Friday, October 9, 2009

tidak berapa sihat..


assalamualaikum w.b.t

bismillahi wassalamu ala rasulillah..

kepada pelawat-pelawat blog saya,saya memohon maaf kepada semua kerana blog ini lambat dkemaskini..kerana keadaan kesihatan saya tidak berapa mengizinkna saya untuk menulis..

diharap saudara-saudara semua memaafkan saya..

muhammad_efendie

hukum beramal dengan hadith dho`if..


Pendapat Pertama :

Tidak dibenarkan beramal dengan hadith dacif samada hadith tersebut berstatus lemah yang sederhana secara mutlak dalam urusan hukum syariat dan yang selain daripada element tersebut. Ulama yang berpendapat sedemikian adalah seperti al-imam Yahya bin Macīn, Abu Bakr bin al-cArabī, Ibn Hazam al-Zahirī dan lain-lain lagi. Dr Muhammad Abu al-Laith al-Khair Ābadī menambah dalam bukunya cUlum al-Hadīth Asīluha wa Mucāsiruha menambah ulama masa kini yang berpegang dengan pegagan sedemikian ialah al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir dan al-Syeikh Muhammad Nasir al-Dīn al-Albanī.



Pendapat Kedua :

Boleh beramal dengan hadith dacif secara mutlak iaitu dalam urusan hukum-hukum syariat, fadail al-acamal dan al-manākib (sifat-sifat baik) sekiranya hadith dacif tersebut tidak terlalu lemah. Ulama yang berpegang dengan ijtihad ini ialah al-imam Ahmad, Abī Daud al-Sajastānī, al-imam Abī Hanifah, al-imam Malik dan sebilangan ulama yang lain. al-imam Ahmad berkata

“hadith dacif lebih aku suka berbanding dengan pendapat ulama.”

Sesungguhnya al-imam Abū Hanifah dan setengah ulama lain mengutamakan sebilangan besar hadith dacif daripada qias.

Pendapat Ketiga ;

Boleh beramal dengan hadith dacif hanya dalam urusan fadāil (kelebihan-kelebihan amal), al-manakib, al-taghrib wa al-tarhib (galakan kepada amalan dan ancaman meninggalkan amalan) sahaja dan tidak boleh beramal dengannya dalam urusan halal dan haram terutamanya urusan aqidah. Ini merupakan pendapat jumhur ulama terhadap hadith dacif dengan tambahan syarat seperti berikut ;

i- Hadith dacif itu tidak terlalu lemah kedacifannya. Rentetan daripada itu, hadith al-mucallaq, al-mursal, al-mucdal, al-munqatic, al-mudallas, al-mursal al-khafī dan begitu juga hadith al-mukhtalit, al-mutalaqqin, al-majhul dan al-mubham boleh diterima di dalam perbahasan kelebihan amalan. Ini kerana kelemahannya sederhana dan tidak terlalu melampau serta boleh dikuatkan atau boleh dinaik taraf kepada hasan li ghairih jika terdapat sanad lain yang seumpama dengannya atau lebih baik martabatnya daripada kedudukannya yang asal.

Adapun hadith yang diriwayatkan daripada perawi yang kazzab (pendusta) atau dituduh sebagai pendusta atau pelaku bidcah atau sering kali melakukan kesilapan maka tidak boleh diterima walaupun dalam urusan kelebihan amalan lebih-lebih lagi dalam urusan syariat atau perundangan Islam.

ii- Hadith dacif hendaklah berkisar tentang kelebihan amalan atau balasan amalan jahat, galakan umat Islam mengamalkan ajaran agama atau larangan dan tegahan daripada melakukan perkara yang dilarang Allah S.W.T. dengan syarat perkara tersebut merangkumi atau termasuk di dalam syariat atau dalam erti kata lain hukum beramal dengan amalan tersebut thabit dan nyata daripada al-Quran atau hadith-hadith yang boleh diterima, seperti berbuat baik kepada kedua ibu bapa, menghubungkan tali persaudaraan dan lain-lain lagi.

Hikmah daripada perkara di atas adalah mengambil pengajaran daripada al-taghrib dan al-tarhib di mana ianya menjadi perangsang dan pemangkin ketekunan dalam perkara yang terpuji dan penghalang daripada melakukan perkara yang tercela. Ibn Hajar al-Haithimi al-Makki berkata

“ Para ulama telah bersepakat harus beramal dengan hadith dacif dalam urusan kelebihan amalan kerana sekiranya hadith itu sahih (yang pada asalnya lemah tetapi terangkat martabatnya menjadi hasan li ghairih) maka diberikan hak dalam beramal dengan amalan tersebut dan sekiranya tidak maka ianya tidak termasuk atau terangkum dalam amalan yang haram dan tidak hilang hak dalam beramal dengan hadith tersebut.”

Adapun hadith al-taghrib (galakan beramal) dan al-tarhib (larangan ) yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadith samada secara terperinci atau tidak terperinci seperti beribadat dengan berdiri mengadap pancaran sinar matahari, ibadah dengan senyum tanpa berkata apa-apa dan lain-lain lagi maka al-taghrib dan al-tarhib seumpama ini tidak dibenarkan kerana tidak terdapat nas dan dalil daripada sumber syarac.

iii. Hadith dacif tersebut tidak memperincikan dan menghadkan apa yang telah thabit dan nyata kesahihannya daripada al-Quran dan al-hadith. Ini kerana penambahan daripada apa yang telah ditetapkan oleh syara’ merupakan amalan bidcah dan penambahan yang sesat. Al-Syatibī berkata terdapat hadith dacif yang diriwayatkan mengenai kelebihan sesuatu amalan yang perlu dilaksanakan pada waktu-waktu tertentu dan tindakan-tindakan tertentu seperti solat al-Raghāib iaitu solat yang dilaksanakan pada awal malam Jumaat dari bulan Rejab sebanyak 12 rakaat di antara Maghrib dan Isyak. Hendaklah setiap kali dua rakaat diselangi dengan basmalah, setiap rakaat dikehendaki membaca surah al-Fatihah dan surah al-Qadar tiga kali. Adapun pada hari ke 15 bulan Rejab dikehendaki mengerjakannya sebanyak 100 rakaat. Amalan sebegini adalah tertolak kerana tidak ada nas yang memerintahkannya.

iv. al-cIz bin cAbd al-Salam menambah syarat beramal dengan hadith dacif ialah hadith dacif tersebut tidak masyhur di kalangan orang ramai supaya tidak menyebabkan manusia beramal dengan hadith dacif tersebut yang membawa kepada salah sangka bahawa perkara tersebut adalah amalan yang disyariatkan tetapi sebenarnya tidak disyariatkan. Seperti mana yang berlaku di negara India, hadith “Siapa yang memberi sedeqah kepada ahli keluarganya pada hari cAsyura maka Allah S.W.T. akan melapangkan kehidupannya selama setahun” Perkara ini menyebabkan segelintir masyarakat India mengadakan kenduri secara besar-besaran sedangkan hadith ini dacif keseluruhan jalan periwayatannya, sebahagiannya dacif yang keterlaluan dan sebahagian yang lain lemah yang sederhana.

v. Ibn Daqīq al-cAid menambah syarat yang lain iaitu pengamal hadith dacif tidak boleh terlalu yakin bahawa hadith itu adalah hadith sahih tetapi hendaklah menganggap kemungkinan hadith tersebut berstatus sahih supaya tidak menisbahkan apa yang bukan daripada Rasulullah s.a.w.

vi. Hendaklah hadith dacif tersebut tidak bercanggah dengan dalil lain yang lebih kuat daripadanya. Ini kerana pada ketika itu wajib kita beramal dengan hadith yang lebih kuat kesahihannya bukan hadith daif.


muhammad_efendie

5 langkah jalan persaudaraan yang sebenar didalam berkhidmat pada agama.


Terdapat 5 langkah-langkah yang perlu kita ikuti bila kita hendak mencari jalan persaudaraan yang sebenar didalam berkhidmat pada agama.

1. kita berzikir dan berdoa untuk saudara kita setiap hari.

2. Kita meluangkan masa untuk berkhidmat pada saudara kita,diluar dari kelas,masa belajar dan masa-masa yang sesuai.

3.Tidak tidur pada malam hari dengan sesuatu di dalam hati,yang menentang/berdendam pada saudara kita.lupakan apa yang telah berlaku,dan maafkan mereka,samada kita adalah betul ataupun salah.

4.Elakkan bercakap tentang sesuatu yang tidak baik tentang saudara kita.

5.Tidak membezakan tentang menilai seseorang dari sudut yang kita tidak melihatnya dan sudut yang kita dapat lihat dengan jelas.

muhammad_efendie

Monday, September 7, 2009

gambar yang mungkin boleh `describe` tabiat berbuka puasa di m`sia


Alangkah untungnya kita berbuka puasa..penuh dngn juadah..malah ada yang sampai berlebih-lebihan dan tidak habis..maka ia diberi pada orang ataupun jalan terakhir..pelupusan..mungkin kita org islam di m`sia patutbelajar berjimat cermat di dlam berbuka puasa..klau di negara2 islam yang lain khusunya di afrika..ramai yang x cukup makan..malah berebut-rebut..syukurlah kita dengan cara berjimat-cermat..tetapi digalakan kita memberi makan pada berbuka puasa..tetapi biarlah bersederhana sesuai dengan fitrah islam itu sendiri..sederhana...elakkan pembaziran..

Saturday, September 5, 2009

Menyeru manusia pada Allah (Da`wah)


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hi Rabiil A`lamin,Wassolata mu ala Rasulillah Hi Ajmain..

Cara yang paling terbaik untuk mendapat kedudukan yang terbaik di dalam “Menyeru manusia pada Allah” ialah kita tidak menghadkan atau menentukan masa yang tertentu untuk perkara ini.dengan mengatakan “sekarang saya akan memulakan membuat da`wah” ataupun “sekarang saya akan berhenti dari membuat da`wah.”Meyeru manusia pada Allah bermula bilamana kita menyebut,” tiada Tuhan selain Allah,dan Muhammad itu utusan Allah.” Meyeru manusia pada Allah berakhir apabila roh telah meninggalkan jasad.Dengan lebih terperinci lagi,asas untuk berda`wah ialah dari pertama kali kita menyebut syahadah sehinggalah kali terakhir kita menyebutnya.Apa yang berebza ialah dimana kita akan Nampak perbezaan di dalam tanggungjawab dan cara yang digunakan di dalam setiap fasa yang kita akan lalui di dalam hidup.

Pada fasa yang kita berada sekarang,( di dalam proses mencari ilmu pengetahuan,bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan yang kita belajar dan membawa ilmu itu dengan akhlak dan belajar beramal dengannya) ialah da`wah. Tidak walau satu minggu sekalipun kita harus terlepas dari merayu tangis pada Allah,walau pada waktu siang ataupun malam,denga berharap supaya Allah menyatukan umat islam yang akan menjadi,insyaAllah dan Allah memberi hidayah dan panduan supaya kita kembali pada jalan yang terbaik.kita mestilah mendirikan di kalangan kita cara yang terbaik untuk berbincang dan memberi pendapat dan nasihat.Kita mestilah melatih diri kita supaya kita tidak merasakan untuk memberi pendapat dan nasihat dikalangan saudara-saudara seislam kita dengan berhikmah dan kasih sayang merupakan satu beban yang amat berat,bilamana mereka memerlukan pendapat dan nasihat serta petunjuk.Kita juga mestilah melatih diri kita supaya dapat menerima pendapat dan nasihat dari orang lain dengan tidak ada perasaan terasa hati atau matah,walau pun kita bersalah.Demi Allah,jikalau kita merasa sukar untuk memberi pendapat dan nasihat dan menerima pendapat dan nasihat dari orang lain ialah satu tanda bahawa adanya rasa tidak ikhlas di dalam kita mencari ilmu pengetahuan dan mendekatkan diri pada Allah.

Kita mesti memyediakan setiap jenis orang di sekeliling kita berdasarkan pada da`wah,tidak mengira latar belakang dan pekerjaan,samada seorang penjual di pasar,pemandu teksi di jalan-jalan,pembersih bangunan atau orang yang duduk di sebelah kita masa di masjid.Perhatian kita pada mengajak mereka pada Allah mestilah besar dari kehendak kita untuk mengambil apa-apa munafaat dari mereka.Jadi,bila tiba masa kita balik semula pada Negara kita,atau kita pergi berda`wah pada orang-orang tempatan (habib memaksudkan orang tempatan di kampung,contohnya seperti di yaman)maksud dan cara perlaksanaan da`wah,peluang kita akan menjadi luas untuk melakukannya.Walaubagaimanapun,pada mereka yang tidak lagi menjadi orang Menyeru manusia pada Allah pada fasa ini tdak akan menjadi penyeru manusia pada Allah yang benar pada fasa seterusnya.Apabila hati kita berkata untuk menangguhkan kepentingan pada da`wah sekarang,maka hati kita kosong dari hakikat pada da`wah pada perkara utama.Hakikat da`wah ialah satu perkara yang ada dalam hati setiap orang islam,dan perkara penting ini perlu ada pada hati kita,dan tindakan untuk hati tidak boleh ditangguhkan.

Adalah menjadi sepatutnya untuk kita menangguhkan pembelian sehelai pakaian,atau membaca buku,atau menangguhkan makan tengahari hingga waktu makan malam,dan untuk menangguhkan solat zuhur hingga ke waktu asar (bagi musafir).Hakikat pada zahir kita yakni di dunia ini(seperti membeli dan berjual)dan akhirat (seperti solat) boleh ditangguhkan di dalam keadaan tertentu.Walaubagaimanapun,tindakan untuk hati kita,di mana untuk perkara keduniaan mahupun akhirat tidak boleh ditangguhkan.Adalah tidak mungkin dimana seseorang mencintai seseorang berkata,”saya akan menangguhkan cinta saya untuk kamu.”seperti juga da`wah,ia juga perkara dalaman yang penting,dan ia adalah tindakan kepada hati kita.Apabila kita mampu untuk menangguhkan perkara yang penting ini,maka kita bukan orang yang sebenar dalam da`wah,dan kita hanya ada zahir bentuk da`ie(orang yang Menyeru pada Allah)

Hampir kebanyakan di masa keabangkitan bangsa Arab(sebelum zaman permulaan islam),apabila seseorang meninggal dunia,wanita-wanita di dalam rumah itu akan kita dengari tangisan,kesedihan dan kemurungan.Apabila wanita-wanita yang ada di dalam rumah berada di dalam jumlah yang kecil,wanita-wanita wanita-wanita yang ada di dalam rumah berada di dalam jumlah yang kecil,wanita-wanita yang lain akan diupah untuk bersama-sama mereka di dalam tangisan dan kesedihan itu(di dalam bahasa arab, nawwahah).Pada suatu masa,3 wanita telah diupah dan dobawah kepada rumah si mati.Dan apabila sampai di sana,mereka akan mulai menangis,kesedihan dan kemurungan,dan orang di dalam rumah itu akan berpesan pada mereka untuk menangguhkan tangisan mereka sehinggalah proses pengebumian melepasi dari rumah mereka.Jadi,apabila proses pengebumian melalui selepas rumah mereka,mereka disuruh untuk memulakannya.Mereka mampu melakukannya kerana mereka telah diupah,tetapi ibu kepada orangyang telah meninggal dunia itu tidak pernah disuruh utnuk menangguhkan tangisan dan kesedihannya,kerana saat sedih pada mana anaknya itu meninggal dunia.Ini adalah mengapa bangsa arab pernah berkata,”orang yang diupah untuk menangis dan bersedih tidak sama dengan orang yang menangis sebenar kerana kematian orang terdekatnya.Begitu juga dengan orang yang menyeru pada Allah mestilah begitu juga,dan patut kita menangis untuk agama lebih lagi dari seorang ibu yang meratapi kematian anaknya.Dengan tidak ada perasaan seperti ini,kita tidak akan menjadi da`ie yang sebenar.

Pada masyarakat arab (di timur tengah) dan komuniti islam di Negara-negara barat,ia tidak kurang dengan orang yang boleh member ceramah,ucapan,tazkirah dan nasihat.Di setiap masjid kita akan dapati orang-orang yang boleh memberi tazkirah,khutbah dan ceramah umum,tetapi hasilnya tidak mencapai matlamat seperti yang kita kehendaki. masih dalam persoalan kenapa Masyarakat tidak berubah setelah mendengar tazkirah dan ceramah umum.Ini adalah kerana hampir kebanyakan ucapan-ucapan seperti ini adalah seperti “nawwahah”(mengupah wanita untuk menangis),dan sangat-sangat sedikit malah jarang orang islam yang boleh berucap sperti ibu yang meratapi kematian anaknya.Kesimpulannya,janganlah kita menangguhkan da`wah dalam diri kita.Tapi ini tidaklah bermaksud bahawa kita harus meninggalkan usaha perkara di dalam mencari ilmu agama.Malah,kita mestilah memahami dan membuat bahawa usaha di dalam mencari ilmu agama juga ialah bahagian dalam da`wah.



Petikan ucapan ini ialah kemaskini yang telah diberi oleh Habib Ali Al-Jifir kepada pelajar-pelajar dari barat di Bandar tarim(terletak di lembah hadramaut,yaman.ucapan yang asal telah diberi pada 10 hari terakhir ramadhan pada 2004.

dipetik dari laman web Al-Habib Ali Al-Jifri,http://www.alhabibali.com/en/

hamba fakir kepada Allah yang Maha Kaya,
Muhammmad_Efendie.

Sunday, August 23, 2009

ramadhan yang dinanti-nanti..


Alhamdulillah,bertemu juga ku dengan ramadhan kali ini,yang juga buat kali pertama aku alami dalam hidup sebagai pelajar ijazah.Cabaran-demi cabaran datang,ada ku mampu harunginya,ada yang tidak..lemahnya hambaMu ini ya Allah..rambut ku potong dan ku kemaskan agar sama rambutku dengan zahir rambut Nabi S.A.W..dan Alhamdulillah aku mula bertadarus sejak malam 1st lagi..tetapi dengan cara yg baru diketahui betulnya setelah mendengar khutbah jumaat khas sempena ramadhan mengenai tadarus Quran yang ku haidri di surau An-Nutr,seksyen 1,bndar baru bangi.iaitu TARGET tadarus bukan untuk mengkhatamkan Quran,Kalau mampu,tetapi apa yg lebih penting,setelah membaca bebrapa helaian quran atau surah,setelah selesai membacanya,ku baca pula terjemahan di dalam bahasa melayu agar maksud kalimah yang suci itu dapat ku ketahui dan apa sebenarnya kehendak Allah dalam ayat tersebut pada manusia..dan kuselangi juga dengan kitab-kitab hadith yang menjadi sampingan setiap hari.seperti talemuddin,syarah muwatta imam malik ,fadhail amal dan lain2..ku mengaharap ramadhan ini membawa pertambahan iman dan amal,serta pemulihan sikap..amiin..