Monday, May 24, 2010

MUSUH kita yang sebenar.....





20 May 2010, 11:25PM
Alhamdulillah,setelah lebih kurang seminggu sudah cuti semester telah bermula,dan aku dinasihatkan untuk berehat kerana keadaan kesihatanku tidak mengizinkan untuk aku membuat aktiviti yang lasak dan bermusafir.dan aku sedikit kecewa kerana keadaan kesihatanku itdak mengizinkan untuk aku bermujadah cuti sem ni..selain kekangan keluarga yang merisaukan keadaanku begini...

Aku redha dengan ketentuan dan kehendakMu ya Allah..di sini aku ingin termasuk diri aku untuk berfikir tentang MUSUH kita yang sebenarnya iaitu MUSUH ORANG ISLAM. Kadang-kadang aku terfikir dalam arena politik,saling tuduh-menuduh antara satu sama lain,mencaci antara satu sama lain,dan berkempen sana-sini,dengan `timbang biru` (parti politik yang memerintah) memerintah dan cuba memberi yang terbaik untuk rakyat. Dan dengan ` Jepun hijau` (ada bulan putih `background` hijau) cuba menegakkan islam dengan cara politik dan nak membawa system pemerintahan islam dalam Negara.Ditambah lagi dengan isu mazhab,salaf,`kaum muda`,`kaum tua`,wahabi ,tariqat dan sebagainya. Hukum kafir kepada orang lain,menghukum sesat, bidaah pada orang lain dan sebagainya yang teruk.Betul, masalah KHILAF ini ada semenjak zaman Nabi S.A.W,para Sahabat, tabie,tabieen, dan ulama.Tetapi mereka tidaklah sampai menghukum dan menjatuhkan kafir kepada orang islam yang lain sebagaimana hari ini berlaku.

Kesal juga melihat saudara seagama betelagah sesama sendiri terutamanya di Malaysia ini sedangkan MUSUH KITA seronok dan tertawa melihat telatah dan gelagat kita dari jauh. Satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa satu nama yang kita ada dengar tetapi tidak berapa `alert` dan kadang-kadang terlupa, `DAJJAL`. Ia juga salah satu mahluk ciptaan Allah, tetapi hidupnya untuk merosakkan akidah,iman,kehidupan orang islam apabila kiamat hampir tiba. Benar, Imam Mahdi dan Isa Alaihis`salam akan turun untuk menentang dajjal,tetapi adakah kita bersedia untuk detik itu?adakah kita masih lagi islam masa itu?dikatakan bahawa dajjal menyeksa orang yang tidak mengaku ia tuhan pada masa itu.membuat secara benar hakikat neraka dan syurga untuk menyesatkan kita.


Benda-benda ni aku terfikir semasa melihat `THE ARRIVAL SERIES` yang boleh `download` dan lihat di `youtube`,ada 50 episod semuanya lebih kurang. Kalau melihat minda akan terbuka sikit untuk kita berfikir. Siapa MUSUH ORANG ISLAM sebenarnya.betapa liciknya perancangan dajjal laknatullah dan orang2 bawahannya untuk merosakkan akidah dan melekakan manusia.

Jujur aku katakan,sebenarnya usaha yang sedang bergerak dari rumah ke rumah,pintu ke pintu,Negara ke Negara yang dikenali dengan jemaah tabligh yang mana aku pun x setuju orang bagi usaha ni nama,sebenarnya cuba untuk membaiki iman dan keyakinan orang yang bermujahdah (orang yang bergerak itu sendiri) dan orang yang diziarahi mendapat munafaat daripadanya juga dalaah salah satu persediaan untuk iman dan keyakinan kita untuk menempuh ZAMAN MUSUH KITA TIBA nanti. Dah tiada masa untuk kita berdiskusi,berdebat,cari kesalahan orang lain,kerana ZAMAN itu ssemakin hampir.kita kenalah bergerak walaupun ktia sekadar mampu bergerak dalam daerah tempat kita tinggal sekalipun untuk memperbetulkan keyakinan dan iman kita selain untuk baiki hubungan dengan Allah dan persediaan untuk bertempur dengan musuh Allah,iaitu musuh orang islam yang sebenar.

Lihatlah betapa liciknya perancangan yang telaa dibuat oleh musuh kita selama beratus-ratus tahun sebelum ini sehingga kita tewas pada hari ini,dalam sedar atau tidak. Allah S.W.T telah membuka hati dan minda rang yang membuat `THE ARRIVAL SERIES` dan fakta serta bukti-bukti yang dilampirkan ada relevannya dan logic serta berpandukan Nas Quran dan Hadith....Jadi,bila kita mahu bergerak?

Alhamdulillah juga orang-orang Arab juga tleah bangkit kembali membuat usaha dakwah yang dimonopoli oleh nenek moyang mereka satu masa dahulu,dengan para keturunan Nabi S.A.W danSahabat R.Anhum juga telah bangkit membuat usaha ini, termasuk saudara kita yangdilanda perang,dari PALESTIN sana,sedar x sedar dah ada 2 jemaah dari palestin telah masuk Negara kita dalam tempoh dari jan-may 2010 ni..kalau kita `alert` kita akan perasan..bergerak dari rumah ke rumah untuk menyambung risalah Nubuwwah yang diamanahkan oleh Allah S.W.T melalui Nabi S.A.W pada kita,baiki yakin imaniat,dan ini persediaan yang paling penting dan asas dalam menghadapi MUSUH kita selain persediaan fizikal.


Kalau belum lihat,lihatlah dulu `THE ARRIVAL SERIES`,sama kita cuba memahaminya....doakan kesihatanku bertambah pulih,dan doa untuk umat islam bangkit dan bersatu balik buat Amanah yang diberi pada kita..


salah satu contoh episod `the arrival` episod 50


1 comment:

  1. gambar atas sekali tu ammbik drpd blog mana? macam pernah nampak je. hehe

    ReplyDelete