Sunday, August 28, 2011
(Jalse me itminan zaruri he)- Pesanan dan Mesej penting Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi Hafizahullah kepada org islam khusus utk pkerja agama
(Jalse me itminan zaruri he)- Pesanan dan Mesej penting Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi Hafizahullah kepada org islam dan khususnya semua pekerja dan pengusaha agama (2010).
Assalamualaikum kepada semua.Innalhamdulillah,masyaikh/eldest usaha dakwah dan Tabligh/Tahrikuul-Imaan, Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi Hafizahullah telah memberi satu pesanan dan mesej penting kepada semua orang islam khususnya kepada para pekerja dan pengusaha agama di seluruh dunia. Pesanan penting ini dibuat oleh Hazrat di dalam Bayan selepas solat Subuh,di Markaz Banglawalee Masjeed,Nizammuddin pada 28 April 2010.
Untuk audio dan buku ,ada dalam bahasa urdu sahaja. boleh di`download` di :
Audio:
http://ia600304.us.archive.org/14/items/Qauma-jalsaMeItminan28-04-2010MarkazNizamudin-/Qauma-jalsaMeItminan28-04-2010MarkazNizamudin-MoulanaMuhammadSaadd.b..mp3.
Buku :
http://www.islamibayanaat.com/UrduLiterature/QumaAurJalsaMainItmianNanKaWajoobAurInDunoMainAzkarKaSabuut.pdf
Sebelum membaca rumusan,beberapa perkataan yang kita,orang melayu tidak biasa dan ketahui kadang-kadang perlu diketahui,di sni saya letak perkataan,mudah-mudahan boleh memahami dan memudahkan pembacaan mesej dan pesanan penting ini.
Glosari.
Jalsah:masa duduk di antara 2 sujud.
Mutktadi:makmum
Qauma:berdiri setelah rukuk.
Arkan:rukun solat
Azkar:bacaan di dalam solat
Qudama: orang lama membuat usaha dan bekerja untuk agama.
Rumusan pesanan dan mesej penting dari Bayan Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi Hafizahullah
Adalah penting untuk kita semua memperbetulkan solat kita.Pergerakan Ruku` dan Sujud kebiasaanya dibuat dengan keadaan terburu-buru dan cepat, walaupun oleh Qudama` dan mereka yang telah keluar 4 bulan.
Qauma dan Jalsah seolah-olah seperti tidak wujud dalam solat kita.kamu semua akan dapati,hampir tiada tempat yang mana Solat di dirikan dengan betul, samada Imam ataupun Muqtadi. Orang tidak sedar kepentingan dan kesempurnaaan Qauma dan Jalsah.Jadi,ia telah menjadi kebiasaan dan sebahagian besar dari kita membuat dan melaksanakannya dengan tergesa-gesa dan cepat.
Oleh itu,kita harus berlatih memperbaiki solat dan kualitinya dan membuatkan orang-orang yang berada di bawah jagaan kita juga memperbaiki solat mereka. Kita semua harus mendirikan Qauma dan Jalsah yang berkualiti dan panjang.Hari ini,kita melaksanakan solat kita dengan tergesa-gesa dan cepat,kerana hendak menghadiri mesyuarat.kita solat dengan tergesa-gesa dan cepat,kerana kita perlu melakukan usaha ziarah/Ghasyt.
Ini adalah perkara yang sangat menyedihkan.Dakwah melalui yang mana kita sepatutnya melaksanakan dan mendirikan Ibadah kita dengan sempurna sifat dan rukunnya,tetapi hari ini kita menjalankan dakwah dan menyebarkan agama Allah S.W.T ini dengan solat dan ibadah kita yang telah rosak.Kemudian Hazrat menerangkan bahawa lihatlah usaha sifat Solat Nabi S.A.W. ,yang mana solat Baginda S.A.W yang diberkati menyebabkan kaki Baginda S.A.W bengkak-bengkak kerana Qiyam yang panjang.Baginda S.A.W memenatkan diri sendiri dan melaksanakan dengan cukup sifat dan rukun di dalam Ibadah,kerana memberi lebih masa dan memenatkan diri dalam Ibadah disamping melaksanakannya dengan penuh rukun dan sifatnya selepas menjalankan usaha Dakwah adalah seperti mempertahankan/melindungi ganjaran kita dari Allah S.W.T.
Segala Arkan harus dilaksanakan dengan Azkar yang betul. Seseorang itu tidak harus meninggalkan segala Azkar yang ada di dalam Sunnah samada di dalam Solat Fardu ataupun Nafil.Hazrat memberikan contoh bacaan zikir yang panjang di dalam Qaumah.
Hazrat memberitahu bahawa beliau suka satu fakta bahawa di dalam Mazhab Syafie`,di dalam solat,bacaan teliti dan wajib. Ada di antara kita,tidak membaca dan mengabaikan bacaan-bacaan ini,maka Qaumah dan Jalsah dilaksanakan dengan tidak sempurna.
Kemudian Hazrat menyatakan kesukaan dan minat Beliau membaca penerangan risalah tentang kepentingan Qaumah dan Jalsah oleh Hazrat Maulana Fazlur Rahman `Azmi Hafizahullah.dan Hazrat berdoa semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran yang terbaik untuk Maulana Fazlur Rahman.
Hazrat berharap agar mesej dan pesanan penting ini didengar,dicatat dan disebarkan agar setiap orang yang terlibat di dalam menjadi pekerja dan pengusaha agama mengambil perhatian penting atas perkara ini di samping melakukan usaha dakwah.
Dengan perkataan umum,Hazrat berkata, cara yang betul mendirikan Qaumah dan Jalsah di antara kita semua ialah melaksanakannya dengan baik,bacaan yang betul dan dipanjangkan sedikit.
Dimana sahaja saya (Hazrat) bermusafir dan solat sebagai Muqtadi,Hazrat tidak mendapat sebarang kepuasan.Ini adalah kerana sesiapa yang tidak yakin akan pentingnya solat dan kualitinya,tidak akan memahami pentingnnya Arkan yakni rukun solat.
Kerja-kerja tambahan di dalam agama akan membuatkan seseorang itu memaksa dirinya melaksanakan solatnya denga tergesa-gesa dan cepat. Dan sepatutnya,perkara ini tidak harus berlaku dan ia bukanlah alasan untuk melaksanakan solat secara segera dan lebih kurang untuk menjalankan usaha dakwah.
Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rahimahullah dan juga Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahimahullah ada berkata di dalam Malfuzatnya,”seseorang yang menggabungkan amal dan asbab di dalam yakinnya tidak akan mendapat kemanisan dan khusyu` di dalam beramal.”ada yang juga berkata,amal wujud dan asbab juga wujud.jadi kena membawa kedua-duanya bersama.,dan ini adalah satu status dan ucapan yang salah.
Sesorang itu harus menyebarkan perkara ini seluas-luasnya,sepertimana pengalaman seseorang di dalam menjalankan perintah dan arahan dari keadaan atau situasi kepada atasanNya(Allah S.W.T).
Sebaliknya,memikirkan bahawa kita meninggalkan Asbab juga adalah salah.Allah S.W.T telah meletakkan Asbab di dalam fitrah manusia.dengan maksud yang sama,seseorang juga harus tidur bila kepenatan dan makan apabila lapar.Melakukan usaha adalah salah satu keperluan secara semula jadi.Apabila ia telah Berjaya dilaksanakan dan mendapat hasilnya,maka tidak akan ada seseorang pun akan meninggalkan usaha untuk mendapatkan sesuatu.
Tetapi jika seseorang mencampurkan Absab dan Amaal,orang itu tidak akan dapat menyempurnakan dan merasakan kemanisan di dalam Amaal. Inilah tujuan pembacaan Taklim Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadith.Untuk menwujudkan kesempurnaan dan kemanisan di dalam satu-satu tindakan dan perbuatannya.
Semoga peringatan dan mesej penting dari Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi Hafizahullah diambil berat dan dibuat perubahan oleh kita semua.insyaAllah.
Rujukan:
1.http://attablig.blogspot.com/2011/08/must-listen-quame-jalse-me-itminan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TheTabligh+%28The+Tabligh%29
(Hazrat Maulana Muhammad Juned Hafizahullah,Darul Uloom Dewsbury,England)
2. Risalah “Conditions, Pillars, and Wajibat of the Salat,” oleh Shaikh Taraheeb ad-Dosiri Hafizahullah.
3. Quma Aur Jalsa Main Itmian NanKa Wajoob Aur In Duno Main Azkar Ka Sabuut by Hazrat Maulana Fazlur Rahman `Azmi Hafizahullah
(Academy for the revival of Sunnah,Darul uloom Azaadville,South Africa).
4.Malfuzat Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rahimahullah(urdu) oleh Hazrat Maulana Sheikh Abu Haasan An-Nadwi Rahimahullah.
(cetakan tahun 1991, Idara-e-Ishaat-e-Diniyat Publications,New Delhi,India.)
5. Malfuzat Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahimahullah (urdu) oleh Hazrat Mufti Rowshon Shah Kasemi Hafizahullah
(Bangla Kitab.com,Dhaka,Bangladesh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment