Friday, January 27, 2012
karkuzari (laporan) pergerakan jemaah student di cyberjaya(november-disember 2011) dan sedikit perkara yang perlu difikirkan kita semua..
Innalhamdulillah,syukur kepada Allah S.W.T kita dipertemukan lagi di sini.pembaca yang dimuliakan Allah S.W.T,pada posting kali ini,saya akan menulis tentang karkuzari (laporan) pergerakan jemaah student di sekitar cyberjaya dan bangi selain isu-isu penting yang melanda umat islam hari ini.
karkuzari (laporan) pergerakan jemaah student di cyberjaya(november-disember 2011)
Alhamdulillah,satu jemaah student terdiri dari 17 orang (semuanya student)telah di bentuk di markas sri petaling pada permulaan hujung bulan november hingga pertengahan disember dan juga satu lagi jemaah student yang buat program persediaan ke france telah keluar 3 hari sebelum mereka cuti, di Surau Al-Ikhlas,Seksyen 4 Tambahan,Bangi.diputuskan ke kawasan di sekitar cyberjaya dan puchong.juga fokus usaha ke atas student Lim Kok Wing University dan MMU.
7 route telah dimasuki iaitu:
-Musolla Desa Villa, Hostel Lim Kok Wing,berdekatan kg pulau meranti,cyberjaya.
- Masjid Ar-Rahman,kg pulau meranti,cyberjaya.
- Surau Nur Iman, Flat Angsana,puchong.
- Surau Al-Amin,Flat Cempaka,Puchong.
- Masjid Putra Perdana,puchong.
- Surau Al-Sakinah,Putra Perdana,puchong.
- Surau Al-Ikhlas,Seksyen 4 Tambahan,Bangi.( student persediaan ke france berjumlah 16 orang dan pertama kali 3 hari)
Alhamdulillah,mereka-mereka ini diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk memberi dan menggunakan masa cuti semester mereka untuk agama Allah S.W.T.saya yang lemah ini berkesempatan meluangkan masa bersama-sama mereka yang dimuliakan Allah S.W.T.
sepanjang berada dan bergerak di dalam jemaah,beberapa pengalaman saya dapati:
- sifat ikram pelajar luar negara terutamanya dari mereka yang dari negara yang kurang mewah seperti di afrika,iaitu sudan,nigeria,oman.mereka walaupun ramai yang belum lagi bekesempatan keluar 4 bulan,sepanjang khususi kami di Lim Kok Wing dan MMU,tapi sifat dan akhlak mereka sangat tinggi.malah mereka sanggup membasuh pakaian ahli jemaah student yang bergerak ini,mengangkat baju bebelas-belas kilo dari masjid ke rumah mereka sewa di flat-flat..memang benar pembaca semua,ada sesetengahnya dari mereka ada buat masalah di negara kita,tapi tidak semuanya tidak baik,malah mereka yang buat usaha agama di negara mereka,bila datang ke sini,sambung study,dengan kewangan yang sangat terhad,tapi sanggup memuliakan jemaah yang datang ke tempat mereka walaupun mereka ini foreigner.dan sanggup bagi masa sehingga ke malam dalam memudahkan usaha kami di tempat mereka.
- di Lim Kok Wing, pelajar melayu tempatan tajaan Felda yagn berjumlah lebih kurang 2500 orang di hostel. Di desa Villa, salah satu hostel Lim Kok Wing,amalan solat berjemaah masih perlu diusahakan.banyak student-student arab yang datang solat di musolla,tetapi solat mereka secara infradi (persendirian),solat jemaah ada pada maghrib,isya sahaja.mereka ini perlu diusahakan supaya musolla hidup solat jemaah dan 5 amal masjid.
- student-student yang buat program persediaan ke luar negara perlu berusaha keras dalam menjalankan usaha agama.ini adalah kerana persekitaran yang tidak menyokong mereka bila berada di luar negara..dengan aurat,cara hidup dan maksud hidup..usaha ke atas student persediaan luar negara ini perlu dibuat sungguh-sungguh,supaya mereka boleh amalkan agama dan solat walaupun berada di negara bukan islam.kita lihat sahajalah kes beberapa pelajar kita termasuk yang cemerlang dan pintar,apabila menyambung pelajaran ke luar negara,jadi jauh dari agama islam apatah lagi amalan-amalan islam.
- beberapa route di atas dan juga semua rumah Allah S.W.T di atas muka bumi ini masih perlu diusahakan suapaya 5 amalan masjid hidup.
- hujung disember, syura malaysia,Bhai Haji Khalid telah kembali ke rahmatullah sebelum waktu subuh,semoga Allah S.W.T merahmati dan berkati amalan pengorbanannya pada ummat.
perkara-perkara yang perlu difikirkan kita semua.
pembaca yang dimuliakan Allah S.W.T,khasnya kepada pekerja agama Allah S.W.T,ada beberapa perkara yang saya fikir dan renung yang mana ianya penting dan mesit saya sampaikan,saya sedar siapa saya ini,tapi sebagai saudara seagama,saya kena menyampaikannya,mudah-mudahan saya sendiri khususnya dan pembaca semua dapat amalkan,insyaAllah.
- Akhlak kita dengan ibu-bapa
pembaca yang dimuliakan Allah S.W.T,akhir-akhir ini ,Alhamdulillah,kesedaran orang-orang yang baru buat dan kenal usaha dakwah dan tabligh meningkat..tidak mengira samada orang baru ataupun orang lama,kita kena khidmat dan kasih pada ibu bapa kita,walaupun mereka tidak suka pada usaha agama.
sepanjang saya menjalankan usaha dakwah dan tabligh:
- banyak sekali keluhan yang saya dengar dari ibu-bapa kepada rakan-rakan saya yang menjalankan usaha agama,tentang akhlak anak mereka pada mereka,apabila balik dari keluar semasa cuti semester,tidak ada perubahan,malas membantu ibu-bapa,malah sampai ada yang bertengkar dengan ibu bapa untuk menerangkan kebenaran usaha agama.ini tidak sepatutnya berlaku,dan tidak seharusnya berlaku,semakin lama kita menajalankan usaha agama,semakin bertmabah iman dan juga akhlak kita,apatah lagi dengan ibu-bapa.ini salah satu punca fitnah pada usaha dakwah dan tabligh.
- ada juga keluhan saya terima dari anak-anak (karkun) pada ibu-bapa yang menjalankan usaha dakwah dan tabligh..sudah akhir zaman dan teknologi semakin tinggi pun,masih ada bapa-bapa yan tidak ambil endah anak-anak mereka,malah ada kes-kes mereka yang sudah beristeri satu menambah satu lagi,kalau yang pertama,semuanya cukup keperluan dan tanggunjawabnya,tidak apa,tapi malah yang isteri yang pertama dan anak-anaknya dengan isteri pertama terumbang-ambing,ditinggalkan begitu sahaja..banyak sekali keluhan dari rakan-rakan saya yang anak karkun yang sedih tentang bapa-bapa mereka..
jujur pembaca yang dimuliakan Allah S.W.T,saya ini bukan dari keluarga yang berlatar belakang yang menjalankan usaha agama,tapi saya tidak putus harapan khidmat dan ikram keluarga sehinggalah dapat khuruj 4 bulan 3 tahun yang lepas..kepada merea yang student atau tidak,dan baru menjalankan usaha agama ini:
-jagalah hubungan yang baik dengan ibu-bapa kita,walaupun mereka tidak suka dan melarang kita buat usaha agama,jangan dakwah mereka,khidmat dan bantulah sahaja.dan baiki result study kita,mudah-mudahan dibukakan hati parent kita untuk terima kita buat usaha agama dan seterusnya ibu-bapa kita juga buat usaha agama,Amiin..
- kepada semua pekerja agama Allah S.W.T,peliharalah usaha dakwah dan tabligh ini,ini usaha yang besar,usaha para Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam..janganlah kita menjadikan diri kita asbab fitnah pada usaha agama dan orang semakin jauh dari agama apatah lagi usaha atas agama Allah S.W.T. ini..
itu sahaja nukilan saya pada posting kali ini,maaf kepada semua,kerana saya sekarang sedang menjalani latihan industri dan masa yang ada pada usaha agama,jadi penggunaan internet saya jadi kurang.harap pembaca semua teruskan membaca blog ini untuk kita berkongsi pengalaman dan ilmu-ilmu serta usaha atas agama Allah S.W.T ini,
JazakaAllahu Khair.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment