Friday, December 5, 2008

fahaman wahabi yang menular

Bismillahir Rahmani Ar-Rahim

Nah-Ma`duhu Wanusolli-Mu`ala-Rasuulin-Kareem…

Hamba risau mengenai menular dengan senyap dan aktifnya fahaman wahabi yang menular di kalangan ahli agama dan di dialam malaysia dan mana-mana organisasi islam..ia telah menular dengan berjayanya.di sini hamba yang fakir lagi hina menerangkan ciri-ciir mereka,mudahan Allah lindungi kita wahai sahabatku,dan berhati-hati di dalam melabel fahaman wahabi..kenali dahulu sifat-sifat mereka yang hamba terangkan di sini..berhati-hati...walaupun hamba baru sahaja keluar dari hospital akibat kemalangan semasa berjuang di jalan Allah,atas dasar risaukan kawan-kawan,hamba menulis di sini..artikel hamba menulis ini adalah berdasarkan keputusan muzakarah alim-ulama di bhopa,India tahun ini dan pemerhatian hamba sendiri tentang fahaman ini.
Hamba pun tidaklah berapa sihatsemenjak kebelakangan ini sekarang.Harap kamu semua ambil perhatian.Hamba pun tidaklah berapa sihat sekarang.

Mengenali dan berhati-hati dengan fahaman wahabi..

Pelbagai tuduhan dan kecaman dilemparkan bertubi-tubi kepada para pejuang Islam yang menolak dakwah dan dakyah Salafi Lapok @ Salafi Wahhabi. Penerangan hamba ini diharap akan menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Harap anda membacanya dengan sabar, hati yang jernih dan adil. Bukan setakat membaca, tetapi hingga ke peringkat merenung dan mengkaji, dan seterusnya membuat keputusan.


Antara tuduhan dan kecaman yang biasa kedengaran ialah:

Kamu menentang para pejuang sunnah.
Sebenarnya kita menyokong sepenuh hati sesiapa sahaja yang mahu memperjuangkan sunnah. Yang kita tentang ialah mereka yang menjadi pejuang ‘sunnah salafi wahabi’ sahaja.

Kami menentang manhaj salaf
Salah! Sebenarnya kita menentang ‘manhaj salaf versi Salafi Wahabi’ sahaja, bukannya ‘manhaj Salaf’.

Kamu menentang dakwah tauhid
Salah lagi! Kita menentang dakwah Tauhid versi Salafi Wahabi sahaja.

Kamu menolak pejuangan membatewras bida`ah
Salah juga! Kita menolak perjuangan membanteras bidaah cara Salafi Wahabi sahaja.
Begitulah seterusnya. Ringkasnya, selepas ini jika para pembaca bertemu lagi dengan pelbagai dakwaan dan label, hal itu adalah kerana kita tidak menerima fahaman mereka, kerana kita ‘menolak kebenaran versi mereka , bukannya kerana ‘kita menolak kebenaran’.

Caranya- letakkan sahaja perkatan ‘versi salafi wahabi`di belakang setiap tuduhan itu (mengikut kesesuaian).

Selesai satu masalah.

Situasi fenomena fahaman ini hamba fokuskan pada negara kita kerana ia terlalu kritikal dan berbahaya.

Cara mufti perlis:

Kita nilai perkataan-perkataan Dr. Asri ini dalam tulisannya bertajuk ‘Katakan Tidak Pada Wahabi’.

Katanya:
“Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”

Hal ini jelas satu pendustaan. Mustahil “Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'.”

Ayat yang benar ialah:
“Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara biasa ialah diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilabelkan sebagai syiah, ataupun wahabi, ataupun Qadiani, ataupun ajaran sesat ataupun yang lain-lain mengikut asal datangnya pandangan tersebut.”

Teliti baik-baik, anda pasti dapat melihat perbezaannya yang sangat jauh.

Apa permainannya?
Mudah saja!
Dr. Asri cuba menggambarkan betapa antinya umat Islam yang berfahaman tradisional terhadap Salafi Wahabi, dan betapa tertekannya dakwah Salafi Wahabi ‘yang tulus’ itu hinggakan apa sahaja yang datang (yang bertentangan dengan fahaman Islam Tradisional) tidak mengira Syiah, sekular, liberal, ajaran sesat, Qadiani dan lain-lain, semuanya akan dilabelkan sebagai wahabi.







Betulkah pernyataan Dr. Asri ini?

Jawapan ikhlas anda: ………………..


Katanya:
“Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”
“Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai 'wahabi'; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan.”

Orang awam sudah tentulah begitu. Hal ini tidak boleh kita jadikan hujah.
Cuba kita berdiri di depan masjid selepas solat Jumaat dan buat kajian. Tanyakan kepada orang ramai: “Suka Syiah tak?” majoriti akan menjawab ‘Tak suka.” Kemudian tanyakan, “Apa itu Syiah?”.

Ini soalan definisi. Mampukah orang awam dalam keadaan tidak bersedia begitu memberi pengertian Syiah dengan tepat?
Adakah situasi ini menjadi bukti bahawa ajaran Syiah itu benar? Adakah ia menjadi bukti bahawa umat Islam berfahaman tradisional tidak tahu tentang Syiah lalu mereka kena mengakui kebenaran Syiah? Adakah ini menjadi bukti umat Islam Tradisional berlaku tidak adil kepada Syah?

Ulangi kajian anda dengan bertanya: “Apa definisi elektrik?”, “Apa dia ajaran Qadiani?”, “Apa dia ajaran Ayah Pin” dan lain-lain.

Bertanya kepada orang ramai tentulah macam-macam jawapannya dan tidak tepat. Cuba tanya kepada para ulama!

Kenapa Dr. Asri senaraikan cakap-cakap orang awam sahaja? Kenapa dia tidak menyenaraikan dalam artikelnya itu definisi ‘Wahabi’ oleh para ulama yang menolak fahaman Salafi Wahabi?

Fahami permainannya, tahulah jawapannya.
Mudah saja. Dia cuba menggambarkan yang rata-rata umat Islam di Malaysia ini (termasuklah para ulama) tidak faham apa itu ‘wahabi’ lalu termenentang perkara yang benar.









Katanya:
“Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.”
“Ada yang kata: wahabi tidak tahlil”
“Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi.”
“Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab.”
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab”

Anda bertanya definisi kepada orang awam, sudah tentulah begitu jawapannya. Cuba letakkan sebaris para pendokong fahaman Salafi Wahabi ‘bawahan’ di Malaysia ini (tanpa memberitahu tujuannya kepada mereka), kemudian kita tanyakan, “Apa itu Islam Tradisional?”

Anda rasa mereka boleh memberi satu definisi yang jelas dan hampir-hampir sama semua orang?
Jawapannya tentu lebih kurang sebagaimana cara jawapan yang disenaraikan oleh Dr. Asri di atas tadi. Betul kan?

Cara begini tidak ada kesarjanaan. Sepatutnya ia tidak dimasukkan ke dalam artikel tersebut dalam usaha Dr. Asri hendak membela fahaman Salafi Wahabi. Dia kena menggunakan hujah yang ‘lebih dewasa’.


Katanya:
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya 'Wahhabi'.”

pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhabi bukanlah Salafi Wahabi yang kita tolak. Yang kita tolak hanyalah fahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya yang salah sahaja. Yang samar-samar kita kaji jika berpeluang dan yang lemah kita tinggalkan .

Salafi Wahabi yang kita tolak bukanlah (apa yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab, gerakan tentera, para pengikut dan fahaman mereka sahaja Salafi Wahabi yang ditolak itu seumpama satu planet yang mengandungi beberapa benua. Ajaran (yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya hanyalah salah satu daripada benua-benua yang ada. Ada lagi benua-benua lain. Antaranya ialah benua Ibnu Tamiyyah yang mengandungi apa yang salah dan lemah daripada Syeikh Ibnu Taimiyyah (yang benar kita tetap sokong). Ada benua al-Albani dan lain-lain. Kesemua benua inilah yang membentuk sebuah planet bernama fahaman wahabi yang kita tolak itu.





Harap jelas dengan penerangan ini. Jadi selepas ini apabila kami menyebut Salafi Wahabi, Salafi Lapok, Salafi Tua, Wahabi, Wahhabi, Salafiah Wahabiah dan seumpamanya, ia merujuk pada Salafi Wahabi yang di atas tadi. Ia tidak terhad ataupun tepat kepada yang tidak qunut Subuh, ataupun terhad ataupun tepat kepada yang tidak mahu bertahlil, yang belajar di Arab Saudi, yang tidak bermazhab, yang menjadi pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.

Pernah saya mengatakan seorang bernama A (nama samaran)- tokoh Salafi Wahabi sebagai ‘berfaham Wahabi’. Salah seorang penyokong kuatnya mengatakan saya berbuat fitnah. Katanya si tokoh tadi pun pernah menafikan kaitannya dengan fahaman Wahabi kerana wahabi itu ialah satu gerakan pemelihara tauhid di Arab Saudi satu ketika dahulu di bawah pimpinan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sedangkan si A tadi tidak pernah ke Arab Saudi dan berjuang bersama-sama Muhammad Abdul Wahhab.
Inilah akibatnya kalau dia sendiri pun tidak faham ‘siapa’ dan ‘apa’ wahabi yang ditolak oleh umat Islam itu (umum).


Contoh;
Saya selaku pemerintah negeri Pahang berkata, “Sesiapa yang berkhalwat akan ditangkap.” Datang seorang hamba Allah berkata, “Awak pemerintah yang zalim. Orang buat ibadah pun nak ditangkap!” Padahal ‘khalwat’ yang saya maksudkan bukanlah ‘khalwat’ yang dia maksudkan. Periksa pun tidak, terus dituduhnya kita zalim. Begitulah sikap si penyokong Wahabi tadi.

Kita lihat beberapa contoh ‘madah berhelah `para Salafi Wahabi yang biasa kita dengar:

“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

Dan sebagainya.









Disangkanya ‘wahabi’ yang dia faham itu sama dengan ‘wahabi ’ yang di muzakarah oleh ulama ahlul sunnah wal-jamaah..

Katanya:
“Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa Allah, tahmid bermaksud Alhamd li Allah, tasbih bermaksud subhana Allah. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.”

Sempat pula sahabat kita ini membuat jenaka ‘membuli’ orang awam. Takkanlah tak faham apa dia ‘tahlil’ yang dimaksudkan oleh hamba Allah tu… Sebenarnya Dr. Asri lebih faham tapi sengaja menggunakan ‘madah berhelahnya’. Dengan cara ini, si penanya tentunya akan berasa malu kerana seolah-olah jahil sangat dalam hal ehwal agama. Maka mudahlah Asri menguasai suasana.

Contoh:
Suasana kampung. Sekumpulan tetamu lelaki bertandang ke rumah Mak Merah. Mak Merah tentunya akan promosikan anaknya Bawang Merah yang jahat berbanding Bawang Putih walaupun Bawang Putih lebih cantik dan berhati mulia.
Kata Bawang Putih kepada Mak Merah, “Mak, nak masak nasi ke?”
Mak Merah terlebih faham lagi apakah maksud ‘masak nasi’ tetapi untuk menjatuhkan saham Bawang Putih dijawabnya, “Ish engkau ni Putihhh… tak pernah aku dengar orang masak nasi. Yang orang masak- beras, bukan nasi. Kalau dah jadi nasi, buat apa nak dimasak lagi! Betul tak tuan-tuan?”
Mereka pun tertawa beramai-ramai.
Sudah tentulah Bawang Putih akan berasa rendah harga dirinya diperbuat begitu.

Dalam ilmu psikologi, cara ‘menguasai keadaan’ seperti ini memanglah berkesan tetapi ‘tidak terpuji’, lebih mendekati sifat mazmumah berbanding sifat mahmudah.



Salafi wahabi yang dimaksudkan

Semua manusia ada masalah mental, tapi mengapa tidak semuanya disebut ‘bermasalah mental’? Mengapa hanya individu tertentu sahaja yang kita sebut “dia tu mental sikit”. Mengapa?

Kerana ada satu standard yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘bermasalah mental’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘bermasalah mental’.

Semua manusia tua. Hari ini lebih tua daripada semalam. Semakin hari semakin tua tidak ada yang semakin muda. Tapi… mengapa tidak semua manusia disebut ‘orang tua’? Mengapa hanya individu tertentu yang kita iktiraf sebagai ‘tua’?

Kerana ada satu standard atau batas tertentu yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘tua’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘tua’.

Tiga orang memasak kari kepala ikan. Mereka menggunakan bahan-bahan yang sama. Tapi mengapa masakan A kita kata sedap, B boleh tahan dan C tak sedap?

Kerana ada satu standard atau kayu ukur yang disepakati umum untuk mencapai tahap ‘sedap’. Sekiranya tidak mencapai standard tersebut, masakan kari tadi akan kita sebut sebagai ‘tidak sedap’ ataupun ‘boleh tahan’ sahaja.

Begitu jugalah dalam hal Salafi Wahabi ini. Ada standard atau sempadan tertentu yang membuatkan seseorang itu kita label sebagai Wahabi, ataupun cenderung kepada Wahabi ataupun bukan Wahabi.


Senarai cara-cara mengenal fahaman wahabi

Pada umumnya,seseorang itu dikatakan berfahaman wahabi apabila dia memiliki banayk kriteria-kriteria berikut.(yang kurang daripada itu disebutcenderung, yang kurang lagi disebut tidak dapat dipastikan dan setakat satu dua kriteria yang kurang penting sebagaibukan wahabi):

1.Biasanya (*bukan semestinya) ‘bida`ah’ bagi mereka membawa hukumberdosa, tidak ada bida`ah Hasanah (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah satu hukum selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

2.Biasanya melabelkan bida`ah(yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

3.Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

4.Biasanya melabelkan para penentang dakyah mereka sebagai Syiah ataupun Ahbasy/ Ahbash

5.Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa dan lain-lain.

6.Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

7.Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

8.Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

9.Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)

10.Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.

11.Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.

12.Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

13.Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.

14.Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

15.Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah.

16.Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.
Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.

17.Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya salaf tak takwil,khalaf takwil.

18.Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.

19.Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

20.Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.

21.Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.

22.Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.

23.Biasanya membenci Dakwah berjemaah.

24.Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.

25.Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah sahaja .



Kesimpulan


Selepas ini janganlah ada lagi ‘madah berhelah ’ seperti:

“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

Kayu ukur muzakarah ulama` bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur ialah senarai ciri –ciri d i atas sebagaimana yang tertera di atas tadi. Jika seseorang itu memiliki banyak daripada ciri-ciri itu, maka itulah wahabi yang dimaksudkan , bukan yang lain.Harap kamu semua faham dan berhati-hati.

hamba fakir kepada Allah yang maha Kaya,

Muhammad_Efendie

1 comment:

  1. What is our elder's view about workers of tabligh who are influenced by salafis? I know alot of workers are impressed by the salafi dakwah and attended their fiqh classes but they still do the work of tabligh.

    ReplyDelete