Tuesday, November 8, 2011
Doa dan kekuatannya.
Doa dan kekuatannya.
Pada Bahagian ini,kisah ini dipetik dari buku “Aap Beeti” karya Hazrat Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah.
Di sini,Hazrat menerangkan bahayanya membuat dan membaca doa pada masa-masa tertentu terutamanya pada masa yang mana doa-doa diterima.
Hazrat secara umum menghabiskan Bulan Ramadhan pada 1364 Hijrah dengan beriktika`f 15 hari di Banglawalee Masjeed,Nizammuddin dan baki 15 hari lagi di Saharanpur. Pada masa itu gerakan kebangsaan dan para pengikutnya telah mencipta dan membuat slogan dan menyebut, “kita mestilah mengambil Pakistan.itu adalah pasti. Kita harus mengambilnya walaupun berkorban harta da nyawa. Kita harus mengambilnya walaupun kita perlu membunuh,kita harus mengambilnya dengan darah.” Dan perkara ini masih disebut dan dilaungkan dalam bulan Ramadhan walaupun selepas solat Tarawikh sehinggalah tangisan para pelajar madrasah yang sedih mendengarkan laungan ini didengari.
Saya (Hazrat) cuba menasihatkan mereka ini tentang perkara ini,dan menghantar mesej ini berulang kali pada mereka apabila berjumpa,” di dalam malam yang berkat di dalam bulan Ramadhan ini ialah masa untuk meminta dan membaca doa. Kalau perlu, mintalah dan berdoa untuk mendapatkan Pakistan kamu.mintalah Pakistan,tetapi jangan minta Pakistan dengan cara pembunuhan dan pertumpahan darah.”
Tetapi,perkara ini seolah-oah diabaikan dan tidak ada dalam minda mereka kerana sikap mereka.di dalam Sebuah Hadtih ada satu peringatan supaya tidak menyumpah anak-anak dan harta-benda. Allah S.W.T telah mencipta masa-masa tertentu di mana apabila seseorang hamba itu berdoa dan ianya diterima.
"Fa inna lillaahi saa'aatan laa yuraddo fihin ne saa'ilan"
“Kerana sesungguhnya Allah S.W.T mempunyai masa tertentu di mana setiap permintaan hamba-hambaNya tidak ditolak dan diterima.”
Hadith ini ada di dalam banyak riwayat.
Di dalam Mishkat Al-Masabih,ada satu riwayat yang diriwayatkan oleh Hazrat Jabir R.Anhu,”janganlah kamu menyumpah diri sendiri dan menyumpah harta benda, anak-anak.Biarlah ianya tidak menjadi apa-apa,yang mana doa yang kamu buat itu termasuk di dalam masa yang doa diterima oleh Allah S.W.T.”
Penyakit ini sangat ketara dikalangan para wanita kerana apabila mereka marah pada anak-anak mereka,mereka akan menyumpah anak-anak mereka seperti “pergi dan binasalah” atau “pergi dan jadilah benda yang disumpah”. Apabila secara kebetulan sumpahan ini terjadi dan diterima Allah S.W.T,mereka akan jatuh terduduk dan menangis.
Di dalam kelas pengajian saya (Hazrat),saya sentiasa menekankan kepada para pelajar bahawa, apabila kita berdoa untuk sesuatu,berdoalah sesuatu yang mana ianya ada dari tulisan dan bacaan dari Al-Quran dan Hadith,ini adalah kerana ianya tidak ada berkaitan dengan keperluan seseorang di dalam dunia ini dan akhirat. Begitu juga dengan cara kita berdoa. Saya ingin menulis sebuah kisah ringkas yang mana ianya lari sedikit dari perkara ini tetapi ianya terjadi dalam realiti kehidupan kita.
Saya telah mendengar kisah ini diceritakan pada saya lebih dari majlis bersama para Akkbair Ulama E-Kiraam dan juga telah mendengar semasa di dalam daurah dengan kerap sekali,bahawa seseorang itu tidak harus berdoa dalam apa yang kita hajati dengan perkataan kita sendiri. Pertama, Adalah lebih baik berdoa dengan kata-kata dari Allah S.W.T sendiri iaitu Al-Quran kerana perkataan-perkataan ini ada nilai yang lebih besar di sisi Allah S.W.T. Kedua, perkataan-perkataan yang dari Nabi S.A.W iaitu Hadith, yang mana ianya adalah melingkupi keseluruhan permintaan-permintaan seorang muslim apabila mereka berdoa,dan ada di dalam Hadith.
Rujukan
1. Aap Beti edisi bahasa inggeris ,muka surat 514 oleh Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah. ( Darul Isha'at Publisher, South Africa)
2. Mishkat Al-Masabih dan komentari oleh Hazrat Maulana Fazlul Karim Hafizahullah.(Islamic Book Service, India.)ISBN: 8172310013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
azam nk bli aap beti cuti sem nh..
ReplyDeletesy juga ada menulis prkara yg berkaitan ngn maulana zakaria rah...
ReplyDelete