Monday, February 23, 2009

Doa seorang hamba yang fakir..


Bismillahir Rahmani Ar-Rahim
Nah-Ma`duhu Wanusolli-Mu`ala-Rasuulin-Kareem…
Ya Allah,hambaMu ini tidak mampu menghadapi ujian yang berat,ya Allah..
Janganlah kiranya,HambaMu ini,Ya Allah..diterus di uji lagi dan lagi ya Allah.
Ku tidak setabah Nabi S.A.W dan Sahabat,Ya Allah.
Sumbangan untuk agaMu dari diriku sangatlah sedikit ya Allah..
Apatah lagi amal-ibadatku,sedekahku dan khidmat pada orang islam,yaAllah..
Tetapi ya Allah,kiranya hambaMu yang pendosa ini,banyak membuat kemungkaran dan maksiat,ampunkanlah dosaku,Ya Allah..
Dan Ummat Nabi S.A.W ya Allah.mudahkanlah mereka,perbaiki mereka,kesianlah pada mereka..
Ya Allah,ummat ini semakin jauh dari perintahMu,Ya Allah,dekatkanlah mereka padaMu,
Sebarkanlah Hidayah seluruh alam ini ya Allah..
Hamba-hambaMu ini kehausan petunjuk dariMu Ya Allah..
Hilangkanlah kedahagaan hidayah ini..
Kau bantulah orang-orang yang berjuang di jalanMu,Ya Allah..
Mudahkanlah mereka.
Kau hapuskanlah kebatilan dengan usaha atas agamaMu ini,Ya Allah..
kepadaMu kami berserah ya Allah..

Monday, February 9, 2009

satu seruan kepada semua..



Oleh :Shahikul Hadith Maulana Fazlur Rahman Saheb(bahasa urdu)
Terjemahan tafsiran: Muhammad_Efendie

Nota penterjemah:
Kita sekarang sebenarnya sudahpun melepasi fasa di dalam sejarah islam dimana kesemua semangat untuk mengamalkan islam dan mempertahankannya sudah semakin kurang pada hari ini.Namun masih ada manusia-manusia yang mempertahankan dan masih lagi mengamalkan islam dukacita melihat keadaan pada hari ini dan hingga ke hari ini masih mencari penyelesaiannya.
Kita mestilah memahami bahawa penyelesaian asas tersimpan di dalam kembali pada syariah islam dan menghidupkan kembali dan mengamalkan Sunnah.Walaubagaimanapun,usaha kembali menghidupkan semula perkara-perkara seperti ini tidak sekadar bermain di bibir dan slogan sahaja,tetapi adalah bagaimana diri kita sendiri juga dapat mengamalkan kembali perkara-perkara ini.Usaha ini perlu kita kekalkan dan sebarkan sehingga hari kiamat.
Seperti yang kita ketahui,satu perkara yang penting dan kita sedari ialah,islam adalah agama yang praktikal.contoh kehidupan agama islam yang praktikal telah pun ditunjukkan oleh Nabi S.A.W,kehidupan Nabi S.A.W yang mengamalkan prinsip sebegini telah dibetiahu kepada kita di dalam Hadith-Hadith sabdaannya.Nabi S.A.W pernah bersabda:”tidak sempurna iman kamu sehnigga keinginan mencintai aku lebih dari keluarga,anak dan semua manusia.”.Inilah yang menggambarkan kecintaan cinta ini,
Yang sudah tecatat di dalam takdir untuk mengikut baginda,setiap pergerakan dan apa sahaja yang dibuat oleh Nabi S.A.W seharusnya diikuti oleh kita.Semangat ini telah ditunjukkan oleh para Sahabt R.Anhu yang mengikut amalan Baginda.Setelah pencarian sumber-sumber yang semakin hilang dan kurang,berkaitan Hadith tentang pemakaian serban,kurta dan kopiah(penutup kepala).
Semoga Allah merahmati kita.Amiin..
doa-doakanlah saya yang lemah hina dina ini..andai saudara pergi ke madinah..kirimkanlah salam saya yang lemah ini pada junjungan kita,Muhammad S.A.W..