Sunday, August 14, 2011

Tanda-tanda wujud ketaqwaan pada Allah S.W.T dalam diri setiap muslim.





Tanda-tanda wujud ketaqwaan pada Allah S.W.T dalam diri setiap muslim.


Alhamdulillah,pada posting kali ini saya akan menulis tentang tanda-tanda seseorang itu takutkan atau dengan maksud yang lebih mudah taqwa pada Allah S.W.T.

perkara-perkara ini harus disemak dalam diri kita sendiri dan ummat islam keseluruhan khusunya.dan di sini saya ingin menyatakan saya pun masih di dalam proses pembelajaran dan pembaikan diri.saya bukanlah orang yang alim dan ahlinya di dalam ilmu agama Allah S.W.T ini,tetapi saya belajar dari mereka dan mengambil rujukan dari mereka,yakni para pewaris Nabi,iaitu para ulama-e-kiraam.semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T.wallahu`alam.

Mohd_Efendie.

Hazrat Asy-Sheikh Abu Layth Samarqandi Rahimahullah berkata,tanda-tanda seseorang itu ada sifat Taqwa dan takutkan Allah S.W.T ialah:

1. Lidah

- disebabkan ketakutkan pada Allah S.W.T telah menghalangnya dari berkata sesuatu yang tidak benar,mengumpat,mencarut dan perkataan yang sia-sia sebaliknya memperbanyakkan lidah mengalunkan tilawah dan berzikir pada Allah S.W.T.

2. Perut

- mereka yang takutkan Allah S.W.T hanya akan mengambil makanan yang halal samada dari segi sumber mahupun bahan-bahannya,menggelakkan makanan yang syubhat,dan makan makanan yang halal sekadar yang diperlukan sahaja.

3.mata

- mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak melihat perkara yang haram dan banyak yang melihat yang halal,sekadar keperluan,bukan kehendaknya sendiri.

4. tangan

- mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak akan membuat perbuatan yang tidak disukai Allah S.W.T,segala tindakan dan perbuatannya hanyalah semata-mata untuk keredhaan Allah S.W.T.

5.kaki.

- mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak akan melangkah ke tempat dan perkara yang tidak disukai dan dilarang Allah S.W.T,malah mereka akan menjauhkan dan menggelakkan perkara ini semata-mata kerana Allah S.W.T

6. hati

- di dalam hati,ketaqwaan pada Allah S.W.T menguasai hati dari perkara-perkara yang tidak elok,samada hasad dengki,sangka buruk,cemburu,permusuhan,tidak berperikemanusiaan dan tidak menhormati orang lain.

7. ikhlas

- mereka yang takutkan Allah S.W.T akan terus belajar dan mengekalkan sifat ikhlas dalam amalan mereka dan mereka akan risau dan susah hati apabila amalan mereka mula lari dari sifat ikhlas pada Allah S.W.T.


Berkenaan dengan mereka ini,Allah S.W.T berfirman:



"serta berbagai barang perhiasan (keemasan). dan (ingatlah), Segala Yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang Yang bertaqwa."

(Az Zukhruf:35)




"Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa Yang mereka ingini."

(An Naba':31)




"Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal Yang aman sentosa. "

(Ad Dukhaan:51)




71. dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
72. kemudian Kami akan selamatkan orang-orang Yang bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang-orang Yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di Dalam neraka itu.

(Maryam:71&72)

Rujukan:

1. Tambihul Ghafileen oleh Hazrat Asy-Sheikh Abu Layth Samarqandi Rahimahullah (edisi bahasa inggeris cetakan tahun 2001) A.H Elias (Mufti)/Darul Uloom Deoband.

2.Tafsir Ma`arifatul Quran oleh Hazrat Maulana Mufti Muhammad Shafi` Rahmatullahi A`alih.(Maktabah Darul Uloom Karachi,Pakistan edisi 2008).

Friday, August 5, 2011

Khasaa-il Nabawi S.A.W. ciri-ciri dan sifat yang mulia pada Nabi Muhammad S.A.W.



Khasaa-il Nabawi S.A.W. ciri-ciri dan sifat yang mulia pada Nabi Muhammad S.A.W.

dari Hazrat Anas Bin Malik R.Anhu meriwayatkan bahawa,”Rasulullah S.A.W tidaklah terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi,sederhana ketinggiannya.warna kulitnya tidaklah terlalu putih seperti kapur,dan tidaklah terlalu gelap,atau coklat yang menampakkan kegelapan,wajahnya bersinar,malah lebih bersinar dan bercahaya dari bulan penuh pada pertengahan bulan.rambut Nabi S.A.W tidaklah terlalu lurus dan kerinting,tetapi rambut Baginda beralun.Apabila umur Baginda mencecah 40 tahun,Allah S.W.T telah mengurniakan Baginda dengan tanda dan tugas keNabian.Baginda hidup selama 10 tahun di Mekah dan 10 tahun kemudian di Madinah selepas keRasulan Baginda.Baginda wafat pada usia 60 tahun.Pada masa itu rambut puith ataupun uban tidak melebihi 20 helai pada rambut dan janggutnya."

(Hadith Riwayat Tirmizi),hadith no.1,bab pertama,ciri-ciri dan sifat mulia pada Nabi S.A.W.




Komentari

Baginda Rasullah S.AW. ialah manusia yang mempunyai ketinggian yang sederhana,tetapi sedikit tinggi.perkara ini juga telah diriwayatkan oleh Hazrat Hind Bin Abi Haa`lah R.Anhu dan lain-lain.perkara khilaf mungkin berlaku tentang perkara kedua-dua hadith ini,kerana dalam satu riwayat, apabila Nabi S.A.W berdiri di antara ramai orang dalam satu kumpulan,maka Baginda iaah yang paling tinggi di antara mereka.

perkara ini bukanlah kerana ketinggian Baginda,tetapi perkara ini ialah Mukjizat(kelebihan) yang diberi oleh Allah S.W.T di dalam memuliakan Baginda.dengan cara apa sekalipun, tiada seorang pun yang mampu mahupun diberi kesempurnaan seperti Nabi S.A.W walaupun dalam `surah Zaa`hiri(fizikal).

Diriwayatkan di dalam satu Hadith bahawa Nabi S.A.W hidup selama 10 tahun selepas diberi tanda dan kerja Nubuwwah.atas sebab inilah Baginda S.A.W mencapai umur 60 tahun.dan ini bertentangan dengan riwayat lain yang menyatakan bahawa Baginda S.A.W hidup di Madinah selama 13 tahun dan mencapai umur 63 tahun.di dalam riwayat yang lain juga ada menyatakan Baginda S.A.W mencapai umur 63 tahun.

Imam Bukhari Rahimahullah ada memberi komentari ada Hadith tentang perkara ini dengan beliau menyatakan bahawa,”hampir keseluruhan riwayat tentang umur Baginda S.A.W hidup selama 60 tahun.”para ulama telah membahas dan membincangkan perkara ini dan merumuskan bahawa:

1.Nabi S.A.W menerima Nubuwwah pada usia 40 tahun dan risalah serta wahyu dan perintah turun selepas 3 tahun.dan selepas itu Baginda S.A.W hidup selama 10 tahun di Mekah.

2. kekerapan pengiraan tentang perbezaan tempoh tidak berapa diambil berat.atas sebab inilah Hazrat Anas Bin Malik R.Anhu hanya mengira tempoh dalam riwayat dan meninggalkan unitnya.di dalam hadith di mana umur Baginda S.A.W dinyatakan sebagai 65 tahun,tahun kelahiran dan tahun wafat termasuk sebagai tahun yang berasingan.berdasarkan kepada hampir keseluruhan hadith sahih,umur Nabi S.A.W ialah 63 tahun,oleh itu,hadith lain menyokong riwayat ini.

Rujukan:

Shamail Tirmizi oleh Imam Tirmizi Rahimahullah dengan komentari dari Khasaa-il Nabawi oleh Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.

Wednesday, August 3, 2011

7 solat Nafl/Nawafil yang digalakkan dilaksanakan



Alhamdulillah..syukur kita kepada Allah S.W.T,kita semua dipertemukan pada bulan Ramadhan kali ini.marlah kita semua memperbanyakkan amalan,sedekah dan bersabar di dalam bulan yang mulia ini..bulan Ramadhan ialah bulan yang Allah S.W.T mudahkan semua orang islam melakukan ketaatan.banyakkanlah berdoa semoga dalam bulan yang mulia ini Allah S.W.T beri kita kekuatan di dalam melaksanakan ketaatan juga di luar bulan ramadhan yang penuh mujahadah.

Semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T,wallhu`alam.

Mohd Efendie.


7 solat Nafl yang digalakkan dilaksanakan




Di dalam semua solat,selain dari solat fardhu dan Sunat,ialah solat nafl.tiada diletakkan had bilangan untuk melakukannya dan lebih banyak solat nafl ini kita lakukan terutamanya di dalam bulan yang dilipat gandakan ganjaran ini,iaitu Ramadhan,maka lebih ganjaran pahala dan kebaikan akan kita dapati dari melakukan solat nafl ini.

Sesetengah solat nafl mempunyai kelebihan dan ganjaran yang sangat menarik.oleh itu adalah lebih baik untuk kita berusaha dan meletakkan lebih usaha untuk melakukan 7 solat nafl ini iaitu:

1- Tahiyyatul Wu`dhu

-solat 2 rakaat yang dilaksanakan selepas mengambil wu`dhu.kelebihan solat ini banyak disebut di dalam Hadtih.anatranya:

Dari Abu Hurairah R.Anhu bahawa Nabi S.A.W telah bertanya kepada Bilal R.Anhu padawaktu solat subuh,”wahai Bilal,ceritakan kepadaku ,apakah amal yang telah engkau lakukan dalam silam sehingga aku mendengar bunyi tapak kasutmu di syurga?”Bilal R.Anhu menjawab,”saya tidak melakukan sesuatu pekerjaan yang saya sangat harapkan pahalanya selain dari saya tidak menghilangkan najis pada waktu malam mahupun siang hari,kecuali saya melakukan solat dengan kesucian (wudhu) yang diwajibkan kepada saya sebelum menunaikan solat.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

2- Tahiyyatul Masjid

- solat 2 rakaat yang dilaksanakan setelah memasuki masjid.solat ini ialah hak dan menghormati masjid.

Hadith Dari Jabir bin Abdullah R.Anhu bahawa Nabi S.A.W berkata : Ketika Nabi s.a.w. sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda:Bangun dan sembahyanglah! "

(Hadith Riwayat Muslim)

3- Ishraq

-setelah menunaikan solat fardhu subuh kita seharusnya duduk di tempat kita solat tadi sehinggalah matahari terbit dan naik,dalam tempoh ini kita digalakkan berzikir memuji dan mengingati Allah S.W.T dan berdoa dan kita tidak seharusnya bercakap dan berbual tentang perkara keduniaan pada masa ini.Apabila matahri telah terbit, dan naik,tunaikanlah solat ishraq 2 rakaat

Dari Anas Bin Malik R.Anhu bahawa Nabi S.A.W bersabda,” "Siapa yang solat Subuh berjamaah, kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian dia solatt dua rakaat, maka baginya pahala haji dan umrah dengan sempurna."
(Hadith Riwayat Tirmizi,hadith no.586)

Tetapi apabila seseorang itu bercakap dan berbual tentang perkara keduniaan pada masa ini,maka ganjaran akan berkurangan.

4- Duhaa

-apabila matahari benar2 telah terbit dan panas,maka tunaikanlah solat Duhaa.

Daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa beliau berkata,” Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur .”

(Hadis riwayat Bukhari, Al-Shaum, hadith no: 1981.)

5- Awwabin

-dilaksanakan setelah selesai solat Fardhu Maghrib dan Solat Sunat Bad`iah Maghrib.dilaksanakan antara 6 ke 20 rakaat.

Dari Abu Hurairah R.Anhu bahawa Nabi S.A.W bersabda,” Barang siapa solat 6 rakaat setelah maghrib, di sela-selanya tidak berbicara kotor, maka ia mendapatkan pahala ibadah selama 12 tahun.”

(Hadith Riwayat Tirmizi)

6- Tahajjud

-dilaksanakan pada sepertiga malam,banyak kelebihan dan ganjarannya.ianya amalan yangdisukai Alah S.W.T kerana hambaNya bangun pada malam hari merayu dan merintih padaNya.dilaksanakan sekitar 4 hingga 12 rakaat kalau tidak berkemampuan,2 raakat pun boleh dilaksanakan.jika seseorang itu tidak mampu untuk bangun pada sepertiga malam,dia boleh menunaikan setelah tidur sekejap selepas solat I`sya.

Dari Abu Hurairah R.Anhu bahawa Nabi S.A.W bersabda,” “Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih masih tinggal sepertiganya yang akhir. Ia berkata; ‘Mana orang yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan perkenankan untuknya doanya. Mana orang yang memohon kepadaku, maka aku akan berikan kepadanya (permohonannya). Mana orang yang meminta ampun dariKu, maka aku akan ampuninya.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7-Tasbih

- kelebihan dan ganjaran tentang solat ini telah banyak diperkatakan di dalam hadith.

Dari Ibnu ‘Abbas R.Anhu bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda kepada ‘Abbas bin ‘Abdul Muththolib : Wahai ‘Abbas, wahai pak cikku mahukah saya berikan kepadamu?, mahukah saya anugerahkan kepadamu?, mahukah saya berikan kepadamu?, saya akan tunjukkan suatu perbuatan yang mengandung 10 keutamaan yang jika kamu melakukannya maka diampuni dosamu,iaitu dari awalnya hingga akhirnya, yang lama mahupun yang baru, yang tidak disengaja mahupun yang disengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang nampak. Semuanya 10 cara. Kamu sholat 4 raka’at setiap raka’at kamu membaca Al-Fatihah dan satu surah. Jika telah selesai maka bacalah Subhanallahi walhamdulillahi walaa ilaaha illallah wallahu akbar sebelum ruku’ sebanyak 15 kali, kemudian kamu ruku’ lalu bacalah kalimat itu di dalamnya sebanyak 10 kali, kemudian bangun dari ruku’ baca lagi sebanyak 10 kali, kemudian sujud baca lagi sebanyak 10 kali, kemudian bangun dari sujud baca lagi sebanyak 10 kali, kemudian sujud lagi dan baca lagi sebanyak 10 kali, kemudian bangun dari sujud sebelum berdiri baca lagi sebanyak 10 kali, maka semuanya sebanyak 75 kali setiap raka’at. Lakukan yang demikian itu dalam empat raka’at. Lakukanlah setiap hari, kalau tidak mampu lakukan setiap minggu, kalau tidak mampu setiap bulan, kalau tidak mampu setiap tahun dan jika tidak mampu maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu".

(Hadith Riwayat Abu Daud,Hadih no.1297)

Semoga kita semua diberi kekuatan dan dimudahkan oleh Allah S.W.T untuk melaksanakan 7 solatNafi ini terutamanya di bulan Ramadhan ini.

Rujukan:

Bahisti Zewar oleh Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahmatullahi A`laih muka surat 115 dan 116,Darul Uloom Deoband.

Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb kembali ke Rahmatullah pada 12 july 2011



Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb kembali ke Rahmatullah.

innalilahi wain`nalillahi Raji`un.salah seorang Akkabirin ummat iaitu masyaikh/eldest dari Darul Uloom Azaadville,South Africa yang berkhidmat dlm usaha dakwah dan tabligh,Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb telah kembali ke rahmatullah di Masjidil Haram,Mekah pada 12 julai 2011 yg lepas. Hazrat telah ditanam selepas solat subuh di blok perkuburan ke 44,kubur no.157.Mekah,Arab Saudi.

Hazrat meninggal dunia semasa setelah selesai menunaikan ibadah tawaf selepas solat maghrib.gambar kubur Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb yang kembali ke rahmatullah pda 12 julai 2011 lepas di mekah,di blok perkuburan ke-44,kubur ke 157




semoga Allah S.W.T merahmati dan memuliakan beliau dan kita yang masih hidup ini meneruskan kembali perjuangan atas agama Allah S.W.T.Al-Fatihah.

gambar kubur Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb yang kembali ke rahmatullah pda 12 julai 2011 lepas di mekah,di blok perkuburan ke-44,kubur ke 157

solat jenazah Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb di Masjidil Haram,Mekah pada 13 july 2011 waktu solat subuh diimamkan oleh Sheikh Suraim,Imam Masjidil Haram



solat subuh sebelum solat jenazah Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb pada 13 july 2011



rujukan:

perkara ini telah diberitahu oleh Hazrat Maulana Junaid Damaat Barakaatuh melalui laman web beliau di :

http://attablig.blogspot.com/2011/07/hazmoulana-yunus-patel-sb-just-passed.html

dan

http://www.nanima.co.za/2011/07/moulana-yunus-patel-has-passed-away-in-makkah/

Sunday, July 24, 2011

Merasa diri lebih besar dan mulia dari orang lain.



Merasa diri lebih besar dan mulia dari orang lain.


Hazrat Maulana Shah Abrarul Haq Hardoi Sa`ab Rahmatullahi A`laih berkata,

“apabila doktor memberikan suntikan kepada seorang Putera Raja,doctor itu tidak merasa dirinya mulia dan besar dari Putera raja itu.dalam maksud yang sama apabila kita bercakap tentang agama kita tidak seharusnya merasa diri kita ini lebih besar dan mulia dari para pendengar."

Berkenaan tentang pengalaman di dalam sesuatu pengkhususan bidang dalam islam adalah dibenarkan,tetapi merasa diri sendiri lebih besar dan mulia dari orang lain adalah haram.

Ini adalah kerana criteria pengalaman dan kebesaran seseorang manusia itu hanya diketahui dan diterima oleh Allah S.W.T,yang mana perkara ini tidak akan diketahui di dunia ini.

Maruah perlu ada di dalam setiap individu dalam islam.adalah tidak dibenarkan untuk mana orang alim ataupun Sheikh/Maulana/Allamah/Ustaz walaupun untuk mempertimbangkan seorang muslim yang berdosa itu hina dan tidak akan diampunkan.jika seorang kanak-kanak membuang air kecil pada ayahnya,pakaian ayahnya akan diklasifikasikan sebagai najis tetapi tidak akan sedikitpun penurun maruah ayahnya.

Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahmatullahi A`laih pernah berkata,”apabila saya mengambil tanggungjawab seseorang,saya akan menganggap dia sebagai orang besar dan lebih mulia dari diri saya sendiri.”

Dalam maksud yang sama,kita semua juga harus menganggap dan memuliakan ibu,kakak di dalam keluarga kita dan semua orang islam lebih mulia dari kita di samping kita membawa dan menyebarkan perintah Allah S.W.T.

Rujukan:

1.Malfuzat Hazrat Maulana Shah Abrarul Haq Hardoi Sa`ab Rahmatullahi A`laih(Majlis Siyanat-ul-Muslimeen,Lahore,Pakistan).

2. Malfuzat Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahmatullahi A`laih (Darul Uloom Deoband,India)

Sunday, July 3, 2011

Realiti Tauhid di dalam setiap diri orang islam hari ini.



Realiti Tauhid di dalam setiap diri orang islam hari ini.


Maksud Tauhid

Di antara A`mal Batini (kerohanian),yang mana perlu untuk manusia ada di dalam dirinya,adalah Tauhid.Salah satu makna Tauhid kita telah mempelajarinya di dalam kemahiran sains,di dalam kuliah pengajian ilmu dan artikel serta kitab-kitab agama yang mana manusia naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah S.W.T dan tidak ada sekutu bagiNya. Ini ialah Tauhid `Ateqadi` (kepercayan kepada Tauhid) yang mana ianya adalah iman yang ada pada setiap individu dan tanpa kepercayaan yakni iman ini,individu itu bukanlah seorang muslim.

Tauhid Amali (mengamalkan dan mempraktikkan Tauhid)

Di dalam bahagian Tasawuf,Tauhid merujuk kepada Tauhid Amali yang mana ia mengikuti langkah-langkah sebagai seorang yang percaya dan memahami maknanya,iaitu kepercayaan yang kita peroleh dari Tauhid Ateqadi dari segi maksud ilmu,dan ia seharusnya dipraktikkan sepertimana yang telah dibawa dan dijalankan oleh Nabi S.A.W ,Sahabat R.Anhum dan orang-orang yang telah mengikuti mereka.



Dalam maksud yang sama,setiap masa realiti ini harus disimpan dan disemat di dalam hati dengan kuat dan teguh,bahawa apa sahaja yang berlaku di depan kita mahupun yang berlaku di alam semesta ini semuanya dengan izin Allah S.W.T.apa sahaja kejadian/tragedi yang berlaku semuanya dengan kehendak llah S.W.T dan tanpa izin Allah S.W.T,satu zarah atom pun tidak mampu bergerak walau sedikit sekalipun.perkara ini diketahui dan diterima oleh setiap muslim sehinggalah sampai mencapai tahap A`qaid. Tetapi pada hari ini,pada masa kesusahan,apatah lagi kesenangan,kesedihan, perkara ini tidak kekal di dalam hati-hati kita.

Inilah sebab kenapa apa sahaja kesenangan ataupun kesakitan diterima oleh zahiriah kita yang jelas bermaksud individu itu berfikir bahawa Zahiriah ini bermaksud segalanya dan berkait rapat dengan kesenangan dan kesakitan tadi.tetapi kehendak Tauhid Amali dari setiap individu musim ialah bahawa setiap jam apatah lagi minit harus sedar bahawa harus mengekalkan kesedaran tentang hakikat ini seolah-olah dia melihatnya.

Perkara ini telah ditamsilkan dengan maksud yang lebih mudah oleh para Akkabir dan ulama-e-kiraam bahawa:



“apabila manusia pada setiap masa melihat semua perkara yang berlaku dihadapan dan sekelilingnya semuanya dengan izin Allah S.W.T dan adanya kudrat Allah S.W.T disitu,maka manusia itu akan berdikari dan tidak berharap pada sahabatnya apatah lagi ehsan orang lain.ini adalah kerana dia tahu apa sahaja kebaikan,kesenangan,kesusahan dari Allah S.W.T dan dia yakin bahawa ini hanyalah asbab zahiriah sahaja dan di sebalik itu,adanya kudrat Allah S.W.T.”



Diriwayatkan d dalam satu Hadith Bahawa Nabi .S.AW apabila menghadapi situasi dimana perkara itu akan merisaukan atau boleh membuatkan Baginda S.A.W marah,Baginda hanya akan berkata,

“semuanya berlaku dengan izin Allah S.W.T dan jika Allah S.W.T tidak mengizinkannya,maka tidak akan berlaku perkara itu.”

Dan memang benar bahawa tidak ada resepi yang lebih baik untuk memudahkan/menenangkan hati baik pada waktu kesedihan atau kesakitan.

Contoh Tauhid

Al-Hujjatul Islam,Hazrat Imam Ghazali Rahimahullah telah menerangkan perkara ini dengan satu perbandingan dan tamsilan .Beliau berkata,seseorang telah mengacu pedang untuk mencederakan beliau.pedang itu berkara,”siapakah diriku?adakah aku ada kekuatan untuk ini?aku hanya digerakkan oleh tangan.jika kamu hendak mencederakan seseorang,gunakanlah ia yakni tangan.”kemudian orang ini telah mengacu pula tangannya.tangannya pula berkata,”adakah aku ada kekuatan ini?adakah aku bersalah?aku tidak ada kekuatan apatah lagi kehendak.

ianya berlaku dengan kehendak yang mana datang dan menggerakkan aku,jika kamu hendak berbalah,berbalahlah dengan ia.yakni kehendak.orang ini kemudian mengacu kehendaknya,dan kehendaknya berkata,”siapakah aku ini?aku telah digerakkan oleh hati untuk pergerakan dan kehendak ini.apabila sampai kepada hati,hati pula berkata,”apakah realitinya diriku ini?aku berada di bawah kawalan kuasa yang besar yang tidak ada pada tubuhmu.’



Dengan cara yang sama semua permulaaan mahupun pengakhiran sesuatu pergerakan telah disempurnakan dengan kehendak Allah S.W.T.

Inilah realiti yang harus dipraktikkan dan yang diperlukan oleh setiap individu muslim untuk Tauhid Amali dan apabila seseorang itu secara beransur-ansur memperoleh dan mengamalkan perkara Tauhid ini samada untuk kehendak pada sesuatu yang lahir dari hati seseorang dan dia menafikan segalanya dan tidak takut dan gentar kepada sesiapapun kecuali Allah S.W.T.

Dan tidak ada satu elemen pun boleh memberikannya kesihatan,kekakyaan dan memberinya rezeki dan kntakutan pada seseorang kecuali Allah S.W.T.
Inilah apa yang dikatakan oleh Hazrat Sheikh Sa`adi Rahimahullah:



“bukanlah kerana apabila kita tau realiti tauhid ini malah kita melihat dengan mata yang terbuka,apabila walaupun dikumpulkan seluruh manusia dari seluruh dunia untk memberikan munafaat pada aku,mereka tidak akan,malah jika mereka juga berkumpul dari seluruh dunia untuk memudaratkan diriku sekalipum,mereka tidak akan kecuali dengan kehendak Allah S.W.T.Jadi,mengapa perlu takut pada seseorang?atau mengharapkan pada seseorang?”

Akibatnya,seseorang itu akan rasa adanya Allah S.W.T di diirnya dan sisinya,tidak perlu takut mahupun gentar pada sesiapapun ataupun mengharap pada seseorang mahupun mudarat yang boleh berlaku pada dirinya.maka individu itu hanya yakin dan menerima bahawa hubungan dengan seseorang dan slogannya ialah:



Yang bermaksud yakin pada agama,yakin pada kudrat,dan pada yang Maha Kuasa.

Cara mencapai status Tauhid yang harus ada pada setiap muslim

Sekarang,persoalan berbangkit ialah bagaiamana untuk mencapai status ini? Hakikat perkara ini ialah setiap muslim telah pun mengetahui dan meyakini Ateqa` dan Tauhid,tetapi oleh kerana lemahnya manusia kerana mudah yakin dan percaya kepada kudrat-kudrat zahir yang ada di sekelilingnya.contoh perkara ini ialah perkataan Imam Ghazali Rahimahullah,bahawa setiap orang telah sempurna keyakinannya bahawa orang yang mati tidak boleh bergerak dan tiada deria lagi.mayat tidak mampu buat sesuatu dengan dirinya.Tetapi manusia yakin bahawa seseorangi tu tidur di tempat tidur si mayat itu akan merasa tidak selesan dan takut.ini bukanlah bermaksud orang ini tidak yakin bahawa mayat itu hidup dan berkuasa.dan malangnya,disebabkan lemahnya iman dan ketakutan zahiriahnya,maka dia yakin perkara ini.

Dengan cara yang sama inilah yang berlaku pada muslim untuk mengamalkan realiti Tauhid pada hari ini.zahiriah orang islam Nampak ketara dan kuat,tetapi hatinya masih lemah untuk yakin pada perkara ini.jika kekuatan ini dibina dahulu di dalam hati dan Tauhid Amali akan datang secara automatik.inilah yang dipraktikkan oleh Nabi S.A.W dan Sahabat R.Anhum,perbaiki keyakinan tauhid dan iman kemudian,secara automatik,mereka mudah untuk mengamalkan perintah Allah S.W.T dan mudah meninggalkan larangan Allah S.W.T.

Hadhrat Maulana Majzoob Rahimahullah berkata,



“kekuatan hati didapati dengan mengetahui maksud ‘Muraqabah’(renungan dan muhasabah yang mendalam).Apabila manusia ‘Muraqabah’setiap hari sambil melihat bagaimana perkara dunia hari ini tiada keadilan dan melihat bagaimana manusia menukarkan perancangan sesuatu sehinggalah menjadi debu,dan perlahan-lahan awam kufur akan mula hilang di dalam hati dan datanglah Aqidah Tauhid masuk mengganti ruang kosong di dalam hati dan mula membersihkan dan menguatkan hati.”

Ya, ‘Muraqabah’(renungan dan muhasabah yang mendalam) perlulah di bawah tunjuk jar dan panduan dari para alim-ulama`,supaya kita tidak sesat dan dibawah panduan Quran dan Sunnah.

Kesalahan salah laku tentang Tauhid.

Berkenaan dengan perkara ini 2 perkara harus kita ambil perhatian.pertama,walaupun Allah S.W.T mencipta perkara yang baik mahupun yang buruk di alam ini,segala kesenanan dan keselesaan ialah dariNya,tetapi menuruut tatasusila dan adab sebagai seorang hamba pada penciptaNya,manusia mestilah mengatikan segala perkara yang baik ialah dari Allah S.W.T,manakala perkara yang buruk tidak mengaitkannya dengan Allah S.WT. di dalam quran Allah S.W.T mengatakan:



“apa jua jenis rahmat Yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun Yang dapat menahannya; dan apa jua Yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun Yang dapat melepaskannya sesudah itu. dan (ingatlah) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Faathir:2)

Di sini dengan pembukaan Bari Ta`la telah menyatakan Rahmat,tetapi dengan menahan kembali,Dia tidak menyakan rahmat, tetapi menggunakan perkataan apa,dan `apa ini tidak diterangkan dan dinyatakan secara jelas. Di sini kita dapat dapati bahawa,untuk mengaitkan menahan kembali rahmat Allah S.W.T ialah perkara yang bertentangan adab antara hamba dan penciptaNya.jelasnya perkara-perkara ini Nampak macam seolah-olah menentang rahmat Allah S.W.T tetapi sebenarnya masalah-masalah yang dicipta dalam ala mini adalah rahmat dan ada rahsia Allah S.W.T di situ.

Dengan perkara yang samalah Nabi Ibrahim A.S telah curiga. Di dalam Quran yang Baginda A.S. mengaitkan segala perkara yang baik dengan Allah S.W.T.Dialah yang memberi hidayah petunjuk,yang memberi makan dan memberiku minuman dan setelah itu Baginda A.S. membaca ayat:



"Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku”

(Asy Syu'araa':83)

Di sini pemulihan telah dikaitkan dengan Allah S.W.T dan sakit telah dikaitkan dengan diri Baginda A.S. sendiri.dalam perkara yang sama Nabi Khidir A.S. berkata:



”oleh itu, Kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak Yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.”

(Al Kahfi:81)

Di sini mengaitkan perkara yangbaik dikaitkan dengan Allah S.W.T manakala kisah tentang perahu, Baginda A.S. berkata:



“adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin Yang bekerja di laut; oleh itu, Aku bocorkan Dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja Yang merampas tiap-tiap sebuah perahu Yang tidak cacat.”

(Al Kahfi:79)

Di sini perkataan “mencacatkan” digunakan untuk mengaitkan dengan diri Baginda A.S sendiri.atas kejadian inilah para Fuqaha dan Ulama e-kiraam menulis:jika seseorang menggunakan panggilan Allah S.W.T dengan perkataan “Khaliq al-kalaab wa’l-khanaaseer”,maka jatuh kafir padanya.

Perkara kedua ialah walaupun segala kejadian,peristiwa dan diseluruh ala mini beralku dengan izin dan kehendak Allah S.W.T,syariat islam tidak menggunakan maksud dari segi zahir untuk perkara dunia dan pemerintahan kerana ia akan mnyimpang dari Quran dan Sunnah.

Semua manusia setiap peristiwa/kejadian berlaku pada mereka telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. ini adalah kerana didalam realiti kehidupan muslim hari ini,keyakinan mereka pada Allah S.W.T,tetapi Alllah S.W.T telah menggunakan asbab sebagai penyebab kejadian.Jadi,jika seseorang berbuat baik pada kita,maka wajib kita mengucapkan terima kasih padanya.dengan contoh yang sangat mudah difahami,para ulama telah menulis bahawa,peralatan alat tulis yang digunakan untuk menimba ilmu pengetahuan,seperti pen,dakwat,kertas dan sebagainya,mestilah dihormati dan dijaga dengan baik oleh para pelajar.

Sudah tentu,di tahap sempadan manakah keyakinan Tauhid dan pengamalannya kita capai pada hari ini dan adakah ia harus tidak diusahakan?ini ialah perbezaan yang sedikit,di mana perlu diusahakan setiap hari bercakap perkara yang membesarkan Allah S.W.T, ‘Muraqabah’(renungan dan muhasabah yang mendalam),keluar di jalan Allah S.W.T,maka naitjahnya,Allah S.W.T akan memperbetulkan Tauhid Amali ummat islam disamping mengislahkan(memperbaiki) diri dibawah panduan dan tunjuk ajar oleh para ulama.

Rujukan

1. ucapan oleh Hazrat MaulanaMufti Muhammad Shafi` Rahmatullahi A`laih(Mufti Pakistan)

2. kitab "Khutbaat-e-Mufti 'Azam" di susun oleh Hazrat Maulana Janab Hafiz Akbar Shah Bukhari Damaat Barakaatuh,(Darul Uloom Deoband).

3. Tafsir Ma`arifatul Quran oleh Hazrat Maulana Mufti Muhammad Shafi` Rahmatullahi A`alih.(Maktabah Darul Uloom Karachi,Pakistan edisi 2008).

Thursday, June 30, 2011

Ringkasan Tausiyah/bayan/ucapanMajlis dan rakaman audio bersama Hazrat Maulana Syamim Damaat Barakaatuh 29 jun 2011



Ringkasan Tausiyah/bayan/ucapanMajlis dan rakaman audio bersama Hazrat Maulana Syamim Damaat Barakaatuh 29 jun 2011

Alhamdulillah,Allah S.W.T telah memilih sy yg tidak layak dan pendosa ini untuk hadir ke perhimpunan org islam sempena kedatangan Hazrat Maulana Syamim Damaat Barakaatuh dan rombongannya yang baru selesai mengendalikan perhimpunan orang islam di Indonesia.Hazrat dan rombongan transit selama 2 hari di Malaysia sebelum pulang ke India.Hazrat Maulana Syamim dan Rombongan dari Banglawalee Masjeed,Nizammuddin,di amanahkan untuk mengendalikan jour`e di Indonesia,dan mini joure` di Kuala Lumur oleh para Akkabir.

Bayan/ucapan/Tausiyah Hazrat Maulana Muhammad Syamim selepas Solat Maghrib berkisar tentang Hebatnya ciptaan Allah S.W.T dari ciptaan gunung-ganang,besti,api,air dan angin tetapi amalan sedekah orang islam lebih kuat daripada perkara2 ini.kemuliaan manusia terutamanya Hazrat Muhammad S.A.W dimana sehinggakan tanah yang berada di sekitar jasab Baginda sekarang di Madinah lebih mulia dari Kaa`bah menurut Hazrat.apatah lagi amalan yangdibuat oleh Baginda S.A.W.

Hazrat juga mengingatkan bahawa hari ini bumi mekah,gunung-ganang telah ditebuk,ditarah dan pembangunan pesat,jalan2 raya dibina,inilah salah satu tanda kiamat hampir,di mana mekah terlalu dimajukan dan terlalu banyak kawasan semula jadi dimusnahkan.

Hazrat menekankan betapa besarnya dan mulianya amalan Sunnah Nabi .S.AW kerana dialam inilah tersoroknya kudrat Allah S.W.T, khazanah Allah S.W.T,janji Allah S.W.T.
Hazrat Menekankan adalah lebih baik sekiranya kita keluar di jalan Allah S.W.T tanpa persediaan yang rapi berbanding persiapan awal.Hazrat juga berkata org yg teluar korban 4 bulan perlu keluar lagi dan tambah korban kali ini benar semata-mata kerana Allah S.W.T,bukanlah kerana sudah habis belajar,ada cuti,dan cukup belanja.

Petikan audio majlis ini saya rakamkan malam tadi.dan rakaman sampai ke hujung majlis sehingga tasykil bermula.di harap rakan2 yang x sempat hadir boleh `download` dan hayati serta ambil iktibar dari Tausiyah Hazrat Maulana Syamim ini,insyaAllah.selamat beramal dan ubah keputusan diri kita semua.usaha Da`wah kita dapat buat semata-mata dengan hidayah dan rahmat Allah S.W.T..

Alhamdulillah.,Bayan/ucapan/Tausiyah Hazrat Maulana Muhammad Syamim di dalam bahasa urdu diterjemah ke dalama bahasa Malaysia oleh Haji Mohd Maidin dari Markas Masjid Benggali,Pulau Pinang.


Download link:

Bahagian 1:

http://www.4shared.com/audio/mhOLRUXG/Tausiyah_Maulana_Syamim_1jun20.html

Bahagian 2:

http://www.4shared.com/audio/32U2W6fI/Tausiyah_Maulana_Syamim_2jun20.html