Tuesday, September 16, 2008

sepetang di india...

apa yang telah berlaku kepada diri?perkembangan diri saya di negara orang..

setelah beberapa hari di delhi,saya diletakkan di dalam jemaah m`sia
2 orang ustaz,2 orang hafiz,4 orang awam,saya dihantar ke mewat dahulu dengan menaiki kereta api,dan keretapai yang sesak penuh dengan manusia dengan kambing2nya sekali..aduiii,sabar...8 jam menaiki keretapai cukup mengebaskan punggungku..dan kami sampai di mewat...daerah ini adalah antara daerah yang termiskin di india...
di sini ada banyak peristiwa yang menyayat hati berlaku..antara yang paling saya sebak..orang kampung menyediakan masakan untuk kami...dan kami pun makanlah..dan baki makanan di atas safrah sepatutnya orang khidmat yang mengemas tetapi orang kampung yang telah mengemasnya..dan apabila saya membasuh tangan,saya lihat di belakang masjid,orang kampung memakan baki makanan kami,terkeluarlah air mata dari mata yang banyak dosa ni..Astagfirullah..kejamnya kami...dan mereka kalau nak memakan ayam pun seminggu sekali..jadi,kami memasak untuk satu kampung pada esok hari..

mandi,air kecil dan air besar,pun semuanya di sungai belaka...termasuk saya pun kena mandi sungai...dan di daerah ini tiada pengangkutan utama..hanyalah kereta lembu..keldai..jadi setiap 3 hari kami akan berpindah ke kampung lain..berjalan kaki,dah bulan rejab dan saya puasa suant bulan rejab..jikalau jemaah tidak puasa sunat pada tarikh hari pindah,perlu berjalan 15 kilometer...jikalu puasa 10 kilometer..itulah yang kami buat semasa berpindah dengan beg yang berat macam batu..

Alhamdulillah Allah beri saya mudah unutk jaga tahaaud setiap malam...dan bahasa perantaraan jemaah hanya 2,bahsa urdu dan inggeris..melayu tidak difahami..

di daerah ini saya berada selama 20 hari disini...lebih kurang 7 masjid.. dan lebih kurang 80 kilometer berjalan kaki sepanjang hari di sana dan bekalan iair dan makanan yang terhad...


setelah itu kami memasuki daerah uttar pradesh,daerah kelahiran banyak ulama2 yang menghidupkan kembali sunnah Nabi akhir zaman ini...perjalanan mengambil masa 2 hari dengan keretapi..kebas punggung lagi...

di sini saya belajar tajwid dan menyempurnakan bacaan Quran dan belajar ilimu Hadtih dari ulama di mazahir ulum,sharanpur...dan di sini ujian mujadah..saya kena hinakan diri berjumpa dengan orang2 bangsawan di daerah ini untuk bawak mereka unutk amal agama..diludah,dibaling periuk..Allah...sabar.. 

dan saya di uttar pradesh ini kebanyakan tempat saya singgah ialah di pedalaman,orang kampung nusrah kami..samapikan ada satu minggu 2 penuh kami makan ayam..siang dan malam sampai muak

doakan saya untuk mengembara lagi mungkin setahun selepas ini...insyaAllah..sebelum 25 ini..

kepada kawan2 tu,doakan sayalah..saya lemah,jahil,banyal lagi tak tau..doakan saya lah..

esok naik flight ke dhaka,bangladesh..40 hari di sana..apa yang menunggu di sana..wallahualam..seterusnya pakistan..dan malaysia,insyaAllah kalau hidup lagilah..tak tahu konvo jmti dapat pergi ke tak..hmm..apa la nak jadi dengan saya ni? kawan2 semua seronok2 belaka..saya..menghinakan diri...mujahadah semata2 unutk mencari redha Allah..kiamat dah dekat kawan2...dekat sangat2..ulama jangka 2050 ini dajjal muncul..sebab tanda2 dah ada...jadi sediakan diri wahai sahabat...wasalam..

inipun,Alhamdulillah sebelum naik flight esok ke dhaka saya pergi delhi,ziarah terjumpa cybercafe,saya minta kebenaran ameer untuk guna komputer..unutk beritahu rakan2 perkembangan diri yang hina ini..ok,minta maaf ya ada salah silap..doa2 untuk saya..

2 ogos 2008 11.00 pagi...
mohd efendie b mohd nordin,
madrasah kashiful ulum,
hazrat nizammudin aulia,
india.

mungkin lepas ni susah nak online sebab bangladesh dan pakistan....


raya aidilfitri 2 ingat2 la kawan sorang duk jauh ni...jaga solat... 




07:17:48 am . 02 Aug 2008

No comments:

Post a Comment