Tuesday, September 16, 2008

kesedihan..

10 may 2007

hmm...walaupun sudah setahun peristiwa itu berlaku,tetapi saya masih ada rasa bersalah pada dia...dia meninggal dunia kerana kanser hati..saya rasa sangat bersalah seingga hari ini kerana tidk mengambil berat dan tidak menjaga dia dengan baik..sejak perisitwa itu,hati saya sudah tawar untuk menrima perkara-perkara seperti ini....saya takut saya akan membuat kesilapan skali lagi....semoga awak aman di sana...



Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..
Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..
Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah Radiallahu'an (ha)..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .
Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar Radiallahu'an (hu)..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .
Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..
Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhannya..
Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..
Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..
Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa?




04:05:37 pm . 11 May 2008

No comments:

Post a Comment