Sunday, October 16, 2011
Hikmah pembayaran Zakat.
Hikmah pembayaran Zakat.
Innalhamdulillah, kepada pembaca yang dimuliakan, Zakat adalah nadi kepada umat islam. Zakatlah yang dapat menarik rahmat Allah S.W.T dan keberkatan dalam rezeki.dan Zakat lah diguna untuk membantu saudara seagama kita yang kurang berkemampuan dan tergolong di dalam golongan yang memerlukan.
Suadara-saudara kita di negara lain,contohnya, Palestin,Somalia,Sudan,Kemboja dan lain-lain negara berada di dalam keadaan yang menyedihkan sehinggakan ada ktia mendengar mereka terpaksa berjalan berpuluh-puluh kilometer hanya untuk mencari sedikit air dan sebuku roti.
dan perkara ini terjadi kerana umat islam hari ini masih kurang kesedaran tentang pentinggnya pembayaran zakat. Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba tidak lama lagi,penulis menyeru diri sendiri dan juga pembaca sekalian supaya mmeperbanyakkan sedekah dan membayar zakat harta,emas ,perniagaan selain zakat fitrah. zakat ini adalah menyucikan harta kita,menarik rahmat Allah S.W.T dan adanya keberkatan dalam pemabayaran zakat.
dan satu perkara penting saya mahu mengingatkan diri sendiri dan pembaca semua,janganlah dihina golongan fakir dan miskin.kerana Hazrat Shah Waliullah Dehlawi Rahimahullah,pelopor ilmu hadith di benua hind, yang mana hampir keseluruhan sanad hadith yang dipelajari oleh para pelajar di darul uloom seluruh dunia,terutamanya di benua hind adalah bersumber dari Hazrat.Hazrat mendapat iltizam dan tekad untuk mendalami ilmu-ilmu islam terutama dalam ilmu hadith adalah kerana peristiwa beliau dengan seorang fakir miskin yang mengetuk pintu rumahnya.semoga sebagahian kisah tentang zakat dari terjemahan kitab Hujjat Allah al-Balighah (The Conclusive argument from God) oleh Hazrat Shah Waliullah Dehlawi memberi kesedaran dan keinsafan dari kita,insyaAllah.
Hikmah pembayaran Zakat.
Kita mengetahui bahawa apabla keperluan orang yang fakir dan susah adalah berbeza bagi kita. Bagi sesetengah bagi kita yang cukup makan-minum,tetapi kenderaan dan lain-lain hal sebagai keperluan,sedangkan golongan fakir dan miskin ini keperluan asas mereka,iaitu makan dan minum sendiri tidak tertunai. Dan mereka ini selalu merintih dan mengadu pada Allah S.W.T samada dengan lisan ataupun perbuatan mereka. Dan mereka-mereka ini mengetuk pintu-pintu rumah kita dengan mengharap sedikit bantuan makan dan minum dari kita.
Kadangkala, kita terlepas pandang,malah kita menghina dan merendah-rendahkan mereka.sedangkan mereka iniadalah saudara seagama kita.dan setelah mereka berlalu dari rumah kita,mereka mengucap syukur dan memuji pada AllahS.W.T atas bantuan dan rahmat ke atas diri mereka.
Pada suatu hari, seorang fakir miskin telah datang dan bertanya kepada saya (Hazrat Shah Waliullah Dehlawi Rahimahullah) tentang masalah dan keperluan mendesaknya untuk mendapat sedikit makanan kerana sudah beberapa hari tidak makan,dan dia memberitahu saya ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat untuk mereka yang memberi sedekah. Dengan linangan air mata, saya (Hazrat Shah Waliullah Dehlawi Rahimahullah) memberi sedikit wang dan makanan kepadanya.dan dengan kehendak Allah S.W.T,atas sebab peristiwa inilah,ketukan pintu si fakir miskin ini pada rumah saya membuka pintu hidayah kepada saya tentang betapa besarnya kasih Allah S.W.T.
Dengan inspirasi inilah,hati saya telah tersentuh dan saya terkenang-kenang janji Allah S.W.T dalam rezeki dan ini telah mengubah hati saya untuk mendalami islam dengan ilmu-ilmunya.dan Manifesto inilah terjadi kepada saya di depan mata dan ianya mengubah hati saya.
Dan hendaklah kita mengetahui bahawa cukupnya perbelanjaan kewangan kita dari sumber-sumber yang dijangka sebenarnya adalah satu rahmat dari Allah S.W.T. Sebagai contoh, apabila suatu perkara dibentangkan oleh pemerintah kepada satu-satu komuniti supaya setiap individu menanggung sedikit perbelanjaan komuniti dan mereka akan dirahmati Allah S.W.T. dan orang yang menanggung sedikit perbelanjaan ini pada masa itu juga harus menyertai misi-peperangan yang sulit. (1)
Contoh lain ialah apabila tibanya musim kemarau di mana suatu komuniti memerlukan bantuan dari segi makanan dan kewangan yang mana ianya dari segi keperluan mahluk,di sinilah pentingnya zakat untuk membantu beban dan keringanan kesusahan individu di dalam suatu komuniti itu.
Secara ringkas, manusia yang percaya kepada khabar-khabar benar yang dibuat dari peraturan umum di dalam suatu komuniti itu,bahawa dengan berkata sesiapa yang melakukan kebajikan dan bantuan kepada sekian fakir dan miskin dan Allah S.W.T akan merahmati dan menerima perbuatan ini. Dan kemudian seseorang telah mendengar perkara ini dan menyerahkan bantuannya kepada pemerintah untuk diagihkan kepada fakir dan miskin dengan sepenuh hati,dan mendapati apa yang dijanjikan adalah benar.
Kadangkala,merendahkan diri supaya rasa cinta kepada harta tidak ada di dalam diri kita adalah harus.dan sebenarnya ,sifat mencintai harta akan merubah hati dan menggoyangkan pegangan islam kita, dan perkara ini dialami oleh sebahagian besar umat islam.
Cintanya kita pada hari ini sehinggakan kita tidak mampu mempratikkan amalam memberikan sesuatu apa yang paling kita ada yang terbaik dan yang paling kita sayang. Di dalam kes ini,kita tidak mampu memberi malah walau manfaat sekalipun,dan jika kita tidak memberi,sifat cinta kita pada harta akan kekal dalam diri kita selagi kita hidup dan pada hari akhirat, natijahnya akan didapati oleh kita, iaitu habuan berupa ular yang tidak berbulu (2) atau hartanya akan berupa sesuatu yang akan mengancamnya dan ianya ada disebut di dalam hadith “dataran pasir yang lembut akan terbentang dan menenggelamkan mereka.(3)Dan Allah S.W.T ada berfirman ,Dia yang Maha berkuasa,” dan untuk mereka yang menyimpan emas dan perak.”(4)
Kadangkala. Kemusnahan dan kebinasaan seseorang akan datang, dan kemusnahan ini telah diputuskan oleh Allah S.W.T di dunia lagi. (Alam al-Mithal) (5).dan mereka ini meneruskan perbelanjaan kekayaan secara besar-besaran,manakala mereka-mereka yang ada di sekeliling mereka meminta pada Allah S.W.T dan secara langsung, dia telah membatalkan kemusnahan dan kebinasaan dirinya dengan memusnahkan harta-hartanya dengan berbelanja di jalan Allah S.W.T dan ini apa yang diucapkannya dan semoga Rahmat dan keampunan diberi oleh Allah S.W.T pada beliau. “ takdir tidak berubah kecuali untuk amal soleh,dan ianya tidak akan berlarutan dan memanjatkan hayat seseorang manusia kecuali belas-ehsan.”(6)
Kadangkala juga ada berlaku yang mana seseorang itu melakukan perbuatan yang jahat kerana diatasi dengan sifat semulajadi fizikalnya, dan mereka menyedari perkara ini dan bertaubat atas perbuatannya. Sifat semulajadi insan telah mengatasi kejahatannya dan dia mengubah sifatnya.
Perkara yang paling bijak dan baik dalam mengubati dan memperbaiki semangatnya dalam proses taubat terutamanya di dalam penggunaan hartanya dengan cara yang betul dan benar,serta pemikiran di dalam fikirannya bahawa ini adalah harta yang ada hak orang lain yang perlu diberi dengan perantaraan sedekah dan pembayaran zakat. Dann ini akan menggelakkan dia mengulangi kesilapan yang sama.
Satu perkara yang ktia perlu ketahui bahawa sifat-sifat baik dan akhlak yang tinggi yang didapati oleh sesetengah dari keluarga adalah disebabkan keturunan mereka mengedarkan makanan, memberi salam dan bantuan kepada mereka yang memerlukan, dan pelbagai lagi jenis perbuatan yang baik,dan ini adalah dituntut dan ianya dikira sebagai sedekah.
Zakat menambah rahmat, dan mengurangkan kemurkaan Allah S.W.T dengan menarik rahmat Allah S.W.T dengan perkara ini, serta keampunan untuk kehidupan selepas dunia,iaitu akhirat yang terhasil dari sifat kebakhilan kita di dunia. Doa kita juga akan diterima oleh Allah S.W.T dan mahluk yang dikawal oleh Allah S.W.T untuk menjaga rezeki dan dunia ini.(Al-Mala’ al-Ala) (7) yang mana Dia yang menambah baik dan mengawal apa sahaja yang ada di bumi ini untuk seseorang manusia, dan Allah S.W.T Maha mengetahui.
Nota kaki
(1) peristiwa ini di dalam bahasa arab dipanggil “ghazwah al-usra”, yang mana diberi kepada ekspedisi yang dijalankan oleh Nabi S.A.W di dalam peperangan Tabuk yang mana di dalam keadaan panas dan sukar.
(2) Mishkat, muka surat 376, Bukhari bab Zakat Hadith no.3, Nasaai`, Ibn Majjah,Muwatta,Ibn Hanbal
(3) Ini ialah hadith tentang hari akiamat untuk mereka yang menggembala unta, kibas, dan kambing yang mana mereka tidak membayar zakat dan zakat ini akan memijak mereka in dataran yang rata. Mishkat,muka surat 371-372.Muslim Zakat, Hadith No .24,26.,27 dan 28. Abu Dawud:Nasaai`,Darimi` dan Ibn Hanbal.
(4) Quran 9:34..”dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, Khabarkanlah kepada mereka azab yang pedih. Dan pada hari itu, mereka akan dipanaskan di dalam api neraka dan dahi mereka dan rusuk mereka dan belakang mereka akan dibuat tanda kekal dengannya..”
(5) Bukan sebuah unsur dunia,yang mana diberitahu di dalam kebanyakan tradisi Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam.,yang manamaksud abstrak perkara ini diwakili oleh separa bentuk berdasarkan kualitinya. Yang mana material (harta) berada di dalam suatu bentuk sebelum ianyamenjadi bentuk yang ada di bumi. Banyak material yang mana pada umum dan zahirnya tidak Nampak bergerak dan turun, walaupun manusia tidak mampu melihatnya.
(6) Ibn Hanbal, muka surat 277,280,282
(7) Majlis tertinggi atau yang Maha Tinggi, istilah ini ada di dalam quran pada 37:8 dan 38:9. Kumpulan ini terdiri dari para Malaikat dan roh-roh manusia yang masih belum ditiup ke dalam jasad manusia, menurut Hazrat Shah Waliullah Dehlawi Rahimahullah.
Rujukan
Hujjat Allah al-Balighah (The Conclusive argument from God) By Hazrat Shah Waliullah Dehlawi. Compiled by Muhammad Al-Ghazali,Adam Publishers,India.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment