Monday, November 28, 2011

kisah pokok yang melindungi Rasulullah S.A.W yang masih hidup dan segar sehingga hari ini.

kisah pokok yang melindungi Rasulullah S.A.W yang masih hidup dan segar sehingga hari ini.

Alhamdulillah,syukur kita semua diberi peluang lagi berjumpa dengan Aidil Adha yang diraikan umat islam sempena kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihi`salam perintah Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya,Nabi Ismail Alaihi`salam.semoga kita semua membuat pengorbanan pada agama Allah S.W.T mengikut kemampuan kita samada melalui medium penulisan,forum2,penghantaran jemaah-jemaah dakwah,program dakwah dan sebagainya.insyaAllah.kisah pokok ini menarik perhatian saya dan untuk memudahkan umat islam yang berbahasa melayu,saya menterjemahkannya dari sebuah blog yang dilampirkan seperti rujukan di bawah.

kisah pokok yang melindungi Rasulullah S.A.W

Pokok yang adanya keberkatan Rasulullah S.A.W,yang mana pokok ini pernah melindungi Rasulullah S.A.W.

Firman Allah S.W.T:

24. tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

25. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

(Ibrahim:24-25)

Perkara yang paling layak untuk kita sayangi dan kasihi ialah perkara yang membawa kita dari kedalaman sebuah kegelapan dan membangkitnya dengan mengenalkan kita pada Allah S.W.T yang Maha Tinggi. Panggilan Rasul yang mulia iaitu Habibullah S.A.W,iaitu kekasih Allah S.W.T. Atas perkara inilah,rasa kecintaan pada Rasulullah S.A.W boleh dipraktikkan dan diamalkan dengan emosi dan kecintaan pada agama islam.

(Hazrat Sheikh Abdal Hakim Murad Hafizahullah)

Pokok ini telah diberkati dan hidup dengan sebab disentuh oleh Rasulullah S.A.W.

(Hazrat Al-Allamah Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah)

Kajian terkini yang sedang dilakukan di Negara Jordan telah membawa satu bukti tentang kesahihan dan kebenaran islam serta utusanNya,Nabi Muhammad S.A.W.Bagi orang-orang yang beriman,segala pernyataan Allah S.W.T walaupun ianya ringkas,ia sudah mencukupi untuk mempercayainya kerana keimanan mereka. Tetapi untuk mereka yang tersasar jauh dari kebenaran dan hidayah akan bertanya adakah sesuatu perkara dalam islam itu mempunyai bukti yang kukuh dan sahih.

Allah S.W.T akan menunjukkan bukti-bukti kebenaran islam dan utusanNya,Rasulullah S.A.W dari semasa ke semasa sehingga hari kiamat sebagai peringatan kepada mereka yang masih kurang beriman dan tidak beriman pada Allah S.W.T.

Ada sesetengah manusia yang mana masih enggan untuk mempercayai walaupun realitinya telah ada tanda-tanda kebenaran dan mengetahui kebenaran .ini adalah kerana disebabkan mereka mahu mempertahankan ego dan maruah mereka.

Satu lagi golongan manusia memegang kepada kepercayaan yang sahih dengan rahmat Allah S.W.T semasa melihat bukti-bukti.mereka yang mempercayai kebenaran dari Allah S.W.T dan membentuk kehidupan mereka berdasarkan perintah Allah S.W.T akan terselamat dan dilindungi dari kepanasan dan kedahsyatan api nereka dan diganjarkan dengan syurga yang nikmatnya tidak pernah putus.

Atas perkara ini,kami dengan rendah hati ingin memperkenalkan fakta untuk mereka yang mungkin boleh memahami kebenaran dan dengan rahmat Allah S.W.T,mereka akan kembali ke jalan yang lurus dan mengamalkan islam.

Allah S.W.T telah berfirman:

orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan Yang demikian).
(Al-Baqarah:146)

Beratus-ratus bukti telah diberitahu dan dicatatkan dalam kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran, iaitu Zabur,Taurat dan Injil tentang kedatangan dan zahiriah utusan terakhir,Muhammad S.A.W.banyak ayat-ayat dalam 3 kitab tersebut iaitu kitab yang asal boleh dijumpai tentang keterangan Nama,keturunan dan karakter utusan terakhir walaupun pada hari ini,salinan-salinan 3 kitab tersebut telah banyak diubah dan diganti isi-isinya.

Oleh itu,mereka yang mengetahui tentang utusan terakhir Allah S.W.T dari 3 kitab tersebut iaitu Zabur,Taurat dan Injil dan mereka ini berada di dalam pengetahuan Allah S.W.T.ada satu kisah tentang Bahira,seorang paderi kristian yang hidup di kota Busra`,di selatan Syam atau sekarang Negara Syria dan semangat dan keghairahannya untuk menemui utusan terakhir itu. Bahira telah ternampak sekumpulan rombongan kabilah perniagaan Arab dari Mekkah melintasi dan Bahira ternampak seorang budak lelaki dari kabilah perniagaain itu yang dilindungi awan sepanjang budak itu bergerak.Bahira telah memahami dan mengetahui tanda –tanda utusan terakhir pada budak itu dan telah memangggil dan menjemput rombongan kabilah perniagaan arab itu untuk jamuan makan.

Semua ahli rombongan kabilah perniagaan arab menghadiri jamuan makan itu kecuali seorang budak yang mana budak itu yang ditunggunya untuk hadir dalam jamuan itu.
Setelah tidak ada kehadiran budak itu, Bahira telah keluar dari rumah dan majlis jamuan dan mencari budak itu dan beliau Nampak budak itu sedang berehat di bawah sebuah pokok.Sepanjang pengetahuannya tentang kitab Injil,hanya utusan-utusan Tuhan yang rehat di bawah pokok. Jadi dia telah memanggil salah seorang dari ahli rombongan kabilah perniagaan arab untuk memanggil budak itu untuk makan bersama dalam jamuan.
Rahib Bahira telah menyoal budak itu dan beliau merumuskan bahawa dialah utusan terakhir yang diterangkan di dalam kitab Injil. Bahira telah meyakinkan dan menyuruh pak cik kepada Muhammad S.A.W,iaitu Abu Talib untuk kembali pulang ke mekkah dengan Muhammad kerana orang Yahudi sedang mencari budak ini untuk dicederakan dan dibunuh.

Insiden ini terjadi semasa junjungan kita ,Rasulullah S.A.W berumur 12 tahun (1459 Hijrah yang lepas).Pokok yang mana tempat Rasulullah S.A.W. berehat telah dipelihara oleh Allah S.W.T untuk jangka masa yang sangat panjang sehingga hari ini. Pokok ini sahaja yang ada di dalam kawasan 100 kilometer persegi di kawasan padang pasir di utara Negara Jordan.

Satu penghayatan dari tema iaitu mencitai Rasullah S.A.W,memuliakan tinggalan Rasullah,kemuliaan dan kasih. Filem pendek ini menceritakan tentang perjumpaan Nabi Muhammad S.AW semasa kecil dengan seorang paderi kristian bernama Bahira. Perjumpaan ini berlangsung dibawah sebuah pokok. 400 tahun kemudian,pokok yang sama telah dijumpai dan masih hidup dan berdaun di padang pasir di utara Jordan. Satu-satunya pokok yang hidup di dalam kawasan 100 kilometer persegi di dalam kawasan yang kering.
Pokok ini ada kaitan dengan kehidupan Rasulullah S.A.W tempat ziarah para jemaah umrah dan haji jika mereka singgah di Jordan..

Baginda S.A.W duduk di bawah pokok ini,dan ia memberi reaksi kepada Baginda S.A.W dan inilah yang membuat pokok yang menjadi bukti benda hidup kepada Nabi SA.W.,yang mana di dalam bahasa arab,ia dipanggil `Sahabi`.

(Putera Ghazi bin Muhammad,Jordan)

Di tempat ini,kita berdoa kepada Allah S.W.T,supaya hati kita ini adanya kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.

(Hazrat Shaykh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan Al-Buti Hafizahullah)

Perkara yang paling layak untuk kita sayangi dan kasihi ialah perkara yang membawa kita dari kedalaman sebuah kegelapan dan membangkitnya dengan mengenalkan kita pada Allah S.W.T yang Maha Tinggi. Panggilan Rasul yang mulia iaitu Habibullah S.A.W,iaitu kekasih Allah S.W.T. Atas perkara inilah,rasa kecintaan pada Rasulullah S.A.W boleh dipraktikkan dan diamalkan dengan emosi dan kecintaan pada agama islam.

(Hazrat Sheikh Abdal Hakim Murad Hafizahullah)

Hazrat Shaykh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan Al-Buti Hafizahullah di kawasan pokok yang pernah melindungi Rasulullah S.A.W

Hazrat Sheikh Abdal Hakim Murad Hafizahullah, Hazrat Al-Allamah Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah, Putera Ghazi bin Muhammad dan Hazrat Shaykh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan Al-Buti Hafizahullah berada di bawah pokok yang pernah melindungi dan emnajdi tempat rehat kepada Rasulullah S.A.W.

kita mestilah mampu untuk mengaplikasikan suatu perkara dengan cara yang betul,dari satu perkara kepada reality yang lain. Adanya,di dalam perasaan kita, satu dimensi menegak yang pergi secara mendalam di dalam hati kita melalui minda kita .satu garisan yang sangat penting.inilah dalam sebuah pokok.akarnya sebenarnya adalah realiti iman di dalam hati kita. Untuk kebanyakan manusia,pokok ini telah kering dan hampir mati kerana kita tidak menjaga asasnya iaitu akar.secara virtual,ianya ada tetapi tidak sebenarnya,dan kehidupan kerohanian kita mestilah menjaga pokok ini dengan menajaga akarnya iaitu dengan memperbaiki iman di dalam hati kita."

(Prof. Seyyed Hossein Nasr)

Mereka yang ditemuramah dalam filem in adalah termasuk:

- His Majesty King Abdallah II of Jordan

- H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad

- Shaykh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan Al-Buti

- Shaykh Al-Habib ‘Umar bin Hafeeth

- Shaykh Al-Habib Ali al-Jifri

- Prof. Seyyed Hossein Nasr

- H.E. Shaykh Dr. Ali Jum’a

- Shaykh Abdal Hakim Murad

Serta yang terlibat:

- H.E. Shaykh Muhammad Al-Sadiq Yusuf

- H.E. Shaykh Dr. Ahmad Hassoun

Pengedar DVD:

UK: http://www.zamzam.tv/uk/

Australia: invoke-media

Rujukan.

diterjemah dari laman web:

http://salafiaqeedah.blogspot.com/2010/12/only-living-sahabi-tree.html

insyaAllah,posting selepas ini ialah terjemahan kisah secara terperinci peristiwa Rasulullah S.A.W dengan Rahib Bahira di bawah pokok di kota Busra`.

pengalaman Hazrat Maulana Muhammad Tareq Jameel Hafizahullah dengan seorang pemuda dari itali semasa musim Haji di Mekkah,Arab Saudi

pengalaman Hazrat Maulana Tareq Jameel Hafizahullah dengan seorang pemuda dari itali.

Hazrat Maulana Tareq Jameel Hafizahullah menulis dalam buku ini tentang pengalaman beliau dan mereka yang telah keluar di jalan Allah S.W.T.

pada beberapa tahun yang lepas,semasa saya (Hazrat) menunaikan Haji,telah terjumpa dengan seorang pemuda dan ia memperkenalkan dirinya pada saya. pemuda itu berkata beliau dari itali.dan beliau dari susur galur keturunan Nabi S.A.W kita,dari Saidina Hassan R.Anhu dan berasal dari Bandar Marakesh, Maghribi.atas sebab keperluan,dia telah berhijrah ke itali.semasa umurnya mencecah 23 tahun,beliau telah mengeluarkan semua lelaki muslim di itali keluar di jalan Allah S.W.T.

300 masjid telah dibina di itali,yang mana sebelum ini tiada masjid, dan bersamanya,beliau telah memimpin 70 pemuda dari itali menunaikan fardu Haji.inilah kuasa Allah S.W.T yang menghantar seorang pemuda dari maghribi membawa islam dan amalan-amalannya ke itali. Pemuda ini bukanlah orang alim apatah lagi ulama,tetapi usaha dakwah nubuwwah yang dibawa ke kehidupannya dan diaplikasikan kepada keadaan sekelilinnya telah dizahirkan usahanya oleh Allah S.W.T.kerana sedikit asbab susah payah pemuda inilah,300 masjid telah terbina diitali,dan pemuda inilah juga asbab beribu-ribu pemuda muslim telah kembali ke pangkal jalan,bertaubat dan menjadi pekerja-pekerja agama Allah S.W.T.

salah seorang akkbireen ummat,eldest yang banyak berkorban untuk islam dengan berkhidmat dan musafir di seluruh dunia memberi khidmat kepada ummat,diberi perlindungan khas dari kerajaan Arab Saudi dengan kawalan sepenuhnya askar semasa menunaikan fardu Haji beberapa tahun lepas.

saya (Hazrat) kemudian memberi sedikit targhib kepada pemuda dan jemaah haji yang dibawa itu bahawa "usaha dakwah ini,ialah kerja dan tanggungjawab kita semua.saya tidak mengatakan,jadilah ahli kepada kumpulan jemaah tabligh.tidak,saya tidak mengajak kamu kepada mana-mana kumpulan pun.apa yang ingin saya katakan ialah saya dan kamu semua,kita semua adalah Hamba Allah S.W.T dan ummat kepada Muhammad S.A.W,dan menjadi mereka yang menyebarkan dan membawa usaha dakwah islam ini kepada yang lain.dan lakukanlah usaha dan sebarkanlah agama ini walau berdepan dengan kesusahan yang bakal kita hadapi."

dan Hazrat menyambung lagi,"kita lakukan ini semua untuk sukakan Allah S.W.T,di hari kiamat nanti,di telaga Al-Kawthsar,Nabi kita yang mulia,Muhammad S.A.W ,dengan tangan Baginda S.A.W,Baginda S.A.W akan memberikan kita minuman dari tangan Baginda S.A.W sendiri.segala kesusahan dan kesakitan akan hilang. di sana nanti,akan ada satu seruan,"dimana ummat akhir zaman?apabila agama islam tidak diamalkan dan terpadam dari hati ummat,ada sebahagian dari mereka yang memeluk dan berpegang teguh kepada islam serta menyampaikan dan menyebarkan mesej Nabi S.A.W tentang agama Allah S.W.T ini."

Rujukan.

1. Allah Ke Raaste Mein Nikalnay Walon Ki Hairat-Angaiz Kar-Guzarian(Astonishing Chronicles of Those That Go Out in the Path of Allah) by Hazrat Maulana Muhammad Tareq Jameel Hafizahullah (Jamia Arabia Raiwind,Lahore,Pakistan.)

Tuesday, November 8, 2011

Doa dan kekuatannya.

Doa dan kekuatannya.

Pada Bahagian ini,kisah ini dipetik dari buku “Aap Beeti” karya Hazrat Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah.

Di sini,Hazrat menerangkan bahayanya membuat dan membaca doa pada masa-masa tertentu terutamanya pada masa yang mana doa-doa diterima.

Hazrat secara umum menghabiskan Bulan Ramadhan pada 1364 Hijrah dengan beriktika`f 15 hari di Banglawalee Masjeed,Nizammuddin dan baki 15 hari lagi di Saharanpur. Pada masa itu gerakan kebangsaan dan para pengikutnya telah mencipta dan membuat slogan dan menyebut, “kita mestilah mengambil Pakistan.itu adalah pasti. Kita harus mengambilnya walaupun berkorban harta da nyawa. Kita harus mengambilnya walaupun kita perlu membunuh,kita harus mengambilnya dengan darah.” Dan perkara ini masih disebut dan dilaungkan dalam bulan Ramadhan walaupun selepas solat Tarawikh sehinggalah tangisan para pelajar madrasah yang sedih mendengarkan laungan ini didengari.

Saya (Hazrat) cuba menasihatkan mereka ini tentang perkara ini,dan menghantar mesej ini berulang kali pada mereka apabila berjumpa,” di dalam malam yang berkat di dalam bulan Ramadhan ini ialah masa untuk meminta dan membaca doa. Kalau perlu, mintalah dan berdoa untuk mendapatkan Pakistan kamu.mintalah Pakistan,tetapi jangan minta Pakistan dengan cara pembunuhan dan pertumpahan darah.”

Tetapi,perkara ini seolah-oah diabaikan dan tidak ada dalam minda mereka kerana sikap mereka.di dalam Sebuah Hadtih ada satu peringatan supaya tidak menyumpah anak-anak dan harta-benda. Allah S.W.T telah mencipta masa-masa tertentu di mana apabila seseorang hamba itu berdoa dan ianya diterima.

"Fa inna lillaahi saa'aatan laa yuraddo fihin ne saa'ilan"

“Kerana sesungguhnya Allah S.W.T mempunyai masa tertentu di mana setiap permintaan hamba-hambaNya tidak ditolak dan diterima.”

Hadith ini ada di dalam banyak riwayat.

Di dalam Mishkat Al-Masabih,ada satu riwayat yang diriwayatkan oleh Hazrat Jabir R.Anhu,”janganlah kamu menyumpah diri sendiri dan menyumpah harta benda, anak-anak.Biarlah ianya tidak menjadi apa-apa,yang mana doa yang kamu buat itu termasuk di dalam masa yang doa diterima oleh Allah S.W.T.”

Penyakit ini sangat ketara dikalangan para wanita kerana apabila mereka marah pada anak-anak mereka,mereka akan menyumpah anak-anak mereka seperti “pergi dan binasalah” atau “pergi dan jadilah benda yang disumpah”. Apabila secara kebetulan sumpahan ini terjadi dan diterima Allah S.W.T,mereka akan jatuh terduduk dan menangis.

Di dalam kelas pengajian saya (Hazrat),saya sentiasa menekankan kepada para pelajar bahawa, apabila kita berdoa untuk sesuatu,berdoalah sesuatu yang mana ianya ada dari tulisan dan bacaan dari Al-Quran dan Hadith,ini adalah kerana ianya tidak ada berkaitan dengan keperluan seseorang di dalam dunia ini dan akhirat. Begitu juga dengan cara kita berdoa. Saya ingin menulis sebuah kisah ringkas yang mana ianya lari sedikit dari perkara ini tetapi ianya terjadi dalam realiti kehidupan kita.

Saya telah mendengar kisah ini diceritakan pada saya lebih dari majlis bersama para Akkbair Ulama E-Kiraam dan juga telah mendengar semasa di dalam daurah dengan kerap sekali,bahawa seseorang itu tidak harus berdoa dalam apa yang kita hajati dengan perkataan kita sendiri. Pertama, Adalah lebih baik berdoa dengan kata-kata dari Allah S.W.T sendiri iaitu Al-Quran kerana perkataan-perkataan ini ada nilai yang lebih besar di sisi Allah S.W.T. Kedua, perkataan-perkataan yang dari Nabi S.A.W iaitu Hadith, yang mana ianya adalah melingkupi keseluruhan permintaan-permintaan seorang muslim apabila mereka berdoa,dan ada di dalam Hadith.

Rujukan

1. Aap Beti edisi bahasa inggeris ,muka surat 514 oleh Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah. ( Darul Isha'at Publisher, South Africa)

2. Mishkat Al-Masabih dan komentari oleh Hazrat Maulana Fazlul Karim Hafizahullah.(Islamic Book Service, India.)ISBN: 8172310013