Friday, January 27, 2012

adab perbezaan pendapat,dimana adab dan akhlak kita para pekerja agama Allah S.W.T?



adab perbezaan pendapat,dimana adab dan akhlak kita para pekerja agama Allah S.W.T?

Innalhamdulillah, ammabad`u,sebagai `orang kecil` dalam usaha atas agama Allah S.W.T ini,apalah sangant usaha yang saya lakukan berbanding apa yang pekerja agama dan pembaca semua telah lakukan..saya risau atas perkara ini,dan saya sedar saya tidak layak untuk menerangkan apatah lagi para pekerja agama yang lebih banyak lagi pergorbanan dan susah payah telah dibuat,tetapi atas perkara ini amatlah penting,maka saya sampaikan,mudah-mudahan kita semua dirahmati dan dikasihi Allah S.W.T..

Akhir-akhir ini,saya melihat dan memerhati adanya kecenderungan para pekerja agama dari fikrah yang berbeza saling memburukkan,mempertikai,mempersoal,apatah lagi menyesatkan fikrah yang lain..Nauzubillah,ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat dan tidak baik untuk kita sebagai satu ummat Nabi Muhammad S.A.W..

pembaca yang dimuliakan,kita semua ini sebenarnya menuju ke arah yang sama,iaitu methodologi junjungan kita,Muhammad S.A.W dan Sahabatnya,R.Anhum..selagi jumhur ulama,fatwa ataupun sebagainya tidak keluar perkara yang mendeklarasikan sesuatu fikrah itu sesat dan lari dari islam,kita samasekali tidak layak untuk menuduh fikrah yang lain itu sesuka hati,apatah lagi kita hanya pekerja agama dan bukannya orang alim yang memimpin pekerja agama di dalam sesuatu fikrah..

para ulama e-kiraam adalah mereka yang membimbing dan memandu ummat dalam mengamalkan dan menyebarkan islam,tidak kiralah mereka bernaung dari fikrah mana sekalipun,mereka seharusnya dihormati,dan kita harus faham bahawa mereka ialah ahlinya jika berbeza pendapat dan mereka berhak berhujah,berdebat kerana ianya memang bidang mereka..

menjadi satu masalah apabila para pekerja agama di dalam fikrah masing-masing mula berdebat,berhujah malah sampai ke satu tahap melabel dan menyyesatkan fikrah yang lain..sedangkan kita ini semua bukan ahlinya,sedarkah perbuatan kita ini sebenarnya telah memecah-belahkan ummat?

setiap fikrah ada nas-nas dan dalil-dalil mereka mengamalkan sesuatu perkara..jadi kita perlu menghormati pendapat dan pengamalan orang lain yang tidak sama fikrah dengan kita..

dan jangan sekali-kali kita mempertikai dan merendah-rendahkan usaha orang lain,seperti mana kata-kata Hazrat Maulana Ihnaa`mul Hassan Khandahlawi Rahmatullahi A`laih dalam Malfuzatnya yang berbunyi lebih kurang bahawa:

"Istikhlas kamu dalam usaha agama.Istikhlas bermaksud kita yakin bahawa dengan usaha agama akan bawa kejayaan,inilah usaha yang haq,tetapi dalam masa yang sama janganlah kamu merenda-rendahkan apatah lagi mempertikaikan usaha orang lain."

tidak kiralah sama ada saya ataupun kita semua berada di dalam usaha Dakwah dan Tabligh,Jemaah Islah M`sia,mereka yang mengikuti dan mengamalkan Usrah,Tariqat,para pengikut Habaib,parti islam dan sebagainya,kita harus ada kesedaran atas perkara ini..

hormatilah dan muliakan saudara kita pekerja agama yang berada di dalam fikrah yang lain yang sedang bersusah-payah menghidupkan dan menyebarkan agama di seluruh dunia..

masing-masing adanya kekurangan,mana-mana yang ada kekurangan itu,kita tutupkanlah,dan mana -mana perkara yang dibuat itu baik,maka sokong dan sebarkanlah,mudaha-mudahan kita semua pekerja agama dapat membawa ummat ke amalan islam dan akhlaknya..

carilah titik pertemuan dan kesefahaman,untuk kita,ummat Muhammad S.A.W ini dapat bersatu atas islam..dan mana yang ada berbeza pendapat,kita hormatilah pendapat dan amalan orang lain..

menjadi impian setiap fikrah dalam usaha agama ingin membawa ummat ke islam dan pengamalannya,apatah lagi untuk menyatukan ummat di bawah satu label,iaitu agama islam..

pekerja agama dan pembaca semua,sama-samalah kita belajar menghormati dan melihat kebaikan pekerja agama yang berbeza fikrah dengan kita...kerana mungkin cara dan jalan kita berbeza,tetapi tujuan dan tempat yang nak pergi itu sama,iaitu cara Rasulullah S.A.W...

dan insyaAllah kat sini saya nak buat beberapa iklan tentang program sempena Maulidur Rasulullah S.A.W :

1.Majlis Simaa' Hadits (Kitab Syamail oleh Imam at-Tirmidhi) Sempena Sambutan Maulid, bersama Maulana 'Abdul Hamid bin Hasyim, Mudir Madrasah Miftah al-'Ulum, Seri Petaling. (Saturday,11 Feb 2012:8.00 am-1.00pm) location: Masjid al-Azhar, KUIS,Putra Mahkota,Bangi,Selangor.




2. Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم , bersama Habib 'Ali Zainal 'Abidin bin Abu Bakar al-Haamid dan Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri (Solo)(Friday, 3 Feb 2012 :6.00pm-10.00pm)location: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya,Selangor.




iklan-iklan di atas saya ambil dari http://majlisilmu.blogspot.com,untuk sebaran kepada kita semua..

insyaAllah,jika tiada aral melintang,saya akan berada di kedua-dua program di atas.sama-samalah kita meriahkan majlis ilmu dan memuliakan para ulama-e-kiraam kita,insyaAllah.

No comments:

Post a Comment