Wednesday, August 17, 2011

Amalan Hazrat Maulana Rashed Ahmed Gangohi Rahimahullah di bulan Ramadhan




Alhamdulillah,kita di dalam bulan Ramadhan.kali ini saya ingin membawa kisah seorang ulama awwa‘lin yang juga guru kepada Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rahimahullah,iaitu Hazrat Maulana Rashed Ahmed Gangohi Rahimahullah. (10 May 1829 – 11 August 1905) beliau ialah antara peneraju awal penubuhan dan juga mudir Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India.Mari hari ini kita sama renung-renungkan dan contohi amalan para ulama di dalam bulan Ramadhan.kualiti Puasa mereka dengan kita.mudah-mudahan puasa kita semua berkualiti dan lebih bermakna untuk Ramadhan kali ini dan akan datang,insyaAllah.amalan yang dilampirkan dibawah ini semasa Hazrat Maulana Rashed Ahmed Gangohi Rahimahullah berumur 70 tahun.

Amalan Hazrat Maulana Rashed Ahmed Gangohi Rahimahullah di bulan Ramadhan.


Dikisahkan oleh Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah.

Hazrat menulis di dalam bukunya “Aap Beeti” bahagian ke -6 di bawah tajuk kerohanian dan ia berkaitan dengan contoh amalan yang dibuat oleh Hazrat Maulana Rashed Ahmed Gangohi Rahimahullah di dalam bulan Ramadhan,saya ingin menulisnya kerana ia berkaitan dengan tajuk. Di sini,saya (Hazrat) menulis:

Amalan dan kerohanian yang diamalkan dengan gigih dan bersungguh-sungguh oleh Hazrat Maulana Rashed Ahmed Gangohi Rahimahullah yang dapat dilihat membuatkan saya berasa kasih kerana kesiankan beliau. Di dalam bulan Ramadhan,walaupun ketika itu umurnya telah melebihi 70 tahun,Hazrat masih berpuasa sepanjang hari. Dan di dalam solat awwabin`,disamping menunaikan sebanyak 6 rakaat,tetapi di dalam bulan Ramadhan,beliau menunaikan sebanyak 20 rakaat dimana bacaan ayat quran tidak kurang dari 2 juzuk.Ruku` dan sujud beliau sangat panjang sehinggakan kadang-kadang anak muridnya menegurnya dengan mengucapkan “SubhanaAllah”.setelah selesai menunaikan solat ini,dia akan balik ke rumahnya sebentar untuk makan dan berbuka puasa.walaupun semasa tengah menunggu masa berbuka dan setelah berbuka,hazrat akan membaca Quran.

Dan setelah itu Hazrat akan kembali ke masjd dan menunaikan solat Isya` dan Tarawikh,yang mana mengambil masa lebih kurang 1 jam ke 1 jam setengah.setelah itu Hazrat akan mula berehat dan tidur lebih kurang bermula pukul 10 malam dan akan bangun pada pukul 2 pagi untuk Tahajjud.ada sekali,pembantu dan orang yang berkhidmat dengan Hazrat ternampak beliau mengambil Wudhu` pada pukul 1 pagi. Kebiasaanya Hazrat akan mengambil masa 2 jam setengah ke 3 jam untuk solat Tahajjudnya. Sesekali,berlaku yang orang yang berkhidmat padanya akan memanggil beliau pada pukul 5 pagi untuk Sahur dan mendapati Hazrat masih sedang solat.


Selepas solat Subuh,Hazrat akan tidak berganjak dari tempat solatnya dan membaca zikir,wirid sehinggalah sehingga lebih kurang pukul 7.45 pagi.dan setelah itu,Hazrat akan melaksanakan Solat Ishraq dan selepas itu beliau akan rehat selama beberapa jam.

Dan semasa ini,posmen akan datang menghantar surat yang tiba dari seluruh dunia dam Hazrat akan bangun setelah berehat dan menjawab surat-surat ini dengan menulis samada ianya berkaitan masalah harian,fatwa ataupun khilaf.setelah selesai membalas surat,Hazrat akan Solat Duhaa,beliau akan tidur siang sehingga sebelum solat Zuhur.

Selepas Solat Zuhur,biasanya Hazrat akan masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu.Hazrat akan membaca Quran sehingga asar. Perlu kita semua tahu bahawa semasa catatan tentang amalan Hazrat ditulis,Hazrat telah berumur 70 tahun dan uzur dan ada menghidap beberapa penyakit yang membuatkan Hazrat Sukar untuk berjalan walaupun dari biliknya ke tandas-haya 15 belas langkah.Hazrat akan berasa penat dan beliau akan berehat di pertengahan jalan semasa pergi ke tandas.

Walaupun dengan keadaan uzur sebegini,Hazrat tidak pernah solat Fardu atau Nafl dengan cara duduk,tetapi berdiri untuk beberapa jam.ada sesetengah keadaan,muridnya dan pembantu Hazrat menasihatkan beliau,”Hazrat,hari ini Hazrat harus solat Tarawikh dengan duduk.ia lebih merehatkan.”

Hazrat akan menjawab,”tidak,saya akan menunaikan perintah solat dengan cara yang terbaik dan sebaik mungkin.”

Apa yang saya boleh katakana tidak mudah untuk murid-murid Hazrat yang mana pernah mendengar Hazrat menjawab,”tidakkah aku harus menjadi hamba yang bersyukur?”

Di dalam bulan Ramadhan,ada tanda-tanda peningkatan di dalam Ibadat dan Kerohanian Hazrat terutamanya di dalam pembacaan Quran yang diperhati oleh murid-muridnya.semasa beliau berjalan dari rumah ke masjid,Hazrat tidak akan bercakap.Dianggarkan jumlah bacaan harian Quran yang dibaca oleh Hazrat di dalam dan di luar solat,lebih kurang 15 juzuk (separuh) dari Quran.

Pada hari pertama berpuasa di dalam bulan Ramadhan,Hazrat pernah berkata,”mulai hari ini,segala percakapan yang sia-sia harus dikurangkan.jika ada mana-mana orang membiarkan Ramadhan ini dibazirkan,ianya adalah satu kesedihan dan penyesalan.”


Sekarang,mari kita perhati apa permakanan yang diambil disamping amalan Hazrat.untuk satu bulan Ramadhan,Hazrat makan sangat sedikit, dan jumlah gandum yang diguna untuk Hazrat tidak melebihi 5 kilogram. Di dalam biografi beliau,”Tazkirat Rashid”,yang ditulis oleh anak muridnya,Maulana Hakim Ishaq Rahimahullah,amalan Hazrat di dalam bulan Ramadhan dibincangkan:

“ di dalam bulan Ramadhan ,Hazrat keluar dari bilik peribadi pada waktu pagi. Di dalam musim panas,Hazrat akan keluar dari biliknya pada pukul 10 pagi kerana akan meningkatkan solat Nafl,bacaan Quran disamping zikir dan wirid Hazrat jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.

Di dalam Bulan Ramadhan,tidur Hazrat sangat sedikit,percakapan sangat sedikit,rehat sebentar selepas maghrib disamping berbuka puasa.Kebiasaanya,Hazrat akan mengimamkan solat Tarawikh dan jika Hazrat tidak larat,akan digantikan oleh anaknya,Hazrat Maulana Hafiz Hakim Muhammad Masu`ud Rahimahullah. Setelah itu,Hazrat akan solat Nafl 2 rakaat yang panjang,yang mana kadangkala berdiri dan duduk.selepas itu,Hazrat akan duduk menghadap kiblat dan membaca hafalan Qurannya.

Bila tiba ayat Sujud,Hazrat akan sujud dan kembali menyambung bacaan hafalan qurannya.ada sesekali muridnya,mendengar Hazrat mebaca dengan suara yang lembut.antara Bacaan yang didengari ialah Surah Al-mulk,Al-Sajjadah,dan Al-Dukhaan.
Untuk puasa sunat,Hazrat berpuasa 10 hari pada 1 Zulhijjah,hari Ashyuraa` dan pertengahan bulan Syaaban`.

(Tazkirat Rashid)


akan bersambung pada `posting` hadapan yang akan di`post` pada malam ini,insyaAllah berpada tajuk"amalan Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah pada bulan Ramadhan."


Rujukan:

1.Aap Beeti ,bahagian ke-6,"kerohanian" karya Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah.

2. Tazkirat Rashid (Biograhphy of Hazrat Maulana Rashed Ahmed Gangohi Rahimahullah) by Hazrat Maulana Hakim Ishaq Rahimahullah,edisi bahasa urdu,cetakan tahun 1987.(Darul Uloom Deoband)

No comments:

Post a Comment