita buat dakwah,insyaAllah.