Thursday, July 30, 2009
petikan ucapan dari kata-kata Bhai Haji Abdul Wahab,orang lama di dalam usaha Da`wah
Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Dalam setiap keadaan bagaimana kafiat Nabi S.A.W iaitu pemikiran,kerisauan dan kebimbangan yang ada pada Nabi S.A.W ada pada kita.Kita perlu berdoa kepada Allah S.W.T supaya bagaimana kafiat Nabi S.A.W zahir dan batin ada pada diri kita.Begitu juga kafiat yang ada pada diri Nabi yang tidak menyukai sesuatu amalan juga perlu ada pada diri kita.
Seterusnya kita meminta ampun kepada Allah S.W.T atas kelalaian kita kerana kerisauan,kebimbangan yang ada pada diri Nabi tidak ada pada diri kita.Kita perlu memohon ampun bagi seluruh umat ini kerana kerisauan dan kebimbangan Nabi tidak ada pada mereka.
Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Seterusnya kita perlu berdoa,”ya Allah,Sepatutnya kami sentiasa tawajjuh(berharap)
kepada-Mu yang perkara itu belum ada pada diri kami Engkau ampunkan kami ya Allah,perkara ini tidak akan kami dapat hasilkan tanapa anugerah daripada-Mu,ya Allah,
amal-amal yang Engkau cintai dimana dengan amal itu kami semakin dekat denganMu.
Amal-amal itu sedikit pun kami tidak dapat melaksanakan.”
Sebanyak mana kita mengamalkan perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi S.A.W,
maka semakin dekatlah kita kepada Allah S.W.T.Apabila kita melaksanakan perintah di dalam keseluruhan agama dengan cara Muhammad S.A.W,maka kita akan kekal dalam hidayat dan Allah S.W.T akan menyebarkan hidayat itu am kepada seluruh alam.
Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Maulana Muhammad Ilyas Rah. Pernah memberitahu kepada saya(Haji Abdul Wahab),
sebelum kamu solat,hendaklah kamu berselawat kepada Nabi S.A.W,seterusnya kita berdoa,”ya Allah,Atas maksud apa Nabi S.A.W dihantar ke dunia,maka maksud itu juga berilah kepada kami,ya Allah,berilah makam kenabian Nabi kepada diri saya.Ya Allah,perasaan apa yang ada pada diri Nabi berilah kepada kami.Ya Allah,jadikan kami perantaraan Engkau hidupkan agama sebagaimana Engkau hidupkan agama pada zaman Nabi dan Sahabat.”
Kita perlu mengajak seluruh umat ini atas satu kerja yang mulia iaitu,kerja suci murni Nabi S.A.W.Kita perlu berusaha lagi dan lagi di mana sahaja kita berada kita perlu membuat usaha kenabian Nabi.
Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Wanita-wanita pada zaman Nabi S.A.W begitu tinggi semangatnya seperti sahabat R.Anhum.Kita juga perlu mengetahui pada setiap saat apa kehendak Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan ini bukam mengikut kehendak nafsu kita tetapi bagaimana setiap masa dan keadaan kita sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T.Untuk itu kita pelru berkorban seperti sahabt R.Anhum atau kita sentiasa bersedia unutk mengorbankan diri,masa dan harta emngajak umat membuat pengorbanan diri dan harta keluar di jalan
Allah S.W.T.Sahabat R.Anhum telah membuat pengorbanan yang begitu tinggi sehingga pengorbanan mereka disukai Allah S.W.T dan Allah S.W.T jadikan sebagai asbab hidayat kepada seluruh alam sehingga agama sampai dalam diri kita pada hari ini.
Kita perlu memohon selalu kepada Allah S.W.T dan jangan sekali-sekala berdoa sahaja tetapi perlu berterusan berdoa kepadaNya.Hari ini saya (Haji Abdul Wahab) mendapati kita hanya berdoa sekali-sekala sahaaja sedangkan perkara yang kita doakan adalah perkara yang sangat besar iaitu hidayah.Kita perlu berdoa lagi dan lagi serta membuat usaha lagi dan lagi sehingga Allah S.W.T mengasihani kita,menerima kita dan
Membuka jalan kepada kita.Dengan ini,Allah S.W.T akan memberi nur kepada kita dimana nur itu tidak akan padam lagi.
Akal dan nafsu kita perlu tundukkan mengikut cara Nabi S.A.W.Seterusnya kita perlu sentiasa tawajjuh kepada Allah S.W.T dengan membayangkan Allah S.W.T melihat,
Mendengar kata-kata,dan sentiasa memerhatikan kita.Seorang murid apabila duduk di hadapan ustaznya akan duduk dengan tertib dan tawadhuk.Oleh itu,setiap masa kita perlu bayangkan kita berada dihadapan Allah S.W.T.
-petikan ucapan dari kata-kata Bhai Haji Abdul Wahab,orang lama di dalam usaha Da`wah,yang mula memberi masa untuk agama sejak dari tahun 1940-an hingga kini.berumur hampir 96 tahun.tinggal di raiwind,Lahore,Pakistan.
Thursday, July 16, 2009
Senarai ijtima`(perhimpunan) islam yang diadakan di seluruh dunia.
Ijtima` tongi,Dhaka,Bangladesh –jumlah tetamu-5 juta orang ,setiap tahun,awal bulan febuari
Ijtima` raiwind,Lahore,Pakistan- jumlah tetamu-2 juta orang ,setiap tahun,pada hujung tahun
Ijtima `Bhopal-,India-setiap tahun
Ijtima` Sana`a,Yaman-setiap tahun.
Ijtima` Lenz,South Africa- setiap tahun.
Ijtima Dewsburry,London-setiap tahun.
Ijtima` Chicago,Amerika Sayrikat.-setiap tahun
Ijtima` Bangkok-jumlah tetamu-1 juta orang,setiap tahun,bulan januari
Ijtima` yang baru diadakan-
Di Indonesia
Di Malaysia
Di Philippines
Monday, July 13, 2009
Ijitma Malaysia 2009,satu rahmat Allah bagi malaysia
Dengan nama Alah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Nah maduhu wanusolli mu ala rasulihil kariim..
Alhamdulillah,selesai sudah satu perhimpunan yang berhimpun untuk mengingati akhirat iaitu ijtima dunia Malaysia 2009 yang berlangsung di masjid kuarters klia,(Bandar enstek) yang bertarikh pada 9,10,11,12 julai 2009 yang dihari tetmau berjumlah lebih kurang 250,000 orang dari Malaysia dan seluruh dunia.
Satu perkara yang kita perlu fahami bahawa perhimpunan ini bukanlah semata-mata untuk mengumpulkan manusia.tetapi adalah satu perhimpunan yang untuk memberi nasihat dan bimbingan tentang maksud hidup orang islam oleh para ulama yang pakar.dan ia juga salah satu cara untuk menarik rahmat Allah kerana berkumpul beramai-ramai semata keranaNya.
Alhamdulillah para ulama yang datang dari pelbagai Negara sanggup datang semata-mata kerana ihsankan orang Malaysia.Antaranya Maulana Muhammad Saad khandalawi,Maulana Muhammad Zubair Ul-Hassan,Maulana Ahmed Lat An-Nadwi,Maulana Ismail Godra,Maulana Mustaqim (rakan belajar tok guru nik aziz semasa di deoband,india),Haji Abdul Wahab,Maulana Shauqat,Maulana yunus palanpuri dan ramai lagi yang hadir.Tak diupakan juga para ustaz-ustaz Malaysia,Ustaz Hamid,Ustaz Umar,Ustaz Amir Hamzah dan ramai lagi serta para ahli syura dan orang lama dalam usaha da`wah.
Syukur juga kerana para pemimpin kita juga meluangkan sedikit masa untuk hadir perhimpunan antaranya Yang dipertuan agong,Sultan Mizan,Sultan Selangor,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tengku Mahkota Kelantan dan tetamu kerabat dari luar Negara,Putera Mahkota Qatar.Tak dilupakan juga Perdana menteri,Dato` SeRi Najib,Timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin,Menteri Besar Negeri Sembilan dan ramai lagi tetamu kenamaan.
Saudara semua yang dimuliakan,
Ijtima adalah satu perkara yang dilaksanakan untuk megeluarkan jemaah d`awah untuk dihantar ke seluruh dunia.Antara ijtima yang diadakan setiap tahun ialah di Tongi,Dhaka,Bangladesh yang mana jumlah tetamu yang datang seramai 5 juta orang, yang diadakan di antara bulan januari dan febuari,ijtima di Raiwind,Lahore,Pakistan berjumlah 2 juta orang yang diadakan pada setiap hujung tahun,Ijtima di Sana`a,Yaman,Ijtima di Dewsburry,London,Ijitma di Lenz,South Africa,Ijtima Bhopal di India dan Ijtima di Chicago,Amerika Syairkat.
Jadi,kita sebenarnya beruntung kerana Malaysia juga Allah beri peluang untuk menjadi tuan rmuah pada kali ini.
Ramai orang menghadiri ijtima adalah kerana majlis ini hanyalah memperkatakan tentang agama,tidak menyentuh isu-isu politik,semasa mahupun sensitivity mana-mana pihak,hanyalah berkisar kepada Iman dan Amal,Allah dan Rasulnya dan pentingya kita menunaikan tanggunjawab kita kepada agama untuk menyebarkan agama islam dengan cara berhikmah yang dipraktikkan oleh Nabi S.A.W dan Para Sahabat R.Anhum.
Alhamdulillah dengan bersebabkan pengorbanan Nabi dan Sahabat,Allah telah beri kita peluang untuk menyambung kerja nubuwwah,iaitu mensyiarkan agama Allah di atas muka bumi ini.dan sekarang,jemaah-jemaah da`wah ini telah bertebaran di seluruh alam dari ke hujung-hujung benua,di pulau-pulau terpencil seperti di kepulaun Fiji,maurititus,Madagascar,chile,malahan di Israel pun dihantar jemaah da`wah untuk mengislamkan roang-orang yahudi.
Satu perkara yang mungkin terlupa di dalam usaha menegakkan agama Allah,iaitu bersangka baik.Bersangka baik ini adalah perlu dan ia adalah sifat Nabi kita yang mulia hatta kepada musuh kita sekalipun.dan banyak lagi sebab kenapa kita runtuh di akhir zaman ini.satu perkara yang mungkin kita terlupa ialah tertib dan adab mengur para pemimpin,sejarah telah membuktikan bahawa dari zaman Nabi S.A.W,khulafa ar-rasyidi,dan kekhalifahan,ada cara yang tertentu untuk menegur para pemimpimn,bukanlah dengan megaibkannya di khayalak ramai,dengan demonstrasi,bantahan dan lain-lain perkara lagi apatah lagi menceritakan keburukan orang.
Dan satu perara,iaitu khilaf.tiada masalah sebanarnya khilaf,ia memang sudah ada sejak dari dulu lagi,tapi tidaah terjadi sampai zaman kita ini,sehingga sanggup menghukum orang dengan kafir,musyri,syirik dan lain-lain.kita berpegang kepada mana yang kita yakin,dan tidak mengatakan dan menghukum bahawa yang lain tiu tidak betul.kita buka alim-ulama untuk mentaklid seseorang.
Jadi,perkara-perkara ini perlulah dielakkan demi untuk meyatukan umat islam.dan ijtima ini adalah salah satu usaha untu meyatukan umat islam dengan menanamkan dalam minda bahawa kejayaan kita sebenarnya adalah tersimpan dalam agama Allah,ada dalam amal-amal agama,ada bila kita keluar di jalan Allah untuk menyebarkan agama disamping memperbaiki diri sendiri.dan belajar untuk yakin sepenuhnya pada Allah,tidak yakin kepada kerajaan,pangkat,perniagaan,pelaburan dan lain-lain.Bukanlah bermaksud kita tinggalkan perkara ita usahakan di dunia ini,tetapi usaha itu disertakan dengan membawa syariat agama Allah ini.itulah kehendak sebbenar Allah dan RasulNya.
Semoga Allah memilih Negara kita lagi pada tahun depan utnuk diadakan ijtima dunia lagi padatahun hadapan.Amiin...
Hamba fakir kepada Allah yang Maha Kaya,
Muhammad_efendie
Tuesday, July 7, 2009
`kopi` pun kena tinggal demi ijtima msia 2009...
kopi.itulah nama `hamster kesayanganku.berwarna putih dan hitam.amat comel dan gebu.tetapi hamster ku pun ditinggalkan sementara semata-mata demi ijtima m`sia.pengorbanan perlu dibuat untuk menjayakan ijtima m`sia ini.terpaksalah aku berpisah sementara dengan si kopi.Alhamdulillah ada seseorang sudi mejaga kopiku ini.semoga ku dengan kopi dapat jumpa balik.amiin...
Monday, July 6, 2009
atur cara ijtima` (perhimpunan) islam malaysia 2009.
9 Julai 2009 – KHAMIS
Asar : tetamu mula masuk ke tapak perhimpunan
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas(orang kenamaan
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek
12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)
1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak
- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.
tamat.
Bagi sesiapa yang datang dengan kenderaan masing-masing; dinasihatkan agar parking kenderaan di tempat yang disediakan iaitu di Sepang F1 (Lumba Kereta ) ada orang berkhidmat di tapak Parking kenderaan; Mereka ditugaskan bagi menjaga kenderaan tetamu. Dan disitu juga disediakan; Kenderaan (shuttle) ; percuma; daripada Tempat Parking ke Medan Perhimpunan.
Bagi sesiapa yang datang dengan komuter; singgah di stesyen NILAI, di sana juga ada SHUTTLE untuk ambil orang untuk ke medan Istimak.
Sunday, July 5, 2009
Istghifar......ijtima malaysia semakin hampir...
Astagfirullah...Ijtima semakin hampir..tinggal lebih kurang 4 hari lagi..Jemaah para ulama yang didatangan khas dari Nizammuddin,new delhi,india..telah tiba di negara kita untuk membantu mempersiapkan orang malaysia untuk menghadiri perhimpunan ini dan keluar di jalan Allah..apatah lagi persiapan bagi pendosa seperti aku ini...aku hanya sekadar membantu mana yang mampu...ku merayu kepada semua muslimin yang membaca....hadirilah..ia adalah satu rahmat Allah yang diberi kepada negara kita untuk diadakan perhimpunan umat islam ini..pada malam semalam bertarikh 4 julai 2009,bertempat di masjid jamek bandar baru sri petaling,doa hiadayah yang di doa oleh amir jemaah maulana iaitu seorang ulama yang banyak menabur jasa pada agama biarpun namanya tidak pernah dipampang pada surat khabar,artikel maupun di universiti2..tetapi itu lebih bernilai di sisi Allah Ta`ala..bagi orang yang tawadu`k seperti beliau..jemaah ulama ini sanggup mengorbankan masa mereka di sini selama lebih kurang seminggu sebelum ijtima ini bermula..dengan rendah diri,mereka pergi berjumpa orang-orang islam,merayu supaya mereka dapat pergi ke perhimpunan ini..di kawasan sekitar selangor dan kuala lumpur..ku harap pada yang membaca,cubalah hadiri....perhimpunan islam malaysia 2009 (ijtima`) bertarikh 9,10,11,12 julai 2009 bertempat masjid kuarters klia(enstek).dihadiri para ulama dari pelbagai negara.dan dihadiri juga orang islam dari negara-negara lain dari pelusuk dunia....
Subscribe to:
Posts (Atom)