Thursday, July 30, 2009

petikan ucapan dari kata-kata Bhai Haji Abdul Wahab,orang lama di dalam usaha Da`wah


Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,

Dalam setiap keadaan bagaimana kafiat Nabi S.A.W iaitu pemikiran,kerisauan dan kebimbangan yang ada pada Nabi S.A.W ada pada kita.Kita perlu berdoa kepada Allah S.W.T supaya bagaimana kafiat Nabi S.A.W zahir dan batin ada pada diri kita.Begitu juga kafiat yang ada pada diri Nabi yang tidak menyukai sesuatu amalan juga perlu ada pada diri kita.

Seterusnya kita meminta ampun kepada Allah S.W.T atas kelalaian kita kerana kerisauan,kebimbangan yang ada pada diri Nabi tidak ada pada diri kita.Kita perlu memohon ampun bagi seluruh umat ini kerana kerisauan dan kebimbangan Nabi tidak ada pada mereka.

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,

Seterusnya kita perlu berdoa,”ya Allah,Sepatutnya kami sentiasa tawajjuh(berharap)
kepada-Mu yang perkara itu belum ada pada diri kami Engkau ampunkan kami ya Allah,perkara ini tidak akan kami dapat hasilkan tanapa anugerah daripada-Mu,ya Allah,
amal-amal yang Engkau cintai dimana dengan amal itu kami semakin dekat denganMu.
Amal-amal itu sedikit pun kami tidak dapat melaksanakan.”


Sebanyak mana kita mengamalkan perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi S.A.W,
maka semakin dekatlah kita kepada Allah S.W.T.Apabila kita melaksanakan perintah di dalam keseluruhan agama dengan cara Muhammad S.A.W,maka kita akan kekal dalam hidayat dan Allah S.W.T akan menyebarkan hidayat itu am kepada seluruh alam.

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,

Maulana Muhammad Ilyas Rah. Pernah memberitahu kepada saya(Haji Abdul Wahab),
sebelum kamu solat,hendaklah kamu berselawat kepada Nabi S.A.W,seterusnya kita berdoa,”ya Allah,Atas maksud apa Nabi S.A.W dihantar ke dunia,maka maksud itu juga berilah kepada kami,ya Allah,berilah makam kenabian Nabi kepada diri saya.Ya Allah,perasaan apa yang ada pada diri Nabi berilah kepada kami.Ya Allah,jadikan kami perantaraan Engkau hidupkan agama sebagaimana Engkau hidupkan agama pada zaman Nabi dan Sahabat.”

Kita perlu mengajak seluruh umat ini atas satu kerja yang mulia iaitu,kerja suci murni Nabi S.A.W.Kita perlu berusaha lagi dan lagi di mana sahaja kita berada kita perlu membuat usaha kenabian Nabi.

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,

Wanita-wanita pada zaman Nabi S.A.W begitu tinggi semangatnya seperti sahabat R.Anhum.Kita juga perlu mengetahui pada setiap saat apa kehendak Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan ini bukam mengikut kehendak nafsu kita tetapi bagaimana setiap masa dan keadaan kita sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T.Untuk itu kita pelru berkorban seperti sahabt R.Anhum atau kita sentiasa bersedia unutk mengorbankan diri,masa dan harta emngajak umat membuat pengorbanan diri dan harta keluar di jalan
Allah S.W.T.Sahabat R.Anhum telah membuat pengorbanan yang begitu tinggi sehingga pengorbanan mereka disukai Allah S.W.T dan Allah S.W.T jadikan sebagai asbab hidayat kepada seluruh alam sehingga agama sampai dalam diri kita pada hari ini.

Kita perlu memohon selalu kepada Allah S.W.T dan jangan sekali-sekala berdoa sahaja tetapi perlu berterusan berdoa kepadaNya.Hari ini saya (Haji Abdul Wahab) mendapati kita hanya berdoa sekali-sekala sahaaja sedangkan perkara yang kita doakan adalah perkara yang sangat besar iaitu hidayah.Kita perlu berdoa lagi dan lagi serta membuat usaha lagi dan lagi sehingga Allah S.W.T mengasihani kita,menerima kita dan
Membuka jalan kepada kita.Dengan ini,Allah S.W.T akan memberi nur kepada kita dimana nur itu tidak akan padam lagi.

Akal dan nafsu kita perlu tundukkan mengikut cara Nabi S.A.W.Seterusnya kita perlu sentiasa tawajjuh kepada Allah S.W.T dengan membayangkan Allah S.W.T melihat,
Mendengar kata-kata,dan sentiasa memerhatikan kita.Seorang murid apabila duduk di hadapan ustaznya akan duduk dengan tertib dan tawadhuk.Oleh itu,setiap masa kita perlu bayangkan kita berada dihadapan Allah S.W.T.


-petikan ucapan dari kata-kata Bhai Haji Abdul Wahab,orang lama di dalam usaha Da`wah,yang mula memberi masa untuk agama sejak dari tahun 1940-an hingga kini.berumur hampir 96 tahun.tinggal di raiwind,Lahore,Pakistan.

No comments:

Post a Comment