Friday, September 23, 2011

Musafahah (bersalaman) sesama islam, orang alim dan para ulama:konsep dan dalil.



Sheikh Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari Hafizahullah hendak bermusafahah bersama Habib Ali Al-Jufri Hafizahullah

Musafahah(bersalaman) orang islam,orang alim dan para ulama:konsep dan dalil.


Istilah Musafahah adalah bermaksud menyatukan dan bersalaman antara tangan dengan tangan yang lain. Ianya boleh dilakukan samada dengan kedua-dua belah tangan atau salah satu sahaja.

Mereka yang berkata ianya adalah Sunnah untuk melakukan Musafahah dengan satu tangan harus membawa dan mengeluarkan hadith yang mana musafahah dengan satu tangan diterangkan.Malah ini sebenarnya tidak mencukupi.Mereka harus membuktikan secara tambahan bahawa adakah wujud larangan musafahah dengan kedua belah tangan.dengan ketiadaan kedua perkara ini,tuduhan mereka tidak boleh dibuktikan.

Apabila kita mencari Hadith berkenaan melaksanakan musafahah dengan kedua-dua tangan,perlu kita ketahui bahawa ada satu hadith yang diriwayatkan dari Hazrat Abdullah Ibnu Mas`ud R.Anhu di dalam Sahih Bukhari pada jilid pertama ,muka surat 926 bahawa Beliau Meriwayatkan dan mengaitkan bahawa:

”Utusan Allah S.W.T telah mengajar aku Tashahud sebagaimana Baginda mengajar aku ayat-ayat Quran sementara tanganku berada di antara tangannya.”

Adalah diterangkan secara nyata bahawa tangan Hazrat Ibnu Mas`ud R.Anhu adalah di antara kedua tangan Nabi Muhammad S.A.W.dan dari Hadith ini kita dapati bahawa Baginda S.A.W sedang bermusafahah dengan kedua belah tangan dan Ibnu Mas`ud R.Anhu dengan kedua belah tangan beliau.



Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani sedang bersalaman(musafahah) bersama Sheikh Dr.Yusuf Al-Qardawi Hafizahullah.


Oleh itu,jelaslah bahawa,kedua-dua belah tangan Ibnu Mas`ud .R.Anhu juga mengenggam tangan Baginda S.A.W semasa bersalaman. Walaupun boleh diterima bahawa boleh terjadi hanya salah satu sahaja tangan Ibnu Mas`ud R.Anhu yang bersalaman dengan Nabi S.A.W,maka ianya juga adalah jelas bahawa tindakan ini juga mendapat keberkatan dari Nabi S.A.W.

Jika perkara ini mempengaruhi (Rajiih) dan tidak mempengaruhi (marjuh),maka menjadi keharusan untuk melakukan untuk kedua-dua cara bermusafahah ini.Satu, dari hadith Fili`(tindakan dan perbuatan) Baginda S.A.W dan yang laindari Hadith Taqriri (kebenaran secara tersirat) dari Nabi S.A.W.

Walaubagaimanapun,ianya jelas bahawa kedua-dua perbuatan dan tindakan ini adalah dibolehkan,yang mana tindakan dan perbuatan yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W haruslah diutamakan dan dilaksanakan dan Allah S.W.T mengetahui mana yang terbaik.

Untuk menganggap bahawa perbuatan bersalaman dengan kedua-dua belah tangan bukan perbuatan musafahah ialah satu kejahilan yang besar. Al-Imam Bukhari Rahimahullah telah membuktikan perbuatan dan tindakan musafahah dengan hadith di atas dan ada juga meriwayatkan Hammad R.Anhu melaksanakan musafahah dengan Ibnu Al-Mubarak Rahimahullah dengan kedua-dua belah tangan, yang mana adalah diketahui bahawa cara ini juga adalah cara para Salaf terdahulu yang soleh.dan Allah S.W.T mengetahui yang terbaik.


Rujukan:

1. Al-Yawaqit al-Ghaliyah fi Tahqiq wa Takhrij al-Ahadith al-’Aliyah by Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Janpuri Hafizahullah
(murid kepada Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah),
(United Kingdom, Majlis Da’wat al-Haq publications, edisi pertama,jilid pertama,muka surat 280-281)

2.Sahih Bukhari Shareef jilid pertama,muka surat 926,edisi bahasa urdu oleh Imam Abu Alabsas Alzbeedi Rahimahullah ,Yaman dengan terjemahan oleh Hazrat Maulana Abu Muhammad Hafiz Hammad Hafizahullah,
( Darussalam Publications,Riyadh,Arab Saudi, cetakan 2001)

No comments:

Post a Comment