
Mengenai perkara ini ingin saya bawakan satu kisah benar di tahun 90an.
Satu masa, di sekitar tahun 90an diadakan satu johr (perhimpunan) untuk mengeluarkan jemaah dakwah. Maka dengan izin Allah datanglah seorang ‘Alim’ bersama jemaahnya dari luar negara untuk menyertai johr itu serta memberi bayan/ceramah/nasihat di perjumpaan tersebut. Oleh kerana beliau seorang alim, maka dibawalah berjumpa (khususi) seorang mufti kita di salah sebuah negeri. Beliau dibawa oleh seorang jemaah tempatan yang kenal dengan mufti berkenaan.
Kebiasaan jemaah Tabligh, kita tidak akan memperkenalkan kepada orang, siapa diri kita sebagaimana jemaah2 lain memperkenalkan , Ini sipolan, jawatannya sekian2, pangkatnya sekian2 kerana jemaah Tabligh tidak mahu menarik perhatian orang kepada makhluk/pangkat darjat dan seumpamanya. Jadi jemaah yang membawa orang ‘Alim’ tadi sekadar memberitahu mufti beliau seorang ‘alim’ dari negara sekian.
Maka Mufti tadi agaknya dengan merasa kedudukannya yang tinggi maka mulalah beliau bersyarah. Antaranya tabligh buat bidaah, sesat dan menyesatkan, tinggalkan tanggungjawab atas anak isteri dan sebagainya. Orang ‘alim’ tadi hanya mendengar dan menangis mengenangkan seorang mufti berpendapat sebegitu rupa. Setelah habis mufti tadi bersyarah, maka orang ‘alim’ tadi pun meminta diri tanpa menjawab atau membalas serangan dari mufti tersebut. Kedua2nya pulang ke tempat johr.
Jemaah tempatan yang membawa orang ‘alim’ tadi tidak berpuas hati, lalu kembali berjumpa dengan mufti tersebut.
Beliau bertanya, “Kenapa tuan cakap macam tu”.
Mufti itu pun menambah lagi hujah2nya dan membantah kenapa jemaah tadi ikut2 buat Tabligh.
Jemaah tadi tidak menjawab tetapi bertanya lagi pada mufti, “Tuan tahu tak siapa ahli Fatwa Mekah?”
Mufti jawab, “Tahu”.
Jemaah kata, “Boleh tuan sebutkan namanya satu persatu?”.
Maka Mufti tadi pun menyebut nama2 ahli Fatwa Mekah seramai 7 orang (kalau tak salah ingatan saya). Salah satu nama yang disebut ialah “Mufti Zainal Abidin dari Pakistan”.
Lantas jemaah tadi menyampuk, “kalau tuan nak tahu, yang saya bawa jumpa tuan tadi itulah (Mufti Zainal Abidin dari Pakistan.)” *
Apalagi!!! Terkejut beruklah mufti tu. Kerana beliau tahu taraf orang ‘alim’ lebih alim dari beliau. Lantas dia dengan perasaan apa nak kata pun tak tahu minta dibawakan beliau untuk berjumpa orang ‘Alim’ tadi. Maka mufti itu pun dibawa berjumpa Mufti Zainal Abidin dan beria2lah beliau meminta maaf. Tetapi Hadrat Mufti Zainal Abidin menganggap seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku. Seterusnya mufti tadi pun bersama2 dalam johr itu selama 3 hari.
Selepas itu mufti kita mengikut jemaah keluar 3 hari. Diputuskan jemaah yang disertai mufti tadi keluar di sebuah mesjid dimana mufti itu selalu memberi ceramah. Namun apabila jemaah tadi sampai dimesjid tersebut, jemaah itu telah dihalauoleh ajk mesjid berkenaan. Mereka tak peduli pun ada mufti dalam jemaah itu, kata mereka, “Saper2 yang ikut jemaah tabligh keluar, mufti tak mufti”. Mufti berkenaan menangis dan berkata, “ Baru hari ini saya merasa bagaimana Nabi SAW membuat usaha dakwah. Selalu saya datang disambut, dijamu tetapi hari ini kerana nak hidupkan sunnah Nabi SAW saya dihalau”.
(*Seorang yang menjadi mufti dalam Mazhab Hanafi kena mahir dan alim dalam 4 mazhab.)
Saya bawakan kisah ini untuk renungan kita bersama terutama saudara dan mereka2 yang satu fikir dengannya. Janganlah kita jadi ahli fatwa yang menyalahkan orang lain hanya dengan kefahaman kita yang sedikit, kerana apa yang kita buat belum tentu betul kalau tidak ada nas dan hadithnya yang soheh. Saya ingin bertanya kepada saudara Wafi, bukankah anugerah akal itu untuk kita menilai, memikir, setelah melihat, lalu kita buat keputusan?
Saya telah yakin bahawa usaha Tabligh ini adalah usaha yang paling mirip usaha Nabi SAW adakah saya nak tinggalkan usaha tersebut dan mengikuti usaha2 yang tidak jelas malah tidak ada kaitan langsung dengan usaha Nabi SAW?
Sebenarnya saudara Wafi tersasar amat jauh apabila mengatakan matlamat usaha Tabligh adalah menyeru orang untuk masuk Islam.
Sebenarnya usaha Tabligh adalah usaha untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkatkan yakin bahawa kejayaan kita dunia dan akhirat hanya dalam mentaati Allah SWT mengikut Sunnah Baginda SAW sehingga kita mendapat Iman yang sempurna. Hanya caranya kita kena banyakkan percakapan mengenai ‘Lailaha illallah’ kerana Nabi SAW beritahu kepada sahabat2 yang hebat2 “Perbaharuilah Iman kamu” Sahabat bertanya,“Bagaimana kami nak perbaharui iman kami ya Rasululloh SAW” Nabi SAW menjawab, “Perbanyakkanlah ucapan- Lailaha illallah”. Ulama’ mentafsirkan perbanyakkan ucapan bermaksud perbanyakkan percakapan mengenai Lailaha illallah, itu (Allah Maha berkuasa, Makhluk langsung tak ada kuasa).
Jadi matlamatnya usaha Tabligh adalah supaya setiap umat Islam kembali menerapkan sifat2 unggul yang ada dalam diri para sahabat Nabi SAW dengan mengusahakan 6 perkara yang telah saya sebutkan dalam artikel yang lalu. Apabila setiap umat Islam hari ini mempunyai sifat2 tersebut, insyaAllah segala perkara akan dapat diperbaiki.
Saya bertemu jemaah dari Palestin, mereka memberitahu. Rahib2 yahudi menunggu dihadapan mesjid di sana ketika masuk waktu subuh, apabila ditanya kenapa, kata rahib2 tu berkata, “Kebangkitan Islam masih jauh lagi. Selagi orang yang datang solat subuh tidak seperti sembahyang jumaat, Islam tidak akan bangkit”.
Perlu diingat, kebangkitan Islam hanya akan berlaku apabila hubungan kita dengan Allah SWT sempurna. Memang benar Nabi SAW membina sistem sosial, ekonomi, politik, perundangan dan sebagainya. Tetapi perkara tersebut berlaku setelah Iman para sahabat sempurna. Hari ini minta saudara Wafi tunjukkan seorang yang mempunyai sifat2 sebagaimana yang dimiliki oleh para sahabat Nabi SAW. Kalau tidak ada, kita kena usaha supaya setiap umat Islam ada Kualiti yang dikehendaki oleh Allah SWT sebagaimana yang saudara sebutkan.
Bila iman tidak betul diberikuasa akan menyalahgunakan kuasa, di beri ekonomi akan menyalahgunakan kuasa ekonomi/korupsi, begitu juga dalam bidang2 yang lain. Kerana itu Allah SWT menguji umat islam hari ini sebab keimanan mereka tidak mengikut kehendak Allah SWT cara Nabi SAW malah yakin lebih kepada makhluk dari yakin kepada Khaliq. Inilah Doktrain Tabligh yang ditakuti oleh saudara iaitu supaya “Setiap umat hari ini dapat mentaati Allah SWT dengan Cara Baginda SAW”.
Subhanallah..
ReplyDeletetUAn..Minta Izin Copy n3 Utk dI Post Pd KWn2..
JazakAllAh..
salam,laporan terbaru student UMT shahid di sabah ada di blog sy...
ReplyDelete