Monday, November 28, 2011
pengalaman Hazrat Maulana Muhammad Tareq Jameel Hafizahullah dengan seorang pemuda dari itali semasa musim Haji di Mekkah,Arab Saudi
pengalaman Hazrat Maulana Tareq Jameel Hafizahullah dengan seorang pemuda dari itali.
Hazrat Maulana Tareq Jameel Hafizahullah menulis dalam buku ini tentang pengalaman beliau dan mereka yang telah keluar di jalan Allah S.W.T.
pada beberapa tahun yang lepas,semasa saya (Hazrat) menunaikan Haji,telah terjumpa dengan seorang pemuda dan ia memperkenalkan dirinya pada saya. pemuda itu berkata beliau dari itali.dan beliau dari susur galur keturunan Nabi S.A.W kita,dari Saidina Hassan R.Anhu dan berasal dari Bandar Marakesh, Maghribi.atas sebab keperluan,dia telah berhijrah ke itali.semasa umurnya mencecah 23 tahun,beliau telah mengeluarkan semua lelaki muslim di itali keluar di jalan Allah S.W.T.
300 masjid telah dibina di itali,yang mana sebelum ini tiada masjid, dan bersamanya,beliau telah memimpin 70 pemuda dari itali menunaikan fardu Haji.inilah kuasa Allah S.W.T yang menghantar seorang pemuda dari maghribi membawa islam dan amalan-amalannya ke itali. Pemuda ini bukanlah orang alim apatah lagi ulama,tetapi usaha dakwah nubuwwah yang dibawa ke kehidupannya dan diaplikasikan kepada keadaan sekelilinnya telah dizahirkan usahanya oleh Allah S.W.T.kerana sedikit asbab susah payah pemuda inilah,300 masjid telah terbina diitali,dan pemuda inilah juga asbab beribu-ribu pemuda muslim telah kembali ke pangkal jalan,bertaubat dan menjadi pekerja-pekerja agama Allah S.W.T.
salah seorang akkbireen ummat,eldest yang banyak berkorban untuk islam dengan berkhidmat dan musafir di seluruh dunia memberi khidmat kepada ummat,diberi perlindungan khas dari kerajaan Arab Saudi dengan kawalan sepenuhnya askar semasa menunaikan fardu Haji beberapa tahun lepas.
saya (Hazrat) kemudian memberi sedikit targhib kepada pemuda dan jemaah haji yang dibawa itu bahawa "usaha dakwah ini,ialah kerja dan tanggungjawab kita semua.saya tidak mengatakan,jadilah ahli kepada kumpulan jemaah tabligh.tidak,saya tidak mengajak kamu kepada mana-mana kumpulan pun.apa yang ingin saya katakan ialah saya dan kamu semua,kita semua adalah Hamba Allah S.W.T dan ummat kepada Muhammad S.A.W,dan menjadi mereka yang menyebarkan dan membawa usaha dakwah islam ini kepada yang lain.dan lakukanlah usaha dan sebarkanlah agama ini walau berdepan dengan kesusahan yang bakal kita hadapi."
dan Hazrat menyambung lagi,"kita lakukan ini semua untuk sukakan Allah S.W.T,di hari kiamat nanti,di telaga Al-Kawthsar,Nabi kita yang mulia,Muhammad S.A.W ,dengan tangan Baginda S.A.W,Baginda S.A.W akan memberikan kita minuman dari tangan Baginda S.A.W sendiri.segala kesusahan dan kesakitan akan hilang. di sana nanti,akan ada satu seruan,"dimana ummat akhir zaman?apabila agama islam tidak diamalkan dan terpadam dari hati ummat,ada sebahagian dari mereka yang memeluk dan berpegang teguh kepada islam serta menyampaikan dan menyebarkan mesej Nabi S.A.W tentang agama Allah S.W.T ini."
Rujukan.
1. Allah Ke Raaste Mein Nikalnay Walon Ki Hairat-Angaiz Kar-Guzarian(Astonishing Chronicles of Those That Go Out in the Path of Allah) by Hazrat Maulana Muhammad Tareq Jameel Hafizahullah (Jamia Arabia Raiwind,Lahore,Pakistan.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment