Monday, July 13, 2009

Ijitma Malaysia 2009,satu rahmat Allah bagi malaysia





Dengan nama Alah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Nah maduhu wanusolli mu ala rasulihil kariim..
Alhamdulillah,selesai sudah satu perhimpunan yang berhimpun untuk mengingati akhirat iaitu ijtima dunia Malaysia 2009 yang berlangsung di masjid kuarters klia,(Bandar enstek) yang bertarikh pada 9,10,11,12 julai 2009 yang dihari tetmau berjumlah lebih kurang 250,000 orang dari Malaysia dan seluruh dunia.
Satu perkara yang kita perlu fahami bahawa perhimpunan ini bukanlah semata-mata untuk mengumpulkan manusia.tetapi adalah satu perhimpunan yang untuk memberi nasihat dan bimbingan tentang maksud hidup orang islam oleh para ulama yang pakar.dan ia juga salah satu cara untuk menarik rahmat Allah kerana berkumpul beramai-ramai semata keranaNya.
Alhamdulillah para ulama yang datang dari pelbagai Negara sanggup datang semata-mata kerana ihsankan orang Malaysia.Antaranya Maulana Muhammad Saad khandalawi,Maulana Muhammad Zubair Ul-Hassan,Maulana Ahmed Lat An-Nadwi,Maulana Ismail Godra,Maulana Mustaqim (rakan belajar tok guru nik aziz semasa di deoband,india),Haji Abdul Wahab,Maulana Shauqat,Maulana yunus palanpuri dan ramai lagi yang hadir.Tak diupakan juga para ustaz-ustaz Malaysia,Ustaz Hamid,Ustaz Umar,Ustaz Amir Hamzah dan ramai lagi serta para ahli syura dan orang lama dalam usaha da`wah.
Syukur juga kerana para pemimpin kita juga meluangkan sedikit masa untuk hadir perhimpunan antaranya Yang dipertuan agong,Sultan Mizan,Sultan Selangor,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tengku Mahkota Kelantan dan tetamu kerabat dari luar Negara,Putera Mahkota Qatar.Tak dilupakan juga Perdana menteri,Dato` SeRi Najib,Timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin,Menteri Besar Negeri Sembilan dan ramai lagi tetamu kenamaan.
Saudara semua yang dimuliakan,
Ijtima adalah satu perkara yang dilaksanakan untuk megeluarkan jemaah d`awah untuk dihantar ke seluruh dunia.Antara ijtima yang diadakan setiap tahun ialah di Tongi,Dhaka,Bangladesh yang mana jumlah tetamu yang datang seramai 5 juta orang, yang diadakan di antara bulan januari dan febuari,ijtima di Raiwind,Lahore,Pakistan berjumlah 2 juta orang yang diadakan pada setiap hujung tahun,Ijtima di Sana`a,Yaman,Ijtima di Dewsburry,London,Ijitma di Lenz,South Africa,Ijtima Bhopal di India dan Ijtima di Chicago,Amerika Syairkat.
Jadi,kita sebenarnya beruntung kerana Malaysia juga Allah beri peluang untuk menjadi tuan rmuah pada kali ini.
Ramai orang menghadiri ijtima adalah kerana majlis ini hanyalah memperkatakan tentang agama,tidak menyentuh isu-isu politik,semasa mahupun sensitivity mana-mana pihak,hanyalah berkisar kepada Iman dan Amal,Allah dan Rasulnya dan pentingya kita menunaikan tanggunjawab kita kepada agama untuk menyebarkan agama islam dengan cara berhikmah yang dipraktikkan oleh Nabi S.A.W dan Para Sahabat R.Anhum.
Alhamdulillah dengan bersebabkan pengorbanan Nabi dan Sahabat,Allah telah beri kita peluang untuk menyambung kerja nubuwwah,iaitu mensyiarkan agama Allah di atas muka bumi ini.dan sekarang,jemaah-jemaah da`wah ini telah bertebaran di seluruh alam dari ke hujung-hujung benua,di pulau-pulau terpencil seperti di kepulaun Fiji,maurititus,Madagascar,chile,malahan di Israel pun dihantar jemaah da`wah untuk mengislamkan roang-orang yahudi.
Satu perkara yang mungkin terlupa di dalam usaha menegakkan agama Allah,iaitu bersangka baik.Bersangka baik ini adalah perlu dan ia adalah sifat Nabi kita yang mulia hatta kepada musuh kita sekalipun.dan banyak lagi sebab kenapa kita runtuh di akhir zaman ini.satu perkara yang mungkin kita terlupa ialah tertib dan adab mengur para pemimpin,sejarah telah membuktikan bahawa dari zaman Nabi S.A.W,khulafa ar-rasyidi,dan kekhalifahan,ada cara yang tertentu untuk menegur para pemimpimn,bukanlah dengan megaibkannya di khayalak ramai,dengan demonstrasi,bantahan dan lain-lain perkara lagi apatah lagi menceritakan keburukan orang.
Dan satu perara,iaitu khilaf.tiada masalah sebanarnya khilaf,ia memang sudah ada sejak dari dulu lagi,tapi tidaah terjadi sampai zaman kita ini,sehingga sanggup menghukum orang dengan kafir,musyri,syirik dan lain-lain.kita berpegang kepada mana yang kita yakin,dan tidak mengatakan dan menghukum bahawa yang lain tiu tidak betul.kita buka alim-ulama untuk mentaklid seseorang.
Jadi,perkara-perkara ini perlulah dielakkan demi untuk meyatukan umat islam.dan ijtima ini adalah salah satu usaha untu meyatukan umat islam dengan menanamkan dalam minda bahawa kejayaan kita sebenarnya adalah tersimpan dalam agama Allah,ada dalam amal-amal agama,ada bila kita keluar di jalan Allah untuk menyebarkan agama disamping memperbaiki diri sendiri.dan belajar untuk yakin sepenuhnya pada Allah,tidak yakin kepada kerajaan,pangkat,perniagaan,pelaburan dan lain-lain.Bukanlah bermaksud kita tinggalkan perkara ita usahakan di dunia ini,tetapi usaha itu disertakan dengan membawa syariat agama Allah ini.itulah kehendak sebbenar Allah dan RasulNya.
Semoga Allah memilih Negara kita lagi pada tahun depan utnuk diadakan ijtima dunia lagi padatahun hadapan.Amiin...
Hamba fakir kepada Allah yang Maha Kaya,
Muhammad_efendie

4 comments:

  1. gambar yang ke3 tu gambar ustaz nazli..ana 1 halkah ngan dia..mungkin anta perasan ana..cuma xbertegur je..ana berjumpa dengan adib pemilik blog rahba81

    ReplyDelete
  2. mungkin juga,sebab terlalu ramai sangat orang,jadi kadang2,kawan yg pergi sekali ijtima pun boleh terpisah.hehehe...tapi Alhmadulillah ijtima berjalan lancar..

    kalau pergi ijtima tongi lagi pening,5 juta orang..subhanaAllah..

    ReplyDelete
  3. Mohon izin link posting ini ke blog saya.
    Mekasih

    ReplyDelete
  4. tq kerana ziarahi blog saya. Saya doakan agar perjalanan dakwah di Malaysia terus mantap. Insyaallah.
    dah lama tidak keluar hampir 5 tahun

    ReplyDelete