Friday, December 5, 2008

Eid Ul Adha..Aidil Wal Qurbaan he..

selamat hari raya Aidil Adha..

Bismillahir Rahmani Ar-Rahim

Nah-Ma`duhu Wanusolli-Mu`ala-Rasuulin-Kareem…

Selepas agak tidak lama membuka akaun friendster,laman blog,dan `mahluk-`mahluk` yang ku gunakan di internet..

Alhamdulillah,hamba selesai menunaikan usaha agama di Jakarta,Indonesia,sepanjang hamba tiada di bumi malaysia dari 24hb november hinggalah 2 disember 2008.Semasa di Jakarta pula,hamba ditimpa kemalangan semasa menaiki teksi dari hotel ke Masjid Jami’ Kebon Jeruk,Hayam Wuruk,Jakarta,teksi yang hamba naiki dirempuh dari belakang oleh lori.Syukurlah cuma pada bahagian kaki,pahanya `lari` dari kedudukannya sedikit dan rahangku sebelah kiri retak..buat sementara tidak boleh bercakap dalam masa 3 minggu menurut doktor yang merawat menurutnya kalau bercakap,ia akan menambahkan kecedaraan pada rahang.Dan satu berita `mengejut` diterima.Atas nasihat para pensyarah di `satu` universiti` yang ku pohon,permohonan kemasukanku diluluskan,tetapi mesyuarat senat universiti yang membincangkan pengambilan pelajar.ada 6 senat semuanya,4 menyokong dan meluluskan kemasukanku,tetapi 2 lagi menentang kerana aku seorang `pengusaha agama` yakni `pendakwah`.dan kebetulan yang menentang kemasukanku itu adalah dekan fakulti yang ku pohon.boleh mendaftar,tetapi ,mungkin akan menghadapi masalah semasa pembelajaran berjalan.AllahuAkhbar.Dugaan lagi,jadi,ku terpaksa menolak,redha.....malam tadi hamba baru dikeluarkan dari hospital dan berehat serta qiyam di rumah..Setelah selesai menunaikan solat isyrak dan membaca manzil pada pagi yang mulia hari ini,lihatlah,hamba berasa tidak berapa sihat dan kerap sakit semenjak kebelakangan ini,tidak boleh tidur di dalam sepanjang malam..walaubagaimanapun,disebabkan perkara yang ingin hamba sampaikan ini penting,hamba menulis..sesiapa yang faham dan bertindak padanya,Allah S.W.T akan membuatkan dirinya bersinar,atau..dia seolah-olah memotong kakinya sendiri..

Hari raya Aidil-Adha sudahpun hampir..yakni pada 8 november ini..mengingatkan kita pada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S..berjuta-juta saudara seislam kita mahupun saudara malah ibu-bapa kita ada yang sedang menunaikan fardhu haji di tanah haram.Mekkah Mukarramah..kita yang mengaku sebagai Umat Muhammad S.A.W ini berjaya bangkit dan lahir sebagai seorang islam pada hari ini,berasbabkan pengorbanan `orang-orang` sebelum kita iaitu Nabi,Sahabat,Tabieen dan pejuang-pejuang agama Allah S.W.T..Jadi,kita umat ini wujud setelah banyak pengorbanan dilakukan..Untuk membuat kita menjadi Ummah,Nabi S.A.W dan para pengikut dan pembantu di zamannya,Sahabat R.Anhu telah melalui banyak cabaran dan perjuangan untuk kita.sementara musuh-musuh mereka, dan juga kita,yahudi dan nasara` ,tidak pernah berputus asa dan mencuba supaya orang-orang islam tidak bersatu hati dan tidak bergabung menjadi satu ummah.Supaya ianya hanya menjadi satu impian dan fakta sahaja ummat ini bagi mereka.

Pada hari ini,kita telah kehilangan Ummah ini..Selagi kita masih bersatu sebagai satu ummah..walaupun hanya beberapa ratus ribu bilangannya sekalipun dari bilangan manusia yang berrbilion-bilion,dunia ini terkesan pada mereka.Kita imbas kembali pada zaman Nabi S.A.W,tiada satu rumah pun yang bersimen.tiada juga lampu di masjid Nabi S.A.W iaitu masjij Nabawi.Lampu pertama yang dipasang pada masjid Nabawi telah dipasang pada tahun 9 hijrah dan orang yang memasang lampu itu ialah,Tamim Dhari R.Anhu,yang menjadi penyebar agama islam.Perbezaan Bangsa,bahasa dan Suku telah menjadi satu,iaitu Ummah.Bila kesatuan Ummah dicapai,barulah lampu yang pertama dipasang pada masjid Nabawi,Madinah –Al-Munawwarah.Cahaya hidayah yang telah dibawa oleh Muhammad S.A.W telah tersebar seluruh tanah arab dan diluar dari tanah arab dan ummah telah menjadi wujud dan bergerak pada masa itu.


Dan ummah ini kemudian menjadi bunga yang harum dan mekar tersebar di muka bumi ini,walaupun pada arah manapun ia tersebar,negara demi negara jatuh dengan hina pada kaki mereka.Ummah ini tidaklah dibentuk sebagai seorang sahaja yang berada di dalam keluarganya,dalam masyrakat ,pada suku,bangsa,negara mahupun bahasa perantaraan.
Tiada seorangpun pada masa itu membuat yakni menjaga kesihatan,harta,keluarga kecuali menurut cara yang mereka ketahui dan faham dengan kaitannya dengan perintah Allah S.W.T dan RasulNya,Muhammad S.A.W.

Apabila muslim di dalam satu ummah,ummah akan bergegar walaupun hanya seorang islam dibunuh dimana-mana.Pada hari ini,perkara ini tidak berlaku.Hari ini kita dipukul,dibuli,dihina,dicaci dan prinsip hidup kita sendiri terbawa-bawa ideologi dari mush-musuh kita walaupun pada hakikatnya kita mengaku bahawa kita mengamalkan islam dalam kehidupan.

”Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan Dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman berserah diri.”

(Al-Mujadilah:10)


”Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.”

(Ali-Imran:102)

Dan Allah S.W.T juga mengingatkan kita agar:

”dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.”

(Ali-Imran:104)


Apabila Pengorbanan dibuat untuk agama,maka Ummah yang diimpikan ini akan dizahirkan.Apabila ummah sudah wujud,sifat kesetiaan dan keikhlasan berjuang akan ada dan kemuliaan ummat dizahirkan .Kemuliaan yang saya maksudkan bukanlah seperti kemuliaan seperti yang ada pada `kuasa mahluk` iaitu amerika dan russia,mereka juga masih dibawah kekuasaan Allah S.W.T dan Dialah yang menentukan prinsip dan cara `mereka`.Mana-mana individu,bangsa,keluarga atau kelas sekalipun,yang mana mengikuti dan menjalankan kebaikan mengikut tertib dan cara islam untuk sinar hidayah,maka ia akan zahir.Sesiapa yang menuju dan menjalankan ke arah `kehancuran` yang disangkakan jalan yang benar (kebatilan)akan hancur luluh.Yahudi,yang masih lagi mengikut dan menjalankan cara `kebatilan`,Allah akan menghancurkan mereka.

Kita merujuk Sahabat R.Anhu,yang mana sebelumnnya mereka ialah para penentang agama dan pelaku kebatilan,mengambil agama dan menuju ke arahnya,maka Allah S.W.T telah zahirkan dan membuat mereka bersinar di muka bumi ini.Allah S.W.T tidak memihak sesiapa yang tidak mengikuti perintahNya.
Kepada semua Rakan-rakan seagamaku,baik semasa kecil,remaja dan dewasa ini,seta muslimin,muslimat sekalian dan orang yang mengucap kalimah syahadah,bangkitlah dengan hati ikhlas dan terbuka..dan buatlah usaha pada agama kesayangan ini yang sedang menuju kehancuran ini,yakni pengorbanan,diri,harta,masa untuk agama Allah S.W.T dan supaya ummah Nabi S.A.W dapat direalisasikan dan diwujudkan.Berjalan pada jalan yang benar dan iman akan mengikutinya.Ia mungkin menjadi ummah dan mengamalkan zikir,tasbihat,taklim,berjuang di jalan Allah,membuat membantu(khidmat) pada rakan seagama,bertimbang-rasa,menghormati dan memuliakan yang lain.Dan apabila pengorbanan dibuat,maka sifat-sifat kebatilan,keburukan dan penyakit hati akan dibuang sedikit demi sedikit dengan usaha ini.Apabila usaha ini diambil,walaupun dijalankan di satu kawasan sahaja di atas muka bumi ini,ia akan tersebar ke seluruh alam.

Kita bangkitlah dan bergerak untuk menyatukan orang dari pelbagai bangsa,kasta,negara dan bangsa untuk mereka bergerak pada jalan Allah,belajar mengorbankan sedikit-demi sedikit diri,masa dan harta untuk agama Allah..dan belajar untuk mengamalkan agama dalam kehidupan..insyaAllah,proses pembentukan ummah ini akan terlaksana,dan musuh batin kita,syaitan dan nafsu tidak akan mampu mengugat kita.
Amiin..Salam Aidil Adha..Qurbaan he..



Hamba Fakir kepada Allah yang maha kaya,

Muhammad_Efendie,



.

fahaman wahabi yang menular

Bismillahir Rahmani Ar-Rahim

Nah-Ma`duhu Wanusolli-Mu`ala-Rasuulin-Kareem…

Hamba risau mengenai menular dengan senyap dan aktifnya fahaman wahabi yang menular di kalangan ahli agama dan di dialam malaysia dan mana-mana organisasi islam..ia telah menular dengan berjayanya.di sini hamba yang fakir lagi hina menerangkan ciri-ciir mereka,mudahan Allah lindungi kita wahai sahabatku,dan berhati-hati di dalam melabel fahaman wahabi..kenali dahulu sifat-sifat mereka yang hamba terangkan di sini..berhati-hati...walaupun hamba baru sahaja keluar dari hospital akibat kemalangan semasa berjuang di jalan Allah,atas dasar risaukan kawan-kawan,hamba menulis di sini..artikel hamba menulis ini adalah berdasarkan keputusan muzakarah alim-ulama di bhopa,India tahun ini dan pemerhatian hamba sendiri tentang fahaman ini.
Hamba pun tidaklah berapa sihatsemenjak kebelakangan ini sekarang.Harap kamu semua ambil perhatian.Hamba pun tidaklah berapa sihat sekarang.

Mengenali dan berhati-hati dengan fahaman wahabi..

Pelbagai tuduhan dan kecaman dilemparkan bertubi-tubi kepada para pejuang Islam yang menolak dakwah dan dakyah Salafi Lapok @ Salafi Wahhabi. Penerangan hamba ini diharap akan menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Harap anda membacanya dengan sabar, hati yang jernih dan adil. Bukan setakat membaca, tetapi hingga ke peringkat merenung dan mengkaji, dan seterusnya membuat keputusan.


Antara tuduhan dan kecaman yang biasa kedengaran ialah:

Kamu menentang para pejuang sunnah.
Sebenarnya kita menyokong sepenuh hati sesiapa sahaja yang mahu memperjuangkan sunnah. Yang kita tentang ialah mereka yang menjadi pejuang ‘sunnah salafi wahabi’ sahaja.

Kami menentang manhaj salaf
Salah! Sebenarnya kita menentang ‘manhaj salaf versi Salafi Wahabi’ sahaja, bukannya ‘manhaj Salaf’.

Kamu menentang dakwah tauhid
Salah lagi! Kita menentang dakwah Tauhid versi Salafi Wahabi sahaja.

Kamu menolak pejuangan membatewras bida`ah
Salah juga! Kita menolak perjuangan membanteras bidaah cara Salafi Wahabi sahaja.
Begitulah seterusnya. Ringkasnya, selepas ini jika para pembaca bertemu lagi dengan pelbagai dakwaan dan label, hal itu adalah kerana kita tidak menerima fahaman mereka, kerana kita ‘menolak kebenaran versi mereka , bukannya kerana ‘kita menolak kebenaran’.

Caranya- letakkan sahaja perkatan ‘versi salafi wahabi`di belakang setiap tuduhan itu (mengikut kesesuaian).

Selesai satu masalah.

Situasi fenomena fahaman ini hamba fokuskan pada negara kita kerana ia terlalu kritikal dan berbahaya.

Cara mufti perlis:

Kita nilai perkataan-perkataan Dr. Asri ini dalam tulisannya bertajuk ‘Katakan Tidak Pada Wahabi’.

Katanya:
“Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”

Hal ini jelas satu pendustaan. Mustahil “Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'.”

Ayat yang benar ialah:
“Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara biasa ialah diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilabelkan sebagai syiah, ataupun wahabi, ataupun Qadiani, ataupun ajaran sesat ataupun yang lain-lain mengikut asal datangnya pandangan tersebut.”

Teliti baik-baik, anda pasti dapat melihat perbezaannya yang sangat jauh.

Apa permainannya?
Mudah saja!
Dr. Asri cuba menggambarkan betapa antinya umat Islam yang berfahaman tradisional terhadap Salafi Wahabi, dan betapa tertekannya dakwah Salafi Wahabi ‘yang tulus’ itu hinggakan apa sahaja yang datang (yang bertentangan dengan fahaman Islam Tradisional) tidak mengira Syiah, sekular, liberal, ajaran sesat, Qadiani dan lain-lain, semuanya akan dilabelkan sebagai wahabi.







Betulkah pernyataan Dr. Asri ini?

Jawapan ikhlas anda: ………………..


Katanya:
“Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”
“Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai 'wahabi'; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan.”

Orang awam sudah tentulah begitu. Hal ini tidak boleh kita jadikan hujah.
Cuba kita berdiri di depan masjid selepas solat Jumaat dan buat kajian. Tanyakan kepada orang ramai: “Suka Syiah tak?” majoriti akan menjawab ‘Tak suka.” Kemudian tanyakan, “Apa itu Syiah?”.

Ini soalan definisi. Mampukah orang awam dalam keadaan tidak bersedia begitu memberi pengertian Syiah dengan tepat?
Adakah situasi ini menjadi bukti bahawa ajaran Syiah itu benar? Adakah ia menjadi bukti bahawa umat Islam berfahaman tradisional tidak tahu tentang Syiah lalu mereka kena mengakui kebenaran Syiah? Adakah ini menjadi bukti umat Islam Tradisional berlaku tidak adil kepada Syah?

Ulangi kajian anda dengan bertanya: “Apa definisi elektrik?”, “Apa dia ajaran Qadiani?”, “Apa dia ajaran Ayah Pin” dan lain-lain.

Bertanya kepada orang ramai tentulah macam-macam jawapannya dan tidak tepat. Cuba tanya kepada para ulama!

Kenapa Dr. Asri senaraikan cakap-cakap orang awam sahaja? Kenapa dia tidak menyenaraikan dalam artikelnya itu definisi ‘Wahabi’ oleh para ulama yang menolak fahaman Salafi Wahabi?

Fahami permainannya, tahulah jawapannya.
Mudah saja. Dia cuba menggambarkan yang rata-rata umat Islam di Malaysia ini (termasuklah para ulama) tidak faham apa itu ‘wahabi’ lalu termenentang perkara yang benar.









Katanya:
“Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.”
“Ada yang kata: wahabi tidak tahlil”
“Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi.”
“Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab.”
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab”

Anda bertanya definisi kepada orang awam, sudah tentulah begitu jawapannya. Cuba letakkan sebaris para pendokong fahaman Salafi Wahabi ‘bawahan’ di Malaysia ini (tanpa memberitahu tujuannya kepada mereka), kemudian kita tanyakan, “Apa itu Islam Tradisional?”

Anda rasa mereka boleh memberi satu definisi yang jelas dan hampir-hampir sama semua orang?
Jawapannya tentu lebih kurang sebagaimana cara jawapan yang disenaraikan oleh Dr. Asri di atas tadi. Betul kan?

Cara begini tidak ada kesarjanaan. Sepatutnya ia tidak dimasukkan ke dalam artikel tersebut dalam usaha Dr. Asri hendak membela fahaman Salafi Wahabi. Dia kena menggunakan hujah yang ‘lebih dewasa’.


Katanya:
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya 'Wahhabi'.”

pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhabi bukanlah Salafi Wahabi yang kita tolak. Yang kita tolak hanyalah fahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya yang salah sahaja. Yang samar-samar kita kaji jika berpeluang dan yang lemah kita tinggalkan .

Salafi Wahabi yang kita tolak bukanlah (apa yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab, gerakan tentera, para pengikut dan fahaman mereka sahaja Salafi Wahabi yang ditolak itu seumpama satu planet yang mengandungi beberapa benua. Ajaran (yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya hanyalah salah satu daripada benua-benua yang ada. Ada lagi benua-benua lain. Antaranya ialah benua Ibnu Tamiyyah yang mengandungi apa yang salah dan lemah daripada Syeikh Ibnu Taimiyyah (yang benar kita tetap sokong). Ada benua al-Albani dan lain-lain. Kesemua benua inilah yang membentuk sebuah planet bernama fahaman wahabi yang kita tolak itu.





Harap jelas dengan penerangan ini. Jadi selepas ini apabila kami menyebut Salafi Wahabi, Salafi Lapok, Salafi Tua, Wahabi, Wahhabi, Salafiah Wahabiah dan seumpamanya, ia merujuk pada Salafi Wahabi yang di atas tadi. Ia tidak terhad ataupun tepat kepada yang tidak qunut Subuh, ataupun terhad ataupun tepat kepada yang tidak mahu bertahlil, yang belajar di Arab Saudi, yang tidak bermazhab, yang menjadi pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.

Pernah saya mengatakan seorang bernama A (nama samaran)- tokoh Salafi Wahabi sebagai ‘berfaham Wahabi’. Salah seorang penyokong kuatnya mengatakan saya berbuat fitnah. Katanya si tokoh tadi pun pernah menafikan kaitannya dengan fahaman Wahabi kerana wahabi itu ialah satu gerakan pemelihara tauhid di Arab Saudi satu ketika dahulu di bawah pimpinan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sedangkan si A tadi tidak pernah ke Arab Saudi dan berjuang bersama-sama Muhammad Abdul Wahhab.
Inilah akibatnya kalau dia sendiri pun tidak faham ‘siapa’ dan ‘apa’ wahabi yang ditolak oleh umat Islam itu (umum).


Contoh;
Saya selaku pemerintah negeri Pahang berkata, “Sesiapa yang berkhalwat akan ditangkap.” Datang seorang hamba Allah berkata, “Awak pemerintah yang zalim. Orang buat ibadah pun nak ditangkap!” Padahal ‘khalwat’ yang saya maksudkan bukanlah ‘khalwat’ yang dia maksudkan. Periksa pun tidak, terus dituduhnya kita zalim. Begitulah sikap si penyokong Wahabi tadi.

Kita lihat beberapa contoh ‘madah berhelah `para Salafi Wahabi yang biasa kita dengar:

“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

Dan sebagainya.









Disangkanya ‘wahabi’ yang dia faham itu sama dengan ‘wahabi ’ yang di muzakarah oleh ulama ahlul sunnah wal-jamaah..

Katanya:
“Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa Allah, tahmid bermaksud Alhamd li Allah, tasbih bermaksud subhana Allah. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.”

Sempat pula sahabat kita ini membuat jenaka ‘membuli’ orang awam. Takkanlah tak faham apa dia ‘tahlil’ yang dimaksudkan oleh hamba Allah tu… Sebenarnya Dr. Asri lebih faham tapi sengaja menggunakan ‘madah berhelahnya’. Dengan cara ini, si penanya tentunya akan berasa malu kerana seolah-olah jahil sangat dalam hal ehwal agama. Maka mudahlah Asri menguasai suasana.

Contoh:
Suasana kampung. Sekumpulan tetamu lelaki bertandang ke rumah Mak Merah. Mak Merah tentunya akan promosikan anaknya Bawang Merah yang jahat berbanding Bawang Putih walaupun Bawang Putih lebih cantik dan berhati mulia.
Kata Bawang Putih kepada Mak Merah, “Mak, nak masak nasi ke?”
Mak Merah terlebih faham lagi apakah maksud ‘masak nasi’ tetapi untuk menjatuhkan saham Bawang Putih dijawabnya, “Ish engkau ni Putihhh… tak pernah aku dengar orang masak nasi. Yang orang masak- beras, bukan nasi. Kalau dah jadi nasi, buat apa nak dimasak lagi! Betul tak tuan-tuan?”
Mereka pun tertawa beramai-ramai.
Sudah tentulah Bawang Putih akan berasa rendah harga dirinya diperbuat begitu.

Dalam ilmu psikologi, cara ‘menguasai keadaan’ seperti ini memanglah berkesan tetapi ‘tidak terpuji’, lebih mendekati sifat mazmumah berbanding sifat mahmudah.



Salafi wahabi yang dimaksudkan

Semua manusia ada masalah mental, tapi mengapa tidak semuanya disebut ‘bermasalah mental’? Mengapa hanya individu tertentu sahaja yang kita sebut “dia tu mental sikit”. Mengapa?

Kerana ada satu standard yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘bermasalah mental’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘bermasalah mental’.

Semua manusia tua. Hari ini lebih tua daripada semalam. Semakin hari semakin tua tidak ada yang semakin muda. Tapi… mengapa tidak semua manusia disebut ‘orang tua’? Mengapa hanya individu tertentu yang kita iktiraf sebagai ‘tua’?

Kerana ada satu standard atau batas tertentu yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘tua’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘tua’.

Tiga orang memasak kari kepala ikan. Mereka menggunakan bahan-bahan yang sama. Tapi mengapa masakan A kita kata sedap, B boleh tahan dan C tak sedap?

Kerana ada satu standard atau kayu ukur yang disepakati umum untuk mencapai tahap ‘sedap’. Sekiranya tidak mencapai standard tersebut, masakan kari tadi akan kita sebut sebagai ‘tidak sedap’ ataupun ‘boleh tahan’ sahaja.

Begitu jugalah dalam hal Salafi Wahabi ini. Ada standard atau sempadan tertentu yang membuatkan seseorang itu kita label sebagai Wahabi, ataupun cenderung kepada Wahabi ataupun bukan Wahabi.


Senarai cara-cara mengenal fahaman wahabi

Pada umumnya,seseorang itu dikatakan berfahaman wahabi apabila dia memiliki banayk kriteria-kriteria berikut.(yang kurang daripada itu disebutcenderung, yang kurang lagi disebut tidak dapat dipastikan dan setakat satu dua kriteria yang kurang penting sebagaibukan wahabi):

1.Biasanya (*bukan semestinya) ‘bida`ah’ bagi mereka membawa hukumberdosa, tidak ada bida`ah Hasanah (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah satu hukum selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

2.Biasanya melabelkan bida`ah(yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

3.Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

4.Biasanya melabelkan para penentang dakyah mereka sebagai Syiah ataupun Ahbasy/ Ahbash

5.Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa dan lain-lain.

6.Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

7.Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

8.Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

9.Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)

10.Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.

11.Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.

12.Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

13.Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.

14.Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

15.Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah.

16.Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.
Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.

17.Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya salaf tak takwil,khalaf takwil.

18.Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.

19.Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

20.Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.

21.Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.

22.Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.

23.Biasanya membenci Dakwah berjemaah.

24.Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.

25.Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah sahaja .



Kesimpulan


Selepas ini janganlah ada lagi ‘madah berhelah ’ seperti:

“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

Kayu ukur muzakarah ulama` bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur ialah senarai ciri –ciri d i atas sebagaimana yang tertera di atas tadi. Jika seseorang itu memiliki banyak daripada ciri-ciri itu, maka itulah wahabi yang dimaksudkan , bukan yang lain.Harap kamu semua faham dan berhati-hati.

hamba fakir kepada Allah yang maha Kaya,

Muhammad_Efendie

(list of weekend gathering places and contact information for muslim as to do islam missionary (da`wah Ilallah)worldwide.)

SENARAI TEMPAT PERHIMPUNAN MINGGUAN UMAT ISLAM
ATAS MAKSUD MELAKSANAKAN USAHA DAKWAH ILALLAH SELURUH DUNIA

(list of weekend gathering places and contact information for muslim as to do islam missionary (da`wah Ilallah)worldwide.)


Abu Dhabi :
Kaleem Razal, Al-Musaffah, Abu Dhabi. 971-2-721-.

Afghanistan :
Haji Md Meer, Sarai Nelam Farrush, Shahbazar, Kabul. 155-23798

South Afrika:
Bait-un-Nur, 17, 11th Avenue Mayfair, Johannesburg. 011-8392633

Kirk St Masjid, 12 Kirk St, 2001 Johannesburg. (G. M. Padia) 27-31-923-841, faks 27-11-852-4011

Albania:
Dr Abdul Latif Saleh, Tirana. +355-42-25440/25438

Seshi Avni Rustemi, Tirana. +355-42-23038

Dr Skender Durresi, Tirana. +355-42-32710

Algeria:
Masjid An-Najah, Al-Mohammedia, Algeria. (Belqasim Merad 213-2-750)

America:
Dearborn Mosque, 9945 West Vernor Highway, Dearborn, Detroit. +1-313-8429000

No 425, Montauk Avenue, Apt. 1, Brooklyn, New York.

Masjid Falah, 42-12, National St., Corona, New York. (Loqman Abdul Aleem) +1-718-4767968

Abdur Raqeeb, 130, 69th St., Guttenberg, New Jersey 07093. +1-201-86.. , +1-718-8587168 (faks - Faqir)

No 820 Java Street, Los Angeles. (near Arbor Vitae St.) +1-310-4199177 (Dr Abd Rauf)

Farouq Toorawa, Los Angeles. +1-310-6755456

Masjid Al-Noor ,1751 Mission Street, San Francisco. +1-415-5528831

Vallejo Mosque, 727 Sonoma Boulevard, Vallejo, California. +1-707-6452024
Naser Sayedi, 1777 East West Road, P.O.B. 1703, Honolulu. +1-808-735..

L/Cpl Chaudary, Hawaii. +1-808-2575721
Islamic Centre, 1935, North Eo Place, Manoa, Honolulu.

Angola:
Comunidade Islamica em Angola, Caika Posta 2630, Luano.

Saudi Arabia:
Abdul Ghaffar Noor Wali, Jeddah. 966-2-6371607

Ghassan 6823041 Dr Ahmad Ali, P.O. Box 22310, Riyadh 11495. 966-1-6023679

Argentina:
Ahmad Abboud, Centro Islamico, Av. San Juan 3049/53, Buenos Aires. 54-1-973577

Australia:
No 90 Cramer Street, Preston 3074, Melbourne.
Sheikh Mo’taz El-Leissy, Melbourne. 61-3-94784515

No 765 Wangee Road, Lakemba, Sydney. 61-2-97593898
S. Hamid Latif, Lakemba Mosque, 63/65 Wangee Road, Lakemba 2195, Sydney. 61-2-759-3899, 61-3-470-2424

No 427 William Street, Perth.
Abdul Wahab, Perth. 61-9-4596826

Austria:
A. Khaleque Qureshi, Masjid Belal, Diefenbachgasse 12/12, 1150 Wien. 43-1-9387615, 43-1-7366125

Azerbaijan:
S. Uzair M. Ali, Orzhenigidzebskoy, Noboy Gumarbel M3/2F (?)(no detail information)

Bahamas:
Jamaat ul Islam, P.O. Box 10711, Nassau.

Bangladesh:
Maulana A Aziz, Kakrail Masjid, P.O. Ramna, Dhaka. 88-02-239-457

Barbados:
Maulana Yusuf Piprawala, Kensington New Road, Bridgetown. 1-809-426-8767



Netherlands:
Moskee Arrahman,Van Ostade str. 393-395, 1074 Amsterdam. (Tram no. 4 from train station) (Al-Kabiri) 31-20-764073

Belgium:
Masjid Noor, Rue Massaux 6, Gemeente Schaarbeek, 1030 Brussels. (Mostafa Nooni) 32-2-219-7847
Masjid Van Slambrouck, Fortuin St. 6, B8400 Oostende.

Belize:
Md Riaz, 3132 Kraal Road, Belize City.

Bermuda:
Md Mosque, Basset Bldg Court, St. Ram, Hamilton.

Biera:
Omar Osman, P.O. Box 382 (?), Biera. 23260

Bolivia:
Biab Khalil, P.O. Box 216, La Paz. BX 5418

Brazil:
A Aziz Alinani, Imam, Centro Islamica, Ax W-5 Norte, Brazil. 55-11-278-6789

Britain:
Mosque, South Street, Saville Town, Dewsbury. (Hafez M Patel) 44-924-460760, 44-924-46685? (faks)

East London Masjid, 9-11 Christian St, Off Commercial Road, London E1. (Zulfiqar) 44-71-4811294

Brunei:
Hj Jamili Hj Abbas, 647 Kg Lumapas. 673-8-810480, 673-2-337488.

Hj Mahadi, Bandar Sri Begawan. 332148

Bulgaria:
Mufti Basri Osman, Plovdiv. 359-2-233-109

Chad:
Masjid-e-Noor, Share Namer, N O’Jamina. (Adam Yusuf Amin)

Chezh:
Dudaeb Shakmarze, Ul. Khakalskaya 90/2/42, Grozni


Chile:
Taufiq Rumie, Edwardo Castillo Valesco 1160, Nunoa, Santiago. 56-2-496-081, 56-2-294-182

China:
Hilal D. C. Guangyun, V. C., Stand Comm, East Dist. Peoples Congress,

Dagestan:
Habibullah, Sk Mohuddin, village Gubdan, Lewanshowski.

Denmark:
Makki Masjid, Brikegade 4 KLD, N Kobenhavn (Copenhagen). 45-43-(35)-361-513

Centre Mosque, Morbaerhaven Block 18 c/4, 2060 Albertslund. 02-454368

Dubai:
Shaikh Hamdan, Masjid al Kasis, Al Kasis No. 3, near Umm Kulsum Che..

Ireland:
Masjid, 7 Harringto Street, Dublin.

Dublin Islamic Centre, 163, South Circular Road, Dublin 8.

Md Shigara, 21, Wolseley Street, Dublin 3. 353-1-540-027

Ethopia:
M. M. Kechia, Abu Bakr Masjid, Kwas Maida, Addis Ababa. 251-1-130-208, 135-823 (Ibrahim Sufra)

Portugal:
Abu Bakar Sulil, Masjid Odiveas, Rua Thomas de Anunciacao 30 R/C Esq, Odiveas 2675, Lisboa.

Fiji:
Noor Ali, Raki Raki Jama Masjid, P.O Box 15, Raki Raki, Fiji. 679-24440, 679-94002

Filiphina:
Masjid Abu Bakar, Marawi City, Lanao del Sur, Mindanao.

Finland:
Omar Nizamuddin, Puutarhankatu 18A, Helsinki. 358-21-513-572

Masjid, Fredrinkatu 33B, 00120 Helsinki 12. 358-0-643-579, 358-0-149-6395

Masjid, Abrahaminkatu

Gambia:
Abdul Wadood, Arabic Madrassa, Serekunda.

Ghana:
T. Osang, P.O. Box 170A, Rock of Islam Mosque, Labadi, Accra. 233-21-663-443, 665-06

Guinea:
Md Boye, P.O. Box 12294, Barry, Conakary.

Guinea Bissau:
Abayu Bayo, Jamia Kabir, Bissau.

Guyana:
Azim Khan, 35, Kraig Village, East Bank, Demerara. 592-(02)-62269 (Georgetown)

Hong Kong:
Masjid Ammar, 40-01 Kwon Road, Wanch.. 5-892-0720 (Md Qadeem, Zafar 852-3-5-239-975)

Hungary:
A. Hafez, Flat 9, 84 Linen Kurt, Budapest. 36-1-833-905, 36-1-276-0482 (Babikir)
Dr Izzedin, Estergomiut 56/VII/26, 1138 Budapest
.
Ibrahim, Fortuna (cheap hotel), Szolgaltaro GMk, 1073 BP, Akacf..

India:
Banglawali Masjid, 168 W. Nizamuddin, Basti Nizamuddin, New Delhi. 91-11-494-7137 (faks: Farooq),(worldwide Headquarters)
617-142 (..)

Indonesia:
Masjid Jamek, 83 Jalan Hayam Waruk, Kebun Jeruk, Jakarta Barat. (Ahmad Zulfikar) 62-21-821-236, 639-5585, 682-378
Masjid Istiqlal, Jalan Yos Sudarso, Dumai, RIAU.

Iran:
Al Amir A Roaf, Masjid e Tauhidi, Zahedan.

Iraq:
Sk Kazim, Montaga Buhimania Al Karich, Share Mar’uf, Baghdad.





Italy:
El Amrani, 3231 Via Vanzetti No. 3, Cita di Sudi (Cascino Rosa), Milano. 39-10-952-20?, 39-6-802-258

Masjid, Via Bertoloni 22/24, Roma

Masjid,Via Berthollet 24, Torino

Masjid, Via de Groce 3 (Tingkat 4), Trieste

Gibraltar:
Masjid Cesemate Sq., Main Street, Gibraltar. 350-73058

Jamaica:
Naeem A. Muta’ali, Muslim Community, 54 Wildman Street, Kingston. 1-809-9283516 (Akbar), 9286789 (Naeem)

Islamic Center of Jamaica, 134 1/2 King Street, Kingston.

Japan:
Islaho Tarbiyat (Ichnowari), 1-1-6 Bingonishi, Kasukabe-Shi, Saitama-Ken, Tokyo 334.

Ibrahim Ken Okubo, Room 105, Bingo Higashi 1-22-20, Kasukabe Shi, Saitama Ken, Tokyo 344. 0487-36-2767 (tel) 04-8738-0699 (faks)
Syed Sohel 04-8736-2767

Masjid Darus Salam, 772, Oaza Sakai, Sakai Machi, Sawa-gun, Gunma Ken.
Hafiz Afzal 030-146-1419

Masjid Shin Anjo (Nagoya), Bangunan Kamimoto, Tingkat Satu, 1-11-15, Imaike-cho, Anji-Shi, Aichi Ken.
Najimuddin 030-56-32101
Nufail 030-56-50432, 056-698-9408

Masjid Takwa (Chiba), Sanbu-Machi, Sanbu-Gun, Ametsubo 65-12, Chiba Ken (near station JR Hyuga).
Lokman 043-444-5464, 030-067-9223
Shamin 010-404-4748

Makki Mosque (Narimasu, Tokyo), stesen Narimasu (Tobu line).
Asraf 010-609-2479
Hon-Atsugi (Kanagawa). 0462-27-5936

Islamic Center, 1-16-11 Ohara Setagayu ku, Tokyo 156. 03-7870916, 4606169

Islamic Center, C Hoko Mansion 4-33-10 Kitazawa, Setagaya ku, Tokyo 156.
Nerima K. K. Mati, 1-30-17 Kopsaki 205, Tokyo. 81-3-450-6820, 81-3-553-7665 (Ismail), faks 81-3-458-3967
A. Aziz Mecavale, 175 Kumitashi Cho, Tokyo. (d/a Akarim Seth)

Germany:
Md. Nawaz, Masjid, Muenchener str. 21, Frankfurt. (06175)1673, (0221)550..
Md. Nawaz, Berliner str. 31, 6374 Steinbach. (06171) 75360

Barbaros Gamii (masjid), Kyffhavser str. 26 (dekat Barbarossa Platz), 5 Koeln 1 (Cologne). (Husseinbeg
Firat 467477, Zia) 0211-213870

Masjid, Lindower str. 18-19, 1000 Berlin 65. (030) 4617026

Masjid, Landwehr str. 25, Muenchen (Munich). (near train station)

Masjid, Steindamm, Hamburg. (near train station)

Masjid, Haupsletter str. 715, Stuttgart. 0711-6406775

Djibouti:
Salem Ahmad, Deeday Masjid, P.O. Box 730, Djibouti. 253-762-189, 5818 FIANEA (teleks)

Jordan:
Md Mustafa Al Wafai, Masjid Madeenat al Hujjaj, Mukhayam Het.. 962-6-774-257

Cameroon:
Osmany c/o Alhaj Md, P.O. Box 19, Marwah.237-291-5..

Canada:
Medina Masjid, 1015 Danforth Ave., Toronto. (Ismail Patel / Anjum Mohammad)1-416-465-7833.

Kazakhstan:
Baba Khanov, Muslim Religious Board of Central Asia, Alma Ata.

Kenya:
A. Shakoor, Londi Mosque, sebelah balai polis Kamakunsi, Nairobi. 254-2-764-224, 254-2-340-965

Kibris:
Ahmet Cetkin, Harika Camii, Palamud Sok No. 11, Asa Marao.

South Korea:
Imam Qamaruddin, Masjid Annur, GPO Box 10896, Seoul. 82-2-556-…

Costa Rica:
Mostafa Md Imam, Centro Islamico, Dasamprados Casa 7-16, San Jose. 506-272-878

Kuwait:
A Rashid Haroon, Subhan Markaz, Al Mantiga Sinaere, Kuwait.

Laos:
Maulana Qamaruddin Noori, Masjid India, P.O Box 617, Vientianne. 3776

Liberia:
S M Azmat Subzwari, Randall Street Mosque, Monrovia. 231-225-0..

Libya:
Mustafa Kuraitty, Jame al Badri, Bab bib Ghasher, Tripoli. 218-61-72138..

Lebanone:
A Hasib Sar Hal, Imam Ali ut Tariq Jadidah, dekat Madrasah Farooq, Beirut.

Luxsembourg:
Islamic Centre, Route Darlon 2, Mamar. (S. B. Khan Afridi) 352-311-695.

Madagascar:
Yakub Patel, P.O.Box 101, Tamatave. 261-5-33202

Morocco:
Alhaj Ali, Masjid en Noor, Hayya Araha 61, Darul Baida, Casablanca. 212-366-483..

Malawi:
Ebrahim Makda, Juma Masjid, Kamuza Proc. Road, Lilongwe. 265-720216

Malaysia:
Masjid Jamek Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur. 60-3-9580515. 60-3-7595063 (Madrasah Miftahul Ulum). 60-3-7586134 (faks: Hj Khalid)

Abdul Wahid, Kota Kinabalu. 088-232994 (r), 088-225081 (o).

Maldives:
Ibrahim Hassan, G. Aabin, Male Island.

Mali:
Ismail, Markaz Haidara, P.O. Box 1551, Bamako. 223-22-22..

Malta:
Md El Sadi, Islamic Centre, Corradino Road, P.O. Box 11, Paola, Malta. 356-772-163..


Mauritania:
Daud Ahmad, Masjid Shurfa, P.O. Box 14, Nouakchott.

Mauritius:
Masjid Nur, Gora Issac St., Port Louis. 230-2424904
Mir AM Soorma, Shaukat Islam Mosque, P.O.Box 328, Port Louis. 230-26..

Mexico:
Mir Y Ali, Norte 40A, No. 3612A, Col 7 de Noviembre, Mexico DF.. 537-1138

Egypt:
Masjid Anas bin Malik, Madinatul Muhaddithin, Share Iraqu Giza, Cairo. 20-2-702-804, 20-2-348-6185

Mozambique:
Md Rafiq Ahmad, Av Dazambia 305, I C Flat 4, Maputo. 258-2378..

Myanmar:
B. A. Ground Mosque, near Rangoon train station,Rangoon. 95-1-74436, 3100 (Bhay)

New Zealand:
Abdul Samad Bhikoo, Auckland Mosque, 17 Vermont Street, Ponsonby, Auckland. 64-9-3764437

Masjid AnNur, Christchurch. 64-3-3483930

Ishan Othman, Dunedin. 64-3-4767121

Niger:
Yahya Sa’ati, Sooq al Kabir, near Mohatta Sayarat, Niamey.

Nigeria:
Hamza Oshodi, Central Mosque, 37 Church Road, Saban Gari, Kano. 47-2-9883..

Norway:
K. M. Riaz, Bilal Masjid, Tordenskjolds Gt. 86, 3044 Drammen. 47-2-9883-..

Islamic Centre, Nosdahlbruns Gt. 22, Oslo 1.

Oman:
Masud Harthi, Jame Khalid ibni Walid, Assib, Muscat. 92-21-415..




Pakistan:
AlHaj A. Wahab, Madrassa Arabia, Raiwind, Lahore. 92-21-415.., 92-21-216..(faks)

Makki Masjid, Garden Road, Karachi.

Panama:
A F Bhikoo, Jama Masjid, 3rd Street & Mexico Avenue, Panama City. 517-256-44..

Gading beach:
Md Amin (Jallo), Masjid Ahlesunnah, P.O. Box 110, Danane. -(225)-635-320 (Boike town)

France:
Sh. Yunus Tlili, Masjid Rahman, Ave. Paul Vaillent Couturier 52, 93200 St Denis. 33-1-48.23.78.89, 48.26.78.78

Marseille, Rue Malaval 24, 13002 Marseille. 91908047

Peru:
Naguib Atala, Casilla 3134, Lima. 51-14-294-620

Poland:
Yakub, ul. Piastowska 77, Bialistok. Masjid, ul. Abrama 17A, Gdansk.

Boguslaw Zagorski, ul. Rozlogi 6 Apt. 51, Warszawa (Warsaw).

Puerto Rico:
Arab Cultural Club, Km 5, KMO 65th Inf Ave, Rio Piepras, PR0092.

Qatar:
Abdullah Ahmad, Masjid Mantaya Sanaiya, P.O.Box 40621, Doha.

Reunion:
Yusuf Lockati, Masjid Nurul Islam, 97400 St Denis. 262-200..

Romania:
Masjid, Ovidiu Square, Constanta.

Russia:
Masjid, Prospect Mira (near Olympic Station), Moscow. 281-4904
Sayyid Akhtar, Moscow.
sar_bob@hotmail.com




Rwanda:
A Majid Suleman, Medina Masjid, Kegali. 250-7536

Senegal:
Sk Ahmad, Masjid Al Noor, P.O. Box 1955, Colobane, Dakar. 221-223-262

Sierra Leone:
Hassan Taravaly, 4 Rush Street, Circular Road, Freetown.

Singapore:
Masjid Angulia, Serangoon Road. 02-2971624

Hj Jufri, Block 210 #07-91, Tapines Street 23. 02-7832358
Hj Hassan 02-4442312
Najmuddin 02-2914742
Abdul Karim 02-4439294

Somalia:
S Sheraff, Masjid e Dawat, Magaiscia. 252-1-81963

Spain:
Musa Taha, Mezquita Ataqua, Calle Correo Viejo - 4, Albaicine, Granada. 34-58-255-611

Sri Lanka:
,150 Lukmanjee Sq, Grandpass Rd, Colombo. (Md Lebbe Master) 94-1-25910

Sudan:
Dr D H Khalili, Masjid Hamddab, Ash Shaharah, Khartoum. 249-11-222428

Surinam:
Mufti B Piprawala, Masjid Taedul Islam, Mutton Shop 10B, Paramaribo. 597-81394

Swaziland:
Md Hassan, P.O. Box 201, Maikerns. 83327

Sweden:
Tarsgatan 91, Stockholm. 46-8-334-490 (A Raof), 46-8-750-8511 (S Zaidi)

Dr M Piar Ali, Tarsgatan 45B, Stockholm

Tonsbergsgatan 4, 3TR, 16434 Kista. 46-8-719-3215 (P Ali) Masjid, Gamlagatan, Uppsala. 46-18-21998281




Switzerland:
Hussain Osmani, Muslim Association, 2-A Linderain str Post F 1650, 30012 Berne. 41-31-228-396, 556-321

Masjid, Chemin Colladon 34, Petit Saconnex, Geneva. (Tram no. 12) 7987311
Islamic Center, Narstr. 19, Zurich.

Masjid, level 3, Ausstellungstr. 21, Zurich.

Syria:
A M M Hosni, Razaqul-Jin-Sary, Zaid b Sabit, Merchant Modaiya, Damascus.

Syarjah:
Ali Bhai Patel, Al Futiaim Motors, P.O. Box 5819. 971-6-548-629

Tadjikistan:
A Rahim Mostafa, Masjid Shah Mansoor, ul. Wasfe, Dushanbe.

Taiwan:
Chinese Muslim Association, 62 H’sin Shen South Rd, Sec 2, Taipeh. 886-2-522-4473

Nurrdin Hsueh Wen Ching, P.O. Box 1430, Kaohsiung. 886-7-7498749, 886-7-5215771

Tanzania:
Sayed Mohsin, Medina Masjid, P.O. Box 5050, Dar es Salam. 255-61-26455

Thailand:
Hanif A. Shakur, Masjid Aslam, Bangkaoli, Bangkok. 662-235-3956..

Togo:
Imam Ratib, Sk Al Hassan, Grand Mosque, Zongo, Lome.

Trinidad:
Raziff Ghany, Monroe Road Masjid, Monroe Road, Cunupia. 809-650-1985

Tunisia:
Mestaoui Habib, 28 Rue Ibn Khaldoun, Ben Arous, Tunis. 216-1-380-843

Turkey:
Umar Vanlioglu, Mescidi Salam, Sultan Ciftligi, Habibler Koyu, Istanbul. 90-1-3854053, 90-1-5951773, 90-1-5054619 (faks: C. Korkut)

Turkmenistan:
Uraz Murod, Uraz Md, Haji Noor, Masjid, Ashkabad.

Uganda:
Omar Mazinga, Masjid Nur, William St., P.O. Box 2046, Kampala. 256-41-246-63..

Uzbekistan:
Murad, Madrassa Mir e Arab, Bukhara. 42170

Imam Mustafa Khul, Samarkand, 353268

Ziauddin, Idara Diniyat, Tashkent. 351307

Venezuela:
Farooq A Rahman, Islamic Center, Calle-9, Urb La Paz, El Paraiso, Caracaz. 58-2-498322?

Vietnam:
M. Zakaria, Mutawalli Mosque, 66 Tnilap Thanh, Saigon.

Masjid Annur, 12 Hang Luoc street, Hang Ma ward, Hoan Kian precinct, Hanoi.

Ustaz Muhsin, Madrasah Arabiah, 25A Lang Ha street, Hanoi.

Yemen:
Hamood Faki, Masjid As-Sawad, Al Habbah Annagal St, Al Harabi, Sana’a. 967-2-227-246

Yugoslavia:
Jusufspabic Md., Jevremova 11, 11000 Belgrade. 38-11-642-043, 622-654

Greece:
Greece Masjid Rassos, 9 Galaxia Strape (near cosmos), 117/45 Athens.

Munir Mahmud, G. Papandreau 87, Goudi, Athens. 30-1-775-8155, 30-531-24863 (Hussein Mostafa)

Zaire:
A. M. Patel, 39 Mama Yemo, P.O. Box 155, Likasi. 243-12-28272

Zambia:
Ahmad Nomani, P.O. Box 510191, Chipata. 260-62-21161
Ahmad Karodia, Md Ravat, P.O. Box 30324, Lusaka. 260-1-212-023

Zimbabwe:
Y. Hussain, Ridgeview Masjid, Boeing Road, Ridgeview. 263-4-292..

Antara Hajat dan Keperluan

Bismillahir Rahmani Ar-Rahim

Nah-Ma`duhu Wanusolli-Mu`ala-Rasuulin-Kareem…



Hajat atau keperluan untuk setiap kehidupan yang bergelar insan pada asasnya adalah sama sesejak dahulu-kala. Antara keperluan utama adalah seperti pakaian, makanan-minuman, kenderaan (alat pengangkutan), pengindapan, pendapatan serta berkeluarga. Ini adalah keperluan asas yang mana darinya bermula kehidupan seharian.

Manakala maksud adalah apa yang tersemadi dalam diri, pengertian apa yang utama buat diri serta pemikiran mengenai apa yang paling penting buat diri lalu dari situ seterusnya menjadi hala-tuju atau kepastiaan keatas diri akan tujuan kehadirannya dimuka-bumi.

Sewajarnya keperluan hidup dipenuhi agar mudah atau kurangnya masaalah dalam melalui kehidupan seharian tetapi apakah itu tujuan utama kejadian insan. Sedangkan ditegaskan bahawa Allah menjadikan insan serta jinnat semata-mata hanya beribadat, jadi dimana pengertiaan serta kefahaman diatas ayat tersebut?

Perbezaan antara hajat dan maksud adalah misalnya, seseorang tersebut hendak membina rumah, jadi dikerahkan waktu, fikiran, belanja serta tenaga diatas maksudnya membina rumah tersebut. Disiapkan plan ruang-ruang untuk pengindapan yang besar dan selesa disamping tidak dilupai akan pembinaan tandas. Jadi disini maksudnya membina rumah bukan membina tandas, namun adalah kewajipannya juga untuk membina tandas kerana tandas adalah merupakan sebahagian dari keperluan asas seharian.

Sebaliknya apa akan yang terjadi apabila insan meninggalkan maksud pembinaan rumahnya dan menjadikan keperluan pembinaan tandasnya sebagai maksud pembinaannya? Dihabiskan masanya menghiasi tandas dengan sebegitu indah disamping ruang-ruang yang luas, manakala ruang-ruang pengindapan lain dibinanya sebegitu kecil dan tidak teratur. Sedangkan waktu yang digunakan nanti untuk menggunakan tandas hanyalah beberapa minit sahaja dalam kehidupan sehariannya.

Inilah misalnya seseorang tersebut yang hanya mengejar-gejar keperluannya, meninggalkan maksud kejadiannya untuk beribadat kepada Allah serta menjadikan keperluannya sebagai maksud hidup sedangkan hidup didunia ini hanyalah sementara, bagaikan hanya satu kerlipan mata dibandingkan kehidupan sebenar buat selama-lamanya diakhirat.

Insan yang hanya mengejar dunia dan menjadikan keperluannya sebagai maksud hidupnya, maka dia akan kerugian didunia dan akhirat.

Didunia hidupnya tiada barkah, gelisah, sentiasa merasai tidak mencukupi, kebosanan terhadap sesuatu sentiasa hadir, fikiran yang gafla, tiada ketenangan jiwa dan seterusnya, manakala untuk akhirat yang mana nanti merupakan kehidupan selama-lamanya, tiada bekalan disediakan. Segala yang dilakukannya, tiada tujuan yang pasti, hanya untuk menghabiskan waktu dan memenuhi nafsu (Sedang, segala yang dikecapi didunia hanyalah seperti mengunyah suatu makanan, selazat mana pun makanan tersebut, bila ditelan dan melintasi kerongkong, segala rasanya hilang, hanya sebentar dikecapi).Dan akhirnya, tenggelamlah dia dalam dunia kebendaan yang membinasakan diri mahupun ia menjadi punca kebinasaan kepada pihak lain.

Sebaliknya, bilamana seseorang itu menjadikan maksud kehidupannya untuk beribadat kepada Allah, dia akan mendapat keuntungan didunia dan akhirat.

Bilamana ibadat dijadikan maksud hidup, bilamana usaha Rasulullah s.a.w dijadikan maksud hidup, maka apa yang dilakukannya bermatlamat disamping saban waktu, dia dapat memperbaiki diri, mematangkan diri dan darjatnya ditinggikan. Dan bila diambil jalan yang ditunjukkan oleh Rasullulah s.a.w, dengan sendirinya seluruh kehidupannya 24 jam dikira ibadat dan merai pahala yang tidak putus-putus. Perniagaannya(muamalat) mengikut sunnah dikira beribadat, akhlak yang baik yang selari dengan kehendak sunnah dikira beribadat, pergaulannya mengikut sunnah adalah ibadat (dan malah menjadi punca kebaikan pada pihak lain), bernikahnya dikira ibadat, menyuap makanan mengikut sunnah dikira ibadat hatta bila seseorang itu tidur dengan mengikut sunnah Rasulullah, dia dikira beribadat hingga bangunnya dari tidur.

Diatas kebenaran inilah, pentingnya sentiasa berpesan-pesan tentang maksud sebenar kejadian insan dan dunia ini hanyalah keperluan bukan maksud hidup.
Sebagaimana bila seseorang itu melangkah masuk ketandas, disunnahkan melangkah dengan kaki kiri, sebagaimana juga bila seseorang itu melangkah keluar dari masjid adalah disunnahkan dengan kaki kiri. Kerana tandas dan dunia adalah sama iaitu hanya keperluan sedangkan beribadat adalah maksud sebenar kejadian insan itu sendiri.

Hamba Fakir kepada Allah yang maha kaya,

Muhammad_Efendie,

SENARAI TEMPAT PERHIMPUNAN MINGGUAN UMAT ISLAM ATAS MAKSUD MELAKSANAKAN USAHA DAKWAH ILALLAH (MALAYSIA)


SENARAI TEMPAT PERHIMPUNAN MINGGUAN UMAT ISLAM
ATAS MAKSUD MELAKSANAKAN USAHA DAKWAH ILALLAH di malaysia..sahabat2 boleh pergi ke lokasi yang terdekat berdasarkan hari yang dibuat di lokasi itu..

1. MASJID JAMEK BANDAR BARU SERI PETALING, KUALA LUMPUR SABTU MALAM AHAD
2. MADRASAH MIFTAHUL-HIDAYAH, BESERI, PERLIS SABTU MALAM AHAD
3. MADARASAH HAFIZ BUKIT CHORAS, KOTA SARANG SEMUT,
ALOR SETAR, KEDAH KHAMIS MALAM JUMAAT
4. MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN, SG. PETANI, KEDAH KHAMIS MALAM JUMAAT
5. MADRASAH MANABI’UL-ULUM, PENANTI, P.PINANG SABTU MALAM AHAD
6. MASJID BENGGALI, P.PINANG KHAMIS MALAM JUMAAT
7. MASJID HANAFI, TAIPING, PERAK SABTU MALAM AHAD
8. MASJID ABDUL KARIM, SELAMA, PERAK SABTU MALAM AHAD
9. MADRASAH TAMAN PINJI PERDANA, IPOH, PERAK SABTU MALAM AHAD
10. MASJID JAMEK RAHANG, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN SABTU MALAM AHAD
11. MADRASAH AL-HIDAYAH, TENGKERA, MELAKA SABTU MALAM AHAD
12. MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN, BATU PAHAT, JOHOR KHAMIS MALAM JUMAAT
13. MADRASAH AL-QURAN SINARAN BARU, SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR KHAMIS MALAM JUMAAT
14. MASJID AHMAD SHAH, JERANTUT, PAHANG SABTU MALAM AHAD
15. MASJID MAT KILAU, JALAN GAMBANG, KUANTAN, PAHANG. SABTU MALAM AHAD
16. MADRASAH AL-QURAN, KUBANG BUJUK, K. TERENGGANU, TERENGGANU KHAMIS MALAM JUMAAT
17. MASJID PAKISTAN, BESUT, TERENGGANU KHAMIS MALAM JUMAAT
18. MADRASAH DUSUN RAJA, KOTA BHARU, KELANTAN KHAMIS MALAM JUMAAT
19. MASJID BANDAR KUCHING, SARAWAK SABTU MALAM AHAD
20. MASJID DAERAH, BINTULU, SARAWAK SABTU MALAM AHAD
21. MASJID AN-NA’IM, LUTONG, MIRI, SARAWAK SABTU MALAM AHAD
22. MASJID AL-QADIM, SIBU, SARAWAK SABTU MALAM AHAD
23. MASJID BESAR, LIMBANG, SARAWAK. SABTU MALAM AHAD
24. MASJID KG. BINGKOL, BEUFORT, SABAH SABTU MALAM AHAD
25. MASJID PEKAN MENGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH SABTU MALAM AHAD
26. MASJID SRI MERINDING, LABUAN SABTU MALAM AHAD
27. MASJID AL-MUNAWWARAH, TAWAU SABTU MALAM AHAD
28. MASJID BDC, SANDAKAN, SABAH SABTU MALAM AHAD

program:

mula:lepas solat asar:

1.(majlis)bayan asar

2.persiapan dan solat maghrib

3.(majlis)bayan maghrib.

4.tasykil(bagi nama bagi yang ingin keluar jalan Allah)

5.persiapan dan solat is`ya

6.pembacaan Hayatus Sahabah(kisah para sahabat)

7.aktiviti bebas,samada nak makan,beramal,da`wah dan iktikaf di sana.

8.qiyamulail(persendirian)

9.solat subuh

10.bayan subuh.

11.selepas habis waktu isy`rak (syuruk),selesai...

insyaAllah,jika kita sama2 bergerak untuk menuju ke agama Allah,Allah bukakan jalan dan bantu kita...

MENGAPA HARUS KE INDIA,BANGLADESH DAN PAKISTAN?


satu persoalan yang sering bermain di fikiran kenapa ke sana?lagi-lagi pada orang yang tidak biasa dengan usaha agama..

MENGAPA HARUS KE INDIA,BANGLADESH DAN PAKISTAN DAHULU BUKAN KE MEKKAH ATAU MADINAH ?

Banyak orang yang membuat usaha agama,mereka yang telah menghabiskan harta mereka agar dapat datang ke India,Bangladesh dan Pakistan untuk belajar cara kerja dakwah yang asal. Sampai-sampai orang jual rumah, kendaraan, ternak, atau kehilangan modal usaha gara-gara ingin pergi ke sana. Bahkan dalam majlis-majlis shabguzzari mereka di markaz pusat maupun daerah selalu diakhiri dengan ajakan untuk pergi ke sana. Ada apa di sana?

Tersebar di tengah masyarakat hari ini bahawa kiblat mereka yang buat usaha agama bukan ke ka’bah, mereka tak mau pergi haji, haji mereka ke India,Bangladesh dan Pakistan, dan sebagainya.

Orang-orang yang lama di antara mereka mengatakan kami datang ke India,Bangladesh dan Pakistan untuk belajar ke tempat yang sudah hidup amal dakwah, bukan untuk beribadat di sana. Ada juga yang mengatakan sebagaimana orang ingin belajar sepak bola harus ke Brazil dan England kerana sudah kita maklum bahawa di situ tempat kebangkitan dan datangnya pemain bola sepak yang terkenal dan mahir,. Begitu juga belajar Hadith,perlu ke Maidnah,belajar qiraat di Mesir , belajar madzhab Imam Syafi’I ke nusantara(Asia Tenggara), belajar madzhab Hanafy keKhurasan,Afrika. Maka apa salah kami belajar usaha dakwah ke India,Bangladesh dan Pakistan kerana di negeri itulah hidup amal dakwah dan maju usaha ini disana.

Masjid banyak yang hidup 24 jam tidak seperti di Negara lain masjid banyak di kunci termasuk di Tanah Arab dan jika tak musim Haji,ia sepi.Sedangkan Rasulullah S.A.W mulai amal,ibadah,kehidupan masyarakat dan dakwah dari Masjid Nabawi yang hidup dengan amal 24 jam. Di Reiwind,Lahore,Pakistan, amalan hidup 24 jam sebagaimana Masjid Nabawi dahulu di zaman Rasulullah saw.

Ada juga di antara mereka yang katakan : Kami ke sana kerana mahu melihat sejarah bagaimana hasil kerja dakwah yang dibuat oleh Syaikh Maulana Muhammad Ilyas Rah A terhadap penduduk Mewat,Satu Daerah kecil di selatan New Delhi,India. Suatu kampung pemakan bangkai, tidak mengenal Allah, tak pernah ibadah, sampai menjadi kampung yang penuh kesolehan .

Yang lain mengatakan banyak orang yang menuduh kami haji ke sana kenapa bukan ke Mekah dan mereka sendiri belum berhaji.Kalau kita biasa bergaul dengan orang berbuat usaha agama di tempat mereka berkumpul ,di sana para hujjaj tak pernah di panggil Pak Haji, bahkan mereka berkali-kali haji, ini kita bolerh bertanya para Ahli Syura(Orang tanggungjawab jemaah)mereka rata-rata lebih dari 3 kali ke haji.





Di antaranya juga ada mengatakan : Kami datang untuk Shuhbah (berteman rapat / bersahabat untuk mengambil manfaat dari ilmu mahupun pengetahuan ) dengan ulama-ulama yang telah banyak berkorban dalam kerja dakwah, dan melihat kisah nyata kehidupan mereka yang telah jadikan dakwah sebagai maksud hidup. Sebab jika kami tidak lihat mereka hanya baca tentang dakwah maka sukar diterapkan.

Sebagaimana penjahit yang hanya membaca buku bagaimana cara menjahit pakaian tetapi tak pernah lihat bagaimana pakaian dibuat oleh penjahit yang lebihberpengalaman maka tak mungkin boleh dijahit. Memang kalau kita jujur memerhatikan pemergian mereka ke India,Bangladesh dan Pakistan tak merubah cara ibadah, dan cara mu’asyaroh mereka, bererti tidak ada misi madzhab ataupun aliran yang dibawa. Mereka malahan lebih tenggelam dalam masyarakat dan memikirkan keadaan mereka yang jauh dari agama. Mereka solat berjamaah dengan beramai-ramai , cara solat pun tak berikhtilaf dengan umat Islam lainnya hanya saja mereka lebih menekankan sholat berjamaah, di awal waktu, dan di masjid.

Jadi kebanyakan tuduhan-tuduhan orang terhadap mereka kebanyakan hanya ikut-ikutan dan mencari-cari celah kesalahan tanpa melihat perubahan yang terjadi terhadap orang yang pulang dari sana.


hamba fakir kepada Allah yang maha kaya,

Muhammad_Efendie,

Monday, November 17, 2008

air mata malam pertama

Air Mata Malam Pertama
www.iLuvislam.com
muslim_warrior
Editor : kasihsayang




Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali; pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku.

“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.


**********


“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu. “Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.

“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.


**********










Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “Abang nak ke mana tu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.” “Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.

Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku. “Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.” “Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya. “Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. “Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.


**********



“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. ” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ” Pasal peminangan tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. ” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. “Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. ” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. ” Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.


**********



Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. ” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.

Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. “Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” ” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.

Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.


**********



” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

hijrah hidupku

satu cerpen yang dipetik dari rakan seagamaku Tentera Serban...insyaAllah ada pengajaran....


hijrah hidupku…
Aku tergamam sebentar, mataku kaku melihat buku Kak Siti, roommateku, yang terdapat di atas mejanya, ”111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH”. Rasulullah? Nama yang sudah janggal untukku ungkap. Entah sudah berapa kurun bibirku tidak menyebutnya. Aku juga sudah lupa apa maksud ‘SAW’. Tidak semena-mena ungkapan lagu nasyid kumpulan Hijjaz ketika aku menyertai pertandingan lagu nasyid sewaktu di sekolah rendah terngiang-ngiang di telingaku.
“Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuri limpahan sirahmu, dan kami sanjung pengorbananmu… Engkau taburkan pengorbananmu Buat ummatmu…….”
Ah, aku sudah lupa apa sambungannya. Lagu itulah yang telah menaikkan nama sekolahku. Dan paling penting ketika itu aku menjadi penyanyi solo. Bagaikan terpukau mataku terus memandang buku itu. Entah sudah berapa hari aku merenung buku itu setiap kali Kak Siti tiada. Entah apa istimewanya hingga menarik tanganku untuk mengambilnya. Kubelek-belek kemudian kubaca satu persatu isi kandungannya, masih tak kutemui bab yang menarik hatiku. Akhirnya mataku terhenti bila terbaca wasiat ke 5: Jangan buat dosa besar, nak baca tapi ada rasa secebis ketakutan.
Takut pada balasan yang bakal aku terima. Lebih-lebih lagi bab sebelumnya mengenai ketaatan kepada suami. Apakah pantas aku meletakkan perasaanku pada lelaki yang bukan suamiku? Apakah pantas aku menyerahkan sepenuh jiwaku terhadap insan yang bukan suamiku? Apakah pantas aku memberi ketaatanku pada insan yang bukan selayaknya? Kepalaku
cuba
membayangkan semula adegan-adegan romantis antara aku dan Syam.
Cinta pertama yang berputik gara-gara tersalah ambil beg ketika minggu suai mesra untuk pelajar tahun satu. Syam, lelaki pertama yang mengisi ruang kekosongan hatiku. Dialah insan yang banyak memberiku semangat. Dialah insan yang mengeluarkan aku dari kongkongan kisah silam yang telah menghancurkan keyakinanku. Dialah insan yang membalut luka-luka dihatiku. Dialah segalanya…….
Pertemuan kami dua hari lepas di kafe Sri Samping berulang tayang lagi. Mataku masih ingat senyuman manisnya. Tanganku masih merasai belaian tangannya. Telingaku masih ingat setiap huruf yang dilafazkan. Eh, terlalu bahagia. Terlalu indah hingga aku tidak tahu apa ayat yang harus kuungkap untuk menggambarkannya. Biarlah pertemuan itu milik kami. Aku tak ingin mengiktiraf kewujudan insan lain di kafe itu. Sekalipun aku dapat merasakan semua mata menjeling tajam ke arah kami. Ingin rasanya kuajak Syam ke tempat lain yang lebih sunyi dan jauh dari mata manusia tapi aku tak ingin mencacatkan setiap pertemuan kami.
Mujurlah Kak Siti tak pernah melihat kami bercengkerama di kafe. Peribadinya dan caranya bergaul dengan lelaki membuatku malu jika dia tahu. Rasa cemburu kadang-kadang menerpa ruang hatiku. Cemburu bagaimana dia boleh hidup tanpa boyfriend. Kadang-kadang aku ingin seperti dia tapi….eh, lupakan sahaja soalan ini. Apa yang nak dicemburukan, dia tu yang rugi sebab tak merasa betapa indahnya dunia percintaan. Dan aku selalu saja memberi alasan berjumpa untuk membuat asignment, untuk buat program. Aku tidak tahu sampai bila aku harus menipu Kak Siti. Kak Siti memang tak setuju berjumpa berdua dengan lelaki. Sudah acap kali menasihatiku. Eh, biarlah manusia mengutuk kami sebab mereka tak merasa apa yang kami rasa….!
Tapi untuk apa matlamat cintaku pada Syam? Untuk berkahwin? Soalan yang hingga kini masih tiada jawaban. Aku juga seperti wanita lain mengimpikan seseorang yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar. Syam memang lelaki yang membahagiakan tapi aku tak pasti adakah dia boleh membimbingku. Habis tu, untuk apa? Sekadar suka-suka? Atau mengisi kekosongan duniaku? Lalu meragut kesucianku? Eh mana mungkin Syam setega itu! Aku percaya….! Tapi bagaimana pula jika nasibku seperti Ina. Kerana cinta pada Danish sanggup berkorban. Dan kerana cinta dan pengorbanan itu jugalah yang akhirnya melahirkan seorang baby sebelum sempat mereka bernikah. Bagai pembalasan, Ina dibuang keluarga. Danish pula hilang entah ke mana. Tak cukup dengan itu, Ina sekarang terpaksa berdepan dengan penyakit tibi yang berjangkit melalui Danish. Tabahkah aku jika nasibku serupa dengannya? Ya Allah, betapa besarnya pembalasan-Mu di dunia, bagaimana pula di akhirat nanti?
Aku seperti terdengar suara batinku meraung-raung kesakitan meminta untuk dikeluarkan dari penjara dosa. Dosa yang telah merantai hatiku. Dosa yang gelap dan suram. Masih adakah cahaya untukku? Tapi aku memerlukan dahan untuk berpaut. Aku memerlukan pondok untuk berteduh. Lalu kepada siapakah aku harus mengadu? Hatiku menangis lagi sekalipun zahirnya air mataku tidak jatuh…..
Tut..tut..tut…. Handphoneku berbunyi nyaring di dalam kelas, aku lupa untuk silentkan. Semua mata memandang ke arahku. Lecture Dr. Asyraf juga tergendala seketika. “Minta maaf dokter”. Aku
cuba
menenangkan keadaan. Cemas. Takut dimarah. Kuambil handphone yang kuletak di dalam poket kecil beg hijau mudaku. Beg pemberian Syam ketika hari jadiku yang lepas. Rupanya mesej dari Syam. Bibirku mengukir senyuman. Senyuman yang tak dapat kupastikan maksud hatiku. “I BALIK KAMPUS ESOK. BEST JUGAKLAH
LABUAN
NI. I BELIKAN SAYANG COKLAT. I NAK JUMPA SAYANG PETANG ESOK, FREE TAK? RINDULAH… : )
ADA
SUPRISE UNTUK SAYANG.“ Aku terpempan. Senyuman tadi kutarik semula. Tidak tahu apa yang harus kutaip. Memang aku juga bagai nak gila kalau tak berjumpa dengannya walau sehari. Kalau boleh aku ingin berkepit dengannya ke mana sahaja dia pergi. Tapi buku semalam bermain lagi dikotak fikiranku.
Entah kenapa, hatiku cukup terkesan dengan wasiat Rasulullah Subhanahu..eh, aku masih tak dapat mengingati apa maksud SAW. Aku buntu dan keliru di antara dua jalan yang harus kupilih. Jumpa atau tidak? Dapat kurasakan iman dan nafsu sedang
cuba
bertarung merebut hatiku. Dan walaupun akalku bertindak sebagai pengadil, aku keliru untuk menentukan siapa pemenangnya.
************************************************************ ********************
Seperti biasa, selepas solat subuh bersama kak Siti, kami ke
padang
untuk berjoging. Satu bilik dengan budak masjid ni, membuatkan tidurku selalu terganggu. Masuk jer waktu solat mesti dikejutkan terutama time subuh dan asar. Jadi terpaksalah aku buat-buat pandai sembahyang. Bukannya susah, ikut saje cara Kak Siti, yang penting tahu setiap solat ada berapa rakaat. Di rumah? Huh…Jangan mimpi aku sembahyang. Apa tidaknya, sejak kecil aku hanya kenal solat adilfitri, adiladha dan solat jumaat untuk orang lelaki. Hipokritkah aku? Atau inikah yang dikatakan dengan riak?
Aku terpandang lagi buku semalam yang masih ada di atas meja kak Siti. Teringin sekali kubaca hingga habis. Tapi rasa malu pada kak Siti mengunci mulutku untuk meminta izinnya. Rasa malu itu jugalah yang selalu menyekat tanganku untuk mengambilnya di depan Kak Siti. Mesej Syam semalam masih belum berbalas. Iman dan nafsu masih bertarung. Tak pasti bila pertarungan ini tamat. Hatiku hanya mampu menjadi penonton sedang akalku menjadi pengadil tapi aku tak pasti apa keputusannya. Setelah memakai kasut dan mengunci pintu bilik, kami berlari-lari kecil menuju stadium. Fikiranku masih melayang memikirkan buku semalam. Perlukah aku meninggalkan Syam? Jika tidak, perlukah aku terus membiarkan kami hanyut? “Kak, boleh tak saya tanya satu soalan” Dia memandangku. Tersenyum. Kemudian mengangguk kecil.
“Kenapa kakak tak nak bercinta” Dia ketawa kecil. Eh, salahkah soalanku? “Kakak pun ada perasaan. Semua orang pun ada perasaan. Tak salah bercinta. Islam tak suruh kita matikan nafsu. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Silapnya bila kita gunakan pendekatan barat untuk menyalurkannya. “Pendekatan Barat, maksud kakak?” “hm…Bercinta sebelum kahwin. Itu pendekatan barat. Sedangkan Islam memberikan kita jalan yang paling mulia iaitu pernikahan. Hari Valantine tu siapa yang anjur? Islam takpernah suruh sambut apa-apa hari percintaan. Tapi sebaliknya kita disuruh meraikan pernikahan.” Pernikahan? Jadi salahkah percintaan kami?
Telingaku seakan panas. Mulutku tak mampu bersuara. Seakan kerongkongku tersekat. “Maksud kakak, mana ada lelaki normal yang suka pada wanita yang dah dipegang-pegang oleh lelaki lain, yang dah dibawa ke hulu ke hilir. Tapi tengoklah kita sekarang, suami tak rasmi lagi orang lain dah merasa…..” Jantungku berdegup kencang. Sakit. Pedih. Apa yang akan aku persembahkan pada suamiku kelak? Tanganku? Tangan ini entah sudah berapa ramai yang menyentuhnya. Tubuhku? Tubuh ini juga sudah tercemar. Rambutku? Rambut ini juga sudah berapa kali dibelai. Suaraku? Suara ini apatah lagi. Lalu, apa? “
Ala
…macam kereta. Bayangkan perempuan tu macam kereta yang diletakkan di show room, display only. Tapi ada juga yang boleh ditest drive.
Ada
pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung
,bawalah ke hulu ke hilir. Lelaki ini memang suka kalau dilayan. Tapi kalau diberi pilihan, mestilah lelaki normal nak rasmi kereta yang belum disentuh, yang belum terusik, yang belum diguna,
kan
?”
Kali ini dadaku, jantungku, hatiku, benakku semuanya seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat. Amat perit. Aku tertekan. Namunku
cuba
control. Tak mahu Kak Siti perasan.
Ada
suara berbisik, aku ini kategori kereta yang mana satu? “Tapi sebagai seorang muslim, kita kena faham matlamat kita hidup. Kakak tak bermaksud niat kita jaga diri ni untuk suami tapi tubuh badan kita ni pinjaman dari Allah SWT. Amanah Allah SWT. Kita kena jaga baik-baik dan salurkan ke tempat yang diredhai Allah SWT. Ingat tak, bila mana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW tentang seseorang di antara sahabat tu ada yang menuruti nafsu syahwatnya, apakah dia mendapat pahala? Tahu tak apa Rasulullah SAW jawab?” Aku sedikit gugup untuk menjawab soalan Kak Siti. Mana mungkin aku mengingatinya. Bahkan cerita tentang sahabat tu pun aku tak pernah tahu. Sahabat yang kuingat pun hanya Abu Bakar Al-Khattab, Usman As-Siddiq, Umar bin Affan dan Ali Bin….ah, aku sudah lupa. Nama sahabat-sahabat tu pun aku sudah ingat-ingat lupa. Kepalaku menggeleng perlahan. Kak Siti tersenyum. Kuharap senyuman itu mencerminkan dia faham keadaanku yang kurang pengetahuan. Kemudian dia bersuara semula.
“Rasulullah SAW pun jawab: “Bagaimana pendapat kamu kalau dia meletakkan syahwatnya itu pada sesuatu yang terlarang, berdosakah dia? Begitulah. Tetapi kalau dia meletakkannya pada sesuatu yang halal, pasti dia dapat pahala.” (HR. Muslim)
Sebab tu kakak tak nak bercinta. Sebab tu kakak selalu pesan dengan diri kakak, jangan pandang lelaki lebih dari seorang kawan selagi dia bukan suamimu….! Kakak takut amanah Allah SWT ni kakak salah gunakan. Suami tu dah lah halal, berkat pula. Lebih-lebih lagi mahkota kita ni adalah sedekah buat suami kita.” Amanah?Aku terlopong. Betapa gentarnya aku mendengar perkataan tersebut dari mulutnya. Aku teringat ketika di Matrikulasi dulu, ustaz Redzwan pernah kata amanah tu adalah yang paling berat. Serta merta aku menakup mukaku erat-erat. Air mataku akhirnya tumpah. Tanganku terasa basah. Betapa hinanya diriku. Selama ini aku tidak menjaga amanah Allah SWT. Perlukah aku memutuskan hubunganku dengan Syam?
Tapi hanya dia sahaja yang membahagiakanku. Bagaimana aku harus hidup tanpa belaiannya? Apakah aku buta kerana tidak menghargainya kasih sayangnya? Nafsu dan akalku kembali bertarung. Kali ini pertarungan lebih sengit. Masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing mahu menang. Dan aku menjadi mangsa pertarungan ini….
“Sayang, kenapa diam saja..? Syam yang tadinya hanya merenung kebisuanku mula bersuara sambil tangannya
cuba
merangkul tubuhku. Secara refleks aku mengelak tangannya daripada menyentuh tubuhku walau seinci. Dia agak terkejut dengan tindakanku. Matanya terbeliak besar. Aku kembali kaku. Nafasku keras. Tunduk memandang sky juice yang masih tak kusentuh. Tak ingin rasanya kupandang wajahnya. Wajah yang membuat aku lupa diri. Wajah yang membuat aku lupa agama. Namun wajah ini jugalah yang pernah memberikan aku kebahagiaan. Aku tersepit antara dua cinta yang harus kupilih…! Kalau diikutkan hati, ingin aku lari dari pertemuan ini. Pertemuan yang hanya membawaku ke lembah dosa. Pertemuan yang hanya mengheretku ke neraka. Tapi aku tak dapat menipu diriku. Bahkan kehadiranku di sini kerana aku masih menyayanginya. Kata-kata sayang dan rindu yang sering dilafazkannya membuatkan aku rasa bersalah menolak pelawaannya untuk berjumpa. Siapa lagi yang akan melafazkan kata-kata seindah itu padaku.
Coklat yang dijanjikannya ada di atas meja. Besar. Menyelerakan.
Ada
sebuah kotak kecil lagi di atas meja. Comel dan berbentuk hati. Dibalut kemas dengan warna pink. Warna kegemaranku. Inikah hadiah suprise yang ingin diberikan kepadaku? Inikah nilai cintaku? Tapi aku masih tak dapat menipu diriku. Aku memerlukannya sebagai tempat mengadu. Aku masih memerlukannya sebagai tempat bermanja. Aku tak punya siapa di dunia ini. Ibu bapaku? Huh….nama mereka pun aku tak tahu dan tak ingin aku tahu. Aku dibuang macam sampah. Mujurlah masih ada dua insan yang mulia memungut aku. Merekalah tempatku bermanja. Namun mereka telah tiada, meninggal dunia di dalam kemalangan semasa hendak mengambil aku di matrikulasi. Pada masa itulah aku mengetahui sejarah hidupku. Aku bingung, hilang keyakinan dan rasa terhina, pada siapa harus mengadu? Keluarga? Mana mungkin aku dipedulikan lagi. Hadirnya Syam memberikan sinar baru dalam hidupku. Hati yang kelam kembali bercahaya. Hati yang sunyi kembali ceria. Hati yang bingung kembali terurus. Lalu tegakah aku meninggalkannya? Tapi Sampai bilakah kami akan terus berdosa? Sampai bilakah aku terus membiarkan tubuhku dijelajahi? Dan sampai bilakah hubungan ini berterusan?
Syam masih merenung wajahku. Masih setia menanti jawabanku. Aku pula masih tunduk mencari kekuatan untuk bersuara. Tanganku bermain-main dengan sky juice yang kupesan tadi. Masih sejuk. Dingin. Sedingin salju di
Boston
ketika aku melancong bersama keluargaku empat tahun lalu. Sama seperti keadaan kami sekarang. Tiada belaian. Tiada kemesraan. Dengan mengumpul kekuatan yang semakin menipis, perlahan-lahan kutarik nafas dan kuangkat muka. Aku memberanikan diri untuk memandang wajahnya. Anak matanya yang sejak tadi
cuba
menangkap pandanganku akhirnya kubalas. “Maafkan aku Syam…aku rasa kita patut berhenti di sini…”. Suara wanita siapakah itu? Suara akukah itu? Betulkah apa yang telingaku dengar? Atau lidahku tersasul? Tapi antara kami tiada siapa lagi wanita selain aku. Akukah? Benarkah aku? Dengan ayat yang terakhir itu, aku undur kerusi. Ingin pergi. Dia terpinga-pinga. “Kenapa ni, sayang? Sayang ada masalah ke?” Sayang? Perkataan yang keluar dari lidahnya yang lembut itu tiba-tiba bertukar menjadi sembilu yang menikam-nikam hatiku. Tajam. Sekaligus membangkitkan rasa perit yang belum pernah aku rasakan sebelum ini. Serta merta aku mengatup bibir. Antara geram, marah dan sedih. Pintu hatiku kuhempas kuat. Biar ia tertutup rapat. Tak ingin kubuka lagi. Lalu kucuba memadamkan bait-bait perkataan yang berkumandang di telingaku sebentar tadi.
“Syam, aku bukanlah wanita yang layak menerima panggilan itu. Simpanlah buat isterimu, jangan terlalu murah memberikan perkataan itu pada orang yang bukan selayaknya. Aku pergi bukan untuk menafikan naluri ini. Tapi kita ummat Muhammad yang punya cara teragung mengurus fitrah ini. Islam yang dibawa Baginda sudah cukup jelas. Akhlak dan peribadi yang ditunjukkan tiada keraguan. Lalu mengapa kita begitu tega meninggalkan suruhannya? Tentu dia sedih melihat ummat seperti kita. Kembalilah Syam..” Syam memandangku dengan pandangan tajam. Anak matanya tidak bergerak. Kaku. Macam anak patung kena sawan. Di dalam matanya, dapat kulihat ada warna-warna kecewa.
Ada
warna-warna duka.
Ada
warna-warna luka. Nafsuku berbisik, tariklah ayatmu tadi…. Aku menarik nafas dalam-dalam. Tekanan.
Ada
rasa bersalah. Tak pernah aku menyakiti hatinya. Tak pernah aku mendukakan hatinya. Tak pernah aku melukakan hatinya. Kerana hati itulah yang pernah menghadiahkan aku secebis cinta. Segunung kebahagiaan. Lalu kerana cinta itu, kukorbankan ketaatanku. Kukorbankan diriku. Kukorbankan segalanya. Aku memandang semula wajahnya. Wajah yang mengharap simpati seorang wanita. Namun wajah ini jugalah yang penah memberikan aku selautan dosa. Lalu dengan nada sayu, kukuatkan hati untuk membuka mulut. “Maafkan aku Syam…” Aku bingkas bangun dan berpaling. Kemudian kakiku bergerak perlahan. Terasa lemah meninggalkannya tapi kali ini aku sudah nekad mencari cinta yang lebih suci dan mulia. Cinta yang tidak berdosa. Cinta yang selamat. Cinta yang mendamaikan.
Syam, kenangan bersamamu masih melekap kuat diingatanku. Mana mungkin aku melupakannya. Tapi ini tekadku. Kita perlu berhenti melakukan perkara bodoh ini dan melepaskan segalanya. Tiada guna mengharap sesuatu yang tak pasti. Syam, aku akui sememangnya sukar untukku menghentikan hubungan ini tapi biarlah jiwa ini beku dan kaku tanpa kehangatan kasih sayang itu andai ianya hanya singgah buat sementara. Kasih sayang yang hanya membawaku ke alam khayalan yang terlalu indah namun hakikatnya semua itu hanyalah noda bersulam dosa. Syam, biarlah jodoh menentukan kita. Yakinlah pada takdir, andai ada jodoh maka tak ke mana. Andai tiada jodoh antara kita, itulah yang terbaik untuk kita. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat. Kita harus akur pada ketentuan-Nya. Sama-samalah kita bina diri, perbaiki setiap kelemahan. Kita masih belum terlambat. Jadikan kesilapan semalam pengajaran di hari esok. Maafkan aku Syam, hubungan ini perlu dihentikan. Suka atau tidak, ia perlu ada penutup sekaligus pembuka tirai episod yang baru pula. Mudah-mudahan di episod baru masih ada ruang untuk kita. Masih ada cahaya untuk kita. Masih ada title ummat Nabi Muhammad SAW untuk kita. Doaku, moga kau menemui kebenaran selepas ini….
Air mata yang sejak tadi kutahan mula bertakung menggaburi pandanganku. Namun mata hatiku dapat melihat ada cahaya di sebalik kesuraman yang selama ini menghuni segenap ruang hatiku lantaran dosa yang kulakukan. Di sudut lain, aku melihat ada benih cinta lain sedang tumbuh di dasar hatiku. Menanti kehadiranku. Cinta yang pasti. Cinta yang tiada penghujungnya. Abadi lagi kekal. Itulah cinta Allah dan Rasul-Nya. Layakkah aku….?
************************************************************ ********************
Salahkah hubungan ini? Keliru bertandang lagi diruang fikiranku. “Cubalah cari sejarah Rasulullah SAW.
Ada
tak kes Nabi kita Bercinta dengan Khadijah sebelum berkahwin? Ataupun dengan mana-mana isteri Baginda yang lain?.” Aku mengangguk. Berpura-pura faham. Sejarah Rasulullah? Ingatanku
cuba
mencari semula setiap saat di sekolah.
Cuba
mengingat wajah ustaz-ustazah yang mengajar ketika itu.
Cuba
mengingat buku-buku sejarah yang pernah aku baca kot-kot aku boleh ingat semula sejarah Nabi Muhammad Subhanahu..eh aku lupa lagi apa maksud SAW. Akhirnya aku harus akur ingatanku agak limited untuk kembali mengingati sejarahnya. Tarikh lahirnya pun aku lupa-lupa ingat, 20 Rabiulawal, 12 April kot, yang pasti tahun Gajah…! “Rasulullah SAW tauladan terbaik. Lelaki terbaik. Tak pernah sejarah yang mencatatkan percintaan Baginda sebelum kahwin melainkan yang diceritakan semua percintaan selepas kahwin. Jadi bercinta sebelum kahwin tu datang dari mana? Kalau dilakukan oleh Rasulullah SAW, bermakna kita yang bercinta sebelum kahwin ni pun mesti dapat pahala sebab mengikuti sunnah Baginda SAW. Mesti para sahabat dan ulama-ulama juga berlumba-lumba untuk bercinta sebelum kahwin. Ingat tak hadis Nabi SAW?
“Wahai orang muda, sesiapa pun di antaramu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin, kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia Dan sesiapa yang tak mampu, hendaklah berpuasa kerana puasa melemahkan nafsu” (Bukhari wa Muslim)
Rasulullah SAW tak sebut pun pasal bercinta, tak suruh pun kita bercinta. Tapi pernikahan yang dianjurkan. Kalau tak mampu ada cara lain. Sejajar dengan isi kandungan Al-Quran:
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.” Surah Ar-Ruum, ayat 21. Jadi kalau kita buat apa yang Nabi tak suruh, kita ikut sunnah siapa? Sedangkan perkahwinan itu adalah amalan Rasul-Rasul terdahulu. “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan……ilaa akhir ayat.” Surah Ar-Ra’ad, ayat 38.”
Panjang lebar penjelasannya. Aku seolah-olah disindir secara halus. Pedih untukku rasa. Pahit untukku telan. Tapi itulah kebenaran yang harus kuterima. “Kalau lelaki tu baik, pertama sekali, dia akan selamatkan kita dari maksiat. Selamatkan kita dari dosa. Dia takkan pegang-pegang kita sebab dia tahu tangan kita hanya untuk suami. Dia takkan ajak kita berjumpa berdua sebab dia tahu apa hukumnya. Kalau sebelum kahwin lagi dia tak boleh pimpin kita, bagaimana esok lusa? Boleh percaya ke mereka boleh bimbing kita? Dan kalau wanita itu baik, dia akan pastikan lelaki pertama di Hatinya adalah suaminya. Lelaki pertama selain mahramnya yang menyentuhnya adalah suaminya. Bukan senang-senang je bagi kat lelaki yang entah apa-apa. Dan lelaki ni, walau sejahat mana pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia mesti nak juga memilih wanita yang baik.” Aku tunduk. Mukaku merah. Malu. Tapi pada siapa? Pada Kak Siti atau…..?
Ada
rasa bersalah.
Ada
rasa berdosa tapi pada siapa…? Air mataku
cuba
kutahan. Tak ingin kulepaskan di depan Kak Siti. Biar ia bertakung di tasik hatiku yang kering kontang dilanda kemarau lantaran dosa yang kulakukan. Masih adakah setitis embun yang sudi bertakung di dalamnya? Kupandang langit hatiku. Gelap. Suram. Tiada bercahaya. Masih adakah mentari yang sudi menyinari segenap ruang hatiku? “Jadi Kak, perempuan yang bercinta tu jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?” “Tentulah. Mana ada lelaki normal yang suka pada barangan ‘second hand’,sedangkan barang baru masih ada. “ Dadaku bergetar mendengar suaranya. Tegas tapi berhikmah.