Sunday, October 23, 2011

Realiti Syirik, kemunculan dan jenisnya pada hari ini.





Innalhamdulillah,syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu,dari segi Zahir maknanya,mungkin kita semua nampak seperti menyembah patung-patung berhala,pokok,kepercayaan kepada azimat,memuja kuburan dan sebagainya. Perlu juga kita tahu perkara yang kita terlepas pandang pada hari ini iaitu harta benda,kenderaan,rumah,wang telah masuk ke dalam hati kita pada hari ini. Para ulama e-kiraam berpendapat bahawa adalah tidak salah untuk orang islam pada hari ini memiliki kekayaan dan pangkat,kenderaan yang mewah dan sebagainya,tetapi pastikanlah perkara-perkara ini tidak termasuk di dalam hati kita dan harta-harta ini digunakan dengan sebaiknya dan pada tempat yang betul.

sebelum membaca posting tentang syirik kali ini,saya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca semua agar tahu membezakan perkara yang syirik dan bukan syirik.contohnya amalan Barelwi di India,Pakistan dan Bangladesh secara terang-terangan ada unsur syirik kerana mereka berdoa di kuburan dan doa-doa mereka terkandung perkataan pemujaan ,contohnya"Ya Allah, dengan keberkatan dan kewalian Sheikh Fulan ini,kami di kuburan Sheikh Fulan ini memohon keberkatan dan syafaat serta keampunan dengan sheikh ini.."..yang mana golongan Barelwi ini bertebaran di seluruh dunia mengunjungi kuburan para-para wali,Nabi ,Sahabat.dan tokoh2 tasawuf.

dan amalan-amalan mereka yang syirik ini kuat ditentang oleh para ulama terutamanya dari Darul Uloom Deoband,Mazahirul Uloom dan Nadwatul Ulama,antara institusi pengajian islam yang paling berpengaruh di benua Hindi ini.

Ini adalah berbeza dengan golongan para Ahlul Bait di dalam majlis Haul dan Maulid mereka.bait-bait bacaan mereka memohon kemudahan dan kemuliaan untuk si mati pada Allah S.W.T bukannya mengambil munafaat dari si mati.amalan yang dibuat oleh Ahlul Bait dan Barelwi adalah amalan yang sangat berbeza.

ada kita dengar program Daurah di Darul Mustafa`,Tarim,Yaman, dimana di samping mengikuti pengajian para Habaib di sekitar kota Tarim,ada juga progam ziarah perkuburan seperti Kubu Nabi Hud A.s dan sebagainya.sepanjang pengalaman penulis berada di dalam program mereka,tiada unsur-unsur pemujaan pada si mati sebaliknya ialah berdoa dan memohon rahmat untuk si mati serta menyedekahka bacaan yasin dan sebagainya untuk si mati.


semoga kita semua membaca entri posting ini dengan hati yang tenang dan minda yang terbuka dan dapat membezakan antara amalan dan perbuatan yang syirik atau tidak,semoga Allah S.W.T merahmati kita semua.FatabarakaAllah.

Realiti Syirik, kemunculan dan jenisnya pada hari ini.

Sifat Syirik ialah perkara yang mengesahkan, merupakan sifat-sifat Allah S.W.T untuk siapa yang ada di sisiNya,seperti:

(i) Mengesahkan/membuat pelupusan atau kehancuran (al-tasarruf al-mutlaq) di dalam semseta dengan kehendak mutlak yang mana ianya diekpressikan dengan perkataan “kun fayakun” (jadi,jadilah ia)

(ii) mengesahkan/membuat pengetahuan instrinsik (al-’ilm al-dhati) yang mana ianya masih lagi belum diperoleh dengan melalui cara pengambilan (iktisab) dengan maksud deria zahir, bukti yang rasional, mimpi (manam),inspirasi (ilham), dan mereka suka kedua-dua dari segi material dan maksud kerohanian.

(iii) mengesahkan/membuat perbuatan dengan keyakinan dan kudrat sendiri untuk proses pemulihan seseorang manusia tanpa pengantungan dan harapan dari Allah S.W.T.

(iv) mengesahkan/membuat sumpahan terhadap individu dan seumpamanya malah dengan berharap objek yang disumpahnya menjadi terhadap individu itu menjadi atau mengesahkan/membuat dirinya sendiri menjadi tempat mencari rahmat dan kepuasan oleh individu, seperti dengan maksud memberi rahmat kepada manusia dengan kepuasan,kekayaan,kesihatan,kuat dan kegembiraan.

Mereka (sebelum islam) Musrikun tidak mengenali atau mengetahui adanya rakan sekutu ( sharik) selain Allah S.W.T yang mana Dia yang mencipta bahan dan mahluk (jawahir),sebagai contoh asas kepada jirim, dan pengurusan alam semesta. Mereka tahu bahawa tidak ada kuasa, apabila Allah S.W.T telah membangunkan perkara-perkara ini dan telah menentukan bagi mereka sesuatu,untuk menghalang mahupun menghentikannya.

Kesatuan mereka (ishrak) hanyalah spesifik kepada sesetengah hamba Allah .S.W.T. seperti mana mereka mempercayai bahawa adanya ketua keada segala sultan/raja diantara- sultan dan raja-raja yang mengawal menteri,hamba-hamba, dan kerabat terdekat hinggalah kepada yang tertinggi untuk membantu menguruskan sebahagian dari pemerintahan dan pengurusan Negara dan ketua kepada segala raja dan sultan itu membuat mereka bebas untuk menguruskan secara bebas (mutasarrifin) dengan pilihan mereka sendiri dan kuasa sehinggalah suatu keputusan lain dibuat oleh ketua kepada segala raja dan sultan itu.

Dan dia juga tidak mengambil alih tukar pengurusan dan yang berkaitan dengannya dengan sendiri,malah dia membincangkan perkara ini dengan ahli majlisnya (wulat) dan wakil-wakil pemerintah yang dilantik olehnya (hukkam) dan dia juga menerima dari mereka dengan pujian dan syafaat dari orang bawahan yang bekerja di bawah dia dan mereka yang juga ada hubung kait di antara mereka. Dalam maksud yang sama juga Raja kepada segala raja telah memberi sebahagian dari kekuasaanya untuk kerabat dan pegawainya yang rapat, dan mereka membuat tugasan secara efektif untuk hamba-hamba.

Sebagai hasil pada perkara ini, adalah mereka percaya bahawa adalah harus untum mendekati hamba-hamba,kerabat,pegawai sebagai maksud perantaraan pada Allah S.W.T,sehinggalah perkara ini menjadi maksud sahnya penerimaannya oleh Raja segala raja (Allah S.W.T) dengan bergantung kepada keduanya akan membolehkan keistimewaan dan penerimaan dari Allah S.W.T apabila amal baik kita dibalas dan diterima.

Mengambil kira persepsi dan konsep ini yang mana bersarang dan berakar di dalam minda mereka,yang mana minda mereka telah mengawal dan mempengaruhi tindakan mereka serta mengambil janji atas nama mereka dan memohon pertolongan (isti’anah) (1) dengan kuasa yang dipegang oleh mereka dan patung-patung mereka yang diperbuat dari batu,tembaga,dan sebagainya serta membuatnya sebagai qiblah (arah sembahan) dalam untuk mengubah kepada semangat,dan kelalaian akan semakin bertambah dari semasa ke semasa sehinggalah mereka mula menyembah imej dan patung-patung ini dan percaya benda-benda ini ialah Tuhan (Alihah) mereka, dan kekeliruan,keraguan dan kerosakan yang besar telah berlaku dalam kepercayaan mereka.(2)




Nota kaki.

(1) Hazrat Shah Waliullah Al-Dehlawi Rahimahullah menulis dalam isu ini. Sesiapa yang pergi ke tanah Ajmer atau kepada kubur Salar Mas`ud ataupun orang-orang yang menyerupai mereka dalam untuk meminta hajat atau kehendak,dan perkara yang mereka lakukan ini ialahsyirik dan dosanya lebih besar dari membunuh dan berzina.ianya adalah satu perbandingan yang mana ia adalah menyerupai amalan mereka yang menyembah mahluk ciptaan Allah S.W.T atau seperti mereka yang menyembah dan memuja berhala Al-Lat dan Al-’Uzza.

Walaubagaimanapun,kita tidak mengisytiharkan kekufuran mereka kerana ketiadaan penguatkuasaan dan undang-undang islam dalam perkara ini. Sesiapa yang meletakkan pergantungan hidup mereka kepada yang telah mati dan meminta kehendak dan doa dari mereka ialah termasuk di dalam “hati yang pasti sangat berdosa.” (Al-Baqarah:283) dan perbuatan ini termasuk di dalam apa yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Quran,”yang zalim” (al-Mai`dah:3)

Al-Tafhimat al-Ilahiyyah (jilid 2 mukasurat 45)

dalam maksud yang sama,Hazrat juga menulis, Definasi menyekutukan atau menduakan mahluk dengan Allah S.W.T (Syirik) dalam ibadah dengan memperbesarkan sesuatu (Ta`azim ) selain dari Alah S.W.T dan merasakan mereka dekat dengan Allah S.W.T dan jaminan keselamatan sehingga akhirnya.salah satu wabak penyakit yang terhebat pada masa kehidupan kita hari ini ialah berharap dan menyembah pada Shuyukh (mahluk) apabila mereka hidup atau berharap dan menyembah kuburan apabila mahluk itu meninggal dunia.

Kejahilan orang-orang islam pada masa kini dengan meniru perbuatan orang bukan islam di India dengan menyembah pujaan mereka yang mana ritualnya juga dibuat. Definasi dalam menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu dalam memohon hajat atau permintaan (isti’anah) ialah dengan memohon sesuatu selain kepada Allah S.W.T dalam masa yang sama percaya bahawa benda yang disekutukan itu mampu membuat sesuautu (sarf al-iradah al-nafidhah), seperti menyembuhkan penyakit, menghidupkan dan mematikan, memperuntukkan dan mencipta anak, dan perkara lain yang terkandung dalam ciptaan Allah S.W.T.

Definasi perbuatan menyekutukan Allah S.W.T dalam berdoa ialah dengan menyebut nama sesuatu selain Allah S.W.T dan dalam masa yang sama percaya bahawa tindakan ini akan memberikan faedah dan kebaikan dirinya selepas mati dan menjadikan diri semakin dekat dengan Alah S.W.T, sepertimana mereka menyebut berharap dan menyembah pada Shuyukh (mahluk) apabila mereka bangun pada waktu pagi.

Al-Tafhimat al-Ilahiyyah (jilid 2 mukasurat 46)

Hazrat Shah Waliullah Al-Dehlawi Rahimahullah juga membincangkan perbuatan isti’anah yang mana ada hubung kait dengan syirik yang ditulis dalam kitab karangan Hazrat iaitu Hujjat Allah al-Balighah yang mana ianya tertulis bahawa konsep syirik mempunyai pelbagai penjelmaan,kefahaman dan bentuk dan syariat hanya membincangkan bentuk penjelmaan dan kefahaman yang mana manusia mempratikkannya dengan adanya niat syirik,dan mereka menjadi sebahagian dari sumber-sumber yang dijangkakan (mazinnah) perkara yang syirik dan ianya tidak dapat dipisahkan.

Perkara ini adalah sama sepeti amalan yang ada di dalam syariat dalam mewujudkan punca dan sebab yang berkait dengan perbuatan yang baik dan jahat yang mana ianya adalah kadangkala adalah perbuatan diri sendiri. Kami ingin mengingatkan kamu semua bahawa yang mana Allah S.W.T telah mencipta sumber-sumber yang dijangkakan (mazinnah) dalam syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W.,semoga ada keamanan dan rahmat dari Allah S.W.T kepada yang membawa dan menggunakannya,semoga ia tidak terkesan dan termasuk ke dalam hati.

Ada di antara mereka juga mnegguna permohonan bantuan (yasta’inuna) yang sesuai dari keperluan mereka (fi hawa’ijihim) seperti memuluihkan sakit,dan membantu golongan yang miskin dan mereka memohon selain dari Allah S.W.T. Mereka akan menyembah dan mengharapkan turunnya bantuan untuk keperluan mereka dengan sembahan ini, dan mereka membaca nama mereka dan mengharapkan rahmat,

Oleh itu, Allah S.W.T telah menyerahkan kepada mereka untuk apa yang mereka baca di dalam solat mereka,”Engkau sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (Al-Fatihah:5) dan Allah S.W.T berfirman lagi “Dan Bahawa Sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (Ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.”(Al-Jinn:18).

Maksud perkataan `seruan` bukanlah perkataan menyembah sepertimana yang diperkatakan oleh para ulama yang mahir di dalam tafsir Al-Quran,ia lebih membawa maksud memohon pertolongan (isti’anah) berdasarkan firman Allah S.W.T dalam ayat ini,” bahkan Dia lah (Allah) Yang kamu seru lalu ia hapuskan bahaya Yang kamu pohonkan kepadanya jika ia kehendaki; dan kamu lupakan apa Yang kamu sekutukan (dengan Allah Dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).” (Al-An`am:41)

Hujjat Allah al-Balighah (muka surat 184)

(2) Selepas menjelaskan keadaan orang-orang musyrik dengan lebih lanjut, Shah Waliullah membandingkan mereka dengan segolongan Muslim pada zamannya. Beliau menulis: "Sekiranya kamu (para pembaca) berasa ragu-ragu tentang ketepatan pendapat mengenai kepercayaan orang-orang musyrik dan amalan-amalan mereka, lihatlah pada pengamal-pengamal khurafat zaman ini, terutamanya mereka yang bermukim negara-negara Islam (contoh: India), apakah konsep "kesolehan" yang mereka fahami, kerana walaupun mereka mengakui wujudnya orang-orang yang soleh dari zaman terdahulu, mereka juga percaya bahawa kewujudan orang-orang soleh pada zaman ini adalah mustahil, oleh yang demikian, mereka telah menziarahi makam-makam orang-orang soleh dan melakukan pelbagai jenis syirik, bid'ah dan khurafat, lantas penyelewengan dan asimilasi (penyerupaan) berakar umbi dalam diri mereka dan menembusi minda mereka hinggakan amaran dan peringatan yang diberikan didalam sebuah hadis sahih; "Kamu pasti akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelummu..' tidak lagi dipedulikan. Maka wujudlah segolongan manusia yang Islam hanya pada nama yang terjun dan bergelumang dalam perbuatan-perbuatan syirik seperti itu. Semoga Allah S.W.T menyelamatkan kita daripada perkara itu.

(Al-Fawz al-Kabir,jilid 1 muka surat26)

Tulis Shah Waliullah lagi; "Pesuruh Allah (moga Allah merahmati baginda) bersabda, ' Kamu pasti akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggalah sekiranya mereka masuk ke lubang cacing sekalipun, kamu akan mengikuti mereka. ' Kami bertanya; 'wahai Pesuruh Allah! Orang-orang Yahudi dan Nasrani?' Baginda menjawab; 'Siapa lagi?' ada di dalam riwayat Bukhari & Muslim.
Rasulullah S.A.W telah mengatakan perkara yang benar kerana kita telah pun menemui orang-orang dari kalangan Muslim yang lemah yang menjadikan orang-orang soleh sebagai tuan (sembahan) selain Allah dan menjadikan makam-makam dan kubur mereka sebagai tempat ibadat, sama seperti apa yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.

(Al-Tafhimat al-Ilahiyyah, jilid 2:muka surat 134,hadith yang ke-5)


Rujukan.

1. Al-Fawz al-Kabir fi Usul al-Tafsir,oleh Hazrat Shah Waliullah Al-Dehlawi Rahimahullah,edisi bahasa arab,disemak dan disusun oleh Hazrat Maulana Salman Al-Hussaini An-Nadwi Hafizahullah ,muka surat 23-25,edisi ketiga,percerakan Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.

2. Al-Tafhimat al-Ilahiyyah oleh Hazrat Shah Waliullah Al-Dehlawi Rahimahullah

3. Hujjat Allah al-Balighah (The Conclusive argument from God) By Hazrat Shah Waliullah Dehlawi. Compiled by Muhammad Al-Ghazali,Adam Publishers,India.

4. Tafsir Maàrifatul Quran by Hazrat Mufti Muhammad Shafi`e Sahab Damaat Baraakatuh.

No comments:

Post a Comment