Sunday, August 21, 2011

Ucapan terakhir Hazrat Maulana Syed Asad Madani Rahimahullah (1928-2006)




(Hazrat Maulana Syed Asad Madani Rahimahullah sedang ditemu-ramah oleh AU.Asif,editor majalah Fana Watch,India)


Ucapan terakhir Hazrat Maulana Syed Asad Madani Rahimahullah (1928-2006)


Hazrat Maulana Syed Asad Madani Rahimahulah ialah anak kepada Shehikhul Islam Hazrat Maulana Syed Huseein AhmedMadani Rahimahullah.Hazrat meninggal duniap ada 6 Febuari 2006 pada umur 78 tahun. Hazrat telah berkhidmat sebagai Presiden Jamiat Ulama e-Hind dari tahun 1973 sehingga akhir hayatnya.Hazrat juga ialah ahli badan eksekutif Darul Uloom Deoband dan juga majlis Syura`.

Pada 29 Ramadhan 1426 H,bersamaan (1 November 2005),selepas Solat Zuhur,Hazrat menngumpulkan ratusan Mutakifeen(yg berada dalam iktikaf di akhir Ramadhan) dan selepas Sunnah Khutbah,Hazrat berkata di hadapan mimbar:

“kepada rakan-rakan dan semua yang dihormati,rahmat yang sebaiknya telah dikurniakan kepada kita semua oleh Allah S.W.T dengan kita dimudahkan memperbaiki amalan kita dan menjalani Ramadhan degan sebaik-sebaiknya,dan dengan rahmat Allah S.W.T,diberi kita peluang untuk kita mentaati perintahNya,dan semoga Allah S.W.T menerima amalan kita semua,insyaAllah.

Adalah sukar untuk kita menjangkakan sesiapa di antara kita akan dirahmati dan diberi peluang sekali lagi dalam Ramadhan yang seterusnya.

Kamu semua yang ada di sini,telah meninggalkan keselesaan di rumah,dan mengembara dan menghadapi kesusahan semata-mata untuk akhirat kamu semua.

Dari Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasullah S.A.W bahawa :

“Sesiapa yang memperayai dan yakin pada Allah S.W.T dan hari akhirat,hendaklah mereka berkata berkata benar atau diam. Sesiapa yang memperayai dan yakin pada Allah S.W.T dan hari akhirat,hendaklah dia berlaku baik pada jiran-jirannya. Sesiapa yang memperayai dan yakin pada Allah S.W.T dan hari akhirat,hendaklah dia memuliakan dan melayan tetamunya.”

(Hadith Riwayat Bukhari)

Sahih Bukhari,bahagian 73, perbuatan kebaikan dan adab,hadith no.47

Kamu semua telah datang kesini,tetapi kami tidak dapat menyempurnakan hak-hak kamu.Deoband ialah pecan yang kecil dengan kemudahan dan komunikasi yang terhad,yang mana seseorang sukar untuk mencari makanan yang baik dan sedap ataupun untuk memasak,bahan-bahan sukar didapati.

Saya ada sesetengah dari Sahabat-sahabat saya yang membantu saya dan berkhidmat pada kamu semua dan semoga Allah S.W.T memberi ganjaran pada mereka untuk khidmat pada kita semua dan diberi ganjaran yang setimpal.

Kamu semua tidak mendapat hidangan makanan yang benar baik,sedap dan memenuhi citarasa dan kamu semua tidak mendapat rehat yang cukup dan disini saya ingin meminta maaf atas kekurangan ini.

Saya tidak mempunyai harapan yang banyak untuk hidup lebih lama dan sebenarnya saya semakin jauh dari kehidupan dan dekat pada kematian. Saya meminta dan merayu kamu semua berdua untuk saya dan semoga Allah S.W.T memberi kematian saya dalam iman.
Saya sangat berterima kasih kepada orang yang menguruskan Darul Uloom Deoband kerana membenarkan tetamu-tetamu saya ini datang iktikaf di dalam masjid dan semoga Allah S.W.T menerima amal kita semua.”

Kemudian Hazrat memberi kebenaran untuk menerima Baya`at pada individu-individu tertentu.

Semasa ucapan ini dia kerap menangis dan semua yang duduk di dalam majlis menangis.



Rujukan:


1.Sahih al-Bukhari terjemahan bahasa inggeris oleh Sheikh Muhammad Muhsin Khan Damaat barakaatuh.

2. Artikel tentang Hazrat Maulana Syed Asad Madani Rahimahulah(1928-2006) oleh Hazrat Mufti Ubaidullah Qasmi Hafizahullah
(Ihsan majalah Bulanan “Easter Crescent”,pusat pendidikan dan kajian Markazul Maarif,Mumbai,India.)

3.http://friendsofdeoband.wordpress.com/2011/08/20/final-speech-of-maulana-syed-asad-madani

No comments:

Post a Comment